Jump to content

zess90

Learning
  • Content Count

    4
  • Joined

  • Last visited

Community Reputation

0 Normal

About zess90

  • Rank
    Ahli Baru
  1. Dengan mengetahui fungsi powerbank, dapat membantu pengguna telefon pintar untuk membuat pilihan sama ada ingin membeli atau pun tidak. Ini kerana pengguna telefon pintar sering mengalami kehabisan bateri pada telefonnya dengan cepat dan tidak mempunyai tempat untuk mengecasnya apabila berada diluar rumah. Betul bukan?   Powerbank atau external charger ini berfungsi sebagai gajet yang bolehmengecas telefon pintar anda semasa berada diluar rumah atau tempat yang mempunyai akses elektik yang terhad. Anda tidak memerlukan punca plug untuk mengecas telefon anda. Anda boleh mengecas dimana sahaja dan pada bila masa dengan menggunakan powerbank anda.   Fungsi powerbank juga telah dinaiktaraf sebagai gajet yang boleh mengecas tablet, MP4, Ipad, kamera, PSP dan gajet yang bersesuaian dengannya. Kelebihan powerbank pada masa kini juga mampu mengecas 2 gajet pada masa  yang sama. Jadi ia dapat menjimatkan masa anda sekiranya anda mempunyai 2 gajet yang anda perlu gunakan dalam kehidupan seharian.   Sesetangah powerbank juga dilengkapi dengan lampu LED supaya dapat menambahkan lagi kredibiliti dan kegunaannya sebagai lampu suluh dikawasan gelap. Powerbank boleh dibawa kemana sahaja kerana ia mudah dibawa, kecil, dan tidak memerlukan punca plug untuk digunakan.   Bagaimana powerbank boleh berfungsi? Powerbank boleh dianggap sebagai sebuah kapasitor dimana, kapasitor mampu menyimpan kuasa tenaga mengikut tahap kapasitinya. Apabila kuasa tenaga itu dialirkan kepada telefon pintar, kuasa tenaga dalam powerbank itu makin berkurangan. Kapasiti untuk powerbank didatangkan dengan pelbagai pilihan. Ia tidak didatangkan dengan 1 jenis kapasiti sahaja malahan ianya pelbagai seperti 5000 mAh, 10000 mAh dan 20000 mAh. Untuk menggunakan powerbank ke atas gajet yang bukan telefon pintar, anda memerlukan jenis connecter supaya dapat menyalurkan kuasa tenaga ke dalam gajet tersebut. Sekiranya tidak, gajet anda tidak akan dapat dihidupkan.   Jadi, untuk memilih sama ada anda perlukan powerbank atau tidak, lihat kembali kepada keperluan anda terhadap telefon pintar. Pilihlah powerbank mengikut prestasi dan kualitinya. Jelas disini, dengan mengetahui apakah fungsi powerbank, anda boleh menilainya sendiri.  Follow Blog Sembang Gajet kalau nak lebih info pasal powerbank. 
×
×
  • Create New...