Jump to content
TJ-Ariff

Politik Kan Sesuatu Isu

Recommended Posts

Politik Kroni :

ada satu hari tu aku nk fotostat halaman buku (sikit je)..
Pasal dah ada orang sedang menunggu giliran..jadi aku pun tunggu juga lah..
Tetiba.. datang member tauke fotostat tu, nk fotostat IC.. jadi tauke tu kasi kat member dia dulu..

Dia hanya kata "Kita kasi kat dia dulu lah..pasal dia nk fotostat IC je". Kata tauke

Kami berdua (yang sedang menunggu ngan aku) tak pula membenarkan... Tauke tu terus je kasi peluang kat member dia..siap borak2 sambil buat kerja lagi.

Beginilah kehidupan.. biggrin.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
kadang2 benda yg xda kaitan langsung dgn politik dibuatnya berkait..
xpaham la aku neh..
isu budak kecik hilang dipolitikkan gak..
orang mati melintas landasan keretapi pon nk politikkan..
buat rumah sendiri pastu roboh sbb salah design pon nk politik kan gak..
ade sesetengah tuh yg berkait ok la..
ni yg terang2 xde kaitan pastu dipolitik kan..
cth : ekonomi USA jatuh.. tetibe plak ade org selit2 Malaysia punca la kerajaan skrg ni wat mcm2 adalah punca ekonomi USA jatuh..
bengong ke ape?
haram btol...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Itulah sebab nya kenapa Islam mengajar agar umatnya lebih bersabar.
Supaya kita tidak cepat melatah bila sesuatu isu itu dipolitikkan dan tidak pula "masuk" dengan kepala kita... tongue.gif

Masalahnye sekarang, umat Islam sekarang nie terlalu cepat melatah, melatah pulak tu gila gila punya melatah, sampai caci maki, carut mencarut semua keluar, itu belum masuk merusuh, tujuk perasaan dan macam macam yang tak ada didalam "kamus adat istiadat ajaran Islam".

salah isu ker, Salah politik ker, salah yang mempolitikkan isu ker atau salah yang mendengar isu tersebut.. blink.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
salah orang yang mempolitikkan isu tak kena gaya macam ni :

QUOTE
melatah pulak tu gila gila punya melatah, sampai caci maki, carut mencarut semua keluar, itu belum masuk merusuh, tujuk perasaan dan macam macam yang tak ada didalam "kamus adat istiadat ajaran Islam".

Hehe pinjam sikit posting en TJ

Apa kata buat secara professional ,dah nama pun ahli politik patut kena la jaga tingkah laku . Sikit2 nak ajak penyokong buat keje dorang dengan cara merusuh/tunjuk perasaan. laugh.gif . Baik biar takde wakil rakyat kalau semua benda nak di suruh penyokong dorang buat keje . Edited by hampeh

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(TJ-Ariff @ Nov 10 2008, 05:06 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Masalahnye sekarang, umat Islam sekarang nie terlalu cepat melatah, melatah pulak tu gila gila punya melatah, sampai caci maki, carut mencarut semua keluar, itu belum masuk merusuh, tujuk perasaan dan macam macam yang tak ada didalam "kamus adat istiadat ajaran Islam".


Aku tambah sikit..

Menyalak, melalak tak tentu pasal cam orang isim..


Yang nk tergelaknya.. Isu van meletup pasal pemasangan NGV secara salah (salahguna) pun salahkan pemerintah.. laugh.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(TJ-Ariff @ Nov 6 2008, 04:40 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Jadi kalau dibaca dari stetment ko, ini bermakna jika pihak pembangkang kerajaan membangkang sesuatu perkara itu kira dipolitikkan la.. tapi kalau kita sebagai rakyat biasa ni membangkang adakah itu dikira kita telah mempolitikkan isu tersebut?

kalau kita sembang2 dikedai kopi misalnya, kita pulak sembang hal hal negara, adakah itu juga dikatakan sembang politik? unsure.gif

huhuhu... makin konfius aku... wacko.gif


borak kosong kat kedai kopi tu walaupun boleh dikatakan politik... Tapi tidak lah salah...
Yang salahnya bila kita sebarkan benda yg belum tentu sahih dan terbukti...
Kita sebarkan benda yg cuma spekulasi pembangkang...
Pastu bila dah sampai dari mulut ke mulut....
Maka cerita pun ditokok tambah kita pun semakin suka dgr....
Tp sedarkah pada masa yg sama kita membuat satu dosa yg plg dahsyat, iaitu memfitnah....

