Jump to content
K.A.

Telur Tiruan Dipasaran

Recommended Posts

[center][img]http://www.bharian.com.my/bharian/PixFront/telur.jpg[/img][/center][center]
[/center][center]
[/center][left][font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"][/font][/left][quote][left][font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]GEORGETOWN: Jabatan Kesihatan Pulau Pinang sudah menghantar contoh telur yang dipercayai tiruan yang diperoleh dari dua penjual telur di pasar Pulau Tikus, untuk ujian makmal di Kuala Lumpur. [/font][/left][left][font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]
[/font][/left][left][font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan, Ku Nafishah Ku Ariffin, berkata contoh telur itu dihantar ke makmal di Kuala Lumpur kira-kira 2 petang tadi.[/font][/left][left][font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]
[/font][/left][left][font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]"Kami akan menguji contoh telur itu dan hasil ujian dijangka diperoleh dalam tempoh seminggu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.Beliau berkata, ini adalah kali pertama beliau berhadapan dengan kes telur tiruan sepanjang 22 tahun bekerja di jabatan itu. [/font][/left][left][font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]
[/font][/left][left][font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]Mengikut Peraturan Makanan 1985, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap penjual dan pengeluar telur jika telur itu disahkan tidak tulen. [/font][/left][left][font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]
[/font][/left][left][font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]Kita perlu menunggu keputusan ujian itu sebelum menentukan tindakan selanjutnya yang boleh diambil," katanya. [/font][/left][left][font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]
[/font][/left][left][font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]Sementara itu, Prof Abd Karim Alias dari Fakulti Teknologi Industri Universiti Sains Malaysia, berkata beliau telah mendengar kes seumpama itu beberapa tahun lalu.[/font][/left][left][font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]
[/font][/left][left][font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]Beliau berkata, semua perkara perlu diuji untuk menentukan sama ada telur tiruan itu boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan. [/font][/left][left][font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]
[/font][/left][left][font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]Semalam, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris berkata beliau menerima aduan daripada seorang suri rumah yang membawa telur berkenaan ke pejabatnya selepas mendapati sesuatu yang mencurigakan ketika cuba memasaknya.[/font][/left][left][font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]
[/font][/left][left][font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]Siasatan yang dijalankan oleh persatuan itu mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan. - BERNAMA [/font][/left][left][/quote][/left][left][font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]
[/font][/left][left][font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]
[/font][/left][left][font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]mase bace kenyataan dari persatuan perngguna penang semalam, kecoh satu malaysia dengan telur tiruan[/font][/left][left][font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]
[/font][/left][left][font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]macam mane proses telur tiruan nie eh? berminat gak aku nak tau [/font][/left][left][font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]
[/font][/left][left][font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]hati2 penguna semua[/font][/left]

Share this post


Link to post
Share on other sites
Ini telur made in china punya..kat china belambak telur nih.
Barapa harga telur tiruan nih dijual?

prosesnya tgk sini->[url="http://www.ohtidak.com/oh-bagaimana-telur-tiruan-dicipta/#more-6167"]http://www.ohtidak.com/oh-bagaimana-telur-tiruan-dicipta/#more-6167[/url]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Mr_Iz' timestamp='1302187894' post='1066578']
telur nie kalo wat kek agaknye jadi tak??haha..
[/quote]

rasa jadi kot sebab bahan tuk buat telur tu lebih kurang macam bahan buat kek je.

Share this post


Link to post
Share on other sites
huhu...lepas ni telur kena letak tanda halal.....

telur tiruan ni halal tah idak...lagi2 china yang bua...ak perasan kt site tu ade tulis salah satu ingredient dia gelatin...gelatin ni ade yg sumber dari ehem..tau2 je lah Edited by elsewhere

Share this post


Link to post
Share on other sites
salam...

lor.. mcm2 lak skrg nih...
kalo dh telur pon leh jd telur tiruan..
cmne nk tao mana yg asli... :100: Edited by h!me

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][img]http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0408/Kosmo/Negara/ne_07.1.jpg[/img][/center][center]
[/center][center]
[/center][left][font="arial, verdana, sans-serif"][size="2"][size="2"]GEORGE TOWN – Pejabat Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri bertindak merampas sebanyak 270 biji telur ayam yang dipercayai tiruan di tiga buah premis di Pasar Pulau Tikus di sini semalam.[/size]

