Jump to content

Apa pandangan anda tentang Open Source dan lesennya?  

232 members have voted

  1. 1. Apa pandangan anda tentang Open Source dan lesennya?

    • Mana kodnya? Microsoft adalah paksi kejahatan.
      37
    • Lesen adalah penting untuk melindungi kerja yang berkait dengan pelanggan.
      44
    • Open Source hebat.
      101
    • Saya kerap melihat software open source tidak efisen, banyak holes dan tidak membawa meningkatkan produktiviti kepada syarikat, sebab itu saya tidak menggunakannya.
      50


Recommended Posts

org mesia ni mungkin x byk yg 'nak' opensource kan code dia kut,

atau tahap education, kat mesia ni masih tak capai cam luar negara,

cik sebol yg rajin muaahh wat projek opensource linux m'sia,

yg lain byk seke lepak jeh..

org corporate m'sia kan lagi suka 'bisnes'

Edited by fatah

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ya kita memang kena sokong open sos sebab kalo kita close sos kita takkan dapat menuangkannya untuk dimakan bersama-sama ayam kfc. akibatnya kita yang tak dapat merasakan kesedapan sos tersebut. sos Aminah hassan pilihanku!!

Share this post


Link to post
Share on other sites

menag open source diminati dan disukai serta disegani oleh para-para sakura programing hhuhuhu... cuba korang bayangkan kalo microsoft pon free... mesti ramai yg pilih microsoft dari linux biggrin.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

open source mmg hebat. walaupun aku tak reti guna, tapi memandangkan aku telah diamanahkan tuk jaga server kat ofis aku tuh yg pakai linux, maka aku kene gaks study. mmg susah, sbb sumer nak kene pkai command. sadis..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Persaingan Microsoft, OSS

Oleh Hizral Tazzif Hisham

Yang mana ada kelebihan, kekurangan dan dekat di hati pengguna untuk menguasai dunia perkomputeran?

PERSOALAN bolehkah perisian sumber terbuka (OSS) mengatasi Microsoft Corp (Microsoft) dengan model perisian komersial yang dipasang pada lebih 500 juta komputer peribadi di seluruh dunia, turut mendapat perhatian daripada ahli akademik.

Profesor Pankaj Ghemawat dan Ramon Casadesus-Masanell daripada Sekolah Perniagaan Harvard ada menulis kertas kerja Dynamic Mixed Duoplay: A Model Motivated by Linux vs Windows yang diterbitkan dalam jurnal akademik Management Science.

Hasil kajian itu, Professor Pankaj Ghemawat dan Ramon Casadesus-Masanell berpendapat kedua-dua Microsoft dan OSS memiliki kelebihan dan manfaat serta kekurangan masing-masing.

“Dalam apa juga keadaan, tiada siapa yang menang dan tiada siapa yang kalah. Ini kerana penguasaan Microsoft, terutama bilangan perisian sistem operasi yang terpasang di seluruh dunia amat besar tetapi pada masa yang sama, OSS juga memberi kelebihan pilihan kepada pengguna,” katanya.

Kelebihan OSS ialah pengguna boleh melakukan proses penambah baik kod sumber (jika menghadapi masalah atau mendapat idea baru bagaimana mempertingkatkan kecekapannya), menjadikan kitaran pembangunannya lebih cepat dan boleh menghasilkan produk lebih baik berdasarkan sumbangan ramai pembangun perisian.

Bagaimanapun, katanya, OSS juga ada kekurangan, terutama bilangan sistem operasi yang terpasang kerana nilai utama sesuatu perisian ialah jumlah yang terpasang kerana ia boleh membawa kepada pelbagai ciri baru yang dipertingkatkan.

Kajian itu berasaskan model pertandingan hebat, menyebabkan kenaikan keuntungan secara maksimum dan ia dihubungkan dengan jualan perisian pada harga sifar (Linux) dan kesan pemasangan perisian kepada kedua-dua pihak pada masa tertentu.

Hasil kajian mendapati OSS tidak mungkin menggantikan kedudukan utama Microsoft sebagai peneraju perisian dunia.

