Jump to content
BasicCX

Krisis Kewangan

Recommended Posts

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sebagai pemerhati ekonomi semasa dalam & luar negara. Aku lihat ekonomi sekarang semakin kurang stabil, berdasarkan pemerhatian sejak akhir-akhir ini kadar tukar hari ini semakin melonjak iaitu sehingga hari ini 1 USD menghampiri RM 3.6 (rujuk: http://www.xe.com/ucc untuk kadar tukaran semasa) dan dijangka terus meningkat.

Pemerhatian pada harga Bursa Malaysia semasa juga turut menurun (sila rujuk: http://www.bursamalaysia.com/website/bm/ma...mation/prices/) mungkin disebabkan pergantungan kepada pasaran Amerika Syarikat.

Oleh kerana saya ni bukan pakar ekonomi, minta pendapat pada yang pakar adakah langkah kerajaan tidak menambat mata wang pada paras tertentu pada beberapa bulan yang lalu boleh menyebabkan ekonomi negara terus di ambang kemelesetan..

Terima kasih.

UPDATE: Rekod tukaran matawang 1 USD telah pun mencecah RM 3.60 Edited by BasicCX

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kiter tambahkan fakta,

KUALA LUMPUR 23 Sept. - Malaysia belum berada dalam situasi yang tertekan untuk melaksanakan semula tambatan ringgit kepada dolar Amerika Syarikat (AS) dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global.

Berikutan itu, beberapa pakar dan penganalisis pasaran tempatan sepakat bahawa negara tidak perlu tergesa-gesa untuk menambat mata wang tempatan itu kerana nilai ringgit masih stabil dan mampu menghadapi persekitaran ekonomi semasa.

Pakar kewangan Islam, Datuk Dr. Nik Norzrul Thani berkata, ketidaktentuan ekonomi sejagat yang berlaku pada hari ini berbeza sekiranya dibandingkan dengan krisis kewangan Asia pada tahun 1997/98.

Katanya, pada ketika itu kemerosotan nilai ringgit disebabkan spekulasi terhadap mata wang tempatan tetapi apa yang berlaku sekarang disebabkan masalah luaran.

''Apa yang lebih penting kini, Malaysia dilihat sangat bersedia dalam menghadapi situasi semasa.

''Sebab itu saya berpendapat kerajaan wajar membenarkan pasaran menentukan sendiri nilai ringgit,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan kerajaan untuk tidak melaksanakan semula tambatan ringgit.

Sabtu lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyarankan agar kerajaan memperkenalkan semula tambatan ringgit bagi mengurangkan kesan kejatuhan nilai dolar AS terhadap ringgit.

Mahathir berkata, jika nilai ringgit ditambat, ia akan dapat menstabilkan kadar tukaran mata wang asing dan memberikan keuntungan kepada negara.

Bagaimanapun, pada waktu yang sama, Nik Norzrul berkata, kerajaan perlu memantau secara serius pergerakan mata wang untuk menggelakkan kemungkinan berlaku spekulasi terhadap mata wang tempatan.

Ahli Ekonomi Kanan AmInvestment Bank, M. Manokaran juga berpendapat kerajaan tidak perlu melaksanakan tambatan ringgit kerana keadaan semasa belum terdesak sehingga perlu berbuat demikian.

Jelasnya, nilai mata wang tempatan masih lagi kukuh berbanding kemerosotan yang begitu ketara semasa krisis kewangan sebelumnya.

Pada ketika itu, katanya, nilai ringgit susut kepada RM5.20 bagi AS$1 sehingga menyebabkan kerajaan mengenakan kawalan modal dan menambat ringgit.

''Bagaimanapun apa yang berlaku sekarang berbeza kerana penyusutan ringgit disebabkan pengukuhan dolar AS dan disokong oleh penjualan ekuiti,'' katanya.

Selain itu, tambah Manokaran, Malaysia tidak perlu terlalu bimbang dengan ketidaktentuan ringgit kerana Malaysia masih mempunyai imbangan akaun dan rizab antarabangsa yang kukuh.

Lebih penting, Malaysia juga mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang kukuh meskipun defisit fiskal diunjurkan meningkat kepada 4.8 peratus pada tahun ini, katanya.

Sementara itu, Pengurus Kanan Kumpulan TA Investment Bhd., Alsetdek Al Haj berkata, buat masa sekarang keputusan kerajaan untuk tidak menambat ringgit adalah langkah yang baik.

Katanya, tambatan ringgit berbanding dolar hanya akan hanya menyebabkan rizab antarabangsa tersekat kerana ia bersandarkan kepada dolar AS.

Beliau yang menyifatkan pergerakan turun naik ringgit sebagai satu 'permainan' mahu kerajaan berhati-hati dengan situasi semasa kerana khuatir kemungkinan pihak bertanggungjawab membuat spekulasi terhadap mata wang tempatan.

Sehubungan itu, Alsetdek menyarankan supaya kerajaan mengambil langkah proaktif untuk memastikan kuasa membeli di kalangan rakyat Malaysia terus kukuh.

Tambah beliau, dalam keadaan sekarang nilai ringgit semakin mengecil dan menyebabkan kuasa membeli bertambah kurang, sekali gus membebankan rakyat.

''Isu ini lebih penting untuk dipantau dan ditangani oleh kerajaan kerana ia membabitkan isu dalaman negara,'' ujarnya.

