Jump to content
Sign in to follow this  
TOYSЯUS

[Selesai]Kemusykilan 1: Bermain alat muzik bertali.

Recommended Posts

Episod kemusykilan kali ini adalah,
apakah benar diharamkan seorang Muslim itu bermain alat muzik bertali termasuk gitar, biola, gambus dan sebagainya.
Jika benar ia diharamkan, apakah dalil atau hadis SAHIH atau petikan ayat dari al-Quran yang menerangkan hal tersebut?
Saya ada terbaca, hukum bermain alat muzik (bertali dan tidak bertali) adalah harus (istilah harus bermaksud dilakukan atau tidak dilakukan = tidak mendapat pahala atau dosa), tetapi menjadi haram sekiranya dimainkan untuk tujuan yang bertentangan dengan apa yang dibenarkan Islam.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan hukumnya haram. Tetapi tidak disertakan sumber sahih yang mengatakan begitu.
Kefahaman saya dikuatkan lagi dengan kehadiran lagu-lagu nasyid (contohnya di dalam program Akademi Nasyid) yang didendangkan dengan gitar atau gambus.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Hem gud question. Aku pn dh lama nk tnye. Mula aku ingtkn haram, aku xberani nk blaja main gitar pn. Pas2 aku tgk dlm nasyid pn ada gitar, boleh main le kot.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Hah? Bertiup la pulak? Bertiup aku xpenah la pulak dengar sebelum ni. Alamak, aku pandai main rekorder ngn saxaphone. Mcm mana pulak ni?

Share this post


Link to post
Share on other sites
Pandangan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai hal ini.

Nyanyian dan muzik merupakan isu yang diperselisihkan oleh ulama' . Secara umumnya terdapat 3 pandangan :-

a. Dikalangan mereka yang membenarkan nyanyian dan alat muzik dengan meletakkan beberapa syarat.
b. Ada yang membenarkan nyanyian sahaja, tanpa alat muzik.
c. Ada yang mengharamkan kedua-duanya sekali.

Diantara hadith yang digunakan oleh mereka yang mengharamkan alat muzik adalah hadith riwayat Abu Malik atau Amir al-Ash'ari bahawa Nabi saw bersabda :-

ليكونن من أمتي أقوام ، يستحلون الحر والحرير ، والخمر والمعازف
"Akan ada dikalangan umatku segolongan manusia yang menghalalkan zina, sutera, arak dan ma'azif" [Sahih Bukhari #5590]

Hadith ini dikategorikan sebagai hadith mu'allaq dan bukan dari kategori musnad muttasil (rantaian perawi yang lengkap, sampai kepada Nabi saw). Ibn Hazm menolak hadith ini atas alasan ini. Lebih2 lagi terdapat didalamnya perawi yang bernama Hisham Ibn 'Ammar yang dikenali sebagai seorang yang thiqah (boleh dipercayai) akan tetapi ada meriwayatkan hadith yang mungkar.

Hadith ini juga tidak menunjukkan dengan jelas pengharaman alat muzik. Jika al-ma'azif dimaksudkan sebagai alat muzik, maka ungkapan YASTAHILLUN didalam hadith tersebut membawa 2 maksud menurut Ibn al-Arabi :-

a. Makna sebenar, iaitu orang mengatakan ia halal.

b. Makna kiasan, iaitu mereka telah melampau batas atau had penggunaanya.

Jika kita menerima hadith ini sebagai dalil pengharaman alat muzik, maka timbul persoalan : apakah pengharaman al-ma'azif ini kerana ia berserta dengan zina, memakai sutera dan arak? Maka ada pendapat yang mengatakan bahawa alat muzik yang disertai dengan perkara maksiat adalah haram, dan bukan zat alat muzik itu sendiri. Pandangan ini dikatakan lebih kuat.

Secara kesimpulannya, al-Qaradhawi ha. mengatakan bahawa nas agama yang dijadikan asas mengatakan muzik adalah haram samada-ada ianya tidak jelas (samar-samar) atau tidak sahih. Hadith-hadith ini dinyatakan sebagai dhaef (lemah) oleh pengikut Ibn Hazm, Malik, Ibn Hanbal dan al-Syafie.

al-Qadi Abu Bakar ibn al-Arabi didalam bukunya al-Ahkam menyebut : "Tidak ada hadith yang menyatakan nyanyian adalah haram dianggap sahih". Ini merupakan pandangan yang sama oleh Imam al-Ghazali dan Ibn An-Nahwi didalam al-'Umdah. WA.

