Jump to content
angklung

Saya Serius Ni

Recommended Posts

Assalammualaikum.

Mula-mula sekali mintak maaf kalau tersalah tempat posting topik. Saya inginkan pandangan, pendapat dan saranan.
Ok lah, saya seorang warga emas. Saya ada membangunkan perisian stand alone untuk kanak-kanak (childrean education software) yang telah dibahagikan kepada beberapa modul,

1) Mengenal huruf ABC (Malay/English/Arabic)
2) Mengenal angka dan mengira (Malay/English/Arabic)
3) Belajar mengeja berasaskan KV, KVK
4) Mengenal duit

senang cakap perisian tu sesuai untuk LINUS. Perisian2 tu menggunakan platform Windows, fully multimedia interaktif with animation, audio/video, real photo dan boleh menghasilkan cetakan...printed output.

Perisian2 ni saya bangunkan menggunakan programming language sepenuhnya (bukan flash/director). Ianya berasaskan database, tapi tidak menggunakan database engine, i.e. access, oracle dsb.

Segala engine2 untuk 2D, animasi, multimedia player, registration dan lain-lain lagi telah siap dibangunkan dan sedang dimurnikan. prototype perisian ini telahpun digunakan oleh anak saya.

Asas kejuruteraan perisian ini adalah bersifat open database connectivity berdasarkan text file database untuk kesemua modul. Ok cukup dulu untuk intro, kalau nak cerita takut tak cukup ruang.

Masaalah saya sekarang nih ialah, saya terpaksa bangunkan segala-galanya sendirian, koding, debuging, audio recording, editing, interface design, photo (shooting/editing...dah +200 imej yang siap diedit, untuk abjad A>Z), video (shooting/editing), senang cakap software design (engineering)/coding, dan content terpaksa dibuat secara lone ranger..SEBAB, tak mampu nak bayau orang lain untuk tolon.

Saya ader cuba2 tanya kat MDec dan submit application siap ngan paperwork, tapi rejected sbab diaorang kata takder peruntukan untuk ape yang saya mohon i.e. geran/bantuan. Manaler tahu kalau-kalau boleh dapat geran, pas tu bleh ajak sorang dua untuk tolon siapkan.

Hasrat saya kalau boleh nak buat macam Reader Rabbit Preschool, JumpStart Pre School, Fisher-Price Ready Pre School dan lain2 lagi dan alhamdulillah dah dapat dibangunkan standardnya, sebab sasaran pasaran untuk perisian2 saya nih, memang satu dunia (asas engin untuk multi language telah dibangunan).

Buat masa ni saya terpaksa melakukan kerja2 diatas secara sambilan sbab terpaksa kerja ngan orang buat wiring letrik kat rumah2 sebagai punca pendapatan.

Secara ringkasnya setakat ini....Kesimpulannya adalah;

1) Macammana saya boleh dapatan bantuan (modal/tenaga kerja)
2) Macammana nak carik orang yang sanggup melabur
3) Dijangkakan sekiranya pembangunan dilakukan 2..3 orang (programming & grafik & content development) < 6 bulan dah boleh siap sbab dah +- 75% saya siapkan.

p.s. sesiapa yang sudi menderma video/photo/lagu kanak2/design karakter untuk programme icon macam upin ipin, dora de exlporer, sinchan untuk main karakter perisian nih adalah dialu2kan dan jasamu akan dibalas bila perisian nih dah dipasarkan kelak.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Tahniah sebab ada keinginan nak bangunkan perisian secara sendiri walaupun tak dapat dana dari mdec dan sebagainya. Memang susah kalau takde fund nak buat/setup projek baru.

Cadangan :

- Public kan source code (kalau nak jadikan sebagai open source)
- Try to collaborate dgn mana-mana company

Apa maksud "sesuai untuk LINUS,tapi guna platform Windows" Linux ? maybe :D
Boleh tahu guna language ape buat program ni ?

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='FryShadow' timestamp='1308211648' post='1070254']
Tahniah sebab ada keinginan nak bangunkan perisian secara sendiri walaupun tak dapat dana dari mdec dan sebagainya. Memang susah kalau takde fund nak buat/setup projek baru.

