Jump to content
Sign in to follow this  
Nokhead060606

Pergolakan Di Dunia Arab.

Recommended Posts

Berlaku sejak dua bulan lepas dan bila pemimpin di Tunisia sudah ditumbangkan, manakala di Mesir Husni Mubarak yang memerintah lebih 30 tahun juga dijatuhkan. Kini Muammar Gaddafi di Libya pula semakin parah apabila EU ingin campurtangan manakala Pakcik Sam inginkan tindakan ketenteraan dilakukan keatas Muammar Gaddafi.

Apa yang berlaku sebenarnya? Negara2 Islam sepatutnya mengambil langkah bersatu seolah dipermain2kan dengan menggunakan laman sosial untuk menjatuhkan pemimpin mereka....dan sebagainya.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Apa boleh buat, dah pemimpin dorang bermewah2 sedangkan rakyat dorang tu nak hidup susah, kena pulak buli dengan orang yang berkuasa (walaupun kecik jawatan, amcam kes kat tunisia tu)..Mana tak jatuhkan pemimpin tak betul tu. Tapi ada jugak protest macam kat bahrain yang kebanyakkan penganut syiah tak suka kena perintah dengan pemimpin yang kebanyakkannya sunnah/sunni.

Langkah bersatu yang ko cakap tu sebenarnya langkah2 yang negara2 bergolak ni perlu amik untuk membantu lagi keadaan rakyat dorang dan mungkin keadilan dalam memerintah negara.

wallahualam

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='hampeh' timestamp='1299741405' post='1064418']
Apa boleh buat, dah pemimpin dorang bermewah2 sedangkan rakyat dorang tu nak hidup susah, kena pulak buli dengan orang yang berkuasa (walaupun kecik jawatan, amcam kes kat tunisia tu)..Mana tak jatuhkan pemimpin tak betul tu. Tapi ada jugak protest macam kat bahrain yang kebanyakkan penganut syiah tak suka kena perintah dengan pemimpin yang kebanyakkannya sunnah/sunni.

Langkah bersatu yang ko cakap tu sebenarnya langkah2 yang negara2 bergolak ni perlu amik untuk membantu lagi keadaan rakyat dorang dan mungkin keadilan dalam memerintah negara.

wallahualam
[/quote]

aku benda bgini tak pandai sgt.tp lihat je lah husni mubarak tu, dia menguasai Mesir selama lebih 30 tahun dan barisan kempiminan negara itu hanya diberi kepada mereka yang rapat dengannya sahaj, nepotisme, dan dia rapat dengan amerika, hampeh lagi dia ni tak nak beri bantuan dengan palestin walaupun hanya memberi masuk pelarian di dsempadan negaranya.

kes yang sama dengan pemimpin tunisia dengan libya, hidup mcm raja, tak nak pandang sgt rakyat...tp jika berlaku protes di bahrain atau iran pula sbb dia berlainan daripada yg berlaku di mesir, libya, tnuisia.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='hampeh' timestamp='1299743579' post='1064420']
aiseh..ingat ko tanya , sekali sendiri dah tau.lol
[/quote]

aisehh..aku pun taktaw sgt la..haha.saja nak bincang nak taw kepada mereka yg lebih tahu.hampeh..hehe nama ko bro. Edited by Nokhead060606

Share this post


Link to post
Share on other sites
desas desus

negara arab saudi ngan yaman macam nak ade demo gak..





updated sket

[font="Arial, sans-serif"][b]
[center][b][size="4"][color="#8B0000"][u]Tentera Ghaddafi Mula Capai Kemenangan[/u][/color][/size][/b][/center][/b][/font]
[center][font="Arial, sans-serif"][size="2"][b]
[/b][/size][/font][/center][font="Arial, sans-serif"][size="2"]Pejuang pembangkang Libya telah dipaksa untuk menarik diri dari pusat kota pelabuhan Ras Lanuf oleh pasukan yang setia kepada Kolonel Muammar Gaddafi. Pembangkang meninggalkan Ras Lanuf sesudah berhari-hari menghadapi gempuran artileri dan udara yang dilancarkan oleh pasukan yang setia kepada Gadhafi.

