Miss U.A 8 Report post Posted August 1, 2009 Miss nk share nasi ayam madu ngn sesape yg suka masak kt umah tuh...Bahan-bahan :2 cawan beras 1/4 bawang besar 2 sudu mentega sehelai daun pandan 2 kiub ayam madu kicap pekat 1/2 ekor ayam 1 sup bunjut adabi sos tiram 1/2 sudu serbuk lada putih 1/2 inci halia 3 ulas bawang putih untuk hiasan lak: daun bawang daun sup bawang goreng daun salad/timun Cara-cara First, bersih ayam dulu. Potong ikut suka nk mcmana..Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masak ayam sampau masak Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa. Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi Sekianla nasi ayam madu Miss U.Ahehhehe...selamatlah mencuba ye sume! ::herz:: ::herz:: Share this post Link to post Share on other sites
Miss U.A 8 Report post Posted August 2, 2009 ni satu lg resepi yg miss rase leh tahan sedapnye...ni copy je nih...hehehhee...lom cuba pown lagi..DALCA DAGINGBahan-bahan600 gm daging kambing/lembu - dipotong 2 cm100 gm kacang dal - direndam semalaman.( jeni terus rebus)100 ml minyak masak3 sudu makan rempah kari daging (Baya campurkan dari 2 jenis rempah1/2 dari adabi dan 1/1 dari alagapas jika adabi sajarasanya pahit skit)2 sudu makan dadih2 sudu teh garam masala1/2 sudu teh serbuk lada hitam Dibelah empat2 biji terung bulat2 biji tomato1 batang lobak merah - dipotong serong 1 cm2 batang buah murungai - dipotong 4 cm (Jeni takde)4 biji cili hijau - dibelah 4, jangan putus1-2 biji limau nipis - ambil jusnya750 ml santan cair - dari 1 biji kelapa (Jeni guna santan kotak 200 ml + 550ml air)Garam secukupnya (Jeni tambah gula juga)Bahan (A)Dihiris1 biji bawang besar2 ulas bawang putih2.5 cm halia1 tangkai daun kari5 kuntum bunga cengkih3 cm kulit kayu manis3 biji buah pelagaDikisar2 ulas bawang putih1 biji bawang besarCara MembuatnyaRebus kacang dal dan daging berasingan hingga lembut. Ketepikan. Panaskan minyak dan tumis bahan (A) hingga berbau.Masukkan rempah kari, garam masala dan lada hitam. Kacau hingga keluar minyak.Tuangkan dadih dan santan. Kacau sekali-sekala supaya tidak pecah minyak.Bila mendidih, masukkan daging, ubi kentang, lobak merah, murungai dan terung.Masak hingga kuah mendidih dan sayur-sayuran empuk.Tambah garam dan jus limau secukup rasa.Akhir sekali, masukkan tomato dan cili hijau. Apabila mendidih tutupkan api. sile cuba ye....lalala... Share this post Link to post Share on other sites
ari 0 Report post Posted August 12, 2009 menarik gak thread ni ye..sya pn ada gak resepi..leh le try klau yg suka mkn pasta..sya suka masuk satu website nie..resepi dia memg best..tambah ngn gambr yg cukup meleleh air liur..perghh..nie laman webnya..http://rinnchan.fotopages.com/mintk maaf ye pd kak rinn..nk promote sat akak punya resepi kt member2 kt sini..kt bwh ni resepi makaroni bebola daging (diambil drp rinnchan fotopages):MACARONI BEBOLA DAGING ( 7~8 servings) Bahan2: 300gm macaroni, direbus dan ditoskan. Gaul dgn sedikit minyak zaitun or butter. Utk Bebola Daging: 400gm daging lembu cincang 2 biji bawang besar, dicincang 3 ulas bawang putih, dicincang 1 biji telur 3/4 cwn serbuk roti 2 sudu besar susu segar 1 sudu besar mentega 1 sudu teh lada sulah 1 sudu teh garam 1 sudu teh parsley * Campurkan kesemua bahan dan bentukkan menjadi bebola-bebola kecil. Goreng dengan sedikit mentega. Boleh juga dibakar dlm oven pada suhu 170 darj celsius selama 30min atau hingga masak. Nota : Serbuk roti boleh dibuat sendiri dgn membakar roti keping hingga garing kemudian hancurkan. Utk sos: 1 biji bawang besar, dicincang 5 ulas bawang putih, dicincang 3 biji buah tomato, didadu 2 sudu mkn gula merah 2 sudu teh serbuk lada hitam 1 kiub ayam 1 sudu besar sos tiram 3 sudu besar sos tomato 3 sudu besar sos cili Sedikit air 1 sudu teh oregano-optional 150gm (any) keju-optional Cara-cara: 1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan lada hitam dan kacau seketika. 