Jump to content
Sign in to follow this  
horras_1

Gerakan Kristian Kat Universiti

Recommended Posts

Geram btol aku kat universiti aku ada gerakan Kristian yang edar flyers yang ajak bdk2 Universiti aku masuk Kristian. Setakat ni da 2 kali kene cekup bdk2 ni.. 4 orang da kene tangkap.. Tapi aku yakin akan ade lagi gerakan-gerakan tu pasni.. Universiti-universiti len pun harap berjaga-jaga...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kita sebagai umat Islam perlu gerakkan usaha dakwah yang lebih kuat dan teguhkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Tengok mereka berani menafikan.

9 ditahan cuba tukar agama pelajar Islam

KUALA LUMPUR: Seorang peguam berkata, polis menahan sembilan penganut Kristian kerana cuba menukar agama penuntut Islam di sini, semalam.

Annou Xavier, yang mewakili suspek terbabit berkata, semua mereka bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan.

Kegiatan menukar agama orang Islam adalah satu kesalahan jenayah yang serius di negara ini.

Xavier berkata, polis menahan sembilan suspek terbabit di sebuah bilik asrama sebuah univeristi berdekatan Kuala Lumpur, lewat semalam.

Xavier berkata, suspek terbabit sebenarnya melawat rakannya tetapi salah seorang daripada penuntut beragama Islam terbabit membuat laporan polis bahawa mereka cuba dipengaruhi untuk menukar agama. - AFP

Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20090715124504/Article/index_html



Jika benar mereka melawat sahaja kenapa ahli gereja (Annou Xavier) ni bela mereka?

Share this post


Link to post
Share on other sites
secara berani masuk ke bilik-bilik pelajar universiti...

belasah dulu pastu baru soal , dia ingat dia tu sape . hishh

Share this post


Link to post
Share on other sites
Nak tanya, kenapa tak ada gerakan Islam didalam Institusi Pengajian Tinggi yang melancarkan gerakan seperti itu.

Jika kristian melancarkan gerakan mereka, kenapa tiada gerakan Islam yang berani berbuat sedemikian ?. Cuba buat, edarkan risalah berkenaan dengan Islam, edarkan kepada semua termasuk orang Islam sendiri, ajak mereka mengenal dengan lebih mendalam tentang Islam, ajak mereka masuk Islam. Mana2 yang dah Islam pulak, ajak mereka mendalami dan kemaskini akidah mereka.

Kita selalu salahkan orang lain, tetapi apakah tindakan kita agar orang islam tidak luntur akidah nya? , apa tindakan kita? adakah cukup dengan menyerahkan kepada pihak yang berkuasa sahaja, sedangkan Agama Islam itu WAJIB kita jaga, akidah kita WAJIB kita kemaskan.

Harap pada mana mana gerakan Islam di Malaysia menjalankan aktiviti yang sama dengan mereka supaya seimbang. (faham ke apa aku maksudkan seimbang tu.. korang kajilah sendiri)

Adakah salah disisi undang undang kalau kita menyebarkan ugama islam kepada orang yang bukan Islam ?

Wassalam...

Share this post


Link to post
Share on other sites
TJ-Ariff wrote:Nak tanya, kenapa tak ada gerakan Islam didalam Institusi Pengajian Tinggi yang melancarkan gerakan seperti itu.


Aku rasa sebenarnya banyak, tapi biasanya kalau geng-geng yang biasanya kita panggil geng-geng tabligh ni datang rumah bagi salam, satu rumah duduk diam-diam, jawab salam dalam hati je. Paham-paham je lah maksud aku tu. ::icon_lol::

Share this post


Link to post
Share on other sites
Bagi aku kita tak perlu lah ikut cara tabligh tu, bukan menolak cara itu, tetapi masih
banyak cara yang boleh kita buat untuk menyebarkan Islam dengan tanpa menimbulkan rasa kurang senang kepada orang lain.

Share this post


Link to post
Share on other sites
TJ-Ariff wrote:Bagi aku kita tak perlu lah ikut cara tabligh tu, bukan menolak cara itu, tetapi masih
banyak cara yang boleh kita buat untuk menyebarkan Islam dengan tanpa menimbulkan rasa kurang senang kepada orang lain.


Ya, salah satunya berdakwah secara hikmah. Iaitu dalam kehidupan sehari-hari dalam setiap perkejaan/perkara yang kita lakukan jangan kita lupa membesar-besarkan kebesaran Allah. Mari kita bina keyakinan kita dan seluruh masyarakat disekeliling kita dengan mengenal Allah dan sifat-sifat Allah.

