Jump to content
Sign in to follow this  
K.A.

Panduan Membeli Kereta

Recommended Posts

[center][u][b][size="5"][color="#4169e1"]Panduan Membeli Kenderaan Baru[/color][/size][/b][/u][/center]
[b]Semua orang ingin memiliki kenderaan sendiri. Bergantung kepada kemampuan kewangan sendiri sama ada membeli kenderaan baru atau terpakai. Biarpun membeli kenderaan baru menyeronokkan bukan sahaja dapat menikmati pemanduan secara selesa dan menyenangkan, tetapi jika tidak berhati-hati, kenderaan yang baru dibeli itu akan menimbulkan masalah.[/b]

[b][u]1.Ketika membuat tempahan[/u][/b]

[list][*]Tempahan hendaklah dibuat dengan menggunakan cek atau bank deraf. Bayaran tunai tidak digalakkan.[*]Pastikan setiap bayaran yang dibuat diberikan resit rasmi syarikat serta merta sebagai mengakui penerimaan bayaran.[*]Pastikan borang tempahan diisi dengan betul seperti maklumat peribadi, maklumat pinjaman dan maklumat kenderaan.[*]Satu salinan yang lengkap dan ditandatangani hendaklah disimpan oleh pembeli.[*]Pembeli hendaklah membaca dan memahami keseluruhan terma dan syarat yang terkandung dalam borang tempahan.[/list] [b][u]2.Membuat pinjaman[/u][/b]

[b]Ketika memohon pinjaman, serahkan dokumen-dokumen berikut :[/b]

[list][*]Salinan borang tempahan rasmi syarikat pengedar.[*]Salinan fotokopi kad pengenalan yang dicatatkan perkataan 'untuk tujuan pinjaman dengan syarikat kewangan' bagi mengelakkan penyalahgunaan salinan tersebut.[*]Salinan fotokopi lesen memandu atau sekeping gambar.[*]Slip gaji terbaru bagi tempoh tiga bulan.[*]Penyata akaun simpanan/semasa/tetap[*]Borang cukai pendapatan.[*]Borang EA.[*]Surat perlantikan tawaran kerja.[*]Borang 9, 24, 49 M & A, resolusi syarikat (jika pembelian oleh syarikat).[/list] [b]Apabila pinjaman telah diluluskan, sila ambil tindakan berikut :[/b]

[list][*]Hubungi syarikat kewangan dan sahkan syarat-syarat kelulusan pinjaman seperti dicatatkan dalam surat jaminan seperti jumlah pinjaman, tempoh bayaran, kadar faedah dan jenis atau model kenderaan.[*]Semua dokumen mengenai perjanjian pinjaman ditandatangani di syarikat kewangan.[*]Tidak ada bayaran dikenakan bagi pengendalian proses pinjaman kenderaan.[/list] [b]Pendaftaran Kenderaan[/b]

[list][*]Pendaftaran kenderaan hanya boleh dibuat sekiranya :[*]Bayaran penuh harga kenderaan telah dibuat (bagi pembelian tanpa pinjaman).[*]Surat Akujanji dari syarikat kewangan dikeluarkan dan bayaran muka telah dijelaskan sepenuhnya.[/list] [b]Untuk tujuan pendaftaran, kemukakan dokumen-dokumen berikut di Jabatan Pengangkutan Jalan :[/b]

