Jump to content
K-IT2

Bagaimana Melayari Internet Tanpa Dikesan

Recommended Posts

[img]http://u.jimdo.com/www21/o/s45463b1918865eda/img/i391fd06e9ce70f1b/1343115829/std/sorok-identiti-anda-apabila-melayari-internet.jpg[/img]

[size=5]Ramai pengguna Internet tidak mengetahui bahawa kebanyakan perisian browser terkini membenarkan anda melayari Internet tanpa dikesan. Ciri ini dipanggilPrivate Browsing. Di antara perisian – perisian browser yang menawarkan ciri ini termasuklah Internet Explorer, Mozilla Firefox dan Google Chrome.

Ciri Private Browsing ini diberikan nama yang berlainan di dalam browser yang berlainan. Di dalam Internet Explorer ia dipanggil InPrivate Browsing sementara di dalam Mozilla Firefox ia digelar Private Browsing dan di dalam Google Chrome sebagai Incognito Browsing. Namun apa sahaja nama yang diberikan, fungsinya tetap sama.

Private Browsing adalah satu ciri dalam perisian browser yang membolehkan anda melayari Internet tanpa meninggalkan jejak di komputer. Ini dapat mencegah orang lain yang menggunakan komputer yang sama dari melihat dan mengetahui aktiviti Internet yang anda lakukan.

Apabila anda memulakan Private Browsing, browser anda akan membuka tetingkap browser baru untuk anda. Ciri Private browsing akan memberi pelindungan sepanjang tempoh anda menggunakan tetingkap tersebut. Anda boleh membuka sebarapa banyak tab yang anda mahu dalam tetingkap itu, di mana tab yang anda buka itu akan dilindungi oleh ciri Private browsing. Walau bagaimanapun, jika anda membuka tetingkap browseryang lain, tetingkap tersebut tidak akan dilindungi oleh Private browsing. Untuk menamatkan sesi Private browsing anda, tutup tetingkap browser berkenaan.

Untuk maklumat lanjut, klik [url="http://www.kursus-komputer-compustudies.com/tips-komputer/bagaimana-melayari-internet-tanpa-dikesan/?utm_source=forum_posting&utm_medium=forum&utm_term=private_browsing&utm_content=putera&utm_campaign=putera12oct2012"]di sini[/url].[/size]

Share this post


Link to post
Share on other sites
Ok saya tak pernah tau pasal ni. Nice info :35:
Tapi private browsing ni selain elak kita layari internet tanpa dikesan oleh pengguna lain, adakah ia dapat elakkan juga aktiviti kita dikesan oleh aplikasi lain?
aplikasi lain tu macam monitoring tools yang IT team install kat dalam pc opis ke (lupa lak apa nama aplikasi tu)

Share this post


Link to post
Share on other sites
Private Browsing: Tidak meninggalkan jejak dikomputer, tapi boleh dikesan - melalui sniffing/ISP/etc.

Secure Browsing: Payah nak dikesan kerana gunakan encryption, contoh bila kita buka laman HTTPS (HTTP + Secure)

Monitoring Tools: Bergantung juga pada software monitor. Kalau dia screen capture/remote manager yang boleh lihat screen anda, apa yang anda lihat, itulah yang dia nampak. Contoh software: VNC/TeamViewer/Remote Desktop. Kalau software untuk monitor laman web yang dibuka, kemungkinan boleh dikesan pun tinggi.

Untuk lebih selamat: Gabungkan Private Browsing + Secure Browsing. Dari bukak http://www.google.com/ gantikan jadi https://www.google.com/ atau di facebook boleh aktifkan secure browsing pada setting.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Untuk lebih selamat: Gabungkan free wifi + [size=5]tor browser bundle.[/size]

Share this post


Link to post
Share on other sites
blh gunekan juga openvpn untuk tunnelkan channel kita dgn encryption supaya xblh di sniff

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...