Jump to content
Sign in to follow this  
FryShadow

Seks Songsang

Recommended Posts

Pada yang dah tengok video kat youtube pasal pengakuan hamba Allah yang mengaku dia seorang pengamal seks songsang, mungkin macam2 kata2 yang nak dilemparkan kat hamba Allah tu... aku hanya dapat mendoakan hamba Allah tu dapat hidayah hendaknya

pihak berkuasa yang menjaga kesucian Islam patut membendung perkara ni sebelum bala' turun bukan untuk si pelaku mungkin untuk Malaysia khasnya.. dan mungkin

take it serious..

[quote]

[b]Semakin ramai berani mengaku terlibat seks songsang[/b]
KUALA LUMPUR 27 Dis. - Budaya seks songsang merupakan satu ancaman kepada negara dan tindakan segera perlu diambil bagi mengelakkannya daripada terus berkembang menjadi penyakit kronik kepada masyarakat.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, kegiatan itu bukan sahaja menjadi ancaman kepada negara malah turut memberi kesan negatif kepada pembangunan sosial masyarakat.

Katanya, semakin ramai yang berani membuat pengakuan terlibat dengan kegiatan seks songsang itu secara terbuka seperti menerusi dalam talian dan ia merupakan perkembangan yang sangat tidak sihat.

''Setakat maklumat yang kami peroleh sehingga kini, golongan yang terjebak dengan kegiatan seks songsang semakin bertambah luas sehinggakan ada di kalangan pensyarah institusi pengajian tinggi (IPT) juga terjebak dengan kegiatan tidak bermoral ini.

''Oleh itu, Jakim telah mengarahkan agar setiap jabatan agama Islam negeri membuat pemantauan dan pemeriksaan awal bagi mencegah penularan budaya tidak sihat itu di negara ini,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan seorang lelaki Melayu berusia 32 tahun yang membuat pengakuan seorang gay menerusi salah satu video kontroversi bertajuk [i]It Gets Better In Malaysia[/i]: Memberi harapan untuk lesbian, gay, biseksual dan transeksual.

Sementara itu, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut pula berkata, badan-badan kerajaan serta bukan kerajaan perlulah bekerjasama menangani masalah tersebut kerana masalah tidak akan selesai sekiranya semua tanggungjawab memantau dan menanganinya diserahkan kepada pihak berkuasa seperti jabatan agama Islam semata-mata.

Katanya, kerjasama itu perlu dalam usaha membendung masalah yang menjadi wabak dalam masyarakat pada masa kini.

''Hukuman sahaja tidak akan menyelesaikan masalah ini. Jika untuk jangka masa pendek, mungkin ia membantu tetapi bagi jangka panjang ia tidak memberikan impak besar dalam menyedarkan kumpulan itu supaya menghentikan kegiatan terkutuk tersebut.

''Justeru itu saya berharap semua pihak termasuklah badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan dapat mengambil tindakan serta inisiatif tersendiri bagi mengatasi masalah ini seperti mengadakan program kesedaran. Jangan tunggu keluar berita di akhbar sahaja baru mahu bertindak kerana ia sudah terlewat,'' jelasnya.

Noh menambah, masyarakat terutamanya golongan beragama Islam perlu ingat bahawa pernah wujud kaum pada zaman Nabi Lut dahulu yang mengamalkan kegiatan songsang itu dan akhirnya menerima balasan ditelan oleh bumi.

''Kita jangan fikir perkara seumpama itu tidak boleh berlaku pada masa ini. Justeru saya menyeru kepada golongan terlibat supaya segera bertaubat manakala masyarakat sekeliling membantu menyedarkan mereka dan jangan mengambil sikap lepas tangan terutamanya golongan ibu bapa,'' katanya.