Pada pendapat aku Malaysia tak terjejas teruk sangat sebab Malaysia takda syarikat gergasi yang memainkan peranan penting dalam saingan kuasa ekonomi di dunia dan juga asia, maka kesannya kurang berbanding krisis kewangan 1998 yang bermula di asia apabila pelabur barat mula komplot nak menjatuhkan nilai matawang kat Asia...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Malaysia akan terjejas teruk. Why? sebab kite bergantung penuh kepada hasil eksport elektronik, getah, sawit dan minyak. When America,UK and Japan is in economic recession, who will buy our product? Yes, we are shielded from the direct impact from subprime mortgage crisis in US, as our bank does not participate in buying these derivatives, but since the subprime mortgage crisis caused a huge impact on the buying power for most major American corporations, who are going to purchase our products?

Remember one important thing, the situation is not limited to US only, it has affected UK and Japan as well. Soon enough, we will see a lot of manufacturing companies in Malaysia closing and moving out to somewhere cheaper to operate.

If our economy is fundamentally strong as indicated by BNM governer, why does the Govt injected 5 billion into ValueCap? Why are we seeing KLCI getting lower everyday?Why are we seeing ringgit value decreasing?

I personally believe we are heading into a situation far worse than 97/98, a lot of people will be out of job and will be homeless. My advice is to be prudent in managing your spending, do not purchase any big ticket items unless it is absolutely necessary.

And if you think Malaysia will not be impacted by the global economic crisis because we are economically diversified, think again.

Regards Edited by polyfuze_0411

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE (hampeh @ Oct 24 2008, 08:51 PM) <{POST_SNAPBACK}>
baik tambat sebelum terlambat .

Somehow i feel by pegging ringgit we will fare better as it will give us room to breathe and plan on the next course of action.

Share this post


Link to post
Share on other sites
kerajaan masih ambil sikap "menyedapkan" hati rakyat, dgn membuat kenyataan akhbar ttg ekonomi Malaysia takkan jatuh, ekonomi kita masih kukuh, dsb.

tapi dalam sedar atau tidak kenyataan demikian membuatkan rakyat leka dan tidak bersiap sedia sepenuhnya utk menghadapi sebarang kemungkinan, sedangkan dalam masa sama, pihak2 banker, tlg mula mengambil tindakan, selain pihak bank negara sendiri telah membuat beberapa siri taklimat berkaitan situasi ekonomi terkini. Taip malang sekali, taklimat dan informasi ini hanya dapat didengar n didapatkan oleh orang2 tertentu, utamanya mereka yg bekerja di sektor perbankan, manakala rakyat2 biasa, akan dapat information dari media, utamanya media dipegang oleh pihak kerajaan.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Segera hulur bantuan - Kaunter saham syariah perlu sokongan pertubuhan, majlis agama Islam
Spoiler :
Segera hulur bantuan - Kaunter saham syariah perlu sokongan pertubuhan, majlis agama Islam

Oleh SARAH NADLIN ROHIM

KUALA LUMPUR 27 Okt. Kerajaan dan pihak yang mempunyai dana besar digesa menghulurkan bantuan dengan segera dengan menyunting dana ke dalam pasaran saham tempatan.

Para penganalisis pasaran berpendapat langkah tersebut wajar memandangkan Malaysia tidak dapat lari daripada terkena tempias kejatuhan pasaran saham global.

Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia, Huda Ikhwan berpendapat, pihak atau pertubuhan agama Islam yang mempunyai dana yang banyak mungkin dapat membantu dengan menyuntik dana ke dalam pasaran tempatan.

Malaysia sebagai pelopor kepada pasaran modal Islam dan mempunyai kaunter-kaunter saham yang berlandaskan Islam memerlukan sokongan atau bantuan daripada pertubuhan dan majlis agama Islam yang mempunyai dana yang besar untuk membeli saham-saham bermasalah ini.

Kebanyakan kaunter-kaunter tersebut tidak mempunyai harga yang sama dengan nilai syarikat tersebut, dengan menyuntik dana ke dalam saham mereka akan dapat membantu kaunter tersebut "bernafas" semula, katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Pada minggu lalu, prestasi bursa tempatan menurun ekoran jualan sederhana sejajar dengan prestasi pasaran serantau seperti bursa saham Hong Kong, Shanghai, Jepun dan Korea Selatan.

Kejatuhan kaunter perladangan dan kewangan telah menurunkan penanda aras pergerakan Bursa Malaysia, Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL), apabila mengakhiri dagangan minggu lalu pada 859.11 mata, iaitu paras terendah dalam tempoh tiga setengah tahun, setelah kehilangan 46.12 mata, daripada 905.23 pada Jumaat lepas.

Tambah Huda, pelaburan yang dibuat majlis agama Islam itu adalah untuk jangka panjang dan selepas beberapa tahun mereka boleh mendapat keuntungan melalui pelaburan itu.

Selain itu, Huda turut mencadangkan agar pihak berwajib dapat melonggarkan sedikit undang-undang dalam pasaran bagi menggalakkan lebih banyak dana masuk untuk menggalakkan aktiviti dalam pasaran saham.

Sebagai contoh pelabur yang meminjam untuk membeli saham, mungkin pihak bank dapat memberi sedikit pelepasan kepada mereka bagi menggalakkan mereka kekal berada dalam pasaran.

Langkah

Sementara itu, margin yang terdapat kini perlu dikaji semula kehadirannya bagi mengelakkan semua pihak menjual semua saham tanpa ada pembeli dalam pasaran, jelasnya.

Sementara itu, Pengurus Kanan Kumpulan TA Investment Bhd., Alsetdek Al Haj berpendapat, langkah kerajaan mengumumkan rancangan penyuntikan dana sebanyak RM5 bilion melalui Valuecap Sdn. Bhd. (Valuecap) masih belum menunjukkan hasil, menjadikan pasaran berada dalam keadaan tidak menentu.

Sepatutnya pada masa ini, Valuecap sudah mula membeli saham-saham di bawah nilai, katanya.