Cadangan :

- Public kan source code (kalau nak jadikan sebagai open source)
- Try to collaborate dgn mana-mana company

Apa maksud "sesuai untuk LINUS,tapi guna platform Windows" Linux ? maybe :D
Boleh tahu guna language ape buat program ni ?
[/quote]


LINUS> kementerian pendidian punya program 4M -membaca, menulis,mengira, menaakul(menganalisa/menelaah) untuk sekolah rendah..maaf kalau salah tafsir sbab saya bukan cikgu.

Guna VB jer, tapi extensive use of API dan sbab nak laju n without 3rd party control. Cuma yang susah skit nakkan quality n interfacenya n grafiknya cam game-game yg ader kat market.

Dah cuba submit 2 proposal kat 2 company tapi diaorang taknak sbab takder bajet untuk r & d.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kalau tengok dekat web mosti dengan mdec memang macam ada grant untuk benda2 ni. try tengok2 site bawah ni mana tau dapat membantu tuan pembuka thread.

http://www.mscmalaysia.my/topic/IP+Grant+Scheme

mosti

http://www.mosti.gov.my/mosti/index.php?option=com_content&task=view&id=1325&Itemid=511

http://www.mosti.gov.my/mosti/index.php?option=com_content&task=view&id=1324&Itemid=510

Share this post


Link to post
Share on other sites
Salam,

Tahniah, firstly nak tanya program tu dibangunkan untuk komersial atau 'open source'. Kalau komersial boleh terus collaborate dengan syarikat2 yang berminat (aku ada kenal sorang ni - mungkin dia berminat). Kalau nak mintak geran untuk yang ni memang tak ada, tapi apa kata buat prototaip untuk projek lain (yang boleh mohon geran) kemudian ambil sebahagian duit untuk bangunkan projek tu.

Kalau open source, dekat Malaysia nih kena cari yang betul2 nak bangunkan.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Dekat MDEC ada geran untuk pre-seed sebyk rm150k. Buat proposal ikut format yg diorang bagi dan bentangkn kat diorang. Kalau tak silap kena set up company untuk buat ni sebab perlu jugak apply untuk msc status.

Kena check balik la sebab dah lama aku tak follow perkembangan benda ni. Dulu ada gak sample proposal tah kat mana aku letak tak sure. Aku masih cuti kat kampung tak bwk komputer. Kalau balik KL nanti aku try check kalau jumpe bole email kat tuan angklung.

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku cakap terus terang la.kalau nak harap kerajaan nak tolong? jangna mimpi la.diorang tak berapa minat dengan IT dan Technology ni.diornag tak minat.Bank yang ada kat malaysia ni pun sama.seolah tidak mengalakkan.diorang tahu kalau nak buat loan bussiness tu mesti menguntungkan.Negara kita tak macam negara US dan Jepun...negara diorang tiap-tiap tahun ada produk baru keluar.negara kita? sibuk dengan Akademi Fantasia dan Juara Mentor! terbaru apa? IMAM MUDA! dulu RAJA LAWAK sekarang ada MAHARAJA LAWAK..pandai betul buat duit.....Aku lupa negara Jerman atau negara mana.kontrol BMW guna Iphone..dengki aku tengok.negara kita tak macam negara diorang.

tapi aku ada idea.apa kata design dan kertas kerja yang ada banyak-banyak tu ko jual pada kompeni lain.kalau boleh kompeni yang beli tu ada nama la.sekarang ni apa-apa bussiness kat dunia ni pun kompetitif.pesaing bersepah-sepah.semua orang nak murah.tapi nak kualiti bagus.so bussiness jadi macam tertekan.dalam otak tu sentiasa ingin mencari bussiness atau produk lain yang menguntungkan.maka inilah peluang.Ko kumpulkan artwork semua tu buat kertas kerja macam mana bende tu beroperasi.kos dia berapa.itu ini berapa.pastu siap ada demo set lagi la...tapi masa ko jual tu.jangan jual habis 100% jual 40% macam tu.yang balance 60% tu pegang.pastu pergi kat kompeni B plak jual plak 30% daripada design tu pastu pegang.untung yang dapat dari ke 2-2 kompeni tu satukan pastu tubuhlah kompeni dan produk ko sendiri....tapi aku boleh gerenti nama kompeni ko atau nama ko sendiri TAK BOLEH nak compete kompeni A dan B tadi tu.A dan B tadi tu modal dia banyak.dah berpengalaman 10 tahun.nama dia merata-rata.setakat artwork yang ko jual tu RM 15k ...diorang untung lebih 10 kali ganda.