Pasukan yang setia kepada Gadhafi dan pasukan anti-pemerintah terperangkap dalam pertempuran sengit untuk memrebutkan beberapa kota lainnya dan kota-kota di sepanjang garis pantai di sebelah timur Tripoli, termasuk Brega dan Bin Jawad, serta dalam Az Zawiyah di sebelah barat ibukota.

Pasukan pejuang di kota pelabuhan Ras Lanuf, yang merupakan tempat instalasi minyak yang sangat penting, sekarang meninggalkan dari kedudukan mereka dan menuju lebih ke timur.

Pejuang jumlahnya ratusan dengan menggunakan kereta dan trak dipaksa melarikan diri ke arah timur, setelah dihujani tembakan mortar dan serangan roket, serta pemboman udara selama dua hari sebelumnya.

Pasukan yang setia Gaddafi melakakukan pengeboman terhadap instalasi gas alam, serta melakukan pengeboman terhadap rumah penduduk dan daerah sekitar hospital, ucap anggota pembangkang.

Dalam wawancara dengan pejabat berita Reuters, anak Gaddafi Saif al-Islam mengatakan waktunya telah datang untuk melakukan aksi militer dalam skala luas terhadap para pemberontak. "Tidak ada kesempatan untuk negosiasi dengan pemberontak yang melawan pemerintah Libya," katanya pada hari Khamis.

Saif al-Islam mengatakan militer tidak akan menyerah, bahawa mereka akan berperang di Libya sampai mati, tegasnya.

Dalam sidang media Kamis malam, Khalid al-Kaim, wakil menteri luar negeri Libya, menegaskan bahawa itu adalah "jelas" bahawa kebanyakan penunjuk perasaan anti-pemerintah dan pejuang adalah anggota al-Qaeda.

[b]Ofensif Militer Pasukan Gadhafi Secara Besar-Besaran[/b]

"Kami bertanya-tanya selama beberapa hari terakhir tentang mengapa Gaddafi tidak menggunakan kekuatan secara besar-besaran? Hari ini kita telah melihat kekuatan-kekuatan dalam aksi," lapor Al Jazeera Tony Birtley, yang berada di Ras Lanuf.

"Pertempuran yang sangat dahsyat berlangsung sepanjang hari Selasa hingga Khamis, di mana pasukan yang setia kepada Gadhafi dnegn menggunakan serangan udara, artileri dan tembakan mortir, kemudian terus membuat gerakan yang menyepit pasukan pembangkang.

"Kami telah melihat trak dengan mangsa tercedera berbaring di bahagian belakang pick-up, dan kami melihat jumlah korban sangat banyak. Kami juga melihat dan mendengar ledakan yang dahsyat dan bola api berasal dari pantai", tambahnya. "Tampaknya serangan besar sedang berlangsung sekarang."

Birtley melaporkan bahawa sementara para pejuang pembangkang sekarang banyak yang meninggalkan kota "pusat pertempuran" dan akan kembali untuk melakukan perlawanan. Dia mengatakan, serangan itu menunjukkan "profesionalisme pasukan Gaddafi, dan itu menunjukkan bahawa ... dia memiliki kemampuan untukmemukul kembali."

Insinyur di fasiliti minyak di kota telah membakar gas beracun dalam kes hit langsung pada kilang, pemberontak mengatakan.

"Kota Ras Lanuf telah dibersihkan dari gerombolan bersenjata dan bendera hijau telah dicabut dari bangunan-bangunan pemerintah," lapor televisyen pemerintah Libya pada Khamis malam. Selanjutnya, laporan itu mengatakan bahawa pasukan pemerintah telah "maju di Benghazi".

Hoda Abdel-Hamid, wartawan Aljazeera di Benghazi, melaporkan bahawa para pegawai menegaskan bahawa Ras Lanuf dan Brega, kota lainnya yang merupakan pusat instalasi minyak di bawah serangan dari kapal perang. Brega, yang menjadi pusat minyak dan gas Libya, juga menghadapi serangan udara.

Dia melaporkan bahawa pemberontak di Benghazi merasa akan terjadi pembalikkan situasi, dan ada "kesedaran bahwa ini akan menjadi sebuah pemberontakan, panjang".

