Jump to content
Sign in to follow this  
slaughters

35 Orang Warga Putera.com Diperlukan Lagi !

Recommended Posts

Assalamualaikum warahmatullah..

35 warga Putera.com diperlukan lagi dalam usaha untuk sedekah daging qurban untuk umat islam seluruh dunia ! Usaha yang sama seperti tahun lepas, dimana 35 orang diperlukan untuk menyumbang Rm10 bagi mencukupkan satu bahagian sedekah daging qurban. Dan hasilnya ? lihatlah anak2 fakir, yatim, miskin, kurang upaya telah menerima bantuan tersebut !



Lihatlah wajah umat islam seluruh dunia yang tersenyum kegembiraan atas keperihatinan kita semua !

Apa yang anda perlu faham disini ialah bagaimana dengan duit Rm10 yang anda sumbang digabungkan kemudian ditukarkan dengan seekor kambing yang kemudian di proses dan di tinkan dengan melihat carta ini.



Apa yang anda tunggu lagi ? Bantu kami untuk meneruskan usaha ini agar seluruh umat islam di dunia ini termasuk di yang amat2 memerlukan di malaysia ini mendapat bantuan daging qurban ini.

InsyaAllah, setiap sen yang dibelanjakan pasti akan diberi ganjaran oleh Allah s.w.t.

Hadiahkan 1 Unit ( RM10 ) kepada setiap saudara mara anda, contohnya, Untuk Mak dan ayah setiap seorang diniatkan sedekah 1 Unit, Adik beradik, kak long, abang long, 2 Unit, untuk diri sendiri 1 Unit, maka semua hanya 5 Unit / RM 50. Mudah sahaja untuk beramal sambil menunjukkan rasa kasih sayang kita terhadap orang yang sangat kita sayang !

Untuk yang ingin mengambil 1 bahagian penuh juga sangat dialukan. Hanya Rm350 sahaja. InsyaAllah.

Maklumat lanjut boleh didapati di web ini..

Qurban For Life

Kepada yang tidak mampu untuk menyumbang pun tak apa, doakan agar usaha ini berjaya. Terima Kasih banyak2. cool.gif

Untuk turut sama menyumbang, boleh bankin ke akaun saya..

Hubungi - Hanif Nordan 017-3297123 ( SMS pun saya layan )

Bank in ke akaun

Maybank - Hanif Bin Nordan 1660-1007-4403
CIMB - Hanif Bin Nordan 1215-0069-4195-28


Kalau yang da bank in, sila SMS seperti ini : ( untuk tujuan rekod peribadi sahaja, bukan nak publish ke orang ramai, jangan risau cool.gif )

SQ <nick anda> <jumlah unit sedekah> < ucapan anda > ke 017-3297123

Contohnya :-

SQ slaughters 1000 Slamat Hari Raya

Baiklah, macam biasa, Saya bikin satu list, untuk 35 Unit mewakili RM350 ( 1 Unit Rm10 ).

1)
2)
3)

Terima Kasih banyak2 !

Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:

Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)

Sabda Rasullah Sallahahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."(Hadis riwayat Thabrani)

Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu." (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)


Program ini dibawah seliaan Muslim Aid Asia.

Share this post


Link to post
Share on other sites
minta maaf semua, rasanya kene edit skim SMS nie.. sebab terlupa satu perkara..

ok, tukar kepada camni plak..

SQ <nick anda> <jumlah unit sedekah> <bank ape > < ucapan anda > ke 017-3297123

contoh

SQ slaughters 1000 m2u Selamat Hari Raya !

Lupa pulak nak letak alamat email..

ok..

hanif @ um.edu.my Edited by slaughters

Share this post


Link to post
Share on other sites
nak tanya sikit blh ke daging korban tu diberikan kepada non muslim? seperti mangsa2 bencana alam, perang dsb. Coz ada sesetengah ulamak berpendapat makruh.

Share this post


Link to post
Share on other sites
ya2 daging korban mmg x boleh diberikan kpd non-muslim, ttp banyak alternatif lain boleh diberikan kpd mereka. jgn risau...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Betul tu, daging ni hanya khas untuk orang islam aje..

Lagi satu nak betulkan..

Dalam islam hanya 1 bahagian takleh share2 camnie..

so alternatif untuk galakkan umat islam yang masih tidak mampu, jadi ditawarkan untuk sedekah daging nie.

share2 sampai 35 ornag ni bukan ibadah qurban tau, tapi sedekah daging sempena musim qurban nie.

Harap ada yang faham, jangan sampai ada yang kata ibadah qurban boleh share2 sampai 35 orang nie. Terima kasih.

Share this post


Link to post
Share on other sites
gambar ko ke slaughter dlm pic 2..maksd aku yg pegang banner tu Edited by z_tecon

Share this post


Link to post
Share on other sites
Alhamdulillah, memang masih ada yang bersimpati dengan golongan2 yang sangat2 memerlukan ini,

stakat ini daa..

1) 5 Unit
2) 2 Unit

masih ade lagi 28 Unit tinggal.

Terima kasih kerana support program ini.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Bagus projek ni. Tapi susa hati sket la, 'Sebaik2 membuat qorban ni nak kena dekat birai tangga dulu' Sedekah duit untuk orang jauh2 supaya 'dia' bole buat qorban, itu lain cerita ah! - Tokey sembelih qorban, bagi sama pakir miskin? molek gok!

Share this post


Link to post
Share on other sites
Aku rasa ada sedikit kekeliruan disini, project nie bukanya sedekah utk beli daging dibuat Qorban, tpi beli daging sempena raya haji ni. So disini x blh didefinasikan sebagai ibadah qorban. Kiranya kita pakat ramai2 beli seekor kambing dan disedekah kan pd org yg memerlukan.

Share this post


Link to post
Share on other sites
macam2 perangai ade..

adoila..

qurban takleh share2, sedekah je leh share2. cuma untuk mendepat berkat musim qurban nie, so kita buat serentak dengan ibadah qurban ini...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Alhamdulillah,

ada sorang user putera.com ni yang da ambil 1 bahagian qurban ini, mari kita sama2 doakan agar user ini mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.

Dengan secara tidak langsung, dapat mengukir senyuman diwajah anak2 yatim ini.

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(slaughters @ Nov 4 2008, 08:31 AM) <{POST_SNAPBACK}>
Alhamdulillah,

ada sorang user putera.com ni yang da ambil 1 bahagian qurban ini, mari kita sama2 doakan agar user ini mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.

Dengan secara tidak langsung, dapat mengukir senyuman diwajah anak2 yatim ini.


boleh lagi ke nak sedekah ni..? aku nak 1 lot je.. err.. rm10 kan..? cmne2..? cmne nk niat..? cmne nk byr..?

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(Rayquaza @ Dec 1 2008, 04:15 PM) <{POST_SNAPBACK}>
bro slaughter, ko berbadan besar tu ker? ke yang pegang tin tu? (terkezut gak, wakaka~ laugh.gif )

bukanla...pkcik slaughter ni mukanya ada kat pic bhgian atas tongue.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(ubuntu90 @ Dec 1 2008, 04:05 PM) <{POST_SNAPBACK}>
boleh lagi ke nak sedekah ni..? aku nak 1 lot je.. err.. rm10 kan..? cmne2..? cmne nk niat..? cmne nk byr..?



ha betul2... ingt nk join skali... nk kene bank in ke?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...