salam, sy ada satu soalan kpd kawan2 semua. sy menggunakan laptop model lama yg menggunakan hdd soket ide. masalahnya hdd itu sudah rosak. jadi sy mahu tukar kpd hdd sata. tapi masalahnya soket hdd dlm laptop tu jenis ide. bagaimanakah cara sy boleh menggantikan hdd ide itu kpd hdd sata ke dalam laptop lama itu. sy harap kawan2 dapat bantu saya.terima kasih.
5 Sebab Mengapa Anda Perlu Beli Power Bank Yang Original (Versi Pembeli)
1. Power Bank Tiruan menggunakan bateri murah. Jadi jangka hayat Power Bank tersebut pun singkat. Sebab itu waranti pun singkat. Jadi jangan terkejut kalau lepas 2-3 bulan pakai dah tak boleh nak pakai lagi.
2. Power Bank Tiruan tidak mendapat pengesahan keselamatan. Tiada kawalan kualiti dari badan berwajib. Anda nak jimat RM50++, anda mungkin rugi RM1000++ jika iPhone / iPad / Tab anda rosak akibat charge guna Power Bank tiruan.
3. Power Bank Tiruan berpontensi besar merosakkan gadget anda. Papan Litar Power Bank Tiruan tidak berkualiti. Mungkin tiada penebat arus. Boleh akibatkan arus berlebihan mengalir ke dalam gadget anda.
4. Kadang-kadang kapasiti yang dinyatakan tidak tepat. Beli 11000mAh, tetapi dapat 5000mAh. Anda tiada cara untuk buktikan kalau bukan pakar.
5. Anda akan pening kepala melayan kerenah Power Bank Tiruan.
Susah anda nak claim warranti sebab mana ada kilang tiruan nak mengaku dia yang bertanggungjawab buat power bank tiruan. Jadi kepada siapa anda ingin mengadu? Pekedai / Penjual selalu bagi waranti paling lama 1 bulan untuk 1 to 1 exchange dengan mereka. Selepas tempoh tersebut, pembeli perlu rujuk pengilang Power Bank Tiruan tersebut sendiri atau kena tanggung kos sendiri pulangkan ke China untuk tukar baru.