teri-chan 5 Report post Posted February 8, 2010 the reason aku buat topic ni, utk mudahkan sapa2 yg nk tanya soalan simple tanpa membuka topic baru.aku skang nk tanya. skang ni dh bermula musim org kawin, n salah satu topic yg menjadi pemdebatan antara aku dan sabahat aku ialah berkenaan tentang cincin suasa.aku kurang paham, skang ni cincin suasa boleh atau tidak dipakai oleh lelaki?pada bulan ogos 2008 kalu tak silap aku, dh kuar dlm akhbar yg mengatakan suasa haram dipakai sbbkan ada campuran emas 1% di dalamnya. pada aku emas,walaupun 1% tetap emas. dan emas adalah haram utk dipakai.skang ni kawan aku debat mengatakan belum ada fatwa rasmi lg sbbkan perkara ini dlm perbincangan. dan dia bertegas utk membeli cincin suasa utk bakal suami dia. I mean, why so? dah ada emas tetap haram, end of story.perbincangan seperti ini tak abis lg kalu search kat google. kebanyakannya tergantung di tengah jalan. jadi kalu ada pandangan tentang ini berikan aku petunjuk, so that kawan aku ni tak tersalah buat keputusan.soalan aku yg kedua ialeh mengenai membaca horoskop. aku pernah terbaca kalu kita baca tanpa mempercayai pun solat kita tak terima. ada sapa2 tak leh back up statement tu? kalu horoskop tidak dibenarkan, bagaimana pulak dengan membaca dan membuat ujian mengenal diri sendiri aka personality test based on colours dll jenis test utk mengenal diri? Quote Share this post Link to post Share on other sites
OngBok_1 2 Report post Posted February 8, 2010 Salam.Tentang hukum orang lelaki memakai cincin suasa;Sesetengah mengatakan Haram dan yang lain mengatakan HarusDi sini timbul subhah iaitu kesamaran dalam menetapkan hukumKalau nak selamat, tinggalkan perkara yang subhah iaituorang lelaki jangan pakai cincin suasa, kalau nak ikut sunnah nabipakai cincin perak.Masalah tak terima solat.Salat diterima jika cukup rukun dan syaratnya.Horoskop nie salah satu kaedah ramalan untung nasib baik buruk seseorangKita orang Islam wajib beriman dengan Qada dan Qadar.Jadi jauhkan dari unsur2 yang boleh membawa kepada syirik seperti Ramalan Untung NasibJika kita telah syirik kepada Allah samada syirik nyata atau syirik tersembunyimaka semua amalan ditolak oleh Allah s.w.t termasuk solat.Moral:Jauhkan dari semua perkara yang bukan dari ajaran Islamdan perkara yang Islam tak anjur/galakkan. Quote Share this post Link to post Share on other sites
K.A. 312 Report post Posted February 8, 2010 betul ape abang ongbok tu bagitau tentang horoskopkalau boleh elak kan,bace suke2 pun tak boleh sebab,contoh kes,walaupun teri tidak mempercayai horoskop,tetapi tiba2 terbaca sesuatu berkenaan diri pastu horoskop cakap tak leh makan ikan hari nie,.time lunch teri mase ngah pilih makanan,.. tiba2 teringat kate ikan tak leh makan ari nie (pasal nnt nasib tak baik arini) so teri pun pilih ayamwalaupun tak percaya horoskop tapi pemikiran kita da terpengaruh ngan horoskop.da terjadi syiriksamada nyata atau tersembunyi seperti abang ongbok cakap kan..Spoiler:agak2 paham tak contoh kes kat atas nie? takut tak paham lak, hehe sorry kalau tak pahamjauhkan/pelihara diri dari perkara2 yang kecil dahululatihan tu dari sekecik2 perkara hingga la sebesar2 perkara..sebab tu Nabi dan para sahabat serta ulamak islam nie mengalak kan kita selalu buat solat taubat pasal kadang2 ade perkara tanpa kita sedari terbuat perkara syirik dalam kehidupan seharian..Spoiler:aku menasihati diri sendiri dan juga sahabat2 yang lain ::icon_smile:: Quote Share this post Link to post Share on other sites
teri-chan 5 Report post Posted February 10, 2010 jadi bagaimana pulak dengan kita buat kuiz colour apa yg sesuai dengan kita, siapakah kita, dll? adakah itu satu ramalan? Quote Share this post Link to post Share on other sites
BasicCX 27 Report post Posted February 10, 2010 teri-chan wrote:jadi bagaimana pulak dengan kita buat kuiz colour apa yg sesuai dengan kita, siapakah kita, dll? adakah itu satu ramalan?Salam,Kalau teri percaya yang kuiz itu boleh tentukan sesuatu perkara, itu silap. Dan Allah dengan jelas mengharamkan dalam hal menilik nasib ini di dalam Al-Quran. Jadi, kita semua perlu perbetulkan hati/pengetahuan/kepercayaan bahawa semua perkara yang telah berlaku, yang sedang berlaku dan yang akan berlaku semuanya, hanyalah Allah Yang Maha Mengetahui.DaripaNya kita datang dan kepadaNya kita kembali. Maka kepadaNya kita merujuk hal/masalah kita. ::icon_smile:: Quote Share this post Link to post Share on other sites
OngBok_1 2 Report post Posted February 10, 2010 Kalau kita nak lebih faham kenapa perkara seumpama ini dilarang,kita kena perhalusi seperti sumbernya, tujuannya, faedahnya, akibatnya dll.Kalau sumbernya bukan dari ajaran Islam kita wajib tolakBiasanya sumber yang bukan ajaran Islam bertujuan untukmemesongkan akidah orang Islam, menjauhkan dari Allah s.w.tsecara halus dan tidak disedari.Kalau kita 100% yakin dengan Allah s.w.tsudah tentu kita akan menolak perkara2 seperti itu. Quote Share this post Link to post Share on other sites