Sekian, wassalam

Rujukan :

al-Qardhawi, Yusuf. Fiqh al-Ghina wa al-Musiqy fi Dhaui al-Quran wa al-Sunnah. Kaherah : Maktabah Wahbah, 2001.


Renung²kanla.. Wallahualam

Share this post


Link to post
Share on other sites
Terima kasih banyak kepada semua yang banyak membantu.
Rasanya saya dah jumpa jawapan daripada anda semua.
Kalau ada sesiapa nak tambah lagi tetap dipersilakan . . .

Share this post


Link to post
Share on other sites
ah boleh2... td klik die suh msukkan password hehehe...

Share this post


Link to post
Share on other sites
asalkan tidak dilakukan dengan maksiat atau perkara2 yang haram...ini pandangan yang aku faham la...

Share this post


Link to post
Share on other sites
bukan saja asalkan tak dilakukan dengan maksiat, yang paling penting tak melalaikan...sampai kemaruk,menganggu aktiviti harian<-tapi benda ni biasa kan kalau dah sentuh alat muzik..

Share this post


Link to post
Share on other sites
assalamualaikum...

aku pon main gitar...dan mengenai hukum ni mmg aku rasa serba salah nak main even aku main dlm bilik aje..hehe

yg penting jgn sampai melalaikan iaitu tinggal solat dan perkara2 wajib lain, sampai melibatkan maksiat, etc..

Share this post


Link to post
Share on other sites
so ituklah kesimpulannya,ok rasanya dah ada jawapan,boleh tutup topik ni kot....

Share this post


Link to post
Share on other sites
Sejak bile Loy keja sambilan tutup thread? koh koh koh..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Assalamualaikum..

Saya sekadar hendak menyuarakan pandangan saya sahaja.

Harap tiada sesiapa yang marah atau tersinggung.

Dan kalau ada yang tidak betul dalam apa yang saya tulis maka minta tolong betulkan :-)



Pada pandangan saya hukum bermain alat muzik bertali ni tidaklah haram..
tetapi saya lebih suka mengambil pendirian elakkan kalau boleh.


Sebab walaupun tidak haram tetapi pada pandangan saya ia melalaikan.

Melalaikan disini pada pandangan saya ada dua:

1) Terlalu asyik bermain sampaikan bila dah masuk waktu pun dia tetap
juga bermain.

Jenis orang yang-

"Ala.. sikit jer lagi. Aku nak belajar satu baris jer lagi."

Atau mungkin-

"Takpe.. baru azan. Dah habis azan aku stop la."

Bila dah habis azan.. dia cakap-

"Xpe.. ckit lagi.. nanti qamat aku gerak ke surau ok?"


Ini adalah situasi common di IPTA-IPTA kita.



2) Yang ini agak extreme sedikit.

Permainan alat muzik melalaikan sebab ia membuatkan
kita lalai daripada mengingati Allah S.W.T.

Kita sebagai umat Islam dianjurkan untuk berzikir
kepada Allah S.W.T apabila ada masa terluang.

Tetapi lebih cenderung pulak untuk melakukan perkara
lain selain daripada berzikir apabila ada masa
terluang.

Akhirnya kita menyesal di hari pembalasan sebab
tak banyak berzikir. Walaupun masuk Syurga.

Ada hadis (saya tak pasti sanadnya sahih atau tidak)
mengatakan satu-satunya penyesalan penghuni syurga
adalah mereka tidak menggunakan masa yang ada di dunia
untuk berzikir.

Dalam sebuah hadis sewaktu Nabi Musa A.S meminta
Allah S.W.T mengurniakan sesuatu yang boleh baginda a.s
gunakan untuk berzikir.. Allah S.W.T telah berfirman
bahawa andaikata seluruh langit dan bumi serta segala
isinya diletakkan di atas timbangan.. dan sebelah lagi
di letakkan kalimah "Lailahaillallah".. maka pasti
kalimah "Lailahaillallah" itu jauh lebih berat lagi.