[list][*]Salinan fotokopi kad pengenalan pembeli yang disahkan (dicatatkan perkataan ' untuk tujuan pendaftaran kenderaan di Jabatan Pengangkutan Jalan sahaja'.[*]2 salinan JPJ K1 yang telah lengkap diisi dan ditandatangani oleh pembeli.[*]Borang pelepasan tanggungan JPJ yang lengkap diisi dan ditandatangani oleh pembeli dan juga ditandatangani oleh seorang saksi.[*]Surat jualan dari syarikat pengedar.[*]Dokumen perlindungan insurans yang berkuatkuasa yang diisi penuh dengan butir-butir pembeli dan kenderaan.[*]Surat tuntutan hak milik dari syarikat kewangan.[*]Resit tender nombor pendaftaran (jika ada).[*]Untuk mendapatkan pendaftaran segera, pembeli perlu hadir di Jabatan Pengangkutan Jalan.[*]Bayaran pendaftaran kereta, cukai jalan dan tuntutan hak milik termasuk dalam harga kenderaan yang diisytiharkan.[*]Bayaran tambahan dikenakan bagi kes-kes seperti :[*]Penukaran nombor pendaftaran yang melibatkan pengekalan nombor pendaftaran lama kepada kereta baru.[/list] [b][u]3.Semasa penyerahan kenderaan[/u][/b]

[b]Apabila menerima kenderaan baru, sila pastikan :[/b]

[list][*]Kereta tersebut sempurna dan memuaskan.[*]Perkakas dan aksesori lengkap dibekalkan.[*]Buku jaminan diisi dan dicop dengan cop syarikat wakil pengedar dan ditandatangani oleh pembeli.[*]Borang penyerahan rasmi syarikat pengedar kereta hendaklah ditandatangani oleh pembeli dan wakil syarikat pengedar dan satu salinan disimpan oleh pembeli.[/list]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][color="#0000ff"][u][size="4"][size="5"][b]Panduan Membeli kenderaan terpakai[/b][/size]
[/size][/u][/color][/center]

berikut merupakan langkah-langkah yang berguna bagi anda sebelum membeli [b]kereta terpakai[/b]. Langkah-langkah berikut cukup penting bagi mengelakkan anda tertipu. Jangan terburu-buru semasa ingin membeli, sebaliknya luangkan sedikit masa untuk memeriksa [b]kenderaan[/b] tersebut.[b][u]



1.Periksa rekod penyelenggaraan kenderaan tersebut. [/u][/b]

[list][*] Terdapat sesetengah penjual yang memalsukan [b]rekod perjalanan[/b] sebenar [b]kenderaan terpakai[/b]. Penjual akan memutarkan atau memprogramkan semula meter digital bagi mengaburi mata pembeli.Ini bertujuan supaya kereta kelihatan seperti tidak banyak dipakai oleh pengguna terdahulu. Anda tidak perlu risau kerana penipuan mereka tetap dapat dikesan. Keadaan [b]meter kenderaan[/b] juga harus dipastikan bebas daripada kesan leraian.[*]Periksa [b]tayar kenderaan[/b] sekiranya meter menunjukkan bacaan kurang dari 30,000km.Adalah mustahil bg sesebuah [b]tayar[/b] untuk botak bagi penggunaan kurang dari 30,000km.Tayar kereta sebenarnya boleh digunakan antara 45,000km sehingga 60,000km bergantung pada cara penjagaan.[*]Cuba hubungi pemilik terdahulu, [b]pusat servis kereta[/b], untuk mendapatkan bacan akhir.[/list]


[b][u]2.Periksa Rekod kemalangan kenderan.[/u][/b]

[list][*]Kebiasaan rekod kemalangan kenderaan akan dirahsiakan oleh [b]penjual kereta terpakai[/b] atau pemilik kenderaan itu sendiri. Anda boleh memeriksanya secara manual sama ada kenderaan itu pernah terlibat dalam kemalangan atau tidak.[/list][list][*]Periksa bahagian [b]enjin[/b] terutama bahagian hadapan dan bahagian dalam tepi. Pastikan bahagian ini bebas daripada kesan remuk ataupun pernah diketuk.[/list][list][*]Perhatikan kedudukan semua pintu dengan membuka dan menutup pintu. Jika terdapat kelainan, periksa bahagian pintu dengan mengetuk pintu menggunakan tangan. Kenderaan tersebut mungkin pernah mengalami kemalangan yang melibatkan bahagian pintu sekiranya bunyi yang terhasil adalah berlainan.[/list][list][*]Ukur kedudukan tayar dan bahagian badan kenderaan. Pastikan perbezaan tayar kanan dan kiri tidak jauh jaraknya dengan bahagian badan kenderaan. Sekiranya jarak tayar sebelah kanan dengan bahagian badan kenderaan agak ketara, ini menunjukkan kenderaan tersebut pernah terlibat dalam kemalangan.Langkah ini penting umtuk memastikan keseimbangan tayar dan pemanduan yang stabil.[/list]

