class_sick 3 Report post Posted April 27, 2013 Saya tengah mencari mana-mana madrasah, rumah anak-anak yatim, rumah kanak-kanak atau mana-mana organisasi yang tiada dana khas untuk tujuan penyelenggaraan komputer. Saya pernah join beberapa program di madrasah dan rumah kanak-kanak di sekitar Malaysia. Ada sesetengah madrasah ini masih menggunakan komputer yang lama. Yang pada saya tidak berapa sesuai digunakan lagi. Komputer perlu diselenggara/naik taraf dari segi hardware dan software apatah lagi kalau komputer yang sudah berumur 5-10 tahun.Komputer yang dipenuhi virus boleh merosakkan data-data yang penting dan juga boleh menyebabkan tugas yang sepatutnya 10 minit boleh siap tapi boleh memakan masa sehingga sejam. Pendidikan perlu seiringan dengan teknologi, kalau tidak masyarakat kita akan terus kekal tertinggal jauh dibelakang. So untuk permulaan, perkhidmatan yang dapat diberikan :1. Khidmat nasihat. 2. Kursus secara percuma cara-cara format, install software, buang virus, cara nak set up set komputer baru dll. 3. Penyelenggaraan komputer. Buat masa ini servis hanya dari segi software sebab tidak libatkan jumlah duit yang banyak. Saya masih belajar lagi, so tiada dana khas untuk sponsor beli komputer baru / upgrade hardware. Kalau sikit-sikit tu boleh diusahakan lagi, Insya-Allah. Kalau ada pihak yang perlukan perkhidmatan ini atau ada pihak yang sudi untuk menyumbang, boleh emailkan ke [email protected]. Benda-benda macam nie kalau kat bandar memang kita susah nak jumpa, tapi cuba sekali masuk area kampung / luar bandar baru kita tahu sebenarnya masih ramai kat luar sana yang pegang keyboard pun tak pernah! Jangan nak salahkan sesiapa pun. Salahkan diri sendiri sebab kita tak pernah ambil peduli tentang orang lain! http://shoutultech.wordpress.com/2013/04/19/servis-komputer-percuma/ ................................................................................ So kawan-kawan, saya nak minta pendapat kalian semua. Kalau ada yang dah pernah buat macam nie, boleh pm saya. Saya perlukan nasihat dan tips dari anda. Saya sekarang masih menuntut di UTeM, Melaka (tahun akhir) Terima kasih Quote Share this post Link to post Share on other sites
TonikCapGajah2013 175 Report post Posted April 27, 2013 Bagus, teruskan dengan usaha saudara/i yang cukup bagus ini. Quote Share this post Link to post Share on other sites
khorback 11 Report post Posted April 27, 2013 Jika ada sorang je dari kalangan komuniti memberi peduli pertama, itu sudah cukup bagus! Quote Share this post Link to post Share on other sites
TRUNASUCI 15 Report post Posted April 29, 2013 Saya tengah mencari mana-mana madrasah, rumah anak-anak yatim, rumah kanak-kanak atau mana-mana organisasi yang tiada dana khas untuk tujuan penyelenggaraan komputer. Saya pernah join beberapa program di madrasah dan rumah kanak-kanak di sekitar Malaysia. Ada sesetengah madrasah ini masih menggunakan komputer yang lama. Yang pada saya tidak berapa sesuai digunakan lagi. Komputer perlu diselenggara/naik taraf dari segi hardware dan software apatah lagi kalau komputer yang sudah berumur 5-10 tahun.Komputer yang dipenuhi virus boleh merosakkan data-data yang penting dan juga boleh menyebabkan tugas yang sepatutnya 10 minit boleh siap tapi boleh memakan masa sehingga sejam. Pendidikan perlu seiringan dengan teknologi, kalau tidak masyarakat kita akan terus kekal tertinggal jauh dibelakang. So untuk permulaan, perkhidmatan yang dapat diberikan :1. Khidmat nasihat. 2. Kursus secara percuma cara-cara format, install software, buang virus, cara nak set up set komputer baru dll. 3. Penyelenggaraan komputer. Buat masa ini servis hanya dari segi software sebab tidak libatkan jumlah duit yang banyak. Saya masih belajar lagi, so tiada dana khas untuk sponsor beli komputer baru / upgrade hardware. Kalau sikit-sikit tu boleh diusahakan lagi, Insya-Allah. Kalau ada pihak yang perlukan perkhidmatan ini atau ada pihak yang sudi untuk menyumbang, boleh emailkan ke [email protected]. Benda-benda macam nie kalau kat bandar memang kita susah nak jumpa, tapi cuba sekali masuk area kampung / luar bandar baru kita tahu sebenarnya masih ramai kat luar sana yang pegang keyboard pun tak pernah! Jangan nak salahkan sesiapa pun. Salahkan diri sendiri sebab kita tak pernah ambil peduli tentang orang lain! http://shoutultech.wordpress.com/2013/04/19/servis-komputer-percuma/ ................................................................................ So kawan-kawan, saya nak minta pendapat kalian semua. Kalau ada yang dah pernah buat macam nie, boleh pm saya. Saya perlukan nasihat dan tips dari anda. Saya sekarang masih menuntut di UTeM, Melaka (tahun akhir) Terima kasih Sangat bagus, kalau boleh senaraikan tpt dan masa serta agendanya, insyallah saya join :) Quote Share this post Link to post Share on other sites
FryShadow 90 Report post Posted April 29, 2013 Kalau perlukan bantuan boleh la lawat opis saya di inkubator k-ekonomi tu hehe.. Quote Share this post Link to post Share on other sites
K.A. 312 Report post Posted May 11, 2013 Tak penah dgr projek amal macam ne... Kiteorg mgkn leh support kalo ts nak buat projek sbgini Quote Share this post Link to post Share on other sites