Setiap zikir yang diucapkan menjanjikan pembalasan yang
cukup hebat di dalam syurga kelak.

Sebuah hadis lain dari Fadhilat Amal pula meriwayatkan
bahawa ketika seorang manusia berzikir.. maka malaikat
akan membinakan mahligai untuknya di syurga. Apabila
manusia itu berhenti berzikir maka malaikat pun berhenti
membinanya. Apabila ditanyakan kenapa malaikat itu berhenti
maka akan dijawab, "Perbelanjaannya belum tiba lagi."

Dari perbelanjaan itu hendak tiba? Sudah pasti lah zikir.

Dalam aspek ini saya akan rangkumkan permainan muzik bertali
sekali dengan permainan komputer games.

Baru-baru ini.. sebab roommate saya main game "Tiberium Wars:
Kane's Wrath".. saya pun ambil dan install dalam PC saya.

Mainlah sampai waktu azan. Bila dah azan saya tinggalkan dan
pergi ke surau blok untuk bersolat. Tetapi apabila nak buat
qabliyatul maghrib (ke asar.. tak pasti).. saya jadi cukup-cukup
malas. Hati rasa sangat berat.

But anyway buat jugak.. tapi dalam sembahyang jadi tak kusyuk..
asyik teringat betapa seronoknya tengok Tripod Annihilator tembak
meletup base GDI dalam game tu.

But tak habis dekat itu saja. Saya juga mendapati saya bersembahyang
dengan kadar lebih pantas sebab tak sabar-sabar nak balik bilik
sambung berperang.

Dan yang paling dahsyat.. sepanjang malam tu hati saya tak tergerak
langsung untuk buat zikir.

Inilah maksud lalai yang sebenarnya pada saya. Esok harinya
terus stop main.

Dan atas dasar ini jika saya mampu... saya akan pilih untuk elakkan
bermain permainan muzik dan games kerana ia sememangnya melalaikan
pada saya.



==========================================================================


Bagaimana pun ini hanyalah pandangan saya sahaja.

Mungkin saya memang seorang yang terlalu mudah lupa
pada Tuhan apabila seronok sangat dengan sesuatu.

Kalau saudara semua rasa ini bukan satu masalah.. atau
tidak akan jadi lalai seperti situasi satu atau dua..
maka sudah tentu... by all means in my opinion.. play
and rock with it.


==========================================================================


Jika melihat dari aspek hukum yang sebenar.. dalam kitab Imam Ghazali,
"Penenang Jiwa" atau dalam arabnya, "Mukashafah Al Qulub" ada diterangkan
bahawa Imam Syafie berpandangan, "Menurut hadis, permainanan muzik lebih
makruh daripada permainan-permainan lainnya. Dan aku tidak suka pula catur.
Bahkan aku tidak suka setiap yang dipermainkan manusia kerana permainanan
bukanlah sifat orang yang punya agama dan harga diri."

Bagaimanapun pada pemahaman saya yang hanyalah seorang manusia biasa.. saya
lebih melihat "permainan muzik" itu kepada nyanyian atau mendengar muzik..
dan bukanlah bermain alat muzik. Tetapi kalau mendengar saja pun dah macam tu..
apatah lagi bermain.

Bagaimanapun.. dalam kitab yang sama ada juga dinyatakan bahawa ramai salafus
soleh yang mendengarkan nyanyian. Sahabat juga.. seperti Muawiyah, Abdullah bin Zubair,
Mughirah bin Syubah dan lain-lain.

Ada juga dinyatakan bahawa, "Abul Hassan al-Asqalani, yang termasuk wali itu,
juga mendengarkan lagu. Bahkan beliau mengarang sebuah kitab yang menolak bahawa
mendengarkan lagu termasuk kemungkaran."



==========================================================================


Adapun.. saya ni bukanlah ulama. Jadi kadangkala saya juga melakukan kesilapan.
Mohon maaf atas segala salah dan silap saya. Semoga dimaafkan oleh kalian semua.

