Jump to content
Sign in to follow this  
mfaizal2008

Blogger Hina Almarhum Sultan Johor

Recommended Posts

Blogger yang dikenali sebagai Aduka Taruna secara terang-terang di dalam blognya mengeluarkan kata-kata hinaan terhadap Almarhum Baginda Sultan. Kata-katanya berbunyi...


Dah mampos buat cara mampos la.

Oleh : AdukaTaruna

Dah mampos buat cara mampos la. Boleh plak simpan mayat nak tunggu Datuk Bendahara balik dari shopping. Boleh meeting isytihar sedang terlentang. Pada hal dah mampos pagi tadi. Pergi mampos sama lu. Bodoh punya kerajaan spesis stupid.


Mengapa seorang blogger yang merupakan rakyat Malaysia sanggup mengeluarkan kata-kata sebegitu? Apa haknya menghina orang yang telah tiada? Apabila seseorang anak Adam itu meninggal, maka terputuslah segala amalannya ketika di dunia...

Jadi segala amalan serta perbuatan ketika di dunia sewaktu hidup akan dihisab oleh Allah pada hari Akhirat nanti. Kita yang masih hidup perlulah mendoakan kesejahteraan roh mereka yang meninggal, bukan menghina...

Blogger sampah ini mempunyai hati yang busuk dan menulis tidak menggunakan akal, tetapi kedengkian yang melampau...

Untuk mengetahui lebih lanjut sila layari blog aku, klik aje kat signature aku...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Assalamualaikum wbt,

Pasukan khas siasat blog hina Almarhum Sultan Iskandar



JOHOR BAHRU: Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat blog yang dikatakan menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, yang mangkat kelmarin.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata sebanyak 25 laporan polis diterima daripada pelbagai pihak di seluruh negeri ini yang dukacita terhadap penulisan blog adukataruna.blogspot.com itu.

"Kita akan cari dan heret mereka ke mahkamah," katanya sambil menegaskan kesalahan itu adalah sangat serius dan tidak dapat dimaafkan.


Mohd Mokhtar berkata, kes itu disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Hasutan 1948. - Berita Harian Online


apabila melakukan sesuatu tidak menggunakan akal..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Yang ni kira ok lagi , kat lowyat kopitiam tu lagi la macam2 .. berlindung kat belakang alasan "ni bukan serius punya post" , siap ada gelak2 lagi .

Share this post


Link to post
Share on other sites
salah guna internet tanggung sendiri . Ada pulak yang macam manusia "eh eh sori la, tak sengaja" dalam kes blogger nih. urm.. dalam blog ko tu exception ,aku tengok lagi kurang ajar. Pendapat tu simpan sendiri la untuk manusia2 macam ni .

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku tengok kat lowyat moderator cam 2 kali 5 je kat bahagian kopitiam tu...panas giler aku membacanya...bukannya nak close thread yg ada racist tambah2 pasal almarhum sultan johor tu...

p/s: blog exception tu, aku suka kau kutuk org2 camtu tapi jgn guna perkataan yg kurang ajar sebab org akan kata "ermm 2 x 5 je"

Share this post


Link to post
Share on other sites
tapi betul ke kerabat tu delay kan mayat tu??

tapi ape pun
tak sepatutnyer kenyataan sebegitu keluar,

ade lagi cara lebih baik kalau nak tegur pun

Share this post


Link to post
Share on other sites
kalau dia nk tegur rasanya tak salah.. tapi cara dia tegur tu salah..
kalau cakap kt org biasa pn rasanya dah kurang ajar.. ini lagi kt Sultan..

p/s: /k/? I lol-ed.. tempat paling racist pernah aku masuk.. <insert race here> kutuk <insert race here>.. kutuk Sultan semua tu macam benda biasa je..

Share this post


Link to post
Share on other sites
jangan sampai terbiasa nanti kang terseksa . heheh.. Pasal delay tu , kalau beberapa jam je takpe kot bukan sampai berhari2.. sesape ada penjelasan ? dari apa yang aku tau delay sekejap takpe kot untuk sedara mara datang tengok..

Share this post


Link to post
Share on other sites
nih sorg lg nk ikot jejak si blogger tuh
nk bikin panas tak abes2...kot ye pun tak puas ati takyahla nk tunjuk hero kat lmn2 sosial nih...
adoii..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Assalamualaikum wbt,

dengar blogger tu dah serah diri kat polis..
maklumat peribadi blogger tu pulak dah trsebar

Share this post


Link to post
Share on other sites
hahaha.. tak silap dia dah mintak maap kan..

tapi maap nya tak diterima... tuh ler mulut cabul... eh silap gatal sgt tgn... tulis komen tanpa pikir...

pandai buat pepandai ler sedia terima akibatnya...

aku pon pelik org mcm nih.. kalau kat dam forum ker blog ker.. fuh hero habis...

kalah hero hindustan... kalau lawan goku pon kalah...

pastuh nanti kalau dah kene tangkap.. mula ler buat muka seposen...

dan kuar ler kata2 menyesal tak mau buat lagi...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Ada yang kene belasah bebudak tu nanti karang...

mulut x cover betul..

Agaknye dgn mak bapak pun diorang kurang ajar kot..

hormat menghormati amalan mulia, x kira la pada yg masih hidup atau yg dah tiada..