Beliau berpendapat kerajaan kini perlu menggunakan pendekatan psikologi bagi meyakinkan pelabur tempatan dan luar yang berada di negara ini untuk terus berdagang di sini.

Manakala Huda berpendapat, pengumuman kerajaan melalui suntikan dana kepada Valuecap sebelum ini memberi sedikit harapan kepada pasaran.

Tetapi para pelabur kembali tertekan apabila dana tersebut belum lagi masuk ke dalam pasaran dan kaunter mana yang akan menjadi pilihan Valuecap.

Valuecap tidak hanya perlu melihat kepada kaunter-kaunter saham mewah atau kaunter syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sahaja tetapi perlu juga melihat saham berwajaran sederhana tetapi mempunyai potensi keuntungan yang besar, jelasnya.

Sumber: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=200...mp;pg=ek_01.htm


Tinjauan Pasaran: KLCI jatuh ke paras terendah
Spoiler :

Tinjauan Pasaran: KLCI jatuh ke paras terendah
Oleh Kaladher Govindan

SUASANA gawat yang menyelubungi pasaran kewangan global menyebabkan tanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) merudum ke paras terendah dalam tempoh empat tahun minggu lalu, susulan jualan panik terhadap ekuiti global.

Pada asas mingguan, KLCI susut 46.1 mata atau 5.1 peratus untuk ditutup pada 859.11 mata, dengan purata jumlah urus niaga harian menyederhana kepada 624 juta saham, berbanding purata 663.7 juta saham minggu sebelumnya.

Pandangan Professor Nouriel Roubini bahawa Amerika Syarikat (AS) berdepan kemerosotan ekonomi, keadaan ekonomi pasaran baru yang bermasalah dan prospek antara negara terbabit berdepan kejatuhan berkemungkinan meningkatkan risiko terhadap keseluruhan pasaran kewangan global dan lebih buruk menyebabkan pelabur menjadi panik.

Kenyataan beliau mempunyai kesan besar memandangkan profesor New York University itu sudah membuat ramalan tepat mengenai krisis kewangan ini sejak Julai 2006.

Tiada sebarang keraguan bahawa sentimen pasaran bearis ketika ini tidak sepenuhnya menjadi faktor kesan negatif daripada kemelesetan global yang menyaksikan pasaran ekuiti global mengalami penurunan dalam tempoh enam bulan lalu.

Ia disebabkan reaksi terhadap krisis kredit dan kegagalan institusi kewangan di AS dan Eropah.

Kesan terhadap kepenggunaan menyebabkan kehilangan pekerjaan dan pengurangan kekayaan akan lebih ketara apabila ia merebak kepada pengguna lain berkaitan hutang seperti kad kredit dan pinjaman sewa beli.

Isu ini digandakan lagi dengan langkah lebih ketat pada suku akan datang dan kesan terhadap ekonomi sebenar yang kurang memberangsangkan.

Pelabur yang mengelak daripada membeli dalam urus niaga minggu lalu perlu berterima kasih memandangkan pasaran terus mengalami penurunan.

Minggu ini akan kekal berisiko untuk melakukan pembelian dengan KLCI dijangka susut ke paras 780 mata.

Paras sokongan lebih rendah yang seterusnya adalah pada paras psikologi 700 mata.

Menuju hadapan, kami tidak menolak kemungkinan berlaku penurunan berterusan dalam KLCI ke arah paras sokongan melebihi 615 mata, yang mewakili paras ketika SARS Mac 2003 jika jualan panik terhadap pasaran saham global tidak berhenti.

Bagi minggu urus niaga yang pendek ini, kami menjangkakan kegiatan dagangan kekal suram dan lebih berhati-hati dengan sebahagian besar pelabur dijangka berada di luar pasaran.

Pelabur juga dijangka tidak berminat membeli saham murah memandangkan tinjauan masa depan bagi komoditi yang bearis meningkatkan ketidaktentuan bagi kemelesetan ekonomi global, yang mengurangkan permintaan pengguna.

Harga minyak mentah dan minyak sawit mentah (MSM) yang terus lemah dalam jangka sederhana dengan masing-masing mungkin susut ke paras AS$50 setong dan RM1,200 setan akan memberi kesan ketara terhadap harga saham bagi sektor minyak dan gas serta perladangan dalam minggu depan, yang mana akan memberi tekanan kepada KLCI untuk terus susut ke paras lebih rendah dalam tempoh terdekat.

Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/...7222936/Article


Ekonomi terus berada pada tahap membimbang dimana sektor kewangan dan pertanian menunjukkan kejatuhan yang amat teruk. Seperti artikel di atas kebimbangan turut meyelubungi sektor kewangan Islam.

Share this post


Link to post
Share on other sites
To TS, fyi....nilai ringgit and KLSE are not the only things to judge the nation's economy. But still, it can be as initial impression.
Actually, since 97* Malaysia's economy is diverse, not just only depending on USA,JAPAN,EUROPE. Malaysia has made China as it's new important economic partner. and so on with russia......
*(citation needed)

Share this post


Link to post
Share on other sites
Pasaran Bursa Malaysia hari ini dibuka rendah hari ini. Kadar tukaran mata wang yang dilihat berada pada paras memuaskan kelmarin kini menunjukkan peningkatan kepada 3.6 pada hari ini.


QUOTE
Bursa kembali dihantui krisis

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Pemilihan Presiden Amerika Syarikat yang berakhir semalam menyebabkan pasaran saham di Asia kembali menumpukan kepada masalah ekonomi semasa.

Pasaran saham di rantau itu ditutup rendah hari ini berikutan kebimbangan berterusan terhadap krisis kewangan global akan bertambah buruk dan Amerika Syarikat (AS) kian hampir mengalami kemelesetan.