[size="2"]Dalam serbuan yang dilakukan oleh sepasukan anggota penguat kuasa KPDNKK kira-kira pukul 10.30 pagi itu, sebanyak 90 biji telur ayam ditemui di setiap premis tersebut.[/size]

[size="2"]Difahamkan, semua pemilik premis berkenaan memperoleh telur ayam yang mempunyai saiz luar biasa itu daripada dua pemborong yang berpangkalan di negeri itu.[/size]

[size="2"]Malah, peniaga juga mendakwa, mereka tidak dimaklumkan mengenai ketulenan telur yang dibekalkan oleh pemborong berkenaan sebaliknya hanya menjual seperti telur biasa pada harga RM11 bagi setiap 30 biji.[/size]

[size="2"]Ketua Pegawai Penguat kuasa PPDNKK, M. Guna Selan berkata, pihaknya bertindak merampas kesemua telur tersebut untuk dikaji ketulenannya.[/size]

[size="2"]Menurut beliau, pemeriksaan ke atas tiga buah premis menjual telur tersebut dilakukan berdasarkan laporan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berhubung isu tersebut kelmarin.[/size]

[size="2"]"Kami segera membuat pemeriksaan ke atas premis-premis yang didakwa menjual telur tersebut.[/size]

[size="2"]"Kami akan mengambil sampel telur itu untuk dibawa ke makmal dan keputusannya akan diketahui dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.[/size][/size][/font][/left][left][font="arial, verdana, sans-serif"] [/font][/left][left][font="arial, verdana, sans-serif"][size="2"] [url="http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0408&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm"]http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0408&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm[/url]

[/size][/font][/left]

Share this post


Link to post
Share on other sites
aiseh,aku baru lepas taip kat blog pasal ni...

http://aloyznyer.blogspot.com/2011/04/pesanan-khidmat-masyarakat-perbezaan.html

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku pun perasan kat pasaran ada telur size C tapi ada setengah besar setengah kecil skit... pelik jugak mula2 tuh.... tapi tak tahu laa pulak tiruan ke tak..?? kalau nak check dia kena rebus dulu telur... aku selalu goreng jer dadar.. so camne nak tahu tulen ke tak... rasa malaysia dah kena kembali ke zaman dulu laa.. bela ayam sendiri tuk makan telur ayam hihihihi...

Share this post


Link to post
Share on other sites
kat blog aku atas komen ko tu aku ade ulas cara2 membuat telur tiruan beserta gambar2 sekali...

Share this post


Link to post
Share on other sites
[media]http://www.youtube.com/watch?v=T55tz4qwFMo[/media]

sedikit penerangan mengenai telor palsu nihh

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='K.A.' timestamp='1302182247' post='1066569']
[center][img]http://www.bharian.com.my/bharian/PixFront/telur.jpg[/img][/center][center]
[/center][center]
[/center][left][font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"][/font][/left][/left][left][font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]
[/font][/left][left][font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]
[/font][/left][left][font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]mase bace kenyataan dari persatuan perngguna penang semalam, kecoh satu malaysia dengan telur tiruan[/font][/left][left][font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]
[/font][/left][left][font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]macam mane proses telur tiruan nie eh? berminat gak aku nak tau [/font][/left][left][font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]
[/font][/left][left][font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]hati2 penguna semua[/font][/left]
[/quote]
telur tu dah lama ada kat pasaran sebenarnya.lagipun bangsa Cina kat sana ramai.terlalu ramai.jadi diorang buat telur tu utk digunakan dalam negara sendiri.telur luar negara semua boleh dikurangkan.yang jadik masalahnya orang kita kat sini semuanya rabun mata.pikir murah.dia tak pikir asal usul telur tu.dia tak pikir cam mana bende tu boleh murah.yang pembeli kat malaysia ni dalam otak murah murah dan murah .membeli tak pikir dan tak sangsi denngan apa yang dibeli..Lagipun China dari dulu sebelum kena jajah mmg semua bende mereka buat sendiri.sutera.teh.British datang jual barang pun mereka tak mau beli.tu pasal British bawak CANDU masuk.

