Jump to content
Sign in to follow this  
fenzo

Cara Dan Langkah Mengurangkan Kos Minyak Petrol Dan Harga Barangan.

Recommended Posts

Bentangkan idea dan langkah2 anda:

Share this post


Link to post
Share on other sites

tahun lepas aku naik kereta (kancil), tahun ni aku naik motor sbb aku pikir lepas PRU selalu nye mesti minyak akan naik..

tup tup betul firasat aku.. dan kereta aku tersadai kat rumah..

kalau nak pg tempat dekat2, aku jalan kaki je.. huhuhu.. so banyak gak lah save minyak..

aku skrang cuba makan nasi sekali sehari.. tapi yg lain aku makan roti gardenia whole-grain (yg plastik hijau tu)..

sbb roti whole-grain tergolong dlm kumpulan karbohidrat kompleks (serat tinggi).. lebih lama rasa kekenyangannya..

ada lah dlm 6 hingga 8 keping sehari..

utk sumber protein, aku telah 'menukar gaya hidup aku' dgn amik 4 bijik telur sehari (tanpa kuning telur)

utk menggantikan seketul ayam (bahagian dada)..

sbb protein dlm 4 bijik telur putih bersamaan seketul ayam bhgn dada..

kalau aku rasa lapar, aku makan sebijik pisang (yang besar).. sebijik pisang besar tu bersamaan nasi separuh dlm pinggan..

air aku pakai jimat selagi yg boleh.. sbb kat Selangor ni brapa gelen ntah nanti dpt free..

nasib baik kerajaan negeri Selangor (Pakatan Rakyat) bg free.. kalau tak, mmg kena bayar bil air lg..

(siapa kata kalau bg air free nnt menyebabkan lagi ramai yg membazir?)

aku tak kahwin lg.. so tanggungjawab (anak bini) takde lg.. kalau tak, susu lg (lain lah kalau bg susu badan.. huhuhuhuh)

pampers, nasi, lauk, baju, tambang bas pg sekolah dan lain2.. hohohohoho..

eh, aku rasa kenaikan minyak akan menyebabkan org tak mau kahwin, atau kahwin satu malam (buat projek)?

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku pulak..

1) tekan minyak kete tak lebih 100Km dilebuhraya..dulu pecut habis..

2) kat jalan biasa aku jalan 50 ke 80km sejam

3) makan separuh nasi ajer..lauk satu, air suam ajer..milo ais ke fresh orange ke..tak ada lagi dah..

4) kalau tak ada hal duduk rumah..tak payah jalan jalan naik kereta..

5) minyak naik lagi bulan 8 ni aku ternganga ajerlah..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Cadangan utk para pelajar IPT:

- Jgn la bawak kereta besar2 lagi kalau setakat nak menunjuk2. Cari la kancil ke, myvi ke. Lain la korang anak org2 kaya (btul2 kaya tau, bkn buat2 kaya).

- Kena la makan kat dlm kafe fakulti je, kurangkan keluar kampus nak cari makan.

- Kurangkan acara lepak kat kedai mamak ngan kwn2. Sekali sekala boleh la.

Kt kongsikan sama2 cadangan lain. Cadangan di atas bkn sahaja cadangan utk korang, tp cadangan utk diri aku sendiri. Tp, kena la aku bawak motor lak, takle bawak kancil. Tp betul ke kancil dan motor kos lebih kurang sama? Tolong2.

Edited by Razif Jemaat

Share this post


Link to post
Share on other sites

asal minyak naik je, ada je la tips2 nak menjimatkan minyak & perbelanjaan. lepas tu byk la produk2 penjimatan minyak keluar kat pasaran :lol:

aku rasa tak ramai yg baca artikel dr asri ni. pedas dan sedap :rolleyes:

Agama bukan mengkhayalkan orang miskin.

.

.

Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah? Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri?

.

.

.

sila baca penuh artikel beliau

sumber: utusan online (link)

Edited by soulseex

Share this post


Link to post
Share on other sites

Bak kata Prof Hamdan Adnan Kalau sebelum ni makan 3x sehari kena la makan 2x sehari je...

Edited by Geekspro

Share this post


Link to post
Share on other sites

kita naik beca

sambil berjimat sambil menderma

kesian pakcik2 bawak beca kalau kita naik ada la jgk pendapat diorang..bg lebih skit pun xpe...

Share this post


Link to post
Share on other sites

apapon.. kenaikan haraga barang banyak hikmahnya..

Kesihatan tubuh dan hati

(1) Kurang minum air milo / bergula / bergas (mcm bro kat atas tu) dia minum air suam..

(2) Kurang merokok (pasal nk save bajet)..