QUOTE(hampeh @ Nov 6 2008, 04:51 PM) <{POST_SNAPBACK}>
rakyat biasa sembang2 kosong takpe tongue.gif , yang bahaya orang politik yang ada sokongan orang dia , maklumat tak betul ke salah ke penyokong dorang tetap sokong kenyataan salah dorang tu . Kalau kedai kopi kita kenal orang yang sembang sekali tu . biggrin.gif


Itulah namanya pembangkang... Walau cerita itu direka-reka, mereka tetap cuba pertahankan dan menegakkan benang yg basah... Terutama sekali gambar Najib, Razak baginda dg Altantuya kat sebuah hotel... Padahal gambar tu cuma super impose... Tetapi pembangkang yg buta hati percaya bulat-bulat gambar tu betul....

Kesimpulannya... Sbnrnya ada pihak yg bertepuk riang melihat org melayu betelagah....
Mereka mahu org melayu bukan setakat bertelagah aje...
Tp berparang dan berbunuhan satu sama lain....
Maka mudahlah bg mereka utk menangguk di air yg keruh....

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(Exception 2008 @ Nov 11 2008, 01:26 PM) <{POST_SNAPBACK}>
borak kosong kat kedai kopi tu walaupun boleh dikatakan politik... Tapi tidak lah salah...
Yang salahnya bila kita sebarkan benda yg belum tentu sahih dan terbukti...
Kita sebarkan benda yg cuma spekulasi pembangkang...
Pastu bila dah sampai dari mulut ke mulut....
Maka cerita pun ditokok tambah kita pun semakin suka dgr....
Tp sedarkah pada masa yg sama kita membuat satu dosa yg plg dahsyat, iaitu memfitnah....



Itulah namanya pembangkang... Walau cerita itu direka-reka, mereka tetap cuba pertahankan dan menegakkan benang yg basah... Terutama sekali gambar Najib, Razak baginda dg Altantuya kat sebuah hotel... Padahal gambar tu cuma super impose... Tetapi pembangkang yg buta hati percaya bulat-bulat gambar tu betul....

Kesimpulannya... Sbnrnya ada pihak yg bertepuk riang melihat org melayu betelagah....
Mereka mahu org melayu bukan setakat bertelagah aje...
Tp berparang dan berbunuhan satu sama lain....
Maka mudahlah bg mereka utk menangguk di air yg keruh....



setuju sgt dgn kenyataan nih.. isu terbaru dipolitikan ialah bidang kehakiman.. skrg ketua hakim malaya pernah menjadi peguambela utk parti UMNO, belum lagik kes altantuya tuh.. pelik jugak mcm ner razak baginda blh terlepas hanya kerana pertuduhan keatas nya tidak sah!.. punya lah lama tahan.. last2 blh ckp yang pertuduhan dia tuh x sah.. baik dari hari pertama dah lepaskan dia.. kalau dia xsalah.. bguslah.. tp kesian lah kat family simati.. kerajaan mongolia dah pandang lain mcm jer..

p/s: aku suka follow kes altantuya nih.. tp baca kat paper jer... mcm2 yang pelik!! politik k?

Share this post


Link to post
Share on other sites
Emmm pasal perlantikan hakim ni aku x nak komen byk...
Sbb Yang Di Pertuan Agong dah berkenan melantik dia...
So sesiapa x puas hati dgn perlantikan tu, korg ckp le sendiri dgn Tuanku...
Aku percaya mesti org soh seh soh seh ckp UMNO mengamalkan kroni...
Hummm... PR xde kroni ke?? Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh apa cerita?
Anwar, Azizah dan Izzah apa citer?? Bukan ke kroni gak namanya tu?