Honda CRV pun boleh kena klon kat China sana ini lagikan telur.terbaru Beras tiruan pun ada jugak.Kerajaan diorang bukan tak tahu bende ni.tapi disebabkan membangunkan ekonomi pastu negara tu pun bukan negara Islam..pi lantaklah.
aku suspek kan kebanyakkan penyakit pelik2 kat maalysia ni mungkin berpunca daripada makanan yang dikilangkan kat china.snek ke.makanan dalam tin ke.

[quote name='akuccputsedut' timestamp='1302328375' post='1066685']
aku pun perasan kat pasaran ada telur size C tapi ada setengah besar setengah kecil skit... pelik jugak mula2 tuh.... tapi tak tahu laa pulak tiruan ke tak..?? kalau nak check dia kena rebus dulu telur... aku selalu goreng jer dadar.. so camne nak tahu tulen ke tak... rasa malaysia dah kena kembali ke zaman dulu laa.. bela ayam sendiri tuk makan telur ayam hihihihi...
[/quote]
telur dadar takpe.kalau telur tu telur pinang yang kahwin tu? buat jamuan kahwin?

tapi kes telur ni tak sejijik kes bangkai binatang dalam beras tempoh hari. Edited by Tempus

Share this post


Link to post
Share on other sites
Aku percaya telur tiruan ini sudah berada dalam pasaran seluruh negara bukan hanya pulau pinang saja. Yg kecoh sebab dijual secara terbuka kepada orang ramai. Kalau rangkaian restoren mamak yang guna telur ini siapa yang nak periksa ? lauk/nasi basi pun mamak tak buang.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]
[font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]
[/font]

[b][size="4"][color="#8B0000"][u]Tiada telur tiruan[/u][/color][/size][/b]
[/font]
[font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]PUTRAJAYA: "Tiada telur tiruan di pasaran negara ini, apa yang ditafsirkan telur tiruan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) adalah telur luar biasa atau bergred rendah, dan bentuknya sedikit berlainan sama ada ia lebih besar atau tidak bujur seperti telur biasa," kata Ketua Pengarah Veterinar, Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin.

Beliau berkata, keputusan awal daripada ujian terhadap telur yang didakwa tiruan dari sebuah pasar di Pulau Pinang, baru-baru ini menunjukkan ia adalah tulen dan dihasilkan daripada ayam, bukannya bahan kimia.

Tambahan pula, katanya Malaysia tidak pernah membenarkan pengimportan telur dari luar negara kerana bekalan yang ada di pasaran ketika ini adalah mencukupi untuk keperluan pengguna di negara ini.

"Lebih 23 juta telur dihasilkan setiap hari di 340 ladang seluruh negara, dan lebih tiga juta dieksport ke Singapura. Kalau ada pun untuk tujuan pembiakan, bukan untuk dimakan," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Hadir sama, Perunding Eksekutif, Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Dr Abdul Rahman Md Saleh.

Bagaimanapun, Dr Abd Aziz berkata, pihaknya akan membuat kajian untuk memastikan telur terbabit tulen, bagi memastikan isu itu tidak terus berlanjutan sehingga mendatangkan kebimbangan kepada orang ramai.

"Kita akan melakukan kajian terperinci di Makmal Kesihatan Awam di Salak Tinggi bagi memastikan kandungannya selamat dimakan.

"Tetapi apa yang nak kita tegaskan di sini adalah telur itu adalah tulen... memang tak ada telur tiruan di pasaran, kalau ada mana-mana persatuan atau pengguna yang mempunyai telur tiruan ini, kita minta mereka serahkan kepada jabatan dan saya sanggup menyediakan ganjaran untuk maklumat ini," katanya.

Beliau berkata, pemerhatian yang dibuat terhadap telur yang didakwa tiruan juga mendapati ia tidak mempunyai perbezaan di mana kedua-duanya mempunyai titik darah kecil, dan terdapat selaput di keliling telur kuning yang tidak mudah pecah, malah putih telurnya macam kaca.

Namun, katanya telur kuning mungkin berbeza antara satu telur dengan telur lain kerana dipengaruhi faktor makanan yang diberikan kepada ayam berkenaan.

Selain itu, katanya tiada teknologi yang boleh membuat telur sesempurna telur yang dihasilkan ayam, dan jika ada mereka yang mencipta atau melakukan penyelidikan itu patut diberi hadiah Nobel.





[/font]

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...