(3) Nk keluar lepak2 xsanggup pasal minyak mahal.. jadi kena jimat cermat (guna minyak untuk benda berfeadah)

(4) Bila tak keluar melepak..jadi banyak masa dihabiskan kat umah (mengeratkan silaturahim).. jadi, kasih sayang akan bertambah erat.

(5) Tidak membazir.. pasal rega barang mahal.. secara auto tak membazir.

(6) dan banyak lagi....

.: untuk menjimatkan kos sara hidup (seperti tajuk).. maka nilai2 murni seperti yang dinyatakan..patutlah di ikuti.. sekian

Share this post


Link to post
Share on other sites

Memang pelbagai cadangan boleh diberikan bagi membolehkan rakyat negara ini menyerap tekanan kenaikan harga minyak dan komoditi secara menyeluruh.

Misalnya yang paling mudah ialah mengurangkan segala-galanya - kurangkan makan, kurangkan memandu kenderaan, kurangkan kegiatan, kurangkan penggunaan elektrik, mula menabung, duduk diam-diam.

Semua golongan masyarakat pengguna perlu bertindak dengan bijak dalam berbelanja. Jadi kita mesti kuatkan azam untuk mengambil langkah berjimat cermat supaya nilai wang dalam poket tidak susut dengan ketara.

Barangkali rakyat mungkin sudah lupa bahawa dalam masa beberapa tahun lagi, tiada setitik minyak akan dapat dikeluarkan di Malaysia. Kita mesti berjimat cermat, jangan membazir.

Pejabat kerajaan dan swasta juga harus memperkenalkan langkah penjimatan tenaga yang radikal.

Para pengguna mestilah berhemat dalam perbelanjaan dengan berbelanja mengikut keperluan dan kemampuan.

Paling penting bagi mengurangkan keperitan kenaikan harga bahan api dan barangan, maka pengguna perlu membuat pilihan bijak dengan membandingkan harga dan kualiti barangan kedai sebelum berbelanja.

Melalui berbelanja secara berhemat dan terancang, kita boleh mengurangkan pembaziran.

Kita tahu kerajaan tidak ada pilihan. Tetapi kita sebagai pengguna masih mempunyai pilihan.

Mulai sekarang kita mesti bijak dalam membuat pertimbangan berasaskan maklumat serta bertanggungjawab ke atas perbelanjaan.

Di samping mengawal diri berbelanja, kita juga wajar membantu negara dalam menjimatkan penggunaan tenaga.

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalau korang pakai Core 2 Quad sila jual dan amik sempron AM2......low maintance lagipun duit lebihan tuh leh cover kehidupan selepas minyak naik........

**aku jual Gigbayte 8600GT PCI-E aku

**Aku jual mobo Gigabyte p35 DSL aku

**Pentium D 820 2.8GHZ utk dijuaL

so semua hasil `pendapatan` barnag2 tuh aku akan masukkan dalam bank aku....standby....

semalam aku borak ngan kawan aku seorang tauke kedai makan........alahai kesianya....kena naikkan 50seN tiap2 nasi yg dijual........

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalo stakat jual barang cam nih, lama mana leh bertahan? lagi beruntung pemilik kebun kelapa sawit ngan getah. leh dapat duit cash semakin mencanak skang. lebih dari leh cover kos minyak petrol dan harga barang!

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalo stakat jual barang cam nih, lama mana leh bertahan? lagi beruntung pemilik kebun kelapa sawit ngan getah. leh dapat duit cash semakin mencanak skang. lebih dari leh cover kos minyak petrol dan harga barang!

kita repair komputer la....kalau ada kustomer yg sengal2 tuh kita amik brang dia ......yg barang sedia ada kepunyaan aku .....aku akan jual......so dari situ dia akan pusing2 la(aku jangka untung dlaam rm 300++)..........pasal kalau ramalan aku tepat.....harga minyak akan naik rm 3.00 nanti dalam bulan 8......

alah bro....ko tau komputer macam mana punya barang kan? <_<berlambak2 hdd sata ngan ide kat sini ....memula ingat nak buat spare.....sekali terlampau banyak plak.....so tgk la senang esok lusa ke aku jual `aset` aku kat sini.... :D

Edited by Janice Wei Lan

Share this post


Link to post
Share on other sites

ko tau, aku skang sangat menyampah ngan spare part komputer, MADE IN TAileng! niaga wayar seken pun dah spoloh inggit seketul, aku rasa tak patut kenyang berterusan cam ni

Share this post


Link to post
Share on other sites

Cara aku berjimat

1. Aku tak sarapan pagi walaupun dari dulu aku tak sarapan pagi.

2. Naik moto dgn kelajuan bawah 60 km sejam.

3. Aku biasanya isi minyak penuh untuk mengurangkan pembaziran masa ke stesen minyak beberapa kali.

4. Makan kat umah ajer.

5. Keluar makan dgn kawan2 seminggu sekali dgn bajet RM 6 ( 4 X 6 = 24 )

6. Sabtu Ahad aku duduk rumah sahaja.

7. Aku dah kurangkan aktiviti tgk wayang : 1 kali sebulan ( dulu 3 - 5 kali sebulan ) Nak tgk citer download ajer.

8. Aku letak duit dlm dompet duit aku tak sampai RM 2 kecuali hari untuk mengisi minyak motor, aktiviti 5 dan 6. Utk mengelakkan aku beli benda lain.