Bagaimanapun.. atas personal view saya.. saya masih berpendapat kalau boleh dielakkan
maka elakkanlah. Bukan atas dasar haram atau halalnya (saya serahkan kepada Allah S.W.T
dan orang yang lebih layak untuk menukilkan aspek itu) tetapi atas dasar ianya berpotensi
untuk melalaikan.

Wallahualam.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Terima kasih, pendapat diterima. Semoga nasihat-nasihat tu bermanfaat untuk semua.
InsyaAllah kalau main gitar dalam keadaan sedar dirinya masih seorang Muslim tak haram. :-)

Oh saya ada lagi satu pertanyaan.
Kan sekarang ni Selawat Nabi dah bermacam-macam cara dilagukan kan.
Boleh ke sekiranya Selawat tersebut diiringi dengan gitar, tapi dalam cara yang sopan.
Maksudnya lagu-lagu yang ada sekarang ni kita ubah liriknya dengan lirik-lirik selawat (dalam bahasa Melayu).
Contohnya lagu dari kumpulan Hujan - Pagi Yang Gelap (contoh shj), ditukar liriknya dengan lirik Selawat Nabi.
Boleh diterima ke ye? Tujuannya untuk berseronok sambil itu dapat berselawat.
Dan bagaimana pula jika lirik Selawat tu ditukar dengan Zikir.

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku rasa boleh diterima sebab ianya tidak melalaikan,malah memudahkan serta dapat memupuk minat untuk berselawat...jika ianya untuk perkara yang baik lagi mendatangkan pahala,insyaAllah...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Assalamualaikum..

Dari satu segi ia bagus mcm saudara loy_azloy cakap... memupuk minat untuk berselawat.

Tapi apa yang saya khuatirkan adalah at some point ia akan jadi bid'ah.

How this can happen??

Kita melagukan selawat dan kita tahu apa yang kita buat.

Orang yg melihat kita melagukan selawat tak semestinya faham apa yang kita buat.

But nevertheless they still do it.

At some point diorang akan mula anggap selawat nie versatile.. boleh dibuat apa
saja dengannya.

Worse.. sesetengah orang mungkin akan bermain-main dengan selawat tuh..
sebagai contoh.. berselawat dengan muzik lagu doraemon.

Kedua... selawat ke atas nabi bermaksud mendoakan kesejahteraan baginda.
As such ada prinsip berkaitan 'respect' yang patut ada sewaktu selawat
dibacakan.

From this point of view saya tak rasa selawat patut diadakan dengan cara
yang lain selain dari apa yang di anjurkan oleh jumhur ulama.

Sebagai contoh kalau pergi Iraq.. kita boleh tengok mcm mana golongan syiah
buat selawat mereka (saya tak tahu nak panggil apa.. sbb specific ke atas
Saidina Ali R.A).

Mendayu-dayu dan penuh berlagu. Bila saya tanya orang Iraq tu.. inilah caranya
nak memupuk semangat dan kecintaan kepada Saidina Ali R.A.

Tapi kalau saudara sendiri nampak.. dan jatuh kepada meratap pun ada.

Berkenaan bid'ah... saya tak kata buat benda ni bid'ah.
Tapi dikhuatiri boleh membawa kepada bid'ah oleh orang yang melihat
apa yang kita lakukan itu.

Kita ambil contoh baca doa bersama selepas solat.

Hakikatnya... baca doa bersama selepas solat bukanlah bid'ah.
Tapi kenapa di negara arab majoriti tak buat?

Bila pak arab datang negara kita nampak kita baca doa lepas
sembahyang terus dituduhnya kita bid'ah.

Mulanya saya ingat dia fahaman wahabi... tapi takkan habis
semua pak arab tuh dari yg datang dari Libya, Iraq, Mesir,
Jordan and everywhere else fahaman Wahabi kot.

Bila saya kaji balik.. mmg benar. Negara yang secara khusus
baca doa secara dan ramai-ramai ni rasanya Malaysia, Indonesia
dan Brunei jer (ada negara lain juga).

But nevermind that.

Kita dituduh mengamalkan bid'ah di Malaysia sbb baca doa lepas
sembahyang oleh imam sahaja.