lepas ko dapat untung hasil penjualan design tu tadi.dan ko dah setup kompeni sendiri.masa tu la ko akan nampak agensi kerajaan terhegeh hegeh nak `kongsi` dengan kau(ko mintak RM 1 juta pun diorang bagi)....ko tau kenapa aku kata jual 50% daripada design tu? yang baki ko pegang? kalau ko jual habis 100% sia-sia la usaha ko.ko penat-penat create bende tu orang lain dapat nama.? ..Aku bagi ko cth kompeni SONY.kompeni ni besar.ada beratus produk.tapi ada produk tertentu sepert TV LCD atau DVD Player dia sama macam brand lain.takde beza apa pun.pun barang made in china jugak.tetapi ada barang-barang seperti PS3/PSP/BLUERAY semua tu kompeni sony pegang 100%.ko tak boleh duplicate atau tiru.sampai sekarang kalau sebut Game Console yang best mana? PS3.siapa punya? SONY!.sebut PS3 nama SONY naik.Sebut SONY orang tahu PS3.

Kesimpulan kat sini.kalau ko niaga Jual kuih atau bende-bende makanan/pakaian/contract besar mmg kearajaan support.tapi kalau berkaitan dengan IT atau technology mmg susah sikit. Edited by Tempus

Share this post


Link to post
Share on other sites
Terima kasih untuk pandangan korang semua. sbenarnya sblum aku anto proposal kat MDec, aku dah study dulu requirement diorang termasuk MOSTI, kat Mdec aku anto paperwork skali siap ngan resume aku (yang tak sberapa). Kat satu anak sykt MNC(Malaysia) aku anto projek paper siap ngan prototype yang anak aku dah guna, kat satu kompeni animasi (aku ajak kolaborate sbab nakkan populariti dia - projek paper ngan prototype). Anak sykt MNC kata tak der r & d fund, sykt yg lagi satu senyap jer. kat Mdec, suruh aku apply kat Cradle (cuma berminat untuk bantu marketing jer - jadik aku tak anto proposal, dah tu ramai yang tak dapat respon dari dia,- aku baca at web site dier), kat MOSTI pulak, sedih aku tengok prasyarat dier, yang mana banyak yang aku tak layak.

Ginilah, agak-agak koranglah, ader tak sesiapa yang akan percaya akan kemampuan sorang mamat/pakcik yang cuma ader SPM/MCE (yang tak pernah mendapat didikan secara formal dalam IT, malah hanya skalijer dalam seumur hidup (stakat ni) pergi kursus IT (NOVEL networking/Administrator) satu masa dulu yang berangan nak bangunkan (dah 75% siap pun) beberapa modul fully mulltimedia/interactive stand alone (multi language) childrean education software yang dibangunkan sepenuhnya menggunakan VB6 language dan nak standing ngan international company yang bangunkan benda yang sama (macam dalam opening tread aku)?

Untuk pengetahuan korang aku hanya baca buku/internet, buat experimen, gode pc untuk hardware/software/server/networking untuk menjadik pandai (taklah pandai sangat)

Ader bbrapa sbab aku bangunkan benda-benda tu:

1) Untuk aku jual kat Malaya/Asia/Dunia
2) Aku berangan nak jadik kaya
3) Untuk kegunaan anak aku yang Down Sindrom
3) Untuk kegunaan anak-anak orang lain yang berminat
5) Sbab takder lagi kat Malaya benda yang macam aku buat (aku dah Google/Bing/Msn/Yahoo) menggunaan macam-macam search teks, akronim, title bla..bla..bla
6) Sbab maruah aku
7) Sbab maruah bangsa aku
8) Sbab maruah bahasa ibunda aku

untuk PowerRootTongkat Ali, terima kasih krana berminat nak bantu, kejap lagi aku postkan & crita bantuan aper yng aku perlukan.
(aku ngah siapkan klip untuk korang tengok nanti dan komen, beri cadangan untuk menolong aku (maaf sbab minta tolong). Edited by angklung

Share this post


Link to post
Share on other sites
hmm, angklung mungkin boleh try cari angel investor/venture capital kalau pihak kerajaan tak de respond apa2. Ni ada 2-3 VC/angel investor kat malaysia hasil google2.

http://www.cradle.com.my/cms/index.jsp

http://www.capital.com.my/maincenter/

Yang bawah ni Singapore punya.