Bagaimanapun ancaman utama Microsoft oleh OSS datangnya daripada sektor strategik iaitu kerajaan kerana berdasarkan simulasi model yang dijalankan mendapati kerajaan lebih berpihak kepada OSS kerana kod sumber berkenaan boleh diketahui.

Ini menyebabkan maklumat yang kerajaan anggap sensitif tidak terdedah kepada pengintipan elektronik oleh mereka yang memiliki kod sumber perisian berkenaan. Dalam hal ini, Microsoft sudah pun melaksanakan program perkongsian kod sumber kepada kerajaan tertentu.

OSS mendapat tempat di hati pengguna kerana ia adalah percuma hasil usaha gigih Pengasas Yayasan Perisian Bebas (FSS), Richard Stallman, yang menekankan agar sistem operasi perlu bebas daripada segala kos dan kod sumber perlu dikongsi untuk tujuan penambahbaikan sistem berkenaan.

Stallman berpendapat aplikasi perisian tidak dapat disediakan jika sistem operasi tidak disediakan secara percuma.

Keyakinan Stallman itu turut dikongsi oleh Linus Torvalds, yang mengasaskan Linux hasil penciptaan kernel yang menjadi teras kepada perisian Linux.

Kebimbangan Microsoft terhadap ancaman OSS dapat difahami kerana sebagai syarikat perisian terbesar dunia, kekalahan dalam sistem operasi (OS) memberikan tamparan hebat kepada syarikat berkenaan disebabkan perisian OS adalah pendapatan terbesar syarikat itu.

©New Straits Times (M) Berhad

Share this post


Link to post
Share on other sites

Naper den terbubuh kene lesen lak!! benda free.. bantai jer la!!

Share this post


Link to post
Share on other sites

open source tu ape ?

Share this post


Link to post
Share on other sites

A'elen ... bukan pemikiran sempit ... ramai org tau open source tuh aper ... tapi bila cakap pasal open source org akan terbayang linux ... cam ubat gigi la --> org terbayang colgate ... kopi --> org terbayang nescafe ... paracetamol --> org terbayang panadol ... iklan free -->> org terbayang http://www.jomiklan.com .... hehehe ... jangan menyempitkan fikiran kata orang fikiran sempit ... itu cuma satu contoh yg biasa digunakan .... okeh?!

ph34r.gif

Darkwan,

kita kena terima kenyataan.

Kat putera.net, pemikiran sempit adalah standard

You've got to live with it.

Share this post


Link to post
Share on other sites

bleh tak kome bagitau alamat web untuk download open source nie biggrin.gif

opnen source tuh adalah free software kepada semua dan codenya boleh diubah oleh sesiapa sahaja...antara software sumber terbuka ni adalah:

Ubuntu

open office, etc...

Share this post


Link to post
Share on other sites

bila bercakap pasal Open Source ni memang dah ramai yang tahu.

tepuk dada tanya selera.

Open Source Software(OSS) dah bukan terhad kepada text base , hitam putih dah.

Dengan options yang ada, OSS menyediakan platform yang lebih terbuka.

Source code yang tersedia untuk dicantikkan memberi peluang kpd pakar touch up.

Dari sekecil Linux Router Project( ready for firewall, dns, vpn termasuk mp3 player!), dekstop

solution, applications, databases sehingga network insfrastructures, OSS ready for all this things.

skrg aku dah guna OSS dan aku sgt berpuashati dgnya far better than micro$soft.

So, sekali lagi, tepuk dada tanya selera.

p/s: sapa nak ubah nasib kita, kalau bukan kita sendiri.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Open Souce tuh benda Org2 baik hati membina

soft tok org lain secara percuma.. x pa cas!!

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ada juga 'kod sumber' percuma yang saya buat di laman web tu seperti di bahagian galeri.

http://www15.brinkster.com/affendi/new/hgaleri.htm

Di situ ada game tetris, susun nombor, cari gambar serupa dan sebagainya. Anda boleh tengok kod sumbernya melalui View-Sources

bukan ke open source biasanya free?

http://www15.brinkster.com/affendi/new/hcongkakcode.htm bukan kena bayar ke?

www.codedb.org << free malaysian open source page tongue.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...