Dalil digunakan adalah sebab ada hadis yg sanadnya pun saya tak pasti
apa... mengatakan Allah S.W.T lebih suka pada hambanya yang berdoa sendiri.

Hakikatnya.. di negara arab at some point semua makmum dan imam dah sampai
ke tahap dimana kalau diorang tak baca doa secara berjemaah pada suatu
ketika dahulu.. maka orang itu dikatakan sembahyangnya tidak sah.

Ini diakui sendiri oleh dua orang pak arab yang saya jumpa sendiri untuk
bincang perkara ini; seorang dari Libya dan seorang lagi dari Jordan.
Both Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Jadi kenapa dengan mereka?

Bila dah biasa membaca doa secara berjemaah. Makmum-makmum generasi seterusnya
atau perantau menganggap baca doa bersama adalah wajib.

Sebab tu jadi bid'ah.

Di Malaysia kita tak mengamalkan bid'ah. Kerana kita tak pernah menganggap baca
doa bersama sebagai wajib. Saya dah terangkan kepada keduanya dan Alhamdulillah mereka
faham.


==============================================================


Apa kaitan semua ini dengan melagukan selawat dengan gitar?

Selain daripada melagukan seperti sewaktu Ma'al Hijrah...
cara lain mmg agak asing.

Dari satu segi pandangan yang saya nak utarakan ini mmg bunyinya mcm
warga tua tahun pembentukan Malaysia tuh. Conservatif dan takut kepada
perubahan.

Tapi atas faktor menjaga kehormatan atau 'self-respect' selawat itu sendiri...
saya lebih suka kalau melagukan tu janganlah sampai dengan gitar.

Saya tidak kata tak boleh. Boleh saja kalau nak buat.. dipersilakan ::icon_smile::

Cuma pandangan peribadi saya. Sebab di akhirat kelak perkara sebesar zarah
pun akan dihisab. Dikhuatiri tindakan saudara melagukan selawat boleh pula
menyusahkan saudara di akhirat kelak.

Maafkan saya kalau point of view saya agak poyo... saya tak nafikan bahawa
berbuat demikian boleh menambahkan minat untuk berselawat.

Tapi saya kurang bersetuju atas dua sebab iaitu:

1) Boleh membawa kepada bid'ah, bukan oleh saudara tetapi oleh mereka yang melihat saudara.
Ini boleh terjadi bila mereka mula mimik saudara tapi from time to time niat di hati berubah.
Worse... silap haribulan diorang sengaja melagukan bukan untuk berselawat secara ikhlas tetapi
sebab nak mempermainkan selawat.

Jenis kes orang berdoa nak kaya tiap hari tapi tak makbul... dia geram dia ambik al-Quran dia pijak
dan kemudian ambil gitar bass melagukan selawat guna gitar bass pulak. Saya pernah jumpa orang mcm
ni. Alhamdulillah lepas tiga hari saya jumpa dia menangis dalam sembahyang bertaubat atas perkara
yang dia lakukan.


2) Respect dan hormat kepada rasulullah S.A.W. Ini susah saya nak berikan pandangan saya... sbb different
people different opinion. But that's the beauty of living in Malaysia afterall. Banyak orang dengan perbezaan
pendapat. ::icon_razz::

Pada saya kalau boleh kekalkan dengan method jumhur ulama pun dah memadai. Saya lebih selesa dengan cara
itu. Confirm selamat di akhirat kelak.

Cuma bab menarik minat oleh saudara... masuk akal juga dan boleh diterima. ::icon_smile::

Oleh itu kalau saudara nak teruskan... saya rasa tak ada halangan. Teruskanlah.

Cuma keep in mind pointers saya di atas. Mungkin releven.. mungkin tidak.

Wallahualam.



P.S: Mungkin solat istikharah dahulu sebelum memulakan zikir dan selawat anda dengan
method yang anda nak guna tu. Insya'allah kalau tuhan izinkan elok lah semuanya.
Kalau tuhan tak suka... akan adalah halangannya bila saudara nak buat mcm tuh.
Saya syorkan... demi keselamatan saudara dan saya sendiri di akhirat kelak. Sebab
rahmat Allah S.W.T tu luas... tapi jangan lupa.. siksaanNya juga amat keras.

