Jump to content
oxy

Ustaz Cakra Alam Kantoi Akhirnya?

Recommended Posts

Berhati-hatilah dalam melabelkan sesuatu kaedah perubatan alternatif atau moden dengan nama "perubatan Islam". Sebagai langkah menjaga nama baik agama dan akidah masyarakat.

Sedikit ulasan berkenaan "perubatan Islam" dari kuliah Ustaz Asri, harap dapat beri manfaat:
http://www.youtube.com/watch?v=F6jx775Cjds

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(Sir Pyan @ Nov 29 2008, 06:46 AM) <{POST_SNAPBACK}>
Berhati-hatilah dalam melabelkan sesuatu kaedah perubatan alternatif atau moden dengan nama "perubatan Islam". Sebagai langkah menjaga nama baik agama dan akidah masyarakat.

Sedikit ulasan berkenaan "perubatan Islam" dari kuliah Ustaz Asri, harap dapat beri manfaat:
http://www.youtube.com/watch?v=F6jx775Cjds



point taken.. sori.. but ader perubatan islam yg tanpa guna bahan.... lgpun perubatan altrernatif bermaksud perubatan pilihan or optional... so sumtimes choose of words tak deliver maksud sepatutnye (this should be my fault?)

nway... aku penah tgk perubatan "islam" ni hanya dgn doa je... living proof? adik kwn aku... minta berkat doa ustaz yg die kenal; adik die skang dh mula dgr kata.... mula solat n tak degil lg dh...

Share this post


Link to post
Share on other sites
abis baca sumer yg korang sembang kat sini, baru aku faham dan teringat pasal ustaz majik yg pernah kuar kat tv pasal bikin nyala mentol. berubat pakai karan ni bley gi blaja kat ciner.... kalo ada yg gi lagi berubat, elok bawak kompas sekali sebagai bekal, test karan!

Share this post


Link to post
Share on other sites
rupa-rupanya neil amstrong pergi ke bulan tu pun tipu jugak kan? tu lagi best.20 tahun lebih satu dunia kena tipu.ntah apa kebende fakta tapi sebenarnya penipuan hebat. mad.gif Edited by K.I.T.T

Share this post


Link to post
Share on other sites
Encik Mazidul sudah bersuara ..

Berak Di Tengah Jalan

Wow! Ramainya pembaca berasa kurang berpuas hati berkaitan pendedahan berhubung Cakra Alam tempoh hari ..

Begini penjelasannya ..

Pada awalnya 360 HANYA ingin memuatkan isu penipuan membabitkan beberapa syarikat dalam perniagaan kiosk dan penternakan pawah haiwan peliharaan, bersesuaian dengan tajuk ‘ditipu lagi’. Kemudiannya saya menerima kiriman video terbabit melalui e-mail. Lalu saya mengambil inisiatif menghubungi sendiri ustaz pemilik pusat rawatan terbabit. Beliau bersetuju untuk ditemubual.

“Harris dan Raziff, minta ustaz tu buat demonstrasi pakai lampu kalimantang macam dalam video tu, biar penonton bandingkan,” itu arahan saya kepada dua wartawan 360 terbabit.

Mereka mengemukakan permintaan itu. Tetapi ustaz itu secara terang-terangan ENGGAN melakukan demonstrasi seperti diminta. Alasan dikemukakan, demonstrasi itu tidak boleh dilakukan mengikut kehendak dan masa sendiri. Pelbagai syarat lain harus dipenuhi, antaranya ritual dan zikir, sepertimana disebut dalam program 360.

Pembaca sekelian ..

Media dan program 360 khususnya berhak bertanya dan meminta tetapi hak melaksanakan permintaan itu BUKAN milik kami, hakikat itu perlu difahami. Malah setakat ini tiada pihak berkuasa atau media lain cuba memaksa beliau membuktikan dakwaan tiada penggunaan silap mata dalam kaedah rawatan.

Kekadang terlalu mudah melontarkan tuduhan malah kata kesat kepada orang lain, sedangkan diri sendiri belum tentu berani jika berpeluang menjalankan tugasan terbabit. Sebab itu terbit pepatah ‘tin kosong’, cukup kita fahami maksudnya. Lagi pun, fikirkan, orang kalau berak di tengah jalan, mahu mengaku ke?

Share this post


Link to post
Share on other sites
hehehhe kire skang ni spekulasi saje? nk buat mcm mane... kebenarannye hanya Allah saja yg tahu....