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(Exception 2008 @ Nov 14 2008, 04:21 PM) <{POST_SNAPBACK}>
La bukan ke tajuk topic ni politikkan sesuatu isu?
Jd ianya tentu berkisar pasal politik....


ko nie tengok tajuk ke tak??faham dulu tajuk thread ini..kalau tak mana mungkin TJ move kan ke Serius discussion..

QUOTE
Emmm pasal perlantikan hakim ni aku x nak komen byk...
Sbb Yang Di Pertuan Agong dah berkenan melantik dia...
So sesiapa x puas hati dgn perlantikan tu, korg ckp le sendiri dgn Tuanku...
Aku percaya mesti org soh seh soh seh ckp UMNO mengamalkan kroni...
Hummm... PR xde kroni ke?? Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh apa cerita?
Anwar, Azizah dan Izzah apa citer?? Bukan ke kroni gak namanya tu?


statement ini x de kaitan dengan thread ini..

Share this post


Link to post
Share on other sites
pada pendapat saya maksud mempolitikan sesuatu isu lebih bermakna mendapatkan sesuatu, pengaruh atau sebagainya untuk kepentingan tertentu. cth dengan membangitkan isu hak-hak bumiputera individu tersebut dapat meraih sokongan bukan bumiputera. dry.gif cth kecil: ahmad telah mempolitikan isu pembelian pen buatan siam. di sini banyak kemungkinan berlaku di mana ahmad mungkin mahu di lantik sebagai wakil yang mengurus pembelian pen tersebut dari sesiapa yang dikenali @ ahmad mungkin menyedari bahawa pen tersebut tidak berkualiti dan mahu penilaian semula dibuat. ph34r.gif kalau salah tolong betulkan

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE
Rasulullah mmg berpolitik untuk kembangkan islam tapi rasulullah berpolitik dgn cara berbeza..sesetengah orang malaysia skrng berpolitik benda yang tak masuk akal dan berpolitik secara kotor..politik x kotor tapi manusia sendiri mengotorkan politik itu sendiri..akibatnya sekarang orang dalam dan luar negara pandang politik malaysia ini KOTOR..


lol...

negara luar langsung 100% x pandang politik malaysia ni kotor;

Kenapa aku kata macam tu?

1. Passport Malaysia Paling Laku dan Paling Selamat Digunakan Dimana-mana.
2. Rakyat Malaysia diberi hak keistimewaan yang sangat tinggi darjatnya dari rakyat negara lain.
3. Negara Malaysia mempunyai sistem ekonomi yang kukuh dan tinggi bilainya, sistem diraja yang mengawal kuasa-kuasa gelap yang dilakukan sesetengan pemimpin, perhubungan dua hala antara malaysia dengan negara kuasa besar, negara komunis dan juga termasuk negara yahudi yang tidak diiktiraf itu serta malaysia juga mempunyai perlindungan yang besar dari luar negara.

sebenarnya banyak lagi, tp nilah sebabnya kenapa aku kata politik di malaysia tak kotor, sebab kalau politik malaysia kotor;

1. Matawang Ringgit Merundum.
2. Sistem Ekonomi Lumpuh sama sekali.
3. Negara-negara sedunia tak akan buat hubungan dua hala dengan malaysia.
4. Russia + China + Iran + England + Arab Saudi + Lain-lain takkan jadi "bapak angkat" kepada malaysia.

Senang-senang je cakap politik negara sendiri kotor..aku tahu kenapa korang kata politik negara malaysia kotor;

1. Terpengaruh dengan Kenyataan Majalah Forbes(USA+ISRAEL=Niat dari dulu tak tercapai, nak suruh kewangan negara malaysia join group kewangan bank dunia mereka.)
2. Termakan Propaganda yang disebarkan oleh pihak tertentu bagi menjatuhkan kerajaan dan negara malaysia.
3. Kekurangan ilmu dan mudah terpedaya dengan ayat orang luar, ataupun tidak berfikir dalam-dalam sebelum membuat keputusan.