http://answers.google.com/answers/threadview?id=727213

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='angklung' timestamp='1308402406' post='1070359']
Terima kasih untuk pandangan korang semua. sbenarnya sblum aku anto proposal kat MDec, aku dah study dulu requirement diorang termasuk MOSTI, kat Mdec aku anto paperwork skali siap ngan resume aku (yang tak sberapa). Kat satu anak sykt MNC(Malaysia) aku anto projek paper siap ngan prototype yang anak aku dah guna, kat satu kompeni animasi (aku ajak kolaborate sbab nakkan populariti dia - projek paper ngan prototype). Anak sykt MNC kata tak der r & d fund, sykt yg lagi satu senyap jer. kat Mdec, suruh aku apply kat Cradle (cuma berminat untuk bantu marketing jer - jadik aku tak anto proposal, dah tu ramai yang tak dapat respon dari dia,- aku baca at web site dier), kat MOSTI pulak, sedih aku tengok prasyarat dier, yang mana banyak yang aku tak layak.

[/quote]
sekarnag ni aku nak tanya kau balik.kau nak jadi pengedar? manufacture? atau retailer? kalau software dia ada sorang tukang designer dan sorang tukang publisher.untung publisher kira dengan designer.tapi yang pasti publisher dapat nama.dan kebanyakkan publisher merupakan kompeni2 yang hebat modalnya.sekali dia tabur pergh....

kat malaysia ni agak susah bende2 R&D.kalau aku jadik kau aku ambik design tu aku pergi Jepun atau korea.jual kat diorang.diorang tak nak jual plak kat US.tak nak lagi jual plak China.yang diorang dah beli bende tu diorang akan pasarkan balik kat Malaysia/indonesia/singapore atas nama dan pasaran mereka ada.bila dah jadik macam ni baru kerajaan `terkedu` menangis-nangis.Negara akan bayar 2 kali ganda lebih daripada harga asal.

sekali orang luar beli takde main ringgit.diorang kira USD.duit USD tu kau boleh majukan lagi sistem kau ataupun ko sendiri jadik pengedar/publisher.dalam niaga ko tidak boleh untung semua dan tak semestinya ko kena selalu untung.kalau ko ada modal lebih kurang RM 10k ko boleh pusingkan duit tu dulu dalamm bank.bukak currenct account pastu dah lebih kurang 6 bulan macam tu ko mintak loan TEKUN.duit daripada tekun tu ko buat apa yang patut ko buat.

kalau ko mintak lurus-lurus aku pun takut nak bagi.kalau ko mintak bengkak bengkok .... Edited by Tempus

Share this post


Link to post
Share on other sites
errmmm... dah lama baca nih... bagi pendapat aku kan... buat sistem tuh kasi siap.. kasi guna kat anak yang sindrom down.. tengok hasil nya.. kalau baik (maksud aku ada peningkatan).. boleh ler buat marketing kat pusat2 jagaan kanak2 sindrom down... buat slow2... jangan terus terjah... boleh kalau nak tak salah pun.. tapi kena betui2 hebat... sebab saingan sengit...

Jual dalam pasaran kecil dulu.. bagi orang nampak keberkesanan nya... sebab dah takde budget tuk R&D kan... nak wat camne... teruskan jugak usaha..jangan putus asa...

so jadi ler developer dan publisher... bila benda nih berkesan lama2 orang akan nampak... dan ia nya akan ada pasaran tersendiri... kalau nak jugak tembus pasaran besar tak boleh laa berhenti sekerat jalan dengan alasan hanya ada SPM sahaja....

baca kisah2 jutawan kat dunia nih.. diaorang bukan belajar tinggi pun.. usaha tuh penting jangan putus asa... insyaAllah kalau memang itu rezeki nya ada jalan keluar...

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku cadangkan supaya buat demo atau trial version dengan limited functions/features atau limited time..Sebab mentaliti orang di Malaysia ni..nak semua free..test market dulu..dapatkan feedback dari pengguna..improve mana yang boleh..kalau user rasa berbaloi..mesti diorang beli..dan jangan lupa jugak, upgrade software anda agar sentiasa kemaskini dan seiring dengan perkembangan kanak-kanak down sindrom ini..after sale service jugak penting..

aku amik pengalaman rakan-rakan la..sebelum ni ramai gak rakan-rakan yang gune antivirus kaspersky yang di biskut tawar kan..tapi bila asik kena blacklist licence key..maka ramai yang dah beli licence key yang sah..sebab diorang rasa berbaloi dengan apa yang dibayar untuk software tu..