2. Masukkan buah tomato, sos, gula merah, garam dan kiub ayam. Kacau dan tambahkan air. Biarkan mendidih. Apabila masak, perlahankan api. 3. Jika suka boleh masukkan keju dan oregano. Kacau hingga sebati. 4. Masukkan bebola daging. Kacau hingga rata. Boleh curah atas macaroni yg telah siap direbus tadi. Selamat mencuba!!! Share this post Link to post Share on other sites
Miss U.A 8 Report post Posted August 12, 2009 Daging Masak Arab daaa.... Bahan-Bahan: 1 kg daging lembu, dipotong nipis-nipis4 camca besar minyak masak 6 biji bawang merah, dihiris halus 6 ulas bawang putih, dihiris halus 1,000 ml santan 50 g puri tomato1 camca teh garam 5 biji tomato, digiling lumat 300 g bawang merah, digiling lumat 100 g bijan, digiling lumat ½ camca teh jintan putih, digiling lumat ½ camca teh jintan manis, digiling lumat½ camca teh serbuk lada sulah, digiling lumat 1 cm halia, digiling lumat 2 cm kunyit hidup, dihiris nipis Cara: Perap daging bersama bahan giling di dalam mangkuk, sejam. Panaskan minyak masak di dalam periuk. Tumis bawang merah bersama bawang putih hingga ia terbit bau. Masukkan daging perap, goreng di atas api sederhana hingga kering airnya. Tuang santan, biar ia mendidih perlahan-lahan sambil dikacau selalu hingga ia pekat dan daging empuk. Kemudian masukkan puri tomato, biar hingga ia mendidih, lima minit sambil dikacau selalu. Masukkan garam. Sila la mencuba..sedap ni.. ::icon_biggrin:: Share this post Link to post Share on other sites
Miss U.A 8 Report post Posted August 12, 2009 Bubur Gandum Bahan-Bahan: 300 ml santan cair150 ml santan pekat150 gm biji gandum (direbus)100 gm gula melaka 30 gm sagu biji50 gm gula pasir1 helai daun pandan Cara: Didihkan santan cair, gula melaka, sagu biji dan daun pandan. Apabila sagu masak, masukkan gula pasir, gandum dan santan pekat. Biarkan ia mendidih selama 2 minit dan hidangkan. p/s: mudah dan cepat...sesuai dimakan diwaktu ptg...hehhehe Share this post Link to post Share on other sites
akuccputsedut 147 Report post Posted August 13, 2009 aku nak kongsi resepi kek batik biskut marie yang aku pandai buat kek nih jer satu-satunya..hahahahha...Bahan-Bahan:1 paket Milo kecil (200g)1 bar mentega (buttercup @ farmcows)1/2 tin susu pekat1 paket biskut Marrie (aku suka perisa coffee)1 Biji telurbadam (suka ati nak banyak mana)dikisar kasarCara Penyediaan:1. Cairkan mentega dalam kuali 2. Selepas mentega cair, masukkan milo yang dibancuh bersama susu pekat(macam air milo tuh korang buat tapi pekat ler jangan letak air banyak sangat)3. Putar kan telur sehingga naik buih, masuk kan sekali dalam campuran mentega+milo+susupekat (dengan erti kata lain campakkan semua hahahaha)4. masak adunan sehingga pekat kemudian Masukkan biskut marrie yang telah dipatahkan kepada 2 atau 3 bahagian Gaul dengan sebati.5. Masukkan adunan ke dalam loyang atau acuan kek.6. Tekan dan padatkan adunan menjadi satu lapisan seperti kek menggunakan sudu atau senduk.7. Sejukkan dalam peti ais(bagi beku skit) sebelum di hidangkan.Cadangan Hidangan:1. Boleh ditabur dengan coklat rice atau coklat chips untuk hiasan.tu jer setakat nih yang aku pandai masak hihihihi.... Share this post Link to post Share on other sites
