keypo 5 Report post Posted December 31, 2010 salam,sekadar nak meminta pendapat,penerangan yang bernas korang dengan satu perniagaan online MLM . [media]http://www.youtube.com/watch?v=YdEbAwA42tk&feature=player_embedded[/media] aku ada tengok satu video dari youtube,yang mengatakan MLM itu satu perniagaan yang kotor,dalam video itu mengatakan satu perniagaan janji yang diberi ,contoh,[size="6"]kau akan dapat jutaan ringgit duduk depan laptop,kau akan dapat kereta mewah[/size]..yang saya fikir banyak janji janji hebat yang mereka taburkan .. [URL=http://img263.imageshack.us/i/mlm1.jpg/][IMG]http://img263.imageshack.us/img263/8418/mlm1.jpg[/IMG][/URL] tapi benarkah MLM tu satu perniagaan yang kotor ?ada sesiapa yang boleh explain kat aku tak?.. dalam video itu bercerita lagi,salah satunya mengenai malam,bila masuk dalam perniagaan dan bila kita bekerja disitu dan kita menjual produk dan komisen kita semata mata berdasarkan produk produk yang kita jual,takda gaji minimum,hanya berdasarkan komisen dari produk produk yang dijual dipasaran dan mereka tiada had dalam mengambil downline yang aktif untuk menjual atau erti kata lain mempromosi sesuatu barangan ..secara ringkasnya MLM tu tiada had untuk menjadi pengedar atau promosi sesuatu produk,dan mereka mereka memperoleh komisen setiap barangan yang mereka promosi ..dan dalam perniagaan ini,siapakah yang memperoleh keuntungan yang sebenarnya ?? pengedar atau orang atas pengedar itu ?? ..please aku sebenarnya masih keliru dengan perniagaan ini ?.. jadi apabila kita bekerja untuk mempromosi sesuatu barangan tapi pendapatan tak seberapa melainkan mempromosi produk bagai nak mampus,kekadang sampai berjaga malam ..letih dan sebagainya ..semua kita tahu MLM adalah piramid , ada downline dan ada upline..jadi orang upline atas perolehi keuntungan tinggi,orang bawah takda untung kekadang bila aku duk fikir betul betul mengenai MLM ..ia macam ada kaitan dengan riba ..pastu pulak,ia macam satu perniagaan suka sama suka dengan yang lain,yang dibenarkan oleh syarak ,contohnya ..macam kita masuk MLM tu kita kena bayar 30 ringgit..yang upline atas dah gerenti dah dapat keuntungan berlipat ganda hasil downline nya membeli produk tersebut dengan mendaftar 30 ringit tadi ..yang downline bawahnya tak dapat apa apa , terpaksa kena kerah diri mencari downline supaya orang membeli produk , jadi bagaimana pula dengan firman allah didalam surah al baqarah ayat 275 yang bermaksud [size="5"]Padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba[/size] ..bagaimana pula dengan surah an nisa' ayat 29,firmannya [size="5"]Wahai orang yang beriman, janganlah kamu makan harta-harta sesama kamu denggan jalan salah, kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antaramu[/size] Quote Share this post Link to post Share on other sites
Dakwat Hitam 0 Report post Posted December 31, 2010 (edited) Dalam MLM ni, orang yang paling untung adalah orang atas je lah. Downline duk bertungkus lumus cari orang, upline buleh duduk rilek je. Kalu ade orang baru masuk, kecing~, upline dapat komisyen. Itu yang diorang boleh beli kereta mahal2 tu. Downline tak dapat ape pun. Downline nak dapat komisyen kena la cari orang baru. Dapat orang baru, upline yang kat atas atas dia semua dapat jugak komisyen. MLM ni bukan jual produk sangat pun. MLM ni cari orang baru untuk join dan bagi upline2 tu komisyen. Tengok la barang2 die, ntah ape2; acai berry, gelang