Share this post


Link to post
Share on other sites
aduila..apa dah jadi malaysia sekarang nih.
diorang ni, bab sultan dan org yang dah tiada pun main tibai kutuk ajer.
aku makin bimbang sekarang....hrmmm...

tambahan plak org melayu ISLAM sekali pun sama ajer. ::icon_sad::

sejak tahun2 lepas bab kutuk institusi diraja makin selamber sekarang.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Sebagai anak johor aku kalau jumpa binatang mcm ni mmg aku terus tembak,takde kesian2 lagi,namun ajaran islam masih lagi beraja ditakhta akal,dia ingat Sultan Johor ni mcm orang politik?terlajak kata buruk padahnya,rehat ni jika diizinkan Allah aku nak pegi balai buat report atas kebodohan binatang yang berwajahkan manusia...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Assalamualaikum wbt,

Sembunyi tidak lama

JOHOR BAHRU: Blogger yang mengguris perasaan istana dan seluruh rakyat negeri ini di atas kelancangannya mencerca dan menghina Almarhum Sultan Iskandar, Sabtu lalu bakal mendapat pembalasan setimpal selepas dia diberkas polis ketika dipercayai cuba bersembunyi di Kota Bharu, Kelantan, petang semalam.


Lelaki berusia 28 tahun yang menggunakan nama pena Aduka Taruna itu ditahan di sekitar Kota Bahru jam 4 petang semalam. Difahamkan penulis blog yang beralamat di Seremban, terpaksa menyembunyikan diri selepas menerima beberapa ugutan bunuh pihak tertentu yang tidak berpuas hati dan marah dengan kenyataan melampau yang diposkan ke blognya www.adukataruna.blogspot.com.


Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, yang mengesahkan penahanan lelaki itu berkata, suspek akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar bagi siasatan mengikut Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 selepas laporan awal diterima di IPD terbabit. “Polis berkemampuan menjejaki pihak bertanggungjawab yang menyalahgunakan saluran multimedia dan berharap penahanan ini akan menjadi pengajaran serta mencegah individu lain daripada turut berbuat demikian,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Sehubungan itu, katanya, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang penghinaan, fitnah mahupun tuduhan tidak berasas di blog. Mohd Mokhtar berkata, sehingga semalam, pihaknya sudah menerima 31 laporan polis yang dibuat orang awam dan ahli politik seluruh negeri berhubung penulis blog berkenaan, termasuk 23 laporan di IPD Kluang, IPD Batu Pahat (4), Johor Bahru Selatan (3), IPD Seri Alam (satu). Jika didapati bersalah, penulis terbabit boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya selain dikenakan denda tambahan RM1,000 setiap hari dalam tempoh kesalahan. Penulis blog dikatakan mempamerkan nombor akaun bank di blognya menyebabkan golongan yang tidak berpuas hati padanya lebih mudah mengesan nama serta alamat berdasarkan akaun bank berkenaan. Kelmarin, akhbar menyiarkan penulis blog Aduka Taruna menerusi laman blognya, adukataruna.blogspot.com lancang mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap Almarhum selain mencaci kerajaan negeri yang dianggap bodoh. Penulis blog terbabit menerima lebih 1,000 komen susulan kenyataan beraninya dengan sebahagian besar daripada pengunjung blog menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan melampaunya termasuk menyatakan ugutan bunuh. Kelmarin, kira-kira 300 Pemuda Umno Johor dan Belia 4B berkumpul di Pusat Maklumat Pelancongan Johor (Jotic) di sini, bagi melakukan bantahan aman terhadap penulis blog terbabit selain berarak sejauh kira-kira 500 meter ke Balai Polis Sentral untuk membuat laporan polis.


Ketua Pemuda Umno Johor, Mohd Fadil Muskon yang mengetuai bantahan itu menganggap kata-kata penghinaan Aduka Taruna itu tidak boleh dimaafkan walaupun penulis itu sudah memohon maaf di laman webnya. Mohd Fadil, berkata Institusi Raja wajib dilindungi selama-lamanya seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan tulisan yang dilakukan benar-benar mengguris perasaan pihak istana dan rakyat yang masih bersedih dengan kemangkatan Almarhum. Sementara itu, Exco Pergerakan Pemuda Malaysia, Ali Mazat, berkata rakyat perlu tahu peranan masing-masing dan kebebasan bersuara mempunyai batasan.

Katanya, permohonan maaf penulis tidak boleh diterima berdasarkan kesalahannya itu kerana ia bakal mengundang masalah lebih besar. - myMetro



correction: dia menyerah diri

Share this post


Link to post
Share on other sites
dah ditangkap,baru dia rasa,suruh pegi sekolah belajar sejarah tak nak,dah besar kurang ajar.memang tak dapat dimaafkan pengkhianat mcm ni...baru nak pegi buat report tghari ni...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
memang kita semua patut kutuk ajer penderhaka mcm tu..mintak maaf ..sori tak de maaf ler...akal letak kat lutut ker..apa diaorg semua tak paham ke akan rukun negara kita ..(klu rukun negara pun tak tau ,apatah lg rukun islam ,rukun iman...???)akai ada kaaa...

Share this post


Link to post
Share on other sites
yup! aku pun dah try bukak tp dah ilang...dorg nih sbnrnye suka nk tunjuk hebat kat sini je..
betul2 kat luar tak berani pun.
kalo ye pun perangai sultan tuh tak elok masa hidup dia, tak perlula nk diungkit n dimaki2 mcm tuh...
slh silap org yg dah meninggal nih jgn disebut...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...