PP.S: Pandangan saya ini juga ada perbezaan dengan ramai ustaz yang lain (saya rasa).
Sesetengah mereka (yang mana menggunakan dalil Islam itu releven dengan semua zaman)
akan mengatakan bahawa kalau menggunakan gitar boleh menaikkan semangat dan kecintaan...
maka hukumnya dah diperbolehkan.

Mcm saya kata tadi... pandangan saya ini lebih bersifat peribadi. Apa yang saya rasa dalam
diri saya sendiri sebagai seorang umat Islam. Tapi... saya bukanlah ustaz, jauh sekali ulama.
Jadi selebihnya bergantunglah kepada saudara untuk terima atau tolak. ::icon_smile::

Semoga Allah S.W.T merahmati kita semua dan menjauhkan kita daripada perkara yang membawa kepada
dosa. Insya'allah.


Assalamualaikum warrahmatullahiwabarakatuh.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Waalaikumsalam warahmatullah.

Terima kasih encik loy_azloy, dan Phoenixwunin atas pendapat yang saya rasa cukup padat.
Ada point-point yang boleh saya ambil supaya lebih berhati-hati jika ingin melakukan sesuatu.
Mungkin tidak bergitar dengan selawat, tapi lebih kepada lirik yang memupuk cinta kepada Allah dan RasulNya., InsyaAllah.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Walaupon niat kita berlagu dalam berdakwah tu baik tapi kite terikat pada adab² dan larangan dlm islam juga di dlm apa jua aktiviti dan riadah seharian kita. Keberkatan tu penting, baru amalan ade makna. Klu di lihat dgn teliti, irama atau lagu asli nasyid boleh dikata tidak menggunakan alat muzik bertali..wallahualam..

sedikit artikel lagi ttg topik ni:
Spoiler:
Muzik yang dibenarkan , diharamkan dalam Islam
Oleh: Dr. Anisah Abd. Ghani

Sedari kecil lagi kita dibuai dan didodoi oleh ibu tersayang dengan dodoian dan lagu kasih sayang permata hatinya, tanpa lagu dan dodoian ibu si kecil susah nak tidur. Apabila kita masuk sekolah kita di ajar pula dengan lagu bek bek kambing hitam adakah bulu?, Apabila besar sedikit kita telah pandai menyanyi lagu negara ku. Setelah meningkat remaja mula menyanyikan lagu lagu cinta. Apabila mencecah usia emas, lagu lagi instrumental nostalgia menjadi pilihan. Jadi kehidupan kita akan merasa sunyi tanpa irama dan lagu. Terasa pincang jika irama dan lagu dipisahkan dalam rutin harian kehidupan.

Apakah hukum memainkan alat muzik itu harus?. Apakah mendengar muzik dalam bentuk instumental tanpa nyanyian itu haram? Apa pula hukumnya mendengar muzik beserta nyanyian ? Bagaimana pula mendengar nyanyian bersilang jantina? Seterusnya kalau mendengar muzik dan nyanyian itu diharuskan apakah ia boleh dikira sebagai ibadah sehingga seorang yang mendengar muzik dan nyanyian akan mendapat ganjaran pahala? Pastinya sebagai sumber hukum dalam sebuah agama yang lengkap dan sesuai untuk semua tempat, orang dan zaman, Al Quran tidak mengabaikan walau sedikit pun urusan manusia. Pasti ada hukumnya. Begitu juga dengan mengenai persoalan persoalan diatas.

Penulisan-penulisan fiqh klasik membahagiakan alat muzik kepada dua, yang bertali dan tidak bertali. Penggunaan alat muzik yang bertali dihukumkan haram yang tidak bertali pula sebagai harus.

Namun demikian, kajian dan penulisan fiqh terkini tidak melihat kepada sudut jenis alat muzik, tetapi ia melihat kepada rentak dan irama yang dihasilkan oleh alat tersebut . Apakah ia meransang pendengarnya sehingga lalai, lupa diri dan lupa Allah?. Ataukah ia merangsang pendengarnya sehingga dapat menaikkan semangat patriotik, rasa sedar diri dan ketakwaan kepada Allah. Jenis yang pertama dikira haram dan kedua dikira harus. Jadinya hukum asal menggunakan alat muzik adalah harus, samada dipetikkah, dipukul kah, di gesek kah di tiupkah atau lainnya. Yang mengharam atau mengharuskannya ialah cara penggunaannya yang melahirkan rentak, lagu dan irama.