Share this post


Link to post
Share on other sites
Ada apa orang ngaku berak kat tengah jalan kalau dipaksa ataupun dengan sedikit helah .. laugh.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(Mr Ijan @ Nov 29 2008, 02:41 PM) <{POST_SNAPBACK}>
“Harris dan Raziff, minta ustaz tu buat demonstrasi pakai lampu kalimantang macam dalam video tu, biar penonton bandingkan,” itu arahan saya kepada dua wartawan 360 terbabit.

Mereka mengemukakan permintaan itu. Tetapi ustaz itu secara terang-terangan ENGGAN melakukan demonstrasi seperti diminta. Alasan dikemukakan, demonstrasi itu tidak boleh dilakukan mengikut kehendak dan masa sendiri. Pelbagai syarat lain harus dipenuhi, antaranya ritual dan zikir, sepertimana disebut dalam program 360.


kalo stakat nak nyalakan mentol kalimantan, nak kena ritual dan zikir, cikgu sains sekolah menengah bole bikin any time.... cuma adakan cas elektrostatik, gerenti nyala.....kalo kita tengok kan, gosok2, then nyala.... bukan magic, cuma sains...

main karan, kita ingat power punya, tapi power fool!!! aper susah, naikkan voltej ketahap kilo volt, tetapi arus direndahkan tak sampai pun 0.2 amp. Boleh bikin shock kasi berdenyut sama orang...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Dah la tu korang..

Makin banyak korang berspekulasi, makin ramai orang yang taknak percaya perubatan Islam keseluruhannya, sebab korang menggambarkan
bahawa perubatan Islam tu dipenuhi tipu helah seperti seorang magician sedang membuat show.

Aku tak cakap ustaz Arief tu betul, tapi aku tak cakap pulak dia menipu. Sebab aku tak berhak nak tuduh camtu tanpa bukti.
Sedangkan korang pun tak pasti sama ada dia betul atau menipu, terus korang tuduh dia menipu.
Tapi kalau korang rasa video TV Korea tu adalah bukti yang korang ada, so terpulanglah.

Aku fikir, dengan doa dan zikir kita mampu melakukan apa sahaja melangkaui kebolehan sains.
Tapi bukan semua orang mampu.
Buka youtube dan cari "Kubah Terbang", itu antara buktinya tentang kelebihan doa dan zikir, pada pendapat aku.


QUOTE(khorback)
kalo stakat nak nyalakan mentol kalimantan, nak kena ritual dan zikir, cikgu sains sekolah menengah bole bikin any time.... cuma adakan cas elektrostatik, gerenti nyala.....kalo kita tengok kan, gosok2, then nyala.... bukan magic, cuma sains...
Sorry tapi aku rasa ko cuba memperkecilkan amalan kerohanian dan berzikir? Ke aku salah tafsir?

Share this post


Link to post
Share on other sites
therefore.. aku suggest kite close saje topic ni sbb aku rase lg kite sembang mungkin akan menyebabkan perbalahan... sensitip la pulak...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Therefore aku pun setuju ngan teri, kita close tapi bukak balik bila ustaz Arief sendiri / pihak berkuasa keluarkan apa-apa statement.

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(al-Qusyairi @ Nov 30 2008, 01:00 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Aku fikir, dengan doa dan zikir kita mampu melakukan apa sahaja melangkaui kebolehan sains.
Tapi bukan semua orang mampu.
Buka youtube dan cari "Kubah Terbang", itu antara buktinya tentang kelebihan doa dan zikir, pada pendapat aku.


Ada penjelasan di sebalik benda tu, google untuk maklumat lebih lanjut smile.gif . Mengenai tali .. opss ... terbagi spoiler .. Edited by Mr Ijan

Share this post


Link to post
Share on other sites
nak tutup ker? yang aku nampak yg suruh tutup tuhlah yang paling bnyk bersuara dlm topik nih dari awal sampai la sekarang. biggrin.gif karang menyesal plak. hehe

QUOTE
Buka youtube dan cari "Kubah Terbang", itu antara buktinya tentang kelebihan doa dan zikir, pada pendapat aku.

sori nak terjah sikit. sori ek. aku rasa ko ni boleh jadi calon yg akan kene con dengan ustaz arief. tongue.gif hehe. baca nieh.

http://gm88.wordpress.com/2008/04/02/anali...-kubah-terbang/

jangan cepat percaya bro. aku ada baca, mmg ada org berzikir time kubah nak diletakkan.

bukanlah aku x percaya kekuasaan Allah. kita boleh lihat kekuasaan Allah sekarang jugak. tak payah kubah terbang, pokok rukuk dsb. awan biasa, petrol biasa, pokok biasa pon dah luar biasa bagi aku. Satu engineering yang sangat tinggi kelasnya! x terfikir 1 cell boleh membahagi menjadi berbillion cell dan masing2 cukup mendapat zat dan tahu apa nak buat bila ada apa2 berlaku. cam glukose terlebih ker, tekanan darah naik ker dsb. manusia yg x sampai nilai tuh ramainya pon ada yg x cukup makan dsb.