Kebanyakan bursa saham utama Asia mengikuti jejak kejatuhan pasaran AS semalam apabila ditutup 486.01 mata atau 5.05 peratus lebih rendah kepada 9,139.27.

Pasaran saham Jepun jatuh 622.10 mata atau 6.53 peratus kepada 8,899.14 untuk ditutup di bawah paras 9,000 mata untuk pertama kali sejak Jumaat lalu.

Singapura mengalami kejatuhan 49.62 mata atau 2.66 peratus kepada 1,819.20 mata dan pasaran saham China jatuh 2.44 peratus.

Malaysia turut tidak terlepas daripada tempias kejatuhan pasaran saham serantau apabila jatuh 19.29 mata atau 2.1 peratus kepada 895.95 mata.

- Agensi

Sumber: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=200...mp;pg=ek_02.htm
Edited by BasicCX

Share this post


Link to post
Share on other sites
Bursa Malaysia dijangka dibuka rendah hari ini dengan kadar tukaran matawang terkini meningkat iaitu bersamaan 1USD = RM 3.651 pada hari ini .

QUOTE
Saham dijangka diniagakan dalam jajaran kecil

KUALA LUMPUR 16 Nov. - Harga saham di Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu ini apabila para pelabur terus berhati-hati dalam dagangan meskipun pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan kerajaan baru-baru ini, kata seorang penganalisis.

Beliau berkata, meskipun pasaran yang terlebih jualan, yang menawarkan peluang dari segi saham berkualiti berharga murah, para pelabur dijangka terus berhati-hati apabila mereka menunggu lebih banyak petunjuk positif dari Amerika Syarikat serta kerajaan Malaysia sebelum mengambil sebarang tindakan berisiko.

Beliau berkata, aktiviti belian saham berharga murah terpilih dijangka berlaku minggu depan kerana pasaran mempunyai banyak saham berkualiti yang terkurang harga yang sedia untuk direbut.

"Pengumuman pakej rangsangan bagi sektor swasta sepatutnya merangsang minat di kalangan ahli perniagaan untuk menjadi lebih proaktif dalam situasi krisis kewangan global sekarang," katanya.

Kerajaan pada Khamis lepas mengumumkan langkah-langkah pencegahan awal bagi sektor swasta untuk meringankan kesan kelembapan ekonomi global ke atas sektor perdagangan dan industri Malaysia.

Ia termasuk pengeluaran serta merta lesen perkilangan dan pengecualian penuh duti import ke atas bahan mentah dan barang perantara.

Penganalisis itu berkata, langkah tersebut dijangka memberi rangsangan kepada industri berkaitan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Beliau berkata penanda aras, Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) dijangka diniagakan antara 850 dan 910 minggu depan.

"Minat terhadap saham wajaran berat terutama saham perladangan, kewangan dan perbankan, dijangkakan," katanya.

Bagi minggu yang baru berakhir ini, pasaran diniagakan dalam jajaran kecil apabila para pelabur terus berhati-hati. Bagaimanapun, sesetengah pelabur mengambil peluang membeli saham berkualiti yang berharga rendah.

Bagi asas Jumaat-ke-Jumaat, IKKL turun sebanyak 12.30 mata kepada 881.65.

Indeks Perusahaan meningkat 0.74 mata kepada 2,118.25, Indeks Kewangan turun 164.51 mata kepada 6,760.93 manakala Indeks Perladangan menokok 61.99 mata kepada 3,872.82.

FBMEmas turun sebanyak 69 mata kepada 5,805.39, FBM30 jatuh 94.88 mata kepada 5,696.12, FBM2BRD menambah 78.64 mata kepada 4,449.31 dan FBM-MDQ naik 22.77 mata kepada 3,489.98.

Jumlah dagangan bagi minggu lalu susut kepada 4.099 bilion saham bernilai RM4.759 bilion daripada 4.456 bilion saham bernilai RM5.504 bilion pada Jumaat minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Papan Utama merosot kepada 3.594 bilion saham bernilai RM4.649 bilion daripada 3.839 bilion saham bernilai RM5.398 bilion pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan di Papan Kedua meningkat kepada 287.284 juta saham bernilai RM80.035 juta berbanding 280.185 juta saham bernilai RM68.857 juta pada Jumaat minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran MESDAQ turun kepada 150.371 juta saham bernilai RM27.254 juta daripada 236.010 juta saham bernilai RM33.333 juta sebelumnya.

Waran belian juga turun kepada 66.857 juta saham bernilai RM2.739 juta daripada 101.650 juta saham bernilai RM3.492 juta yang dicatatkan pada Jumaat sebelumnya.

Bagaimanapun, urus niaga langsung meningkat kepada 289.194 juta saham bernilai RM177.062 juta daripada 137.312 juta saham bernilai RM130.225 juta sebelumnya.

- Bernama

Sumber: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=200...mp;pg=ek_02.htm



QUOTE
Saham mewah lemah jejas KLCI
Oleh Kaladher Govindan

KEJATUHAN ketara saham syarikat telekomunikasi, Telekom Malaysia dan TM International, yang tercetus daripada kebimbangan kesukaran syarikat berkenaan mengekalkan dasar pembayaran dividen pada tahun seterusnya, serta Maybank ekoran unjuran keuntungan lebih lemah dalam industri perbankan pada tahun depan susulan masalah kekangan kredit global, menyumbang kepada penurunan Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) minggu lalu.

KLCI susut 12.3 mata atau 1.4 peratus pada asas mingguan kepada 881.65 mata, diiringi penurunan jumlah purata dagangan harian kepada 819.7 juta saham, berbanding 891.5 juta saham minggu sebelumnya.