9. Dapatkan pengajaran dari rakan2 kita yg kesempitan wang dan yg berhutang keliling pinggang.

Share this post


Link to post
Share on other sites

ala kalo asal naik minyak jer terus jimat atau terus ikat perut...mana tahan macam ni...takkan lah nanti tahun depan harga minyak naik kita terpaksa makan sekali sehari pulak.... dari memikirkan nak jimat itu dan ini kenalah cari bisnes sampingan untuk tambah pendapatan jadi tak da lah sampai mengikat perut... fikir2 kan lah cadangan aku ni...aku tak cakap aku larang korang berjimat tapi kalo berjimat tu biarlah jimat yang sepatutnya kita jimat jer...tak kan makan kena jimat...hai pening lah ini macam...so marilah kita cari bisnes yang mudah, senang, murah untuk dimulakan dan produk tu semua org perlu kan...ok :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

banyak juga idea dan pandangan dari anak-anak muda ni yer.

Nak tak nak kena terima lah sayang hoi. Minyak bukan makin banyak, makanan bukan makin berlambak, jadi kena paham-pahamlah kenapa harganya naik.

Macam mana ngan keta keluaran dari negara india tu? ala yang kecik2 tu yang boleh naik sorang jer, pergi keje oklah. Dia guna bahan ape yer? elektrik atau minyak?

kita naik beca

sambil berjimat sambil menderma

kesian pakcik2 bawak beca kalau kita naik ada la jgk pendapat diorang..bg lebih skit pun xpe...

yang ni saya sokong. Pengusaha beca boleh lah dapat keuntungan. Apelagi berlaburlah dalam perniagaan beca.

Edited by fenzo

Share this post


Link to post
Share on other sites

betul ke minyak dah makin kurang ek?ada tak bukti kukuh untuk menyokong hujah ni?

betul2 konfius....setau aku ni antara agenda barat nak propaganda dunia dengan dakyah dorang supaya berlaku kepincangan akibat ekonomi amerika yang agak gawat lately....aktiviti gali minyak tetap gak rancak, huhu...

Share this post


Link to post
Share on other sites

ader x teknik ...

duit makan RM10 jer seminggu ... x guna skill maggie r...nk muntah :(

Share this post


Link to post
Share on other sites

ader x teknik ...

duit makan RM10 jer seminggu ... x guna skill maggie r...nk muntah :(

ko puasa r..jimat mmg jimat..bukak pose ala kadar je..dapat pahala lg.. :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

betul ke minyak dah makin kurang ek?ada tak bukti kukuh untuk menyokong hujah ni?

betul2 konfius....setau aku ni antara agenda barat nak propaganda dunia dengan dakyah dorang supaya berlaku kepincangan akibat ekonomi amerika yang agak gawat lately....aktiviti gali minyak tetap gak rancak, huhu...

kalau nak bukti kukuh, rasanya anda kene pergi ke loji minyak lah nampaknya dan tanya kat jurutera2 kat sane, banyak ke lagi hasil keluaran minyak mentah nie?? ada tak hasilnya sama macam 10-50 tahun yang dulu?

Kita fikir secara rasional jelah, macam tanah, tanah makin lama harganya akan naik, dari semasa ke semasa, dulu RM15,000 sekarang RM150,000. Faktor kenaikan harga tanah ada banyak, salah satunya kepadatan penduduk dan kedudukan tanah itu. Sama seperti minyak, permintaanya semakin bertambah berlipat kali ganda sebab pejalan kaki dah mula pakai moto, pembawa motor dah mula pakai keta dan seterusnya. Apabila permintaannya meningkat maka hasil minyak mentah harus dipertingkatkan, tapi apa boleh buat, malaysia bukan raja minyak seperti arab saudi dan negara pengeluar minyak yang lain.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Pakai NGV.

Bagi yg pakai kereta, takde motosikal, beli motosikal baru untuk guna pergi kerja. Jalan-jalan balik kampung dgn family baru la guna naik kereta.. Yg pakai 125z ke rxz, tukar moto ke 100wave je... ^_^

Pakai basikal 1 idea yg kurang bernas... kalau nak suruh pakai basikal, aku nak tgk Pak Lah pegi kerja pakai basikal dulu..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...