teri-chan 5 Report post Posted February 10, 2010 ah.... br aku faham...tq so much! Quote Share this post Link to post Share on other sites
ogGY 2 Report post Posted February 14, 2010 Ok aku tumpang topik teri ni , memandangkan ada yang menyentuh pasal cincin . Kalau kita tengok zaman sekarang ni ramai lelaki yang menggayakan diri mereka dengan rantai leher dan lengan tak kisahlah perak ke,besi ke ...yang jadi tanda tanya , adakah salah disisi islam mengalungkan dan menyarungkan diri dengan benda seperti tu ? Quote Share this post Link to post Share on other sites
Panglima Khalid 132 Report post Posted February 14, 2010 apekata MOD jadikan topic ini sub (err, lupa istilahnya, pin ke subtopic ke ape ke), boleh bawah persoalan ugama ni ada topic-topic kecil ikut persoalan. cincin suasa, khilaf pandangan, ada yang mengharamkan kerana ada unsur emas didalamnya, ada yang membolehkannya kerana emas tersebut terlalu kecil nisbahnya dan telah bercampur yang tak boleh dipisahkan dengan mudah, perlu dipanaskan dan berbagai-bagai lagi, dan pandangan kedua ini yang tepat, iaitu boleh. namun, disebabkan ada pandangan yang mengharamkannya maka kita (lelaki) jauhkan dari memakainya. mengelak yang syubahat dan perselisihan itu lebih utama dari melakukan sesuatu yang dipertikaikan padanya. kalau pakai ada ulamak tak benarkan, tapi kalau tak pakai takde sapa larang, pilihlah tak pakai! sekiranya cincin itu ditampal emas, boleh dibuang emasnya dengan mengopek (ade istilah lebih sesuai tak?) maka cincin tersebut haram sekalipun nisbah emasnya sekecil 0.01 percent -------------------------------------- horoskop, seumpama tenung nasib yang diharamkan dalam Islam, hadis ada menyebutkan mafhumnya solat tak diterima selama 40 hari dan ada mengatakan 40 tahun sekiranya menemui penenung nasib dan mempercayai tilikannya. ini kerana perkara mempercayai penenung nasib ini boleh menggugat akidah dan boleh membawa kepada syirik, kerana itu dilarang dengan ancaman yang berat. namun, mutakhir ini ada dibuat kajian personaliti mengikut kategori tertentu seperti warna, tarikh lahir, bentuk dan sifat wajah muka, dan berbagai lagi, maka kajian-2 tersebut diiktiraf dalam islam dan ada ditulis kitab mengenainya seperti kitab MUJARRABAT. maaf, kitab ini berbahasa arab, saya pun belum memilikinya. mujarabat adalah dari kata jaraba iaitu test, uji. mujarrab yang selalu kita sebut tu adalah 'tested' atau 'passed' atau lulus ujian dan benar seperti didakwakan. contohnya, yang dikumpulkan oleh Dr Fadzillah Khamsah, personaliti mengikut tarikh lahir, adalah hasil himpunan sifat2 dominan manusia yang dikajinya dan disusun mengikut tarikh lahir. bende dah berlaku cuma susun aje, salah satu contoh ilmu mujarrabat. perkara ini juga seumpama horoskop, dihimpunkan 100 orang yang berada pada horoskop yang sama dan dihimpunkan personaliti yang dominan pada kesemuanya. ilmu seperti ini, boleh dengar dan jangan percaya. kalau kebetulan berlaku seperti yang diramalkan maka ianya diizinkan Allah begitu. kalau tak berlaku jangan frust menonggeng. berbeza dengan tukang tilik yang dilarang nabi SAW dan dilarang dalam al-Quran, mereka menggunakan JIN untuk mengetahui perkara ghaib, maka jika kita menemui mereka untuk menilik kita bersubahat dengan mereka, dan sesiapa redha dengan kekufuran mereka menggunakan JIN itu termasuklah dikalangan yang kufur seperti mereka Nauzubillahiminzalik. jika kita membenarkan pula kata-kata mereka kita sudah mensyirikkan Allah dengan menduakan Allah yang satu-satunya tahu perkara ghaib. Allahu a'lam http://www.facebook.com/profile.php?ref=profile&id=1280934782[quote name='ogGY' date='14 February 2010 - 11:31 PM' timestamp='1266161474' post='1016656'] Ok aku tumpang topik teri ni , memandangkan ada yang menyentuh pasal cincin . Kalau kita tengok zaman sekarang ni ramai lelaki yang menggayakan diri mereka dengan rantai leher dan lengan tak kisahlah perak ke,besi ke ...yang jadi tanda tanya , adakah salah disisi islam mengalungkan dan menyarungkan diri dengan benda seperti tu ? [/quote] rantai leher dan gelang, tak boleh, tu perhiasan wanita semata, jika kita pakai maknanya kita menyerupai wanita dan ianya haram. kayu ke, plastik ke, besi ke, emas dan perak ke, tak boleh. timbul persoalan, ada syeikh2, ustaz2, mengalungkan rantai tasbih mereka seumpama gelang tangan.... saya menjawab, mereka cuma memudahkan letakkan sementara di lengan sebab mereka lazimi berzikir. cincin memang sunnah nabi SAW dan asalnya fungsi cincin itu adalah untuk cop, maknanya nak cop rasmi negara kena potong jari pemimpin tu dulu ambik cincin die baru boleh cop. kalau taknak potong jari pemimpin tu sendiri yang copkan surat. Allahu a'lam. Quote Share this post Link to post Share on other sites