Pasaran tempatan juga dipengaruhi tekanan luaran yang mencetuskan peralihan pengambilan risiko oleh pelabur global selepas pengumuman sebilangan data yang kurang baik di Amerika Syarikat (AS), Eropah dan China, justeru, meningkatkan kebimbangan berhubung kedudukan ekonomi dunia.

Kegusaran pelabur minggu lalu tertumpu kepada aliran menurun sektor automotif, peruncitan dan kenaikan defisit bajet AS. Eropah pula mengesahkan ia berdepan kemelesetan terburuk dalam tempoh 15 tahun dengan penurunan KDNK 0.2 peratus bagi tempoh dua suku berturut-turut, selain China menyaksikan perkembangan pengeluaran industri yang paling perlahan dalam tempoh tujuh tahun.

China juga berdepan penurunan harga hartanah dan barang runcit, justeru, menggambarkan kesukarannya mempertahankan pertumbuhan dua digit.

Bagaimanapun, beberapa petunjuk teknikal dan ekonomi serta pengumuman dasar lebih positif dijangka diumumkan pada minggu ini, bakal memberi sedikit keceriaan pada pasaran.

Aktiviti mengurangkan hutang di kalangan pelabur asing yang berterusan bukanlah suatu rahsia lagi dan ia menyebabkan pengaliran keluar dana jangka pendek, sekali gus memberi tekanan kepada nilai tukaran asing.

Indeks Harga Pengguna (IHP) yang akan diumumkan Jumaat ini bakal memberi gambaran lebih jelas mengenai pendirian Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada mesyuaratnya 24 November ini.

Kemungkinan Bank Negara menurunkan kadar sebanyak 25 mata asas minggu depan adalah 50:50 dan jika tidak, ada kemungkinan bank pusat itu berbuat demikian sebelum akhir tahun ini, susulan angka Indeks Pengeluaran Industri (IPI) yang lemah.

Pada peringkat luaran, keputusan mesyuarat Kumpulan 20 negara kelmarin, dijangka tidak memberi kesan besar kepada pasaran global kerana masih belum ada tindakan muktamad dibuat bagi mengekang kelembapan ekonomi semasa.

Untuk minggu ini, penurunan pasaran saham AS antara empat peratus hingga lima peratus Jumaat lalu, susulan kejatuhan jualan runcit dan permintaan lemah telefon bimbit, bakal menjejaskan sentimen di pasaran tempatan minggu ini.

Justeru, pelabur seharusnya berhati-hati dan mengambil pendekatan membeli ketika harga saham jatuh dan menjual ketika ia melonjak, berikutan keadaan pasaran global yang turun naik ekoran ketidakpastian jangka masa kemelesetan ekonomi global berlangsung.

Pada peringkat sektor, saham mewah dijangka kekal lemah dari segi jumlah dagangannya minggu ini dan urus niaga akan lebih didominasi saham murah susulan penyertaan pelabur runcit pada minggu akan datang.

Susulan kegagalan KLCI untuk ditutup di atas paras 888 mata Jumaat lalu, ada kemungkinan ia berpotensi menguji paras sokongan 849 mata. Jika berlaku lonjakan, paras halangannya disemak semula ke paras 888 mata dan 940 mata.

Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/...icle/index_html
Edited by BasicCX

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku x brp phm psl keadaan ekonomi nie

dari segi ape2 ntah

najib tpm kate x kan berlaku kemelesetan ekonomi

ade yg ckp ade

mane satu nie

Share this post


Link to post
Share on other sites
Bagi pandangan aku, jika ekonomi berterusan jatuh sehingga hujung Disember ini. Rakyat-rakyat biasa yang tidak rasa sebarang kemelesetan ekonomi akan rasa pada tahun depan kerana pada waktu tu syarikat mungkin tidak dapat lagi menampung bebanan hutang dan kos operasi. Edited by BasicCX

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE (BasicCX @ Nov 17 2008, 04:14 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Bagi pandangan aku, jika ekonomi berterusan jatuh sehingga hujung Disember ini. Rakyat-rakyat biasa yang tidak rasa sebarang kemelesetan ekonomi akan rasa pada tahun depan kerana pada waktu tu syarikat mungkin tidak dapat lagi menampung bebanan hutang dan kos operasi.

aku ada tanya satu tauke ni tadi.dia kata ekonomi kita akan lebih teruk jangka masa 3 tahun akan datang.ramai orang akan hilang kerja.mana-mana kilang akan buat langkah buang pekerja.ramai mengganggur.ni sekarnag ni baru mula.peringkat pemulaan.tahun depan mungkin kesan akan kena kat kita.kesan dia kepada kita

1)jenayah akan bertambah.orang hilang pendoman.hidup tertekan.anak nak makan.bini dah bising suruh carik duit.so meragut atau merompak menjadi salah satu kegiatan kemestian.

2)pembangunan macam sekloah atau infrastuktur awam akan dihentikan sementara.negara macam x membangun masa tu.

3)kat us sana kerajaan dia kena support bank dengan duit lebih.semua penyimpan dah keluarkan duit masing-masing.bank boleh bankrup.


then aku nak tanya korang.adakah ini semua berlaku kerana kita x mengamalkan mata wang islam sendiri? Dinar? yang mana ekonomi amerika bermaslaah maka kita terlibat sama sekali? dikatakan Dinar itu bergantung kepada nilai emas.so nilai emas x pernah turun macm tu ke?dulu masa krisis tahun 98 dulu aku sempat saksikan mak bapak aku hidup susah.masa tu baru pindah kat sini.masa tu bapak aku xde kerja.hidup mmg tunggang langgang.adakah ia akan berlaku sekali lagi pada tahuun ini atau tahun depan? sad.gif .nauzubillah.

then aku nak tanya.kalau aku beli US dolar dalam beberapa ratus dolar.pasal rasa aku dolar tgh murah sekarang ni.so kalau dia stabil balik then aku jual balik ok x? klau satu dolar tu kalau dapat untung rm 0.50 sen ke ok gak.ada ke orang buat gitu?

kita mungkin akan kena tempias dari kes ni.tapi disebabkan ekonomi kita bersifat ekonomi campuran so mungkin kita x akan terasa sangat.sekurang-kuranga kerajaan akan ada action utk atasi masalah ini.macma amerika ekonomi mereka jenis kapitalis.sekaligus siapa yang kuat akan kekal kuat dan teratas siapa yang lemah dan dibawah akan kekal dibawah dan merana.kita patut bersyukur ekonomi kita bersifat campuran.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini dengan kadar tukaran wang jam 9.25 pagi, 1USD = RM 3.63.