Share this post


Link to post
Share on other sites
dakwah blh buat dgn banyak cara.
tp cara paling terbaik adalah melalui teladan akhlak.

kalau 80% umat Islam ni tunjuk cth akhlak yang baik, tentu org2 bukan Islam nampak betapa indah dan manisnya Islam, lihat sahaja umatnya yg cukup menyenangkan.

tp kalau 80% umat Islam ni sendiri tunjuk contoh buruk, dr setiap sudut semua buruk, org bukan Islam sukar nak nampak kemanisan dan keindahan Islam tu.

selebihnya adalah dengan izin Allah utk memberikah hidayahNYA

Share this post


Link to post
Share on other sites
salah satu jalan penyelesaian...

dakwah blh buat dlm banyak cara, x salah. tp cara dakwah yang paling berkesan adalah dengan mengikut cara yang nabi kita buat dulu, cara yang orang tabligh buat tu, gi rumah kerumah dengan tertib, kalau ada yang rasa xsenang, ada yang rasa cara 2 x patut diikut, fikirkan lah. mereka buat tu bersandar pada banyak hadith..

kalau di luar negara, perancis contohnya, makin ramai yang menganut agama islam, cuba kaji, dan dengan asbab tabligh ni lah mereka memeluk islam. bukan dengan asbab lagu nasyid ke apa... kalo nak harap kita(aku la tu) untuk berkorban duit, masa pegi perancis(contoh je, negara kita pun ada) untuk dakwah orang kat sana, xtau bila. walaupun aku x ikut, tapi aku yakin cara tu terbaik dan berniat satu ari aku nak join.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Benda ni berlaku bukan setakat di semenanjung, malah sabah dan sarawak turut berlaku. Tapi yang jelasnya, mereka menggunakan berbagai kaedah untuk menarik umat islam menyertai mereka. Memandangkan orang islam (Melayu) di malaysia ni sibuk berpolitik dan berperang sesama sendiri maka peluang inilah yang di gunakkan. Di medan, indonesia kaedah ekonomi di gunakkan oleh mereka.
Semasa di airport polinia, saya pernah berjumpa dengan sekumpulan pendakwah (tabligh) dari malaysia.Kebetulan penerbangan kami di tunda dari jam 3 petang ke 10 malam. Kami berbincang dan saya memberi pandangan dari sudut pandangan saya sendiri. Di Indonesia, golongan tabligh di beri gelaran "taliban".
Kita bertuah kerana kerajaan Malaysia ( bukan saya nak bodek BN) memandang serius dan ada akta yang melindungi umat islam di sini.
Kesimpulannya ialah, selagi bangsa melayu yang beragama islam tidak mahu bersatu selagi itulah benda-benda yang merosakkan ini akan terus mengambil peluang. Tak hairanlah satu hari nanti, kita akan jadi seperti orang Arab(islam) yang melihat saudara islamnya di palestine di bunuh, hanya kerana perbezaan pendapat atau politik.

Share this post


Link to post
Share on other sites
diorang sempat htr risalah kat kolej aku..KPZ!!

p/s : UPM

Share this post


Link to post
Share on other sites
memang ada golongan-golongan yang macam nih..masa aku belajar dulu pung ada tapi kat U aku diaorang tak sebar

kan kat pelajar islam just sebarkan kat yang bukan islam jer..masa aku dok hostel dulu 1 bilik ngan aku ada

india kristian sebelum tido selalu mengaji kitab bible dia tuh...buat aku rasa malu jer sebab aku mengaji

khamis malam jumaat jer...baca yassin...dah sampai tiap ari dia mengaji sebelum tido, aku ngan kawan aku pung

jadi mengaji jugak sebelum tido kira lawan laa..hahahhaa...sebulan jer dok hostel pastu aku dok umah

sewa..sebab susah laa bila ditempat kan 1 bilik ngan non-muslim...aurat nak kena jaga juga...tapi ada email

yang aku dapat ada gak pelajar islam tolong sebar2 kan risalah2 nih sebab orang kristian bayar duit..1 hari

RM200 tolong sebarkan risalah...xtahu la info nih betul ke tak...

Share this post


Link to post
Share on other sites
assalamualaikum...

tapi ada email

yang aku dapat ada gak pelajar islam tolong sebar2 kan risalah2 nih sebab orang kristian bayar duit..1 hari

RM200 tolong sebarkan risalah...xtahu la info nih betul ke tak...


astaghfirullah..duit punya pasal..harap2 tak betul la berita tu..tapi tak mustahil pon..

Share this post


Link to post
Share on other sites
kat u at least minda penghuni2 die da matang, sekurg2nye ley tapis la sket

kalo yg sokong 2, wallahualam la kn

tp yg menjadi masalah, mase ak skolah rendah pn da terime risalah2 sedemikian rupa.. bdk skolah rendah, kompem la amik je ap org bg

sbb skolah ak berjiran ngn church.. bahaye tol

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...