ari 0 Report post Posted August 13, 2009 knapa slalu sya buat mesti dia mcm lembek je???leps msk semua bhn2 tu kena tunggu sejuk dulu dak @ teruih ja buboh biskut merry?takpa nk try tgk akuccputsedut nya resepi..klu mnjadi nnti sya antor gambr.. Share this post Link to post Share on other sites
akuccputsedut 147 Report post Posted August 13, 2009 lepas jer masuk kan semua bahan2 dalam kuali tuh..buttercup + bancuhan air milo + susu pekat + telur yang dah di putar tu kacau jer sampai bancuhan tuh jadi pekat macam coklat yang dicairkan...pastu terus masukkan biskut marrie tuh masa bancuhan tuh panas2 dalam kuali..kacau sampai sebati bancuhan milo yang dah pekat tuh ngan biskut marrie + time nih masuk badam yang dikisar kasar gaul sekali....pastu masuk kan dalam bekas tekan2 bagi padat...pastu baru masuk dalam peti ais... P/S: aku memang pro bab nih sebab aku tau masak nih jer..hahahahha.... Share this post Link to post Share on other sites
Miss U.A 8 Report post Posted September 5, 2009 Okey kali nih aku nk bagi satu resepi yang paling mudah untuk korang buat...Kueytiaw Teng...(kuah sup ala siam)Bahan2..Sebiji bawang besar3 ulas bawang putih1 pax sup sayur4 ketul ayam (amik bhgn yang byk isi)Garam secukup rasaSebungkus kueytiaw (dicelur)Fishcake n fishball (kalo bole belila yang bumiputera, terjamin halal sket)KangkungTaugehSerbuk kacang (kalo ade)Cara membuat:Ok firstly, korang kisarkan dulu bawang besar n bawang putih tuh...then korang tumiskan dalam periuk..dah agak2 garing bawang2 tuh td, perlahankan api..pastu masukkan sup sayur tuh...kacau2 sume pastu masukkan air..agakla sebanyak mane air untuk jadikan kuah..Ok,pastu bolehla masukkan ayam2 td kedalam periuk tuh...masa ni jugak korang leh masukkan halia yg ditumbuk td dan jugak garam...Dah agak2 masak, korg leh angkat ayam tuh dulu... Carikkan isi2 die...Kuey tiaw yg dah dicelur td, korg leh letak dalam pinggan..kemudian letak kangkung n taugeh yg fresh tuh...terus letakkan kuah yg panas2 td dalam pinggan tuh sebelum korang letak bahan2 lain mcm serbuk kacang,ayam dll..Nak lg sedap korg leh perahkan limau kasturi kat dalam sup tuh..fuhhhh confirm rasa die cam sup siam!p/s: sup ni tak sesuai untuk letakkan ubi kentang n jugak rempah ratus (kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga)sekejap je wat kueytiaw sup nih...setengah jam korg dah leh mkn!Selamat mencuba!!! Share this post Link to post Share on other sites
Miss U.A 8 Report post Posted October 18, 2009 agak kecur bile aku tgk resipi yg cm best...okey ye puan2...resipi kite pd arini adalah ROJAK SOTONG..... ::icon_wink:: Bahan A:Seekor sotong kembang - kerat 3cm x 1cm- rebus agak2 masak 1/2 biji timun - potong macam saiz buat tauhu sumbat (ikut suka) kangkung air - potong mengikut citarasa -dicelur taugeh -dibersihkan-dicelur 2 keping tauhu putih -digoreng (jangan garing sangat) - dipotong nipis kacang tanah -digoreng dan dimesin (jangan terlalu halus) 2 camca besar bijan yang digoreng tanpa minyak Bahan B-kuah3 camca besar pis udang 1/2 buku gula melaka 1 sudu cili mesin (kalau nak pedas tambah lagi) 1 camca besar gula pasir 1 cawan air Cara-cara:1. Campurkan semua bahan A kecuali kacang tanah & bijan-ketepikan 2. Tenggek dalam periuk bahan B hingga mendidih-sejukkan 3. Tuang kuah di atas bahan A dan taburkan bijan & kacang tanah. Siap dihidangkan. Sesuai utk minum petang. Share this post Link to post Share on other sites