Share this post


Link to post
Share on other sites
yer arr aku pun sokong gak neology kata... wat dulu pastu cam limit kan function kalau nak fully kena bayar... test market dulu... sebab benda2 macam nih ada market tersendiri... marketing kena baik nih... try je pasar kan kan online dan offline.. tgk market camne.. kalau boleh jalan... terus kan jual.. sambil2 tuh try jugak cari sesapa nak sponsor tuh... publisher ler... jadi takde arr dok pi ke hulu kehilir cari orang nak publish kan...takdak income masuk....

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='angklung' timestamp='1308402406' post='1070359']
kat MOSTI pulak, sedih aku tengok prasyarat dier, yang mana banyak yang aku tak layak.[/quote]
aku rasa projek ni boleh pergi jauh kalau diusahakan betul2..

untuk projek ni, sesuai ambik dana dari MOSTI (i.e: TechnoFund)..mdec mmenag lece(orang2 mdec boleh dikatakan buta kayu..macam orang2 MIMOS jugak..haha..maaf kalau sapa2 dari MIMOS atau mdec ye..cuma kenyataan cari nahas aku, berdasarkan dari pengalaman aku berurusan dengan diorang :) )

tapi, kalau nak ambik TechnoFund, bukan setakat develop system saja...kena develop modul pembelajaran tu sekali(jadi kena dapatkan khidmat SME..kos SME boleh masuk dalam kertas kerja tu nanti)...
seeloknya guna teknik pembelajaran yang terbukti berkesan (e.g: modul selan rosni untuk pembacaan bahasa)
projek ni menggunakan modul/teknik yang mana?..kalau takde guna mana2 teknik pun boleh jugak, tapi kena la yakinkan diorang keberkesanan teknik pembelajaran dalam modul tu..ataupun, kasi tunjuk dulu pilot projet tu(untuk diroang dapat feel macam mana hasil project tu nanti) dan bagitahu, teknik yang akan digunakan akan diserapkan untuk projek yang betul2 tu kerana kos khidmat pakar takde..

kalau aku boleh bagi pendapat sikit, aku rasa, project ni sesuai dibangunkan untuk online/network application (sebab senang nak maintain database dan modul tu sentiasa ada benda baru/tidak statik)...kalau stand-alone, dia jadi sedikit rigid..(maaf kalau pendapat aku ni salah/tak menepati dengan tujuan asal project ni :) )...


jadi, rasa2nya VB kurang sesuai untuk projek ni...
kalau boleh, pakai python, ruby, or other widely used language supaya senang nak cari kaki buat open source(aku tak pasti samada TechnoFund ni boleh untuk open source ke atau tidak..pasal yang aku pernah buat tu bukan untuk open source)..

dan untuk database, pada pendapat aku elok rasanya guna noSQL...sebab diorang jugak mementingkan scalibity, performance, new breed of techonology, etc etc..tujuan dia, supaya diorang rasa berbaloi..kalau tak, kemungkinan akan ditolak atau dapat dana ciput(tak cukup pun nak develop full project)...
harap2 interaksi antara database kat protoype tu pakai loose coupling so senang sikit nak ejas nanti..

[quote]
Ginilah, agak-agak koranglah, ader tak sesiapa yang akan percaya akan kemampuan sorang mamat/pakcik yang cuma ader SPM/MCE (yang tak pernah mendapat didikan secara formal dalam IT, malah hanya skalijer dalam seumur hidup (stakat ni) pergi kursus IT (NOVEL networking/Administrator) satu masa dulu yang berangan nak bangunkan (dah 75% siap pun) beberapa modul fully mulltimedia/interactive stand alone (multi language) childrean education software yang dibangunkan sepenuhnya menggunakan VB6 language dan nak standing ngan international company yang bangunkan benda yang sama (macam dalam opening tread aku)?[/quote]
jangan bimbang dengan kelulusan...untuk bidang macam IT ni, orang tak tengok dah lulusan dari mana, pangkat berapa(kecuali nak kerja kerajaan pangkat pegawai eksekutif IT :D)..

aku rasa macam berminat dengan projek ni...
tapi macam yang dicakapkan tadi, aku rasa ianya kurang sesuai untuk standalone sebab seeloknya modul tu sentiasa bergerak dan berkembang..
dan supaya ianya dapat diserap ke dalam product sampingan(e.g: printed document sebagai tambahan kepada modul sedia ada..jadi sekolah/institusi pembelajaran pun berminat dengan hasil product tu nanti, bukan tertumpu kepada individu2/ibubapa sahaja)

ataupun aku kurang faham dengan project ni :)
kalau boleh diterangkan lebih lanjut kat sini ataupun melalui Private Message putera, mungkin dapat bicang lebih lanjut...

