Jump to content
Sign in to follow this  
rupii

Kapal selam... KD TUNKU ABDULRAHMAN.

Recommended Posts

bila la Malaysia nak dapat jet yg setanding dgn F-22 Raptor ke.. sebijik pn jadi la. Tapi dgr ceritanya Raptor nih even pada sekutu US pun x dijual.


pertumbuhan aset ketenteraan negara jiran pun mmg amat rancak. Aku especially berminat nak tahu kekuatan ketumbukan tentera Indonesia dan Singapore especially maritim dan udara. Dan di mana duduknya Malaysia dalam kedudukan ketenteraan ni.

Share this post


Link to post
Share on other sites
yang aku tau, tentera darat kita still lg d best in business...
cume dari segi kelengkapan je tak tau takat mana...
then satu lg, kita kena ikut contoh zaman nabi...
Berperang Untuk Mati....Insyallah berjaya...

Share this post


Link to post
Share on other sites
tech_frix wrote:yang aku tau, tentera darat kita still lg d best in business...
cume dari segi kelengkapan je tak tau takat mana...
then satu lg, kita kena ikut contoh zaman nabi...
Berperang Untuk Mati....Insyallah berjaya...


berperang tuk mati ?? biar betul?

bukan ke berperang tuk ALLAH dan mempertahankan islam ??

Share this post


Link to post
Share on other sites
khairul anwar wrote:
tech_frix wrote:yang aku tau, tentera darat kita still lg d best in business...
cume dari segi kelengkapan je tak tau takat mana...
then satu lg, kita kena ikut contoh zaman nabi...
Berperang Untuk Mati....Insyallah berjaya...


berperang tuk mati ?? biar betul?

bukan ke berperang tuk ALLAH dan mempertahankan islam ??


maksud dia mati syahid kot... kalau ntuk mati syahid tuh mmg betul dah la tu...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Falcon wrote:bila la Malaysia nak dapat jet yg setanding dgn F-22 Raptor ke.. sebijik pn jadi la. Tapi dgr ceritanya Raptor nih even pada sekutu US pun x dijual.


pergh.. nak selengara tuh yg pening tuh...

dulu singapore pon nak beli jet2 kelas mcm tuh..

tapi kira kos selengara semua boleh bankrap negara... terus dia org tak jadik beli...

pihak amerika sendiri pon tak guna jet raptor tuh buat perang...

kos nak hasilkan terlalu tinggi... lagi pon masih ada problem yg dia org tak setle lagi...

dan itulah trump-card dia org kalau nak serang iran...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Beli pun tak guna barang2 amerika ni (tank,jet), banyak technologi dalaman dia macam software radar , weapon system dia tak kasi ,setakat boleh pakai jek.Yang f18 tu pun dah lama beli bertahun nak dapat ... Kali ni kuar berita untuk jet f35 pulak , US taknak kongsi software code dengan negara2 lain yang join bina JSF nih.

Share this post


Link to post
Share on other sites
F35 Joint Strike Fighter tuh kan??

Mmg kontroversi skit F35 nih...sbb negara usahasama komplen cakap spec wise jauh lebih inferior daripada F22 Raptor sendiri. X pasti la apa kes...

F35 ni yg nak ganti Harrier ntuk US Navy kan?


Pas research skit-skit.. aku jumpa excerpt nih:

The United States' top fighter jet, the Lockheed Martin F-22, has recently required more than 30 hours of maintenance for every hour in the skies, pushing its hourly cost of flying to more than $44,000, a far higher figure than for the warplane it replaces, confidential Pentagon test results show.
Sumber: http://www.washingtonpost.com/wp-dyn/content/article/2009/07/09/AR2009070903020.html

Boleh tahan melampau...$44k per hour. Translate duit Malaysia jadi lebey kurang RM150,000.

RM 150,000 maintenance fee untuk penerbangan latihan sejam.


So setakat ni ada tiga 5th generation air plane jet fighter yg aku tahu:
-F22 Raptor (currently operational)
-F35 Lightning II JSF (due to be released)
-SU-47 Berkut (due to be released)

Camner agaknya kos maintenance SU-47 tuh.


Negara Asean selain Malaysia.. berapa banyak dah yg ada capability tempur bawah laut?

Share this post


Link to post
Share on other sites
biasanya barangan buatan russia nih maintenance dia tak leceh sgat mcm us dan tahan lasak...

mcm dulu tuh jet mig dia org biar jer kat kawasan terbuka kene timbus salji...

time nak guna buang salji tuh pastuh terbang...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Negara Asean selain Malaysia.. berapa banyak dah yg ada capability tempur bawah laut?


Boleh kata , malaysia je yang paling lambat ada capability kapal selam . Brunei taktau la .. rasanya takde kapal selam . Indonesia dah lama ada kapal selam russia ,tapi taktau la boleh menyelam lagi ke tak . Singapura pun baru beli 2nd hand tapi dah modernized , sebelum ni taktau la sg memang dah ada ke tak sub.