Miss U.A 8 Report post Posted October 18, 2009 Sotong Sumbat BerempahBahan-bahan600 gm sotong500 ml air (Jeni agak2 saja)4 biji telur2 biji bawang besar, dicincang halus1 biji cili hijau, buang biji dan cincang halus1 biji cili merah, buang biji dan cincang halus1 biji bawang besar, dihiris bulat4 sudu makan rempah kari ikan (Jeni guna rempah kari daging/ayam)2 sudu makan cili kisar (Jeni guna 1 je takut pedas hehe)1 sudu makan kicap pekat1 sudu teh gula1/2 sudu teh serbuk lada hitam100 ml minyak masakLidi koktel secukupnyaGaram secukup rasa Jeni tambah satu sudu besar yogurt untuk memberikan rasa lemak2 sikit.Cara Membuatnya Pukul telur, separuh bawang, cili hijau, cili merah dan garam sehingga rata.Panaskan satu sudu makan minyak. Masukkan telur dan kacau hingga hancur. Angkat dan sejukkan.Sumbatkan telur ke dalam sotong. Sematkan kepalanya dengan lidi. Ketepikan.Seterusnya, panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan baki bawang dan cili hingga berbau.Masukkan rempah kari dan cili kisar. Bila garing, masukkan air. Bila kuah hampr pekat, campurkan kicap, serbuk lada hitam, garam dan gula.Akhir sekali, masukkan pula sotong sumbat. Kacau sekali-sekala hingga sotong masak dan kuahnya pekat. Bubuh bawang besar yang dihiris bulat. Kacau hingga layu. Tutupkan api. Share this post Link to post Share on other sites
Miss U.A 8 Report post Posted October 18, 2009 Black Pepper Chili CrabBahan-bahan3 ekor KetamChilli dlm 3 sdm (chili bersama bwg besar - saya dah kisar n tumis kering utk kegunaan bila perlu)Bawang putih (lebih kurang 3 ulas)Sos ciliSos tomatoOyster sos1 sudu lada hitam (ditumbur kasar)Sedikit air Cara: Tumis bwg putih hingga wangi, masukkan chili dan kacau sebentar. Masukan tiga jenis sos dan lada hitam, tambah sedikit air kemudian masukan ketam. Kacau rata dan tutup kuali biar ketam masak. Kepekatan kuah ikut selera, kalau suka cair tambah sedikit air. Dah masak apa lagi hidangkan lah Share this post Link to post Share on other sites
Helghast 31 Report post Posted October 28, 2009 Frankfurter bersossosej ikut berapa banyak korang nak letaksos cili,sos cili thai yang dirembat dari KFC adalah paling sedapbawang putih 3 ulasbawang besar sikit dalam 2 ulasminyak masak tanpa plumbumkuali sudipdapur gas,bukan dapur isap ganjatong gas,bukan tong ngvcara2 memasak panaskan minyak sesuka hati,masukkan bawang putih yang telah dimayang mengurai,timis sehingga baunya naik manggunakan lif,(tangga pun boleh).pastu masukkan bawang besar,tumis lagi dalam satu minit setengah,masukkan sos dalam 6-8 sudu besar,masak selama seminit,pastu humbankan sosej2 kedalam kawah berapi,masak dalam 2 minit dan tara!!!dah siap...cara2 memakanduduk atas kerusi atau bersila(bukan bersilat)sudu atau pakai tangan(pakai kaki kalau anda rasa anda cacat!!!)enak dimakan ketika bersama rakan2 dan seisi keluarga...yeah nantikan saya chef kesayangan anda dari putera lama sampai ke putera skrg ini untuk resepi2 terbaru dan mudah bagi mereka2 yang pemalas yang amat nak masak tapi nak makan sedap...oh ye nantikan buku terbitan saya yang tak tau la bila nak kuar!!!! Share this post Link to post Share on other sites
MalaYneuMaya 4 Report post Posted October 28, 2009 assalamualaikum...hi ladies..(termasuk loy) ::icon_biggrin::nak request resipi tomyam buleh tak? sapo2 tau buat tomyam yg kaw mcm siam punya tu..apa diorang taruk la..mcm2 cara aku dah buat tak jadi pon... Share this post Link to post Share on other sites