QUOTE
Ringgit jatuh paras terendah dua tahun

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Nilai ringgit hari ini terus merosot ke paras terendah dalam tempoh dua tahun berikutan belian kukuh mata wang dolar Amerika Syarikat.

Paling ketara, mata wang tempatan itu diramal bakal kembali berada di paras RM3.80 untuk sedolar AS iaitu paras ringgit ditambat sebelum kerajaan menarik balik pada Julai 2005.

Ketika pasaran ditutup, ringgit hari ini, diniagakan pada paras 3.6050 berbanding sedolar Amerika Syarikat (AS).

Pakar Ekonomi Kanan Bank Islam (M) Bhd., Azrul Azwar Ahmad Tajudin berkata, penyusutan nilai ringgit berikutan 'ledakan' (explosion) pusingan kedua krisis kewangan global baru-baru ini.

''Ini kerana, masih terdapat tanggapan daripada para pelabur bahawa dolar AS berdaya maju untuk mengawal kegawatan ekonomi.

''Keadaan itu juga disebabkan oleh aliran keluar portfolio dalam pasaran saham dan bon di rantau Asia yang tidak menentu," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, ringgit bukan sahaja lemah berbanding dolar AS tetapi nilai mata wang rantau Asia dan Eropah turut mengalami masalah yang sama.

Sementara itu, Penganalisis Teknikal Pasaran Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Nazri Khan berpendapat, kelemahan ringgit berbanding dolar AS bukan disebabkan oleh kelemahan ekonomi tempatan tetapi lebih kepada keengganan mengambil risiko untuk memasuki pasaran di seluruh dunia.

''Sentimen kejatuhan ringgit ini hanya bersifat sementara kerana apabila krisis kewangan kembali pulih, mata wang negara akan stabil semula.

''Pada dasarannya, ekonomi negara mampu menahan krisis kerana rizab negara masih kukuh dan pinjaman tidak berbayar (NPL) masih lagi rendah,'' katanya.

Nazri, bagaimanapun menambah, ringgit dijangka diniagakan rendah sehingga paras 3.800 dalam tempoh tiga hingga enam bulan lagi.

Sumber: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=200...mp;pg=ek_02.htm



QUOTE
BNM turunkan OPR Isnin ini?

Oleh Sarah Nadlin Rohim

KUALA LUMPUR 19 Nov.-- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sehingga 50 mata asas secara berperingkat- peringkat bermula dengan 25 mata asas pada seawal Isnin ini, kata para penganalisis ekonomi tempatan.

Menurut mereka, baki 25 mata asas lagi akan diturunkan pada separuh pertama tahun depan berikutan kadar inflasi yang semakin menurun membantu Bank Pusat itu melonggarkan polisi mereka.

Pengarah Eksekutif Jupiter Securities Sdn. Bhd., Nazarry Rosli berkata, BNM dijangka mengikut jejak negara-negara lain yang mula menurunkan kadar OPR masing-masing, seperti Amerika Syarikat (AS) dan Jepun.

''Tindakan itu merupakan usaha ke arah menangani kemelesetan ekonomi dunia pada waktu ini.

''Sekiranya BNM tidak berbuat demikian, tindakan mengekalkan kadar faedah utama itu hanya akan merumitkan ekonomi negara," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Pengurus Kanan Kumpulan TA Investment Management Bhd., Alsetdek Al Haj Ali pula berkata, langkah yang bakal diambil BNM adalah tepat pada masanya dan sebagai persediaan bagi menghadapi situasi ekonomi yang semakin mencabar pada tahun hadapan.

''Penurunan itu dilihat bertujuan memacu pertumbuhan ekonomi yang dijangka menjadi perlahan pada tahun depan dan ini menunjukkan BNM tidak terburu-buru dalam mengambil sebarang keputusan.

''Sebelum ini, ramai berpendapat Bank Pusat itu patut meningkatkan kadar OPR bagi menangani krisis ekonomi, tetapi ia tidak berbuat demikian setelah belajar daripada pengalaman tahun 1997 yang menyaksikan tindakan demikian memburukkan lagi keadaan ketika itu," kata beliau.

Katanya, langkah BNM menurunkan OPR yang kekal pada kadar 3.50 peratus sejak April 2006 atau 30 bulan, dapat mengurangkan bebanan syarikat perniagaan yang menggunakan pinjaman sebagai modal dan ini membantu menggalakkan aktiviti ekonomi.

Sementara itu, laporan agensi berita asing menyatakan kemerosotan mendadak pengeluaran industri bagi bulan September (jatuh 1.7 peratus) juga menjadi penyebab kepada BNM bakal menurunkan kadar faedah lebih awal daripada jangkaan.

Pengurangan itu juga bertujuan untuk melengkapi langkah-langkah yang diambil kerajaan untuk memacu ekonomi negara.

Kadar inflasi berada pada paras 5.6 peratus pada tahun ini akan menyederhana sekitar 2.5 peratus hingga 3.0 peratus pada tahun hadapan.