Cubalah buat kajian mengenainya sebelum melontarkan sesuatu ayat atau fitnah...

Bagi aku lah politik ni bukannya kotor atau bukannya power..

Kuat macam manapun politik seperti yang diwawarkan korang ni, lagi kuat pengaruh barat dari politik sebenarnya nih...

Meyh amik satu contoh;

Demokrasi-Terlalu ramai bersuara, dan suka membuat "demokrasi+rusuhan" serta suka mengganggu ketenteraman awam.

Nie barat lorh...dalam islam, mana main semua tu...

Maybe korang nak ikut cara barat, sebab aku terdengar sesetengah percakapan korang, korang nakkan demokrasi, so korang x rasa kah bahawa demokrasi hanyalah suatu kehancuran?

Politik....hmm...politik sebenarnya mendewasakan...politik juga sebenarnya beri kesan positif kepada kita...yang negatif tu sebenarnya datang dari kita iaitu perangai dan sifat kita sendiri.

*FACT: Malay+Panas Baran=Memang tidak boleh dipisahkan Edited by ROBOTs!

Share this post


Link to post
Share on other sites
Politik ini adalah natural selagi tak dikotorkan selagi itu ianya natural..politik kotor boleh jadi bila ade unsur rasuah,skandal,fitnah,janji palsu dan sebagainya..itu yang menjadikan politik itu kotor..saya tak kata semua orang yang terlibat dalam politik ini kotor.ade orang terlibat dgn politik secara bersih tak makan duit haram dan sebagainya..tapi kat malaysia ini ade juga orang berpolitik seraca kotor sebagai contoh mengamalkan politik wang,seks dan sebagainya..bila dah masuk ke dalam media bagaimana orang pandang politik tersebut..contoh paling dekat aku ambil pasal sodomi,skandal,umpan seks, yang pernah hangat baru-baru ini.

QUOTE
negara luar langsung 100% x pandang politik malaysia ni kotor;

Ye mungkin,tapi dalam sebuah negara ada penduduk..dan penduduk x semestinya mempunyai pendapat yang sama..
sebagai contoh penduduk die negara sekian-sekian kata "malaysia is sodomi country"..mungkin ade penduduk di negara itu berpendapat begitu dan ade yang berbeza pendapat..

QUOTE
Senang-senang je cakap politik negara sendiri kotor..aku tahu kenapa korang kata politik negara malaysia kotor;

1. Terpengaruh dengan Kenyataan Majalah Forbes(USA+ISRAEL=Niat dari dulu tak tercapai, nak suruh kewangan negara malaysia join group kewangan bank dunia mereka.)
2. Termakan Propaganda yang disebarkan oleh pihak tertentu bagi menjatuhkan kerajaan dan negara malaysia.
3. Kekurangan ilmu dan mudah terpedaya dengan ayat orang luar, ataupun tidak berfikir dalam-dalam sebelum membuat keputusan.


aku jawab persoalan ko tu berdasarkan pendapat aku.
1) aku tak terpengaruh dari kenyataan majalah forbes itu.aku berpandukan tentang kisah politik di negara malaysia..cerita pasal sodomi,scandal,seks,politik wang semua berlaku kat malaysia dan dalam media malaysia..
2)benda yang aku tujukan ini bukan hanya tertumpu kepda kerajaan sahaja malah permbangkang juga..jangan la kita lihat walaupun pembangkang berpolitik kotor tapi tak semestinya kerajaan juga tak berpolitik secara kotor..dalam politik macam-macam boleh jadi..
3)ye aku juga akui sebagai manusia biase ilmu aku masih cetek dan tiada manusia kat dunia nie akan penuh ilmu dia sampai mati tapi sebelum itu aku juga berfikir sebelum mebuat keputusan dan itu adalah pendapat aku..lain orang lain pendapat smile.gif

QUOTE
Bagi aku lah politik ni bukannya kotor atau bukannya power..

ok.ini adalah pendapat ko kan..lain pula dgn aku yang mengatakan politik natural selagi sesiapa yang tidak mengotorkannya..

