Jump to content
Sign in to follow this  
LanoV

Pukau guna e-mail.. boleh percaya ker?

Recommended Posts

E-mel merah pukau gadis

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
[email protected]


KUALA LUMPUR: Keghairahan seorang remaja perempuan melayari laman sembang bertukar tragedi apabila dia dilarikan seorang lelaki warga asing selepas terbaca kiriman e-mel misteri yang diterimanya.

Difahamkan, kandungan emel itu hanya tertera perkataan ¡®cinta berahi¡¯ dengan tulisan merah, namun tulisan berkenaan dikatakan mempunyai kuasa luar biasa kerana mampu memukau sesiapa saja yang membacanya.

Selepas terpukau, mangsa akan patuh arahan yang diberikan lelaki terbabit sebelum mengatur pertemuan dengan pengirim e-mel berkenaan.

Sebaik bertemu, mangsa sekali lagi dipukau sebelum dilarikan dan disembunyikan di lokasi tertentu.

Dalam kes terbaru, seorang remaja yang bakal menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) menjadi mangsa ¡®ahli sihir moden¡¯ itu.

Mangsa, Nur Fawa Adilla Badrul Hisham, 15, melarikan diri dari rumahnya di Bandar Baru Sentul pada 20 Mei lalu, dengan alasan untuk ke sekolah berhampiran rumahnya bagi mengikuti kelas tambahan sebelum menghilangkan diri dipercayai selepas dipukau lelaki terbabit.

Bagaimanapun, mangsa ditemui semula di kawasan perumahan di Kampung Tasik Permai, Ampang di sini oleh bapanya Badrul Hisham Zainal Abidin, 42, kira-kira jam 4 petang, kelmarin dalam keadaan separuh sedar hasil maklumat orang awam.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan mengenai kejadian seorang gadis yang mula intim dengan kekasih sibernya nekad melarikan diri dari rumah semata-mata untuk mengikut lelaki terbabit sejak 20 Mei lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa keluar dari rumahnya di Bandar Baru Sentul dengan alasan untuk ke sekolah berhampiran rumahnya bagi mengikuti kelas tambahan sebelum menghilangkan diri.

Menurut Adilla, selama 13 hari menjadi ¡®tahanan¡¯ kepada lelaki terbabit, dia tidak menyedari kejadian itu sebaliknya tersedar apabila menemui bapanya yang mencarinya di kawasan berkenaan.

¡°Apa yang saya ingat adalah saya tinggal bersama dua lelaki warga asing berusia 30-an dan seorang daripadanya individu yang melarikan saya.

¡°Sebelum kejadian, saya terbaca satu e-mel sebelum hilang ingatan,¡± katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sehubungan itu, ahli keluarga mangsa sekali lagi membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini untuk siasatan lanjut.

Difahamkan, suspek melarikan diri dan usaha memburunya dilakukan pihak berkuasa.

Sementara itu, pendakwah, Ustaz Hassan Mahmud al-Hafiz ketika dihubungi, berkata perbuatan pukau melalui peralatan moden boleh berlaku.

¡°Golongan yang menggunakan kaedah ini adalah pengamal ilmu sihir dan mereka bersaudara dengan jin serta syaitan.

¡°Dengan bantuan makhluk durjana ini, mereka mampu melakukan perkara luar batasan termasuk memukau sesiapa saja yang dikehendaki menerusi kiriman emel mahupun panggilan telefon,¡± katanya.

--------------------------------------------------

Korang rasa boleh jadik ker camnie... guna teknology plak nak pukau2 orang. Dari segi logik teknology digital boleh mentransfer bukan sahaja bytecode, tapi 'ghaib code'.... Kalau e-mail boleh pukau, YM, Skype per sumer tu.. even chatbox putera pun orang boleh guna untuk pukau... hati2 ler... ::icon_cyclops::

Share this post


Link to post
Share on other sites
mgkin jgk boleh berlaku.. ini dinamakan santu, ilmu ini dipercayai dari Jawa... melalui sms org bleh santau, apa lagi email...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Ish biar betul ni,lepas ni kene2 hati bukak e mail yang mencurigakan terutama pada wanitalah.terima kasih atas info lanog. ::icon_smile::

Share this post


Link to post
Share on other sites
Aku Tak Sengal wrote:uish.. elakkan la sape2 yg nak menyantau kat chatbox putera...
bahaya gak nih..
thanks lanog..

Kat chatbox santau pakai ni jer -----> ::icon_bounce::

Share this post


Link to post
Share on other sites
hahahah
ni dapat dari metro ker
hahahah
bodo2 je ak tgk
padahal pompuan tu lari ikut pakwe

Share this post


Link to post
Share on other sites
sebelum di metro pun, benda ni dah lama... berlaku juga tp seorang budak di kelantan yg hanya baca sms. skrg ni dia jd kurang siuman walaupun dah beribu mak bapak dia berbelanja jumpa bomoh merata tmpat.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
Syaitan telah bersumpah untuk mengoda/memesongkan umat islam walau dengan apacara sekali pun. berhatilah dengan..
tipudayanya!