"Kaum revolusioner menguasai pusat kekuatan Zawiyah dan Gadhafi adalah sekitarnya. Tetapi, kekuatannya seimbang antara pasukan pemerintah dengan pembangkang," kata seorang warga yang meninggalkan kota.

"Tidak ada orang di jalan-jalan, kota itu benar-benar seperti kota mati, dan ada penembak tepat di atap," katanya. (mhi/aljz)[/size][/font]
[font="Arial, sans-serif"] [/font]
[font="Arial, sans-serif"][size="2"][url="http://satuumat.blogspot.com/2011/03/tentera-ghaddafi-mula-capai-kemenangan.html"]http://satuumat.blog...kemenangan.html[/url]


[/size][/font]

Share this post


Link to post
Share on other sites
sapa pernah dengar pasal cerita omar mukhtar pejuang Libya menjatuhkan Fasis dari Itali masa perang dunia kedua?...lari topik plak.. :121:

Gaddafi ni susah nak cakap, sanggup dia guna serangan berbahaya menentang rakyat dia sendiri.sampai nak gunakan serangan udara tu..haih...org2 muda dia pulak pakat ramai2 dari laman sosial buat itu ini nak berontak..ntah apa sbnrnya yg betul2 dorong mereka. tp mmg patut pun Gaddafi tu undur sbb dahlama sangat dah perintah Libya.

persoalan yg timbul skrg ialah, jika Gaddafi berjaya ditumbangkan, spaa yg boleh menggantikannya sbg pemimpin, sbb dia lama sgt berkuasa, jd orng lain cm pembangkang sana yg kurang mahir hal ehwal pentadbiran mestilah tiada pengalaman nak tadbir negara. jika berlaku sesuatu masa pentadbiran setahun jagung mereka itu maka akan berlaku lagi benda yg sama rakyat nak merusuh la apa la.

tngk la mesir sapa yg nak urus balik negara tu? padan muka husni mubarak..dia dulu pun berkuasa sbb ambil alih kempinpinan anwar sadat tu yg meninggal dunia sbb kena assassinate.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kalau tak bagi peluang kat parti lain memerintah memang diaorg takde pengalaman langsung sampai bila2.. memang la yang tadbir sekarang banyak pengalaman sebab dah lama perintah dah tahu selok belok pasal ekonomi dan lain2 negara tu. sebab tu ada pilihanraya :) rakyat yang buat pilihan.. power in your hand (iklan celcom)

negara arab ni kalau tak silap tampuk pemerintahan dia memang banyak dari kaum kerabat, dari arab saudi sampai la negara arab yang lain.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kan ada peribahasa Lidah lebih tajam daripada Mata Pedang.

Antara kajian aku:

1)Penduduk mesir agak ramai.80Juta orang

2)Subsidi tinggi.Kerajaan terbeban banyak

3)negara kurang nak melabur kat Mesir.

4)Pendam punya pendam.nak itu tak dapat.nak ini tak jadi.last2 meletup.

Share this post


Link to post
Share on other sites
pasal Libya plak masih tak habis2 lagi. rejim Gaddafi dilihat mula mengawal smula kawasan barat libya.tapi di timur libya masih bergolak dan masih tidak terkawal, manakala duta libya ke pbb serta-merta menyatakan sokongannya kepada pihak pembangkang...klu masih degil gaddafi ni alamat guna kekerasan la jawabnya.biar sebelah timur libya tu jadi rep plak diasingkan dr libya.hoho...

Share this post


Link to post
Share on other sites
sedih pasal kes libya nie,..

berperang sesama sendiri

macam hadis, yang membunuh masuk neraka, yang dibunuh masuk neraka
dua dua masuk neraka.. nauzubillah..

Share this post


Link to post
Share on other sites
tak boleh ikutt sgt kepala si Muammar Gaddafi tu.dia nak pertahan ego dia, tanak jadi cm Husni Mubarak mula2 ckp tak akan akur ckp rkyat last2 tumbang....tp skrg org di kwasan timur libya tuntut no fly zon dr masy anbangsa.tp amerika nak penyelesaian lain, kononnya nk liga arab bersatu.

tak lama lg klu degil jugak dia (gaddafi) tu.kena assassinate jugak..