Helghast 31 Report post Posted November 4, 2009 aiseh tom yam aku tak pernah cuba buat.huhuh Share this post Link to post Share on other sites
Helghast 31 Report post Posted November 4, 2009 Sardin ala ala aloyzbahan2 :satu tin sardin apa2 cap(botan,ayam,marina dll)bawang putih 3 ulasbawang besar 2 bijilada boh 3-4 sudu besarasam jawa satu sudu kecikgaram halus dlm setengah sudu kecilair dlm 1/3 cawancara2 memasak :panaskan minyak dalam 3 sudu besar...tumis bawang putih yang telah dimayang atau cincang dlm seminit sampai naik bau.(bau mungkin berbeza jika anda kentut waktu ini)masukkan bawang besar yang telah dipotong.tumisdalam seminit.masukkan cili boh...tumis sampai garing(dalam 2-3 minit)masukkan sardin...masukkan asam jawa ke dalam bekas kecil dan tambah 5 sudu besar air.uli sampai patinya keluar.masukkan asam jawa kedalam sardin(masukkan air dia aje,biji dia tu boleh baling kat rumah awek sebelah )hehehe...kacau skit pastu masukkan 1/3 air kedalam sardin...letak ajinomoto sikit contohnya tak sampai 1/3 sudu kecil(ni pun dah banyak)perlahankan api,masak dalam 7 minit.....(jangan kacau ikan tu nanti bersememeh isi dia)Wallah!!!! dah siap dah...try la mesti sedap...balik ni aku nak buat hahaha... Share this post Link to post Share on other sites
akuccputsedut 147 Report post Posted November 4, 2009 wei..hang tak letak kicap ngan sos ker dalam sardin..???? bahan2 ada garam tapi masa masak takder lak letak garam...???bahan2 takder ajinomoto masa masak hang letak ajinomoto hang gantikan garam ngan ajinomoto ker pakcik wei..???? Share this post Link to post Share on other sites
Helghast 31 Report post Posted November 4, 2009 telur cincangini adalah masakan paling mudah bagi mereka2 yang pemalas nak mampos!!!mudah cepat dan sedap!!!bahan2 :Telur ayam 2 biji,bukan telur orang.......(maksud aku telur ayam org kg nak buat keja kawin)kicap masin atau manis,lemak masin paling sedap...panaskan kuali,masukkan minyak masak cap org pegang tukul dlm 1 sudu besarpecahkan telur dan masukkan dlm kuali,tunggu dalam 10 saat pastu masukkan kicap sikit,jgn sampai hitam semua!!!pastu gaul kasi hancur telur tu!!!masak dalam seminit...tara!!! dah siap dahmenu ini adalah dari zaman2 aku kecik2 dulu dimana aku kalau nak makan kena masak sendiri.amat sedap jika dimakan disaat anda takde duit nak makan tapi selera nak makan sedap.makan dgn nasi putih pun sedap!!!terkenang masa aku keja kat jb dulu inilah menu harian lepas balik keja,seminggu sekali masak sardin huhuu makanan paling mewah masa tu hhuuuhu Share this post Link to post Share on other sites
MalaYneuMaya 4 Report post Posted November 5, 2009 assalamualaikum...takpe loy..aku dah tubuhkan R&D aku seniri utk research psl tomyam siam tu..rupanya resepi simple je..alang2 aku dah salin tu (aku pon dah buat 4 hari lepas) aku kongsi dgn korang..lepas aku pening nak pilih resepi yg mana satu, last2 aku gabung 4 resepi tomyam tu..hahahaha..so ini dia:TOMYAM SIAMBahan-bahan:stok ayamudangserailengkuasdaun limau purutdaun ketumbarcili padicendawan tiramlimau nipis (amik jus dlm 3 bijik)sos ikangulanamprik pao <-- cili yg berendam minyak tu..kat pasaraya ada jual, dlm botolbawang besar kuning (bawang holland ke?)tomatohalia* sorila sebab amaun aku tak reti nak tulis..pandai2 korang la ye?