Jump to content
Sign in to follow this  
aczan

Handycam

Recommended Posts

Boleh bagi tahu tak kalau kita nak beli Handycam..apakah fungsi-fungsi penting yang harus ada bagi handycam tersebut? Sebab sekarang ni terdapat pelbagai model dan pelbagai fungsi..Ada aku tengok kat kedai semalam MODEL SONY SR300E..