Kadangkala alat muzik dimainkan dengan iringan penyanyi Dalam hubungan ini selain daripada bentuk rentak, lagu dan irama, cara persembahan penyanyi dan lirik nyanyian juga perlu dilihat sama. Sekiranya ia dipersembahkan dengan penampilan yang mengghairahlkan, meransang nafsu dan syahwat, sehingga lupa diri dan Allah,Ia tidak diharuskan. Begitu juga lirik lagu yang lucah, memuji sesuatu yang haram, mengagungkan syaitan dan syawat dan cinta berahi yang keterlauan, ungkapan ungkapan syirik dan kufur, lirik-lirik yang bercanggah dengan semangat syariat maka hukumnya haram.

Mendengar muzik berlaku dalam berbagai bentuk, mendengar muzik tanpa nyanyian, mendengar muzik beserta nyanyian, mendengar sambil menonton penyanyi menyanyi.

Hukum asal mendengar muzik tanpa nyanyian, mendengar muzik beserta nyanyian, mendengar sambil menonton penyanyi menyanyi adalah ‘harus’ tetapi ‘beryarat’. Syaratnya ialah rentak, irama, lagu dan liriknya tidak melalaikan, mengkhayalkan, membawa kepada lupa diri dan lupa Allah. Persembahan dan penampilan penyanyi juga mestilah menutup aurat dan geraknya tidak menghairahkan pendengar dan penonton.

Selain dari sifat muzik, rentak, irama, lirik, cara dan perlakuan sipendengar ketika mendengar muzik juga akan menentukan hukum mendengar muzik. Keterlauan yang melampau, ketagih serta gian dalam mendengar muzik akan merubah hukum harus mendengar muzik kepada haram. Ia telah termasuk kepada perbuatan sia-sia dan boleh mendatangkan kesan kesan yang negatif. Pendengar akan tergoda, terbawa-bawa dan terfitnah dengan kemerduan suara penyanyi dan senikata serta lirik dan tergoda kepada batang tubuh penyanyi.

Keadaan hukum ’harus’ mendengar muzik, nyanyian dan menonton persembahan penyanyi boleh di simpulkan seperti berikut:
1. Mendengar muzik nyanyian dan menonton persembahan yang rentak irama, lagu dan liriknya meransang semangat berani, gagah perkasa, patriotik contohnya rentak ‘march’.
2. Mendengar muzik nyanyian dan menonton persembahan yang rentak irama, lagu dan liriknya meniupkan rasa keinsfan, sedar diri, mengenang kebesaran Allah dan menuju ketakwaan kepada Allah.
3. Mendengar muzik nyanyian dan menonton persembahan yang rentak irama, lagu dan liriknya dapat menenang jiwa, menghilangkan tekanan perasan, mengenyahkan kebosanan serta mengembalikan kesegaran spiritual, jasadiah dan emosi .

Jadi bolehkah mendengar muzik itu menjadi ibadah?

Untuk semua perbuatan boleh di kira sebagi ibadah ia mestilah memenuhi syarat syarat berikut:

1. Perbuatan itu diterima syarak
2. Perbuatan itu dilakukan menurut tuntutan dan peraturan syarak
3. Perbutan itu dilakukan ikhlas kerana Allah
4. Perbuatan itu dilakukan oleh muslim

Dalam konteks mendengar muzik nyanyian dan menonton persembahan dengan rentak, irama, lagu dan liriknya, selagi memenuhi empat syarat di atas ia boleh dikira sebagai ibadah dan mendapat pahala. Sekiranya ia tidak memenuhi syarat ini maka tidak lagi dianggap sebagai ibadah malah termasuk sebagai perbuatan yang sia sia dan dilarang disisi syarak.

[Penulis adalah seorang pensyarah Fiqh dan Usul di Universiti Malaya)


Wallahualam..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...