[/quote]


Mungkin boleh ambil iktibar dari zaman Nabi Lut

Share this post


Link to post
Share on other sites
[u]1. Lelaki Lembut Anugerah Allah[/u]
Lelaki yang lembut adalah [b]anugerah Allah dan tidak dilaknat[/b] Allah selagimana dia tidak melakukan perbuatan sumbang. Semua kejadian manusia dan alam ini adalah dari Allah, mereka juga dijadikan dengan sebaik-baik kejadian tanpa cacat cela. Firman Allah yang bermaksud :

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya).” (At-Tin : 4)

[u]2. Lelaki Lembut Memerlukan layanan baik [/u]
Lelaki yang lembut juga memerlukan layanan yang baik sepertimana orang lain, tetapi malangnya [b]masyarakat melayu sekarang ini rata-ratanya melayan mereka ini seperti orang yang tidak bermaruah[/b]. Sesiapa yang mempunyai sahabat, keluarga, anak atau sebagainya dianggap malang kerana mengundang kutukan atau celaan orang lain. Mereka lupa sebenarnya ini semua adalah anugerah Allah kepada keluarga atau masyarakat tersebut. Allah hendak menguji mereka bagaimana mereka mendidik lelaki lembut ini atau mereka memdidik lelaki lembut ini kearah kemaksiatan seperti seks sejenis (homoseksual), lesbian atau sebagainya.

[u]3. Tanggungjawab Keluarga [/u]
Sebenarnya lelaki lembut ini [b]perlu dibimbing mereka ke arah yang dikehendaki oleh syariat[/b] supaya mereka tidak terjebak dalam masalah sosial seperti yang dinyatakan di atas. Keluarga perlu bertanggungjawab mengarahkan anak lelaki mereka yang lembut seperti, tidak membiarkan anak lelaki mereka memakai pakaian anak-anak perempuan, tidak membiarkan anak lelaki mereka berkawan dengan perempuan, tidak membiarkan anak lelaki mereka memasak dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan anak lelaki yang lembut tidak mempunyai perasaan perempuan atau cinta songsang.

[u]4. Tanggungjawab Masyarakat[/u]
Sebagai masyarakat, [b]kita tidak semestinya meminggirkan mereka yang lembut ini[/b], kerana kebanyakkan kes yang berlaku seperti pondan atau mat nyah ini adalah disebabkan keluarga dan masyarakat yang meminggirkan mereka. Sebagai masyarakat, kita seharusnya membimbing mereka ke arah apa yang dikehendaki oleh Islam dan [b]memberikan semangat kepada mereka supaya tidak terasa hina dan terpinggir.[/b] Sebenarnya lelaki yang lembut ini juga mempunyai kelebihan yang tersendiri yang tidak mampu di buat oleh lelaki biasa. Di antara kelebihannya ialah memasak, mengemas rumah, menjahit dan sebagainya.

[u]5. Lelaki Lembut Tak Perlu Rasa Hina[/u]
Sebagai seorang lelaki yang lembut, anda tidak perlu merasa diri ini hina dan menjadi bebanan kepada keluarga tersebut. Anda juga perlu ingat ini [b]semua adalah ketentuan Allah dan setiap ciptaan Allah tidak sia-sia.[/b] Ramai lelaki yang lembut berjaya mengharumkan namanya seperti menjadi pengacara TV, menjadi artis, jadi penceramah, guru, ustaz dan sebagainya.

Sumber: [url="http://www.ustaznoramin.com/2010/06/adakah-lelaki-lembut-dilaknat-oleh.html"]Ustaz Nor Amin[/url] Edited by Dakwat Hitam

Share this post


Link to post
Share on other sites
beza, tak sama, antara lelaki berfitrah lembut dengan yang mahu menjadi lembut. dah fitrah begitu kenapa nak diketawakan dan dihina. pernah masa sekolah dulu, ada seorang rakan, agak lembut, suara pun halus, badan besar macam lelaki biasa. selalunya dia diam sahaja. pertama kali dengar dia bercakap, nak tergelak, suara sangat halus. tapi salah lah gelakkan dia, sebab benda tu fitrah. selagi dia tak mengada-ngada nak berlagak keperempuanan.