Sumber: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=200...mp;pg=ek_01.htm


QUOTE
Krisis Ekonomi Global Ambil Masa Hingga 4 Tahun Untuk Pulih, Kata Menteri Kewangan Kedua

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Sungguhpun krisis ekonomi global yang sedang melanda dijangka berpanjangan sehingga 2-4 tahun, tetapi kesan negatifnya tidaklah seteruk Kemelesetan Besar (Great Depression) di Amerika Syarikat dalam tahun 1930an, kata Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Ini kerana pada tahun 1930an, kerajaaan AS dan bank pusatnya mengamalkan dasar ekonomi menguncup sementara sekarang mereka mengambil langkah-langkah pengembangan ekonomi, kata beliau dalam rancangan 60 Minit Bersama Menteri di RTM1 Rabu malam.

Nor Mohamed berkata dibandingkan dengan krisis 1997, krisis sekarang lebih besar kerana pada 1997 ia merupakan krisis perbankan dan mata wang yang melibatkan negara-negara di rantau ini dan oleh itu ia dipinggir sistem kewangan dunia.

Tetapi kali ini ia melibatkan pusat-pusat kewangan dunia di AS dan Eropah, dan ia tidak senang diatasi kerana melibatkan kehancuran sistem kewanagan dunia, jelas beliau.

Keyakinan yang sudah hancur akan mengambil masa yang panjang untuk dikembalikan, tambahnya.

Menyentuh mengenai pengangguran, beliau berkata, bagi Malaysia, kadar pengangguran masih rendah pada sekitar tiga peratus dan kalaupun naik ia tidak akan melebihi empat peratus.

Malaysia juga mempunyai kadar simpanan yang tinggi iaitu pada kadar 37 peratus berbanding dengan AS yang hanya antara kosong ke satu peratus dan sekarang kerajaannya terpaksa meminjam AS$4 billion setiap hari bekerja untuk menampung keperluan.

Nor Mohamed berkata sistem perbankan negara juga kukuh dan kerajaan adalah proaktif untuk mengatasi masalah termasuk mengambil langkah unorthodox dengan acuan sendiri bagi mengatasi masalah seperti pada krisis kewangan tahun 1997.

Sementara itu, mengenai kebimbangan tentang penurunan dalam pendapatan dari hasil minyak, beliau menjelaskan bahawa bagi bajet 2009, cukai petroleum dan dividen dari Petronas adalah berasaskan pada harga minyak 2008, dan oleh yang yang demikian tidak timbul sebarang masalah.

Beliau berkata hanya bagi bajet 2010 dan seterusnya mungkin perlu dilihat semula hasil minyak memandangkan harganya yang sudah menurun dengan cepat.

Beliau berkata defisit tinggi iaitu pada kadar 4.8 peratus adalah tidak menjadi masalah kerana kerajaan Malaysia adalah kerajaan yang berdisiplin dari segi hal kewangan dan maMpu membayar balik.

Beliau juga menjelaskan bahawa pada 1997, defisit bajet adalah 5.5 peratus.

Defisit adalah sesuatu yang harus disesuaikan dengan keadaan ekonomi iaitu dalam keadaan susah ia dinaikkan tetapi dalam keadaan senang dan baik, ia diturunkan, kata beliau.

Defisit tinggi dalam tempoh 1-2 tahun tidak menjadi masalah kerana negara pernah melakukannya, tambah Nor Mohamed.

Mengenai kebimbangan tentang bank-bank asing di negara ini, beliau berkata bank-bank milik asing yang beroperasi di negara ini telah diwajib ditubuhkan dengan mempunyai modal ekuiti sendiri dan bukan menjadi cawangan kepada bank induk di negara masing-masing.

Oleh itu tidak ada risiko terhadap kekukuhan bank-bank asing di negara ini, kata beliau.

Dalam pada itu, Nor Mohamed berkata krisis yang melanda sekarang ada hikmahnya.

Antara hikmah-hikmah dari krisis sekarang ialah pemimpin-pemimpin barat telah menerima nasihat Malaysia pada 10 tahun lepas tentang kelemahan sistem kewangan antarabangsa dan sekarang ini mereka juga mahukan sistem yang lebih adil dan lengkap.

Beliau berkata ia juga memberi peluang kepada pakar-pakar ekonomi untuk berkumpul dan mengemukakan pendapat bagi mengukuhkan lagi sistem yang sedia ada, dan dari krisis ini negara akan muncul lebih kuat untuk menghadapi cabaran dalam dunia yang berasaskan pengetahuan dan teknologi.

Di samping itu, ramai rakyat negara yang bekerja di luar dan berkemahiran juga bersedia untuk kembali kerana hilang kerja atau keadaan sukar di luar negara.

-- BERNAMA

Sumber: http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=373043


Berikut adalah jadual pengumuman yang akan dilakukan oleh Bank Negara:

21 Nov 2008 - Siaran Penyata Akaun BNM pada 14 Nov 2008
24 Nov 2008 - Siaran Pernyataan Dasar Monetari 8/2008
26 Nov 2008 - Siaran Buletin Statistik Bulanan Oct 2008
28 Nov 2008 - Siaran Makluman Terperinci Rizab Antarabangsa pada akhir Oct 2008
28 Nov 2008 - Siaran KDNK Suku Ketiga 2008 (Tarikh Akhir) Edited by BasicCX

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE
Ref No: 11/08/05

Embargo: Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1930 pada hari Isnin, 24 November 2008
Pernyataan Dasar Monetari

Pada mesyuarat hari ini, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia memutuskan untuk menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 3.25 peratus. Berikutan keputusan ini, kadar tertinggi dan kadar terendah koridor bagi OPR masing-masing dikurangkan kepada 3.50 peratus dan 3.00 peratus.