[b][u]3.Periksa Rekod senarai hitam kenderaan. [/u][/b]

[list][*]Sekiranya anda ingin memastikan kenderaan yang anda inginkan itu bebas dari sebarang rekod senarai hitam, hubungi [b][url="http://kereta.info/tag/jabatan-pengangkutan-jalan/"]Jabatan Pengangkutan Jalan[/url] (JPJ)[/b] yang terdekat.[/list][list][*]Bawalah kenderaan itu untuk pemeriksaan di [b]PUSPAKOM[/b] bagi memastikan kenderaan itu menepati spesifikasi standard asal dan bukannya [b]kereta potong [/b]sambung. Anda boleh meneruskan niat untuk membeli kereta tersebut hanya selepas kenderaan anda lulus dalam ujian [b]PUSPAKOM[/b].[/list]Luangkanlah sedikit masa untuk memeriksa kenderaan tersebut. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.

Share this post


Link to post
Share on other sites
dibuka untuk perbincangan

sape2 ade pengalama/kisah nak dikongsi2 kan disini
sila2

kalo ade benda nak tambah/silap kat 1st/2nd post tu sila bagi ai yer

Share this post


Link to post
Share on other sites
bang tnye skit, utk kereta 2nd hand..biasa yg bwk pegi test kat puspakom seller tu kan?
camana nk tau kereta tu lepas inspection puspakom ataupn tidak..dokumen atau sticker puspakom tu ade chance diorg leh palsukan ke?

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='KeH' date='19 June 2010 - 06:00 PM' timestamp='1276941611' post='1037860']
bang tnye skit, utk kereta 2nd hand..biasa yg bwk pegi test kat puspakom seller tu kan?
camana nk tau kereta tu lepas inspection puspakom ataupn tidak..dokumen atau sticker puspakom tu ade chance diorg leh palsukan ke?
[/quote]

biasenye kalo dia nak g bawak p puspakom seller dan buyer same2 pi

sebab aku pong penah g same2 ngan seller


dokumena susah nak palsukan tapi mereka leh tipu macam
keta tu tak lepas check puspakom tapi mereka leh wat lepaskan (nie banyak kes gak nie, tapi sekrang memang macam tak dengar da kes2 sebegini)

Share this post


Link to post
Share on other sites
ok thanks..sebab member aku ade beli keter seken..
tp bukan dgn seller, direct trus owner..so yg bwk pegi puspakom tu owner tu..
pastu die ckp lepas inspection nnt ade sticker puspakom die tampal kat kereta kot..

lagi satu untuk cek eksiden or rekod2 blacklist selain manual contact jpj, ade cara lain?
kalo mintak surat jpj dr seller dlm tu ade detailskn ke?

Share this post


Link to post
Share on other sites
salam... nih nak tanya...

kalau lesen takde lagi nak beli kete mcm mana...


boleh kah...

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Gunso' date='23 August 2010 - 08:13 PM' timestamp='1282565581' post='1045803']
salam... nih nak tanya...

kalau lesen takde lagi nak beli kete mcm mana...


boleh kah...
[/quote]

boleh :)

Share this post


Link to post
Share on other sites
yap.. mmg bole beli keta masa takde lesen..
(hime la tu) kikiki :P

Share this post


Link to post
Share on other sites
wei nak tanya nih.. kalau beli kereta loan dah lulus... borang apa yang akan kita terima...???? untuk di sain...

Share this post


Link to post
Share on other sites
ko kene sain borang akuan belian... dlm tu ada tulis brape harga kete OTR, nama seller and T&c. biasanya benda2 mcm ni ko kene sain dn bace bile ko dh byr down ko.

terima kasih..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...