magnet dll. Aku dengar pun tak berminat. Yang menarik minat tu cuma komisyen yang bakal diorang dapat. Tarik satu downline dapat komisyen. Lagi banyak tarik orang, lagi banyak komisyen. Produk tu lantak la apa pun. Yang diorang nak cuma duit. Bisnes macam ni memang akan crash bila tiba satu masa. Akan sampai satu masa takde orang dah nak join. Paling kesian downline yang paling bawah sekali la. Ada satu blog menarik yang membongkar rahsia MLM ni. Best jugak baca tulisan dia. Aku rasa dah ramai orang tahu pasal blog ni tapi untuk korang yang belum tahu, korang boleh pergi baca kat [url="http://aididmuaddib.blogspot.com/"]blog Aidid Muaddib[/url]. Interesting read, banyak maklumat berguna. Edited December 31, 2010 by Dakwat Hitam Quote Share this post Link to post Share on other sites
K.A. 312 Report post Posted December 31, 2010 [url="http://www.zaharuddin.net/"]http://www.zaharuddin.net[/url] hang leh cari jawapan kat website uzar berkenaan muamalat memang panjang penerangan pasal MLM nie, search dan bace yer Quote Share this post Link to post Share on other sites
apekabor 0 Report post Posted March 9, 2011 [quote name='K.A.' timestamp='1293815108' post='1058277'] [url="http://www.zaharuddin.net/"]http://www.zaharuddin.net[/url] hang leh cari jawapan kat website uzar berkenaan muamalat memang panjang penerangan pasal MLM nie, search dan bace yer [/quote] Perniagaan adalah suatu yang harus. 9 dari 10 sumber rezeki pun datang dari berniaga. Cuma berniaga macam mana yang diharuskan. Contohnya,Rasullullah mengharamkan perniagaan yang melibatkan riba, perniagaan yang mengambil untung melampaui batas, perniagaan yang melibat penipuan timbangan atau perniagaan yang tidak melibatkan barang, contoh..jual beli lembu dgn lembu, atau matawang dengan matawang tanpa komoditi. Dalam persoalan ini pula, MLM hanyalah satu kaedah dalam melakukan perniagaan. Serupa juga dengan perniagaan lain, jika ada unsur yang tidak mengikut syariat dalm urusan perniagaan itu maka urusan perniagaan itu menjadi batal dan mungkin menjadi haram. Pada asasnya MLM hanyalah satu sistem atau kaedah memasarkan barangan dari pengeluar kepada pengguna. Sekiranya sistem MLM yang digunakan ada unsur riba, gharar, unsur menindas dan sebagainya maka MLM yang diamalkan itu boleh jatuh haram. Memang banyak syarikat-syarikat di negara ini yang kononnya menggunakan sistem MLM dalam perniagaan mereka tetapi tidak telus dan menindas, dengan bayaran mendaftar menjadi ahli pun hingga beratus atau ribu, sedangkan produk-produk syarikat tersebut tak seberapa (hanya ambil syarat untuk dapat lesen AJL)dan harganya pula tak masuk akal. Syarikat-syarikat begini bukan bermotif hendak menjual barang, tapi hendak mengaut untung dari yuran kemasukan ahli baru sahaja. Beginilah antara contoh perniagaan melibatkan MLM yang haram. Quote Share this post Link to post Share on other sites
zer0Nehza 7 Report post Posted March 16, 2011 (edited) [quote name='Dakwat Hitam' timestamp='1293810619' post='1058270'] Dalam MLM ni, orang yang paling untung adalah orang atas je lah. Downline duk bertungkus lumus cari orang, upline buleh duduk rilek je. Kalu ade orang baru masuk, kecing~, upline dapat komisyen. Itu yang diorang boleh beli kereta mahal2 tu. Downline tak dapat ape pun. Downline nak dapat komisyen kena la cari orang baru. Dapat orang baru, upline yang kat atas atas dia semua dapat jugak komisyen. MLM ni bukan jual produk