Sejak mesyuarat MPC pada bulan yang lalu, prospek pertumbuhan global terus terjejas. Beberapa ekonomi maju telah pun mengalami kemelesetan susulan keadaan tekanan yang buruk dalam sistem kewangan masing-masing. Kemerosotan permintaan global yang ketara, kejatuhan harga komoditi yang besar dan penurunan harga ekuiti yang nyata telah memberikan tekanan terhadap prospek pertumbuhan ekonomi serantau. Dalam persekitaran ini, inflasi global telah mula menurun dan trend ini dijangka berterusan. Kesemua perkembangan global ini telah mendorong pihak berkuasa untuk menyediakan sokongan kecairan secara besar-besaran kepada pasaran kewangan dan mengambil langkah penyelesaian sektor kewangan, serta rangsangan fiskal dan pelonggaran dasar monetari untuk menyokong pertumbuhan ekonomi. Walau bagaimanapun, impak daripada kesemua langkah ini akan mengambil masa untuk mencapai objektifnya.

Perkembangan global yang buruk telah pun menjejaskan ekonomi Malaysia, seperti yang dicerminkan oleh prestasi eksport yang lebih perlahan dan harga ekuiti yang lebih rendah. Sungguhpun permintaan dalam negeri masih mampan, terdapat tanda-tanda aktiviti sektor swasta akan menjadi lebih perlahan dalam keadaan pasaran pekerja yang tidak begitu menggalakkan serta persekitaran perniagaan yang semakin mencabar. Dalam keadaan begini, langkah mengekalkan permintaan dalam negeri adalah penting dalam memastikan pertumbuhan bagi tahun 2009 kekal positif.

Risiko terhadap kestabilan harga kini berkurang. Kadar inflasi mula menjadi sederhana daripada kadar tertingginya pada suku ketiga 2008. Melangkah ke hadapan, pengurangan tekanan kos dan permintaan yang semakin perlahan dijangka memberikan kesan penurunan lebih besar terhadap inflasi. Oleh itu, inflasi dijangka lebih sederhana khususnya pada separuh tahun kedua 2009.

Memandangkan risiko pertumbuhan yang lebih rendah semakin nyata dan tekanan inflasi semakin berkurang, penurunan dalam kadar OPR merupakan langkah awalan yang bertujuan untuk menyediakan persekitaran monetari yang lebih akomodatif. Bagi mengurangkan lagi kos pengantaraan, MPC juga membuat keputusan untuk mengurangkan Keperluan Rizab Berkanun (SRR) daripada 4% kepada 3.5% berkuat kuasa 1 Disember 2008.

Melangkah ke hadapan, keadaan ekonomi dan kewangan dijangka terus mengalami ketidaktentuan dan ketidakpastian. Bank Negara Malaysia akan memantau dengan rapi perkembangan selanjutnya dan mengambil langkah-langkah dasar yang wajar untuk mengelakkan daripada berlakunya kemerosotan ekonomi yang ketara.

Mesyuarat turut meluluskan jadual mesyuarat MPC bagi tahun 2009. Pernyataan Dasar Monetari akan terus disiarkan pada pukul 6.00 petang pada hari yang sama mesyuarat MPC diadakan.

Jadual Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Tahun 2009

Pertama - 21 Januari 2009 (Rabu)
Ke-2 - 24 Februari 2009 (Selasa)
Ke-3 - 29 April 2009 (Rabu)
Ke-4 - 26 Mei 2009 (Selasa)
Ke-5 - 29 Julai 2009 (Rabu)
Ke-6 - 25 Ogos 2009 (Selasa)
Ke-7 - 28 Oktober 2009 (Rabu)
Ke-8 - 24 November 2009 (Selasa)

Sumber: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=61&...725&lang=bm

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kalau ekonomi melecet, kerajaan biarla dia dengan ahli bijak pandai dia settlekan masalah ekonomi negara.
kita sebagai org biasa apa patut kita buat supaya ekonomi kita x melecet sama?
Pelaburan, simpanan, emas, hartanah.. apa yang patut kita utamakan?

Share this post


Link to post
Share on other sites
Betul la tu.. penjimatan

Tapi kalau jimat dan simpan duit, duit bersandarkan emas. Adakah harga emas akan jatuh atau naik? kalau emas naik, duit hilang harga. kalau emas jatuh, duit naik harga. Takat jimat dan simpan dalam bank saja x cukup. Kena plan satu langkah dihadapan. Kita akan berhadapan dengan masalah global yg mungkin mengambil masa yg lama..

Ada cadangan lain?

Share this post


Link to post
Share on other sites
Masuk unit trus selain daripada ASB, kalau ada pula bantahan kononnya bukan berdasarkan Islam, ambik fund yang berdasarkan syariah punya, pulangan lagi baik daripada ASB. Contoh Equity Fund (Shariah) daripada Public Mutual (Public Bank) . Disahkan selamat.. laugh.gif .

Malangnya mentaliti ASB satu2 nya dana yang selamat dan memberi pulangan yang terbaik masih banyak lagi kat negara kita ni .. ph34r.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
Hari ini ekonomi Malaysia di buka dengan menunjukkan peningkatan memberangsangkan selepas ditutup kukuh petang semalam. Kadar tukaran wang asing juga menunjukkan Ringgit Malaysia semakin kukuh.

Share this post


Link to post
Share on other sites
penjimatan mmg perlu..
simpan duit.. labur kt investment fund..
tp penting jugak kite berbelanja..
cmne syarikat n untung kalo kite sume simpan duit tk belanje..
tkde gune gak walaupun dpt modal tmbahan dr kerajaan and pinjaman bank..
so..kesimpulannye.. teruskan berjimat..and at the same time belilah produk keluaran Malaysia..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...