Barang russia memang murah , tapi bahagian elektronik ni dia lemah sikit , tu pasal su 30mkm mahal dari yang biasa pasal kos integrate system2 baru (komponen eropah) yang mengantikan komponen russia serta harga komponen tu sendiri. Komponen2 buatan israel pun kena tolak kuar dari su 30mkm. Siap orang luar kata su30mkm kita ni "halal version" ::icon_biggrin::

Share this post


Link to post
Share on other sites
Komponen2 buatan israel pun kena tolak kuar dari su 30mkm. Siap orang luar kata su30mkm kita ni "halal version"

huhu..patut produk2 israel lain pun kena tolak kuar dari pasaran kita..hehehe..baru la "halal".. ::icon_rolleyes::

Share this post


Link to post
Share on other sites
^ Kalau barang tu direct (alamat kilang@syarikat) dari israel memang tak diterima masuk malaysia tapi kebanyakkan yang terlepas masuk sebab alamat pakai negara lain (us,singapura,dll).Setau aku la dari duk baca sini sana,mungkin salah atau betul.. ::icon_neutral::

Share this post


Link to post
Share on other sites
Falcon wrote:bila la Malaysia nak dapat jet yg setanding dgn F-22 Raptor ke.. sebijik pn jadi la. Tapi dgr ceritanya Raptor nih even pada sekutu US pun x dijual.


pertumbuhan aset ketenteraan negara jiran pun mmg amat rancak. Aku especially berminat nak tahu kekuatan ketumbukan tentera Indonesia dan Singapore especially maritim dan udara. Dan di mana duduknya Malaysia dalam kedudukan ketenteraan ni.
majalah perajurit(kalau tak silap aku)keluaran bulan ni ada cerita pasal aset2 perang negara singapore,ko boleh cari kat kedai buku.aku ada terbaca kelmarin.

@cyberkris thank sebab dorong user baca majalah ketenteraan negara kita,aku baca majalah tu mcm baca majalah bola!!! mmg masyuk!!! byk pengetahuan aku dapat.sedar tak sedar aset kita amat canggih!!!

Share this post


Link to post
Share on other sites
haa.. apa lagi.. gie la amik gambar ke kalo boleh.. ::icon_biggrin::


aku amat berharap negara kita akan ada sebijik menatang setaraf mcm F22 Raptor tuh atau SU-47 Berkut. aku difahamkan even sebijik tuh pon dah boleh outwit semua jet-jet 4th generation. x tau la kalau rumor... but dengar cerita teknologi differences antara 5th generation ngan 4th generation agak huge especially dari aspek stealth dia.


loy_azloy wrote:
Falcon wrote:bila la Malaysia nak dapat jet yg setanding dgn F-22 Raptor ke.. sebijik pn jadi la. Tapi dgr ceritanya Raptor nih even pada sekutu US pun x dijual.


pertumbuhan aset ketenteraan negara jiran pun mmg amat rancak. Aku especially berminat nak tahu kekuatan ketumbukan tentera Indonesia dan Singapore especially maritim dan udara. Dan di mana duduknya Malaysia dalam kedudukan ketenteraan ni.
majalah perajurit(kalau tak silap aku)keluaran bulan ni ada cerita pasal aset2 perang negara singapore,ko boleh cari kat kedai buku.aku ada terbaca kelmarin.

@cyberkris thank sebab dorong user baca majalah ketenteraan negara kita,aku baca majalah tu mcm baca majalah bola!!! mmg masyuk!!! byk pengetahuan aku dapat.sedar tak sedar aset kita amat canggih!!!


Well..at least kita tahu kita boleh duduk on par la dgn beberapa negara jiran kita.

mungkin aku patut beli kot majalah tuh... aku mmg minat nak tahu pasal capability tempur Singapore nih.

Share this post


Link to post
Share on other sites
khairul anwar wrote:
tech_frix wrote:yang aku tau, tentera darat kita still lg d best in business...
cume dari segi kelengkapan je tak tau takat mana...
then satu lg, kita kena ikut contoh zaman nabi...
Berperang Untuk Mati....Insyallah berjaya...


berperang tuk mati ?? biar betul?

bukan ke berperang tuk ALLAH dan mempertahankan islam ??


utk mati shahid la boss...hehe
mana ada org pegi perang utk idup...
kalau dah nama islam pegi perang, mmg untuk mati shahid la...kerana Allah!!

Share this post


Link to post
Share on other sites
Jangan lupa satu lagi majalah .. majalah tempur . Aku dulu baca pun pasal orang lain punya , Nak beli rm10 lak harga majalah perajurit nih ::icon_razz:: . Tunggu berduit dulu la kalau nak start beli balik bulan2 ..