[quote]
Untuk pengetahuan korang aku hanya baca buku/internet, buat experimen, gode pc untuk hardware/software/server/networking untuk menjadik pandai (taklah pandai sangat)

Ader bbrapa sbab aku bangunkan benda-benda tu:

1) Untuk aku jual kat Malaya/Asia/Dunia
2) Aku berangan nak jadik kaya
3) Untuk kegunaan anak aku yang Down Sindrom
3) Untuk kegunaan anak-anak orang lain yang berminat
5) Sbab takder lagi kat Malaya benda yang macam aku buat (aku dah Google/Bing/Msn/Yahoo) menggunaan macam-macam search teks, akronim, title bla..bla..bla
6) Sbab maruah aku
7) Sbab maruah bangsa aku
8) Sbab maruah bahasa ibunda aku
[/quote]
bagus usaha tu :thumbsup: (note untuk mod, mana emoticon untuk thumbs up? :D)..
nak2 untuk golongan kurang upaya sebab negara kita masih kurang benda2 mcam ni Edited by betik

Share this post


Link to post
Share on other sites
waa...hebat2..
impian saya jugak tu...
hmm...try show dulu kat public biar dpt nama (dalam 60-70% ke) ..pastu baru try attack compny besar atau kerajaan...
itu cdgan saya,klu silap tolong perbetulkan.....

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='akuccputsedut' timestamp='1315208013' post='1071832']
so jadi ler developer dan publisher... bila benda nih berkesan lama2 orang akan nampak... dan ia nya akan ada pasaran tersendiri... kalau nak jugak tembus pasaran besar tak boleh laa berhenti sekerat jalan dengan alasan hanya ada SPM sahaja....
[/quote]
cara singkat.siapkan prosposal tu habis habis.terbang ke luar negara.pergi US ataupun Jepun.jual bende tu pada mereka.tetapkan harga tertentu.tapi jangan jual semua 100%...jual 0.01% sahaja.99% kita pegang...untung yang dapat tu jadikan MODAL....Modal yang dapat tu digunakan 100% utk membangunkan perkara tadi....dalam masa yang sama Design yang dijual pada Jepun atau US tu dijual pada harga yang lebih mahal dan semakin mahal...sampai satu tahap mereka sendiri `terminated` dengan kita...bila dah terminated maka orang beralih pada kita pulak..masa tu korang tengok....Sharizat Jalil,/First Lady dengan Perdana menteri kita [b]menyemak [/b]datang.konon nak berbangga anak melayu buat itu ini...........[b]sekarang ni kita minta tolong kita dihina.diketaawakan.diperlekeh hidup hidup![/b]

walaupun kita jual pada orang jepun atau US hakikatnya [b]pengedar/penjual/pembeli [/b] negara kita akan [b]membeli [/b] daripada mereka...tapi [b]harga yang mereka bayar[/b] berjuta kali ganda lebih tinggi daripaa [b]harga yang ditetapkan oleh TS tadi.[/b]kenapa harga jadi mahal? ini kerana nak [b]cover balik KOS pembelian PROPOSAL tadi. [/b]setakat kita jual kat diorang RM 1 juta celah gigi dia je.[b]..bawak balik RM 1 juta tu masuk balik negara macam macam bussiness boleh buat.masa tu juga kawan akan jadi lawan dan lawan akan jadi kawan.[/b]


Konsep niaga ni sama jugak dengan Google beli Android...asalnya Android ni tak popular pun.orang tak kenal pun.apa itu Android orang kata tak tahu.tapi bila dah dibeli [url="http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_acquisitions_by_Google"]http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_acquisitions_by_Google[/url] Google.dimana ada Google situ ada Android dan dimana ada Android mesti Google ada situ.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...