sangat pun. MLM ni cari orang baru untuk join dan bagi upline2 tu komisyen. Tengok la barang2 die, ntah ape2; acai berry, gelang magnet dll. Aku dengar pun tak berminat. Yang menarik minat tu cuma komisyen yang bakal diorang dapat. Tarik satu downline dapat komisyen. Lagi banyak tarik orang, lagi banyak komisyen. Produk tu lantak la apa pun. Yang diorang nak cuma duit. Bisnes macam ni memang akan crash bila tiba satu masa. Akan sampai satu masa takde orang dah nak join. Paling kesian downline yang paling bawah sekali la. Ada satu blog menarik yang membongkar rahsia MLM ni. Best jugak baca tulisan dia. Aku rasa dah ramai orang tahu pasal blog ni tapi untuk korang yang belum tahu, korang boleh pergi baca kat [url="http://aididmuaddib.blogspot.com/"]blog Aidid Muaddib[/url]. Interesting read, banyak maklumat berguna. [/quote] adakah anda betul2 tahu siapa aidid muaddib ? kenal dia? nama sebenar? rupa paras? tinggal di mana.. yer betul insan bernama kt atas ni memang suka kondem MLM, dan juga penulisan dia agak terpelajar tapi sayangnya bahasanya kurang terpelajar termasuk lah ayat2 mencarut caci maki sebagainya. di mana beliau dapat bukti dan fakta sebenar sebenar-benarnya adalah auta bukannya fakta.. ketahui lah tanpa fakta dan bukti yg kukuh, setiap patah perkataan adalah FITNAH, kena hati2 rakan2 sekalian, macam2 perkara yg boleh tarik kita kepada perkara mungkar... uzar antara ulamak yg sangat arif dalam bidang perniagaan berlandaskan Islam, yang mana harus, halal dan haram sebagainya.. di mana cerdiknya akal kita untuk lebih terpengaruh kepada orang yg kita tak ketahui terperinci peribadinya berbanding seorang ulamak yg cukup terkenal di media dan di seluruh Malaysia. fikir-fikirkan lah.. Fakta mengenai MLM : 392 company sah lesen AJL dari KPDN lebih 1000+ company apply lesen MLM ditolak kerana tidak ikut akta dan syarat untuk dapat lesen AJL di sebabkan : - unsur-unsur skim - pelaburan 4D (duduk diam dapat duit) - tak ada produk - bukan perniagaan, tapi skim cpt kaya, skim piramid ketahuilah true MLM tidak mengandungi unsur-unsur di atas, begitulah sedikit sebanyak apa yang saya ketahui berdasarkan fakta dan bukannya auta [quote name='keypo' timestamp='1293805919' post='1058262'] tapi benarkah MLM tu satu perniagaan yang kotor ?ada sesiapa yang boleh explain kat aku tak?.. dalam video itu bercerita lagi,salah satunya mengenai malam,bila masuk dalam perniagaan dan bila kita bekerja disitu dan kita menjual produk dan komisen kita semata mata berdasarkan produk produk yang kita jual,takda gaji minimum,hanya berdasarkan komisen dari produk produk yang dijual dipasaran dan mereka tiada had dalam mengambil downline yang aktif untuk menjual atau erti kata lain mempromosi sesuatu barangan ..secara ringkasnya MLM tu tiada had untuk menjadi pengedar atau promosi sesuatu produk,dan mereka mereka memperoleh komisen setiap barangan yang mereka promosi ..dan dalam perniagaan ini,siapakah yang memperoleh keuntungan yang sebenarnya ?? pengedar atau orang atas pengedar itu ?? ..please aku sebenarnya masih keliru dengan perniagaan ini ?.. jadi apabila kita bekerja untuk mempromosi sesuatu barangan tapi pendapatan tak seberapa melainkan mempromosi produk bagai nak mampus,kekadang sampai berjaga malam ..letih dan sebagainya ..semua kita tahu MLM adalah piramid , ada downline dan ada upline..jadi orang upline atas perolehi keuntungan tinggi,orang bawah takda untung [/quote] saudara... bagus saudara ada perasaan ingin tahu.. serba sedikit saya cuba jawab... MLM adalah satu bentuk perniagaan. sebelum menyertai perniagaan MLM dimana induknya adalah network marketing, anda perlu tahu setiap MLM setiap company tidak sama plan pemasarannya. Jadi sila kaji betul2, hendak berniaga, perlukan modal, tak ada perniagaan tanpa modal.. [b] Kajilah isu2 seperti berikut :[/b] - nilai modal berpadanan atau tidak dengan produk - bayaran bonus telus dan berpadanan atau tidak dari segi penjualan dan modal - siapa pemimpin, bagaimana latar belakang syarikat, pengikitaran - paling penting sijil sah AJL (akta jualan langsung) dari badan kerajaan KPDN [b]KPDN [/b]- kementerian perdagangan dalam negeri, sebuah badan kerajaan yang cukup besar tidak akan menyokong sesuatu perniagaan sekiranya dianggap perniagaan ini salah dan menindas. jadi tidak ada salahnya sesebuah company yang menjalankan MLM dengan syarat telah mengikut akta2 dan akta2 dalam perundangan perdagangan yang telah ditetapkan oleh KPDN. di mana hanya 392 sahaja company yg betul2 sah di Malaysia ini. [b]Dalam perniagaan ini siapa yang lebih untung ?[/b] - mengikut logik, sesiapa yang menjalankan MLM akan untung berdasarkan jenis plan pemasaran oleh company2 tertentu, setiap company tidak sama plan pemasarannya, ada yang menggunakan unilevel, single level, binary, breakaway, hybrid dan sebagainya. - untuk bercerita pasal jenis2 plan ini akan makan masa, cuma apa yang saya boleh jelaskan di sini, perniagaan MLM yang sebetulnya melibatkan MASA , TENAGA & USAHA, anda tidak buat kerja, anda tiadalah pulangan, jadi jangan lah menyalahkan rakan niaga di atas anda sekiranya punca datang dari anda. [b]Bentuknya macam piramid ?[/b] suka saya untuk menjawab persoalan ini. piramid hanya nama dan simbolik untuk sesuatu carta... tak salah pon sebab memang itu lah bentuknya tidak kira untuk apa2 organisasi di dunia ini. cuma jangan kita jadikannya ia sebagai skim piramid, bentuk dan simbolik piramid tu dah lumrah dari dulu lagi. perlihatkan dan buka mata kasar kita, setiap carta organisasi di dunia, sekolah, pejabat2 kerajaan, firma swasta sebagainya,.. ada tak yg tak dilukis tak macam piramid? itu semua dah asas untuk apa2 kedudukan tak kira dalam apa2 bidang sekalipon. [b]kalau lah sangat ramai yg skeptikal mengatakan mlm adalah skim piramid. cuba kamu renungkan carta organisasi kerajaan Malaysia "[/b] yang di atas sekali = seorang = PM kedua = TPM ketiga = Menteri-menteri dan seterusnya sehinggalah peringkat bawah sekali : kakitangan kerajaan dan orang2 awam yang bekerja tungkus lumus untuk bekerja sehingga pencen dengan gaji mati yang tak seberapa. tengok betul2.. yg berpeluang jadi PM hanya seorang.. yang berpeluang jadi TPM,. mungkin 2-3 orang.. itupon akan berlaku macam2 konflik untuk menumbangkan sesama sendiri, untuk jadi menteri2.. tidak lah juga ramai.. tapi yang berada di bawah sekali? yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang... itulah golongan yang (maafkan saya) adalah berdasarkan hadis nabi merupakan golongan terpedaya iaitu golongan makan gaji. saya tidak menghina golongan makan gaji, tapi fikirkanlah.. anda bekerja tungkus lumus untuk kayakan yang paling atas, tapi anda dibayar tidak SETIMPAL sebenarnya. anda yang bekerja teruskan bekerja.. tak salah... tapi kalau ada alternatif lain.. berniagalah.. tidak kira apa jenis perniagaan pon.. penternakan pertanian.. dan