Share this post


Link to post
Share on other sites
xder yg mustahil.
klo ikut logik akal pun,mcm mana santau boleh berlaku?
kajian saintifik pun xboleh nak buktikan mcm mana kaca,paku,serbuk besi boleh ader tiba2 dlm badan org yg kena santau nie.
so,berhati2 la yer pas nie.
mcm2 boleh berlaku sekarang nie.
klo ikutkan,mmg golongan jin nie lg maju dr manusia kan?

Share this post


Link to post
Share on other sites
ish aku ni tak percaya benda2 mcm ni.. pada aku benda ni tipu je. kalu email leh pukau org. dh lama dh anta email kat president amerika tu tarik balik troops dia... tp knp takde? pukau pada aku berlaku secara direct contact, bukan jarak jauh mcm tu huhuhu..

Share this post


Link to post
Share on other sites
jin skang ni pun dah pandai berteknologi...mesti diorang pon ada golongan hackers jugak..tak dilupa jugak yang suka con orang ::icon_razz:: .. jap lagi ada la pulak orang tarik duit dengan cara download...hehehe

Share this post


Link to post
Share on other sites
ada dlm hadis mengatakan.. "jin ada teknologi, ada perasaan... kecuali politik"

Share this post


Link to post
Share on other sites
Jin pun pandai gak main internet sekarang nie... cuma kalau nak chat dengan jin nie kena log-in dulu dalam forum jin... hehehe.

So far nampaknya ramai tak percaya dengan hal e-mail boleh pukau nie. Tapi memang ada benar jugak kemungkinan budak pompuan yang konon kena pukau tu tipu jer nak selindungkan diri sebab nak jumpe boyfriend dia tu.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Sementara itu, pendakwah, Ustaz Hassan Mahmud al-Hafiz ketika dihubungi, berkata perbuatan pukau melalui peralatan moden boleh berlaku.

"Golongan yang menggunakan kaedah ini adalah pengamal ilmu sihir dan mereka bersaudara dengan jin serta syaitan."

"Dengan bantuan makhluk durjana ini, mereka mampu melakukan perkara luar batasan termasuk memukau sesiapa saja yang dikehendaki menerusi kiriman emel mahupun panggilan telefon", katanya.
Sedangkan orang yang pakar dalam agama pun dah "confirm"kan, apatah kita yang cetek ilmu nak nafi pulak.
Ikut logik pun, memang tak dinafikan boleh berlaku macam ni (santau ikut email).
Sihir boleh berlaku dalam apa jua cara.. jin dan syaitan lebih maju dari manusia kerana mereka dah hidup lebih lama dari kita.
Cuma kemajuan mereka kita tak nampak, ia di alam ghaib. Sedangkan mereka boleh nampak kemajuan kita.
Dan mereka boleh berada di mana-mana jarak yang jauh dalam sekelip mata.
-
Satu fakta kenapa ilmu sihir tak lut kepada G.W. Bush dan sekutunya adalah kerana dia juga seekor syaitan.
Dan juga kita sebagai seorang Muslim diharamkan menggunakan sihir untuk menyakiti seseorang di dunia ni.
Berniat melakukan sihir bermakna kita percaya kepada syaitan (menyekutukan Allah), apatah lagi melakukan sihir.

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku percaya benda ni sbb dkt kampung aku dah lama berlaku.. 3-4 tahun lepas.. kerana sms jer.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Hehha beb jangan pandang kecil jin jin ni beb. Walaupun kita tak boleh berkawan, atau meminta tolong dengan mereka,
tapi ilmu mereka lebih tinggi dari kita, mereka dah hidup berkurun lama, lebih banyak makan garam dari manusia.
Sebab tu mereka pandai menipu manusia. Banyak yang mereka tahu lebih dari yang kita tahu.
Tapi kita manusia lebih mulia dari mereka, sebab tu mereka cemburu dengan kita.

Jin tak boleh berchatting secara direct dengan kita dalam forum. Tapi mereka boleh berchatting menggunakan medium badan manusia,
iaitu setelah memasuki (merasuk). Sebab tu pakar perubatan Islam boleh berchatting dengan jin masa mangsa berubat.

Share this post


Link to post
Share on other sites
wanjihan wrote:mgkin line tenet kt alam jin lebih laju kan....
Tak siapa pun tahu.
Tapi den raso diorang ni tak perlu internet pun, untuk ape? Nak berchatting? Ade masalah komputer? Atau mencari-cari account rapidshare percuma?
Diorang sendiri dah boleh pergi mana-mana tempat dalam sekelip mata. Mencuri, merendek apa segala tanpa perlukan line tenet. Huhuhu.

Share this post


Link to post
Share on other sites
diorang kan ada ekonomi... mesti perlu jgk. mgkin komputer diorang laju lg dr i7... gc diorang 10gb kot. hehehe.. diorang pakai windows jgk ke ek? ::icon_basketball::

Share this post


Link to post
Share on other sites
Banyak ar korang. Komputer la windows la.
Windows tu manusia buat, takde de jin nak guna.
Diorang guna Jindows.
Broadband oleh TM Jinet Sdn Bhd?

p/s: Dah OT ni. Den vote 'Mungkin Jugak'

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...