(People should not be afraid of their government, it is government should be afraid of their people.)

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Nokhead060606' timestamp='1300102391' post='1064813']
tak boleh ikutt sgt kepala si Muammar Gaddafi tu.dia nak pertahan ego dia, tanak jadi cm Husni Mubarak mula2 ckp tak akan akur ckp rkyat last2 tumbang....tp skrg org di kwasan timur libya tuntut no fly zon dr masy anbangsa.tp amerika nak penyelesaian lain, kononnya nk liga arab bersatu.

tak lama lg klu degil jugak dia (gaddafi) tu.kena assassinate jugak..

(People should not be afraid of their government, it is government should be afraid of their people.)
[/quote]



kalo ikut kan, negara2 arab nie memang lemah..

palestine kene bom

semua dok releks goyang kaki, leh siap meeting ngan wakil israel lagi,..

pastu nak jadi orang tengah nak damai kan israel ngan palestine,

kalo mesir + libya + arab saudi tu serang israel,
kan senang?

senang kan? kan? :P

Share this post


Link to post
Share on other sites
karang membebel/meraung2/berdemo sakan pulak rakyat malaysia termasuklah orang2 islam sendiri bila harga minyak naik kalau negara2 arab serang israel...

Share this post


Link to post
Share on other sites
kejam btul si gadafi gunakn kekerasan....rakyat libya akn "ruled by fear"

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='K.A.' timestamp='1300109020' post='1064825']
kalo ikut kan, negara2 arab nie memang lemah..

palestine kene bom

semua dok releks goyang kaki, leh siap meeting ngan wakil israel lagi,..

pastu nak jadi orang tengah nak damai kan israel ngan palestine,

kalo mesir + libya + arab saudi tu serang israel,
kan senang?

senang kan? kan? :P
[/quote]

tak sesenang itu.skrg ni manusia suka sgt kisah pasal kepentingan diri sendiri.jd dorang tak brani buat sbb nak jaga kepentingan diri sendiri la tu.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Pakatan bersekutu menyerang negara libya Dalam situasi mcm ni negara islam jiran patut main peranan lebihJgn smpai kene serang ngan amerika,Aku boleh agak yg kalo tentera bersekutu menang, rasenyer tentu keadaan negara tu jadi macam iraq, afghanistanPenuh ngan huru hara Kalau gadafi undur awal2 kan bagus, macam mesir dan tunisia, tinggal nak lantik pemimpin beribawa jer..

Share this post


Link to post
Share on other sites
liga2 arab juge yang celaka(opsss bahaya nanti ade org report aku guna bahasa kesat) sebab luluskan zon larangan terbang dan merestui tentera bersekutu menyerang Libya,sekarang liga arab nak kritik pulak tentera bersekutu kerana menggunakan kekerasan...sudahlah,liga arab selama ni satu ape aku tengok tak guna ape pun...OIC...now you see...now you feel...!

[quote name='K.A.' timestamp='1300687374' post='1065304']
Kalau gadafi undur awal2 kan bagus, macam mesir dan tunisia, tinggal nak lantik pemimpin beribawa jer..
[/quote]
masalahnya Libya bukan seperti mesir,diMesir semua rakyatnya menentang,tetapi di Libya golongan anti kerajaan sahaja yang menjadi sebab terikut2 fesyen Mesir dan Yaman...
Ghadaffi masih lagi disokong oleh rakyatnya sama seperti Iraq,hanya media barat yang menwar2kan yang rakyatnya menentang...