bab lelaki yang mengaku gay tu, bagi aku dia jahil. tambahan pula ada sokongan pihak yang mempunyai dana yang besar. ada sokongan bar council. bagaimana boleh tertubuh semua tu? jika bukan kelompongan dalam undang-undang dan perlembagaan negara? kita mengaku Islam agama rasmi, kita mengaku kita mengamalkan budaya timur dan dasar pandang ke timur, tapi kita tak suburkan adat budaya yang baik-baik dan dalam masa sama kita biarkan berleluasa perkara keruntuhan moral seperti pertubuhan pembela mereka ini.

kebebasan? ya kita bebas melakukan sesuatu, Islam bukan ugama yang jumud. tetapi agama dan budaya mana yang secara aslinya menyokong kegiatan songsang ini? pencegahan awal kita tak lakukan, apabila dah berakar begini barulah kita nak menuding jari sana sini.

baik, pertubuhan mereka dah wujud. justeru?

hanya ilmu, penerapan budaya dan adat kepada generasi baru dan sesama kita dalam komuniti masyarakat adalah penting, bagi mengelak masyarakat kita terjebak dalam gejala tersebut. itu juga langkah pencegahan awal, supaya tak terjebak dan terjerumus.

mereka yang sudah terbabit? motivasi. kembalikan kesedaran dan [b]kewarasan [/b]akal fikiran mereka. teringat point yang baik dari saifulIslam yang KA quote di topic [url="http://forum.putera.com/tanya/index.php/topic/87771-haram-berpakaian-seperti-santa/page__view__findpost__p__1057994"]sini[/url].
[quote]Inilah hasil didikan Barat, seperti yang dimahukan oleh Thomas Babington Macaulay, pegawai pendidikan British yang merangka sistem pendidikan untuk negara-negara jajahan seperti India. Apa yang beliau mahukan ialah "Indian in blood and colour, with English in taste".

Di Malaysia, kita ada ramai Melayu yang berdarah dan warna Melayu, Cina yang berdarah cina dan warna Cina, serta India yang berdarah India dan berwarna India, tetapi mempunyai selera pemikiran dan perasaan Barat. Golongan ini, sama ada yang mem'perang'kan rambut atau tidak, tidak pernah diterima sebagai Barat oleh Barat. Hanya mereka sahaja yang tergila-gilakan Barat. Membodohkan diri seolah-olah malu dirujuk sebagai Timur, sebagai Islam.

Malah saya fikir, keghairahan orang Malaysia hari ini untuk meninggalkan Islam dan beralih kepada agama Kristian, bukanlah kerana yakin dan penuh iman kepada syariat Bible. Tetapi gejala murtad yang berlaku adalah berpunca daripada usaha melepaskan diri dari ikatan agama, agar tidak dihukum dosa ketika menjamah arak dan zina. Mengapa? Kerana agama Kristian didakyahkan sebagai agama accomodative yang menawarkan pengampunan, yang memberikan 'harapan', sedangkan pelaku dosa itu, misalnya penzina, di mata Islam, adalah sasaran lontaran rejam batu dan sebatan.

Pada saya, gejala murtad dan pesta Krismas, adalah rentetan pseudo-religion dan bukannya agama sebenar. Gejala Muslim murtad adalah gelombang pemergian kelompok ini kepada pseudo-religion. Ia tidak meninggikan syiar Kristian, [b]tetapi hanya alasan untuk bebas dari agama dan Tuhan[/b].

Malaysia dan perangainya melahirkan hamba hiburan dan pesta. Orang-orangnya mahu memalsukan semua agama dari soal iman dan pencarian terhadap hakikat kebenaran, kepada adat resam dan budaya semata-mata, adat resam yang tiada kena mengena dengan Timur, tiada kena mengena dengan Islam.[/quote]

kebebasan hanyalah alasan mereka. sedangkan sebenarnya mereka keliru dengan jati diri sendiri.

dari sudut hukum? semoga mereka masih belum diklasifikasikan melakukan sesuatu yang boleh memutuskan ikatan akidah dan iman yang menyebabkan murtad, kerana kejahilan dan jauhnya mereka dari Ilmu, Ulamak dan kehidupan berUgama.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...