==============================================cara ianya diperlakukan:1. didihkan stok ayam2. masukkan bahan di bawah dan renih sejam <-- diulangi sejam, lagi lama lagi bagushaliakepala udangserailengkuasdaun limau puruturat ketumbarcili padi*andaikata korang ada sotong, daging, ayam, tenggiling etc..masukkan time ni, sebab daging menatang tu lambat empuk..harap maklum3. lepas sejam, BUANG kepala udang, masukkan udang dan cendawan4. renih 5-10 minit5. masukkan: jus limau sos ikan gula namprik pao6. renih lagi7. masukkan: bawang besar tomato daun ketumbar8. renih lagi sekejap9. hidangkan.10. makan la kot? tu pon nak ajar ke?===========================================info: tomyam siam wajib ada bahan ini:serai, udang, stok ayam, lengkuas, daun limau purut, daun ketumbar, cili padi, jus limau, sos ikan, namprikpao..okeh itu sahaja..anda berani? cubalah !! Share this post Link to post Share on other sites
Helghast 31 Report post Posted November 5, 2009 akuccputsedut wrote:wei..hang tak letak kicap ngan sos ker dalam sardin..???? bahan2 ada garam tapi masa masak takder lak letak garam...???bahan2 takder ajinomoto masa masak hang letak ajinomoto hang gantikan garam ngan ajinomoto ker pakcik wei..????garam aku lupa nak taip,weh mana ade org letak kicap dalam sardin? pelik... Share this post Link to post Share on other sites
big mama 0 Report post Posted November 7, 2009 loy_azloy wrote:akuccputsedut wrote:wei..hang tak letak kicap ngan sos ker dalam sardin..???? bahan2 ada garam tapi masa masak takder lak letak garam...???bahan2 takder ajinomoto masa masak hang letak ajinomoto hang gantikan garam ngan ajinomoto ker pakcik wei..????garam aku lupa nak taip,weh mana ade org letak kicap dalam sardin? pelik...tak la mane pelik nyer. big mama pun letak juga. letak jer. Share this post Link to post Share on other sites
teri-chan 5 Report post Posted November 7, 2009 ada org suka letak kicap... aku pernah mkn sambal sardin dengan kicap. agk sedap la jugk. Share this post Link to post Share on other sites
akuccputsedut 147 Report post Posted November 9, 2009 hahahahhahaha....tak sempat aku cakap apa lagi dah ramai yang sokong aku masak sardin ngan kicap sedap...aku selalu masak sardin buh sardin ngan kicap sekali letak sos cili skit....baru masyukk....hihhihihihi...tak perlu letak ajinomoto...sardin jer dah cukup tak sihat lagi nak taruk aji apa daa....letak garam jer dah laa... Share this post Link to post Share on other sites
iznie_1 0 Report post Posted November 9, 2009 sardinnnnnsedapnyeeeeeee Share this post Link to post Share on other sites
Helghast 31 Report post Posted November 10, 2009 loy_azloy wrote:Frankfurter bersossosej ikut berapa banyak korang nak letaksos cili,sos cili thai yang dirembat dari KFC adalah paling sedapbawang putih 3 ulasbawang besar sikit dalam 2 ulasminyak masak tanpa plumbumkuali sudipdapur gas,bukan dapur isap ganjatong gas,bukan tong ngvcara2 memasak panaskan minyak sesuka hati,masukkan bawang putih yang telah dimayang mengurai,timis sehingga baunya naik manggunakan lif,(tangga pun boleh).pastu masukkan bawang besar,tumis lagi dalam satu minit setengah,masukkan sos dalam 6-8 sudu besar,masak selama seminit,pastu humbankan sosej2 kedalam kawah berapi,masak dalam 2 minit dan tara!!!dah siap...cara2 memakanduduk atas kerusi atau bersila(bukan bersilat)sudu atau pakai tangan(pakai kaki kalau anda rasa anda cacat!!!)enak dimakan ketika bersama rakan2 dan seisi keluarga...yeah nantikan saya chef kesayangan anda dari putera lama sampai ke putera skrg ini untuk resepi2 terbaru dan mudah bagi mereka2 yang pemalas yang amat nak masak tapi nak makan sedap...oh ye nantikan buku terbitan saya yang tak tau la bila nak kuar!!!! Share this post Link to post Share on other sites