*kadang2 kene fikir jugak kerana kat dunia nih ada hukum yang dinamakan hukum alam.... kene fikir, kalo x terkenalah kita dengan tipu daya org yg memperalatkan Islam ntuk kepentingan peribadi. smile.gif Edited by hdroxy

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kira duk berdolak dalih camtu jela sampai bila2 takde jawapan . Kita tunggu jela lagi kot . Moga2 kalau si cakra alam tu menipu dia insaf.

Share this post


Link to post
Share on other sites
kalo seseorang yg benar2 ahli tasauf, dia tak akan bercakap untuk bab alasan kalo ada yang aju nak test kepandaian, sebaliknya akan banyak senyum merendah diri. Kisah cikgu menyalakan mentol pakai cas elektrostatik pun dah pernah kluar kat tv. Kisah mat saleh yang alirkan karan bervoltan tinggi (voltan saja tinggi, kalo arus tinggi, mampui) melalui badan sampai kluar pancaran semacam kilat dah kuar kat tv. Lainlah kalo dia menguasai minda sparuh sedar, Barangkali! Seingat saya ada sorang sanggup pi china kuar modal 30 ribu, semata2 nak blaja perubatan karan. Balik siap buat elektrolisis kaki pakai celup dalam air, bubuh garam elektrolik warna kuning. Melayu mudah percaya! Nasibla...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Ok aku silap.

Jadi korang jangan la buat kesilapan macam yang aku buat.
Jangan menilai sesuatu tanpa kaji selidik..

Tapi ANDAI KATA terbukti ustaz Arief tu menipu, tahniah untuk korang.
Kalau tak, tahniah untuk dia. smile.gif

Err khorback, tak semua Melayu mudah percaya.
Kalau tak, macam mana boleh terwujudnya topik ni. smile.gif Edited by al-Qusyairi

Share this post


Link to post
Share on other sites
Apa-apa pun berbaliklah pada akidah. Itu yang aku cuba sampaikan melalui link video yang aku bagi dan penerangannya. Sebabnya, dalam Islam, teras kita bukan perkara-perkara ajaib. Sememangnya keajaiban yang diperkatakan seperti mukjizat adalah kurniaan Allah SWT tetapi bukan itu tujuan utama segala-galanya. Jangan samakan Islam seperti Kristian, yang mengatakan Nabi Isa AS sebagai anak tuhan salah satu sebabnya atas sebab keajaiban seperti menghidupkan orang mati dan menyembuhkan penyakit. Pada zaman Firaun, adakah kerana tongkat sakti Nabi Musa AS maka dia dipanggil sebagai Nabi? Sudah tentu tidak betul, sepatutnya bukan kerana tongkatnya, tapi kerana seruan yang dibawanya. Tonggak utama Islam adalah akidah, bukan benda-benda ajaib, priority kena betul. Sebab tu kalau dalam perubatan, selagi tidak menyalahi hukum syara' ia dibenarkan dalam Islam, tak kira perubatan tradisional atau moden.

Share this post


Link to post
Share on other sites
ustaz ke dia ni ?
siapa yg bagi title ustaz ?
apa kelulusan beliau ?
apa pengkhususan beliau ?
kat mana dia buat kuliah agama ?

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(hdroxy @ Nov 30 2008, 01:52 PM) <{POST_SNAPBACK}>
nak tutup ker? yang aku nampak yg suruh tutup tuhlah yang paling bnyk bersuara dlm topik nih dari awal sampai la sekarang. biggrin.gif karang menyesal plak. hehe


ngeh ngeh ko perli aku ke ni? auch! terasa mak...

bukan ape... sbb bermulanye topik leh jd spekulasi... tp bile dh dpt liputan n dh dpt penjelasan... hanya kite je leh wat conclusion sama ada Ust Arief tu penipu atau tidak... pastu perbincangan mula jd hangat.. adakalanye menyinggung hati org pulak.

to Sir Pyan - thank u bg link ceramah tu.. very helpful n thoughtful... byk gk aku blaja dr situ.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.

×
×
  • Create New...