Share this post


Link to post
Share on other sites
dengan kedegilan Gaddafi, yang degil tak mau lepaskan jawatan dia

barat ade alasan tuk menyerang Libya

PBB dan OIC tu memang cume alat jer bagi Allies


gambar tempat Gaddafi dibom oleh tentera bersekutu
[img]http://english.aljazeera.net/mritems/imagecache/218/330/mritems/Images/2011/3/19/201131922539242784_20.jpg[/img][img]http://english.aljazeera.net/mritems/imagecache/318/480/mritems/Images/2011/3/21/20113213514364621_20.jpg[/img]


[font=Arial, sans-serif]
[b][url="http://satuumat.blogspot.com/2011/03/libya-pejabat-ghaddafi-hancur.html"][size="4"]LIBYA - Pejabat Ghaddafi Hancur[/size][/url][/b]
[/font]
[font=Arial, sans-serif][size="4"]Sebuah laporan mengatakan bahawa sebuah serangan udara telah menghancurkan sebuah bangunan pemerintahan penguasa Libya Muammar Gaddafi di Tripoli, pada saat serangan oleh aliansi militer asing terus berlanjut di negara itu.

Serangan berlangsung pada Ahad malam (20/3) di selatan ibukota, Tripoli di sekitar tempat tinggal Gaddafi di Bab al-Azizia, AFP melaporkan.

Serangan terhadap Libya dimulai setelah pemimpin AS, Eropah dan Arab mendukung dilakukannya aksi militer terhadap negara itu menyusul pertemuan darurat di Paris pada hari Sabtu sebelumnya.

Serangan udara pimpinan AS terus berlanjut pada hari Ahad lepas. Sebuah ledakan keras dilaporkan terdengar di Tripoli di tengah serangan tembakan anti-pesawat.

Amerika Syarikat dan Britain telah mengatakan serangan udara telah "berhasil" dan zon larangan terbang sekarang "berada dalam kawalan."

Sementara itu para ahli mengatakan bahawa motif utama di balik serangan pasukan sekutu Barat lebih kerana adanya simpanan minyak besar di negara Afrika Utara tersebut.

Jurucakap Kementerian Luar Negeri Iran Ramin Mehmanparast mengatakan pada hari Ahad bahawa kekuatan barat yang dominan berusaha menempati negara-negara lain untuk mendapatkan kepentingan-kepentingan mereka dengan dalih mendukung perjuangan rakyat.

Dengan melancarkan serangan oleh sekutu Barat di Libya dari udara, pertempuran terus berlangsung di darat antara pasukan Gaddafi dan pasukan revolusioner.

Lebih dari 94 orang dilaporkan terbunuh oleh pasukan yang setia kepada Gaddafi di kota yang dikuasai pembangkang Benghazi pada hari Ahad lepas, bahkan sekarang pemerintah Libya menghentikan serangan udara, kata petugas perubatan.

Pasukan Gaddafi telah dilaporkan memasuki pusat Misratah dengan kereta kebal. Beberapa orang telah terbunuh dalam pertempuran itu. Mereka dikatakan telah ditembak oleh penembak tepat.(fq/prtv)

[/size][/font]

Share this post


Link to post
Share on other sites
Barat ni berat sebelah, NFZ ni dia patut enforce kawasan yang sepatutnya tiada pesawat/heli gaddafi boleh terbang + bom orang awam sebab dikatakan pesawat gaddafi bom orang awam tapi sumber yang ada pun yang hari tu lari ke malta tapi tak sempat nak bom. Bila buat NFZ, stesen2 radar dan pelancar peluru berpandu ke udara je (selain pesawat dan heli) jadi sasaran pihak barat tu pun stesen radar/sistem pertahanan kena lock-on dulu baru pihak barat leh tembak.

Tapi dalam kes libya ni dia gi tembak sekali apc2 , tank ngan artileri pihak kerajaan libya sahaja, manakala pihak pemberontak takde tindakan apa2.

Share this post


Link to post
Share on other sites
aduh A.S amik kesempatan campur tangan dan akhirnye libya akan di kuasai A.S

Share this post


Link to post
Share on other sites
masing2 yang mengebom libya tu sekarang ni garu kepala tak tau sampai mana patut dorang buat. gulingkan gadaffi ? pecah dua libya, sebelah timur untuk pemberontak ? , lepas bom keluar gitu je , biar pemberontak setel sendiri ?