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote="loy_azloy"]
Falcon wrote:@cyberkris thank sebab dorong user baca majalah ketenteraan negara kita,aku baca majalah tu mcm baca majalah bola!!! mmg masyuk!!! byk pengetahuan aku dapat.sedar tak sedar aset kita amat canggih!!!


Takde pe bro. Bukan apa, aku nak kita semua dapat info yang lebih tepat tentang kemampuan angkatan tentera kita. Memang kita masih memerlukan banyak lagi aset utk memantapkan angkatan tentera kita. Namun, satu perkara yg menjadi penghalang, negara kita bukan negara total defense seperti Singapura. Setiap pembelian untuk ATM perlu dinilai berdasarkan kemampuan semasa kerajaan. Kalau mcm Singapura lain, apa yang dia nak, senang nak dapat, asalkan untuk kepentingan diaorg.

Tentang isu Scorpene, kita takleh nak bezakan dengan semua subs. Sebab Scorpene bukan dari kategori Nuklear Subs. Tapi, mengikut fakta, Scorpene adalah subs terbaik dalam kelasnya. Jangan lak korang compare ngan nuklear subs US, mmg la tak mampu.

Kat sini aku senaraikan beberapa aset kritikal yang perlu kita beli/gantikan.

i. TD - Armoured Personnel Vehicle (APC) Condor yang telah amat berusia perlu digantikan dengan APC 6x6 atau 8x8 bagi tujuan pengangkutan anggota, mobile command & control dan semboyan (communication).

ii. TD - Medium/ Long air defence - masih lagi dalam perbincangan tentang keperluannya, tapi kehadirannya bakal memberikan payung pertahanan udara yang amat luas bagi menambahkan lapisan pertahanan udara bagi Malaysia.

iii. TLDM - penggantian kapal pengangkut MPCSS KD Mahawangsa dan KD Inderasakti. TDLM sedang menyenarai pendek beberapa kapal pengangkut yang berkemampuan untuk membawa anggota, kereta kebal/perisai dan helikopter dalam bilangan yang terhad. Antara pilihan adalah kapal dari kelas Dokdo dari Korea.

iv. TUDM - Pesawat Air Early Warning & Control AEW&C - pesawat radar ini amat penting bagi memberikan 'mata' kepada semua pesawat pejuang kita berbanding radar darat yang kita gunakan sekarang. Dalam peperangan Israel - Syria pada 1979, AWACS (AEW&C) telah menjadi satu kelebihan utama kepada tentera udara Israel apabila mereka dengan mudah dapat mengesan setiap pesawat Syria yang berlepas walaupun dari kawasan Syria dan Lubnan.

Nanti aku list banyak lagi keperluan yang mendesak. Selain itu, kepada yg lain, jom kita sama2 bincang tentang isu ini, isu yang menarik untuk kita bincangkan. Kalau ada kesilapan fakta atau maklumat, atau ada pandangan lain, bagitau je kat sini.

Share this post


Link to post
Share on other sites
ayark dah lari topik dah ni dari kapal selam terus ke sistem pertahanan,elok tukar tajuk ni...

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku rasa aku tau ble kita nak dapat kapal setanding f22 raptor.
ialah bila dah ada kapal yg jauh lebih hebat dari raptor...
time tu kita dapat raptor..
alamak, terspam pulak.. . =p

Share this post


Link to post
Share on other sites
Aku nak cakap sikit pasal isu kapal selam tak boleh menyelam. Sebab byk sgt komen2 sumbang yang aku baca.

Untuk pengetahuan korang, Scorpene yang telah kita terima masih dalam warranty period lagi. Dan masih dalam percubaan, belum bertaraf operasi lagi. Jadi, kesilapan yang berlaku adalah kesilapan pihak pengeluar. Kenapa banyak suara2 sumbang yang menyalahkan TLDM? Adakah mereka bercakap berdasarkan fakta atau bercakap ikut sedap mulut je?

Segala masalah yang dihadapi akan dirujuk kepada pihak pengeluar. Kita baru pertama kali mengoperasikan submarine, jadi, banyak perkara kita perlu teliti. Tapi, mengapa mudah sangat orang2 kita merendah2kan kemampuan angkatan bersenjata kita sendiri?

Cukup2 lah. Jom la kita sama2 menyokong angkatan tentera kita sendiri. ATM telah bersikap terbuka dengan mendedahkan masalah2 dalaman kepada media. Ada negara jiran kita yang langsung yang bersikap media blackout jika berlaku isu dalam angkatan tentera mereka. Jadi, pendedahan dalam media yg kita lakukan patut dilihat pada aspek yang positif.

:) Harap kita semua bersikap realistik dan sentiasa membuka peluang untuk penambahbaikan dalam angkatan tentera kita. Edited by Razif Jemaat

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...