QUOTE
*FACT: Malay+Panas Baran=Memang tidak boleh dipisahkan

aku ade lagi pendapat tentang fakta ini tapi rasanya bukan tempat yang sesuai untuk dihujahkan dan aku kate no komen disini. wink.gif

Dan satu lagi mintak maaf kepada mod jika posting aku agak lari dari topic. Edited by SiR_FAiZ

Share this post


Link to post
Share on other sites
kenapa harus berkata politik malaysia "kotor"?Apa masalahnya dengan rakyat malaysia ni, sepatutnya kita menyokong negara bukan memboikot negara.Seorang umat hendak menyokong umatnya jika umatnya itu sedang melakukan jasa utk negara. Kalau umat tersebut telah melanggar dan melakukan kesalahan, kita sepatutnya bukan menghukum, menghina, mengutuk, tp menasihatinya dan mendoakannya. Itu ciri mukmi yang berjaya.

Tentang politik, memang 90% bukan 100%, orang luar tidak kata pun politik malaysia kotor. Cuma rakyat kita sendiri yang mewawarkannya. Jadi tidak hairanlah, pada hari ini, kita boleh bergaduh sesama bangsa, warganegara dan seagama tak begitu en.robot dan en.faiz?

Jangan terlalu ambil berat dalam masalah politik ini, isu ini sebenarnya kecil sahaja, tetapi ia suka diperbesa besarkan oleh orang tertentu. Edited by fenzo

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE
Jangan terlalu ambil berat dalam masalah politik ini, isu ini sebenarnya kecil sahaja, tetapi ia suka diperbesa besarkan oleh orang tertentu.


untuk mendapatkan hajat yang tak kesampaian... tongue.gif

Tp mmg benar mcm tuan tj arif kata, ape2 je yg berlaku dipolitikkan....Contoh, masjid runtuh mengorbankan seramai 100 jemaah...
Pastu orang yg xde kene mengena terus salahkan kerajaan, bila salahkan kerajaan, mulalah masuk bab politik, rasuah dan mcm2...
Dah terbukti perkara ini berlaku....

Padahal diorang tak tahu orang yang mati tu suka, sebab mati semasa tengah solat...syurgaku..sape x nak...
Bak kata-kata aku, belajar tinggi2 dulu, jangan buat dosa walau sesikit pun, barulah hukum orang, nak judges orang dsbnya..

Ni tak abes2 cakap pasal diri orang lain, diri sendiri???haha..manusia,manusia...better jd binatang jelah...kalau mati pun confirm masuk syurga...coz diorang xde akal...lol

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(fenzo @ Nov 17 2008, 10:41 AM) <{POST_SNAPBACK}>
Jangan terlalu ambil berat dalam masalah politik ini, isu ini sebenarnya kecil sahaja, tetapi ia suka diperbesa besarkan oleh orang tertentu.



so, apa isu besarnya? yang sepatutnya kita bincang?

Share this post


Link to post
Share on other sites
Petrol, diesel turun 15 sen mulai esok

Bincangkan.. hehe.. politik minyak..lagi..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Berita Harga Minyak Turun Lagi... bagi aku berita ini dari kerajaan untuk rakyat betul tak?
Kerajaan pulak adalah terdiri dari ahli ahli politik, betul tak ?
ok, nie aku nak tanya, adakah setiap isu yang pihak kerajaan keluarkan itu, dikatakan isu politik ?

Sedangkan berita ni (harga minyak turun) amat mengembirakan rakyat. Tak tau la aku kalau ada yang tak gembira dengan berita ini, termasuk penurunan harga beras. Edited by TJ-Ariff

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...