konvesional lain.. asalkan halal.. Menurut sabda Nabi juga.. "9/10 punca rezeki datang dari perniagaan, di mana 1/10 adalah makan gaji" fakta di Malaysia kaum mana kejar 1/10... kaum mana positif kejar 9/10.. renung2 kan lah.. ekonomi kita dah dimonopoli oleh kaum bukan bumiputera.. jadi janganlah skeptikal sangat dengan MLM, [b]fakta dan statistik bank negara sejak lebih 40 tahun industri MLM bertapak di Malaysia :[/b] 5900+ jutawan yang memberi pendapatan kedua terbesar di Malaysia lahir dari MLM, siapa kita untuk menidakkan fakta? sekian apa yang saya boleh coretkan serba sedikit dari pengetahuan yang tak seberapa ini. untuk pengetahuan saya dulu bekerja lebih dari 9 firma dan akhirnya membuat keputusan untuk berniaga, sampai sekarang pon saya ada dua jenis perniagaan, iaitu perniagaan konvensional dan MLM wassalam. Edited March 16, 2011 by zer0Nehza Quote Share this post Link to post Share on other sites
sundayz 0 Report post Posted September 14, 2011 Kebanyakan MLM skrg lebih kepada cari downline, bukan jual barang. Hakikatnya mereka "jual" air liur semata mata... pembelian "air liur" sangat berharga kut sebab tu ramai join system piramid MLM menjadi firaun bangsa mereka sendiri. Kaum paling ramai terjebak dalam MLM ialah MELAYU kerana bahasa² MLM sangat mudah dan manis didengari. Quote Share this post Link to post Share on other sites
mon678 48 Report post Posted September 19, 2011 [quote name='sundayz' timestamp='1316027641' post='1072216'] Kebanyakan MLM skrg lebih kepada cari downline, bukan jual barang. Hakikatnya mereka "jual" air liur semata mata... pembelian "air liur" sangat berharga kut sebab tu ramai join system piramid MLM menjadi firaun bangsa mereka sendiri. Kaum paling ramai terjebak dalam MLM ialah MELAYU kerana bahasa² MLM sangat mudah dan manis didengari. [/quote] ya mmg setuju....mlm skrg lebih pd downline...lebih byk downline lebih byk untung...bkn pd brape byk produk yg dijual Quote Share this post Link to post Share on other sites
K.A. 312 Report post Posted September 19, 2011 haaa, cun cun je JAKIM ade keluarkan panduan.. moh tgk2 kat link ne download pun boleh doh [b]http://www.islam.gov.my/muamalat/sites/default/files/garis_panduan/2011/09/garis_panduan_mlm_20111.pdf[/b]ahli panel, ustaz uzar salah seorang dia, antara pakar muamalat kite Quote Share this post Link to post Share on other sites
mon678 48 Report post Posted September 20, 2011 jd hukum mlm adalah harus??? di bolehkan mengikut syarat2 yg JAKIM telah tetapkn eh? Quote Share this post Link to post Share on other sites
sharemalaysia 6 Report post Posted September 21, 2011 Kan dah jelas yang tak semua MLM tu haram.. Quote Share this post Link to post Share on other sites
mon678 48 Report post Posted September 22, 2011 (edited) King ultimatezezs nk pm kt inbox ko...x blh...dh penuh dh Edited September 22, 2011 by mon678 Quote Share this post Link to post Share on other sites
mon678 48 Report post Posted September 23, 2011 kebanyakan mlm melanggar garis panduan yang dikeluarkan oleh JAKIM. boleh baca dan analisis....stiap perjanjian mlm tu sblm join hoho Quote Share this post Link to post Share on other sites
sharemalaysia 6 Report post Posted September 28, 2011 [quote name='mon678' timestamp='1316662923' post='1072463'] King ultimatezezs nk pm kt inbox ko...x blh...dh penuh dh [/quote] dah 0 dah PM aku hehe.. maaf. Quote Share this post Link to post Share on other sites