Share this post


Link to post
Share on other sites
kita tak tahu sebenarnya apa yang terjadi diLibya kerana kita di dimaklumkan oleh sumber2 asing yang kitya tahu nak menjatuhkan kerajaan Islam,apa yang aku nampak Gaddafi masih lagi disokong kuat oleh majoriti rakyatnya,hanya segelintir yang bertindak melampaui batas,ditambah pula dengan kesilapan beliau didalam menguruskan pemberontakan dengan cara kekerasan.

sekarang liga arab kata barat teruk pulak,sudahlah kata kat mulut bolehlah,tapi dlm hati takde pemimpin arab pun yang amik kisah.ckp hanyalah sedapkan hati.

ditambah pula menguatkuasakan ZonLarangan Terbang,ini Gila!!! Jet2 pejuang LIbya tidak boleh terbang di ruang udara Libya!!! dengan bongkak pegawai peperangan mereka ditemubual kata,Libya tak berani nak menyerang mereka dengan jet2 pejuang Libya...ini pengecut!!!

sekarang siapa yang jadi mangsa? rakyat Libya!!! selepas ni telaga minyak Amerika amik alih,kekacauan tercetus walaupun Gaddafi tewas...

Share this post


Link to post
Share on other sites
TINDAKAN Amerika Syarikat dan sekutu Eropahnya menyerang Libya memperlihatkan betapa cepatnya kuasa Barat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertindak ke atas negara Islam yang sedang bergolak dengan mendakwa pemimpin yang ditentang rakyatnya itu didakwa melanggar nilai dan hak kemanusiaan. Dua perkara ini sering dijadikan alasan oleh kuasa Barat dalam tindakannya menyerang negara lain, terutama negara Islam.

Kita ingin bertanya kepada kuasa besar berkenaan apakah tindakan mereka terhadap Israel yang sudah berkali-kali menodai hak asasi manusia dengan membunuh dan menzalimi rakyat Palestin sewenang-wenangnya? Apakah tindakan yang dikenakan ke atas Israel apabila negara haram Zionis itu melampaui batas kemanusiaan?

Adakah PBB, Amerika dan Eropah menggerakkan tenteranya untuk berhadapan dengan pemerintah Israel yang zalim itu? Adakah PBB dan Majlis Hak Asasi mengambil tindakan sewajarnya ke atas rejim Zionis itu?

Demikian juga ketika berlaku pembunuhan ke atas umat Islam Bosnia oleh puak Serb, kuasa Barat dan Majlis Keselamatan PBB tidak bersungguh-sungguh mengambil tindakan ke atas kezaliman Serb sehingga mereka hampir berjaya melaksanakan penghapusan etnik Bosnia.

Kita bukannya mahu membela Muammar Gaddafi yang melakukan kezaliman ke atas rakyatnya sendiri yang menolak kepemimpinannya. Kesilapan Gaddafi ialah menganggap kebangkitan rakyatnya sebagai pemberontak atau perusuh yang harus diperangi.

Justeru, Gaddafi bertindak nekad mengisytiharkan perang ke atas rakyatnya. Itu pun Gaddafi mendakwa menggunakan peruntukan perlembagaan negaranya yang menganggap pemberontak adalah musuh negara.

Persoalannya, mengapa begitu pantas Amerika dan PBB bertindak? Apakah benar dakwaan Presiden Barack Obama yang menyebut serangan itu bertujuan menyelamatkan orang awam daripada kezaliman pemimpin yang tidak ada belas kasihan ke atas rakyatnya? Mungkinkah ia cuma alasan untuk mewajarkan niat sebenar Amerika dan sekutunya untuk menguasai Libya.
Dunia tahu bahawa Libya antara negara pembekal minyak yang strategik. Apakah kerana kepentingan minyak yang strategik itu menyebabkan Amerika dan sekutunya ingin mengambil peluang dari krisis yang berlaku di Libya itu.

Gaddafi adalah pemimpin Arab yang tidak mudah tunduk kepada Amerika. Sejak dulu lagi, dia tidak disenangi Barat. Gaddafi adalah pemimpin yang muncul melalui rampasan kuasa pada 1969 selepas menggulingkan raja Libya yang masih muda ketika itu yang didakwanya selalu mengikuti telunjuk Amerika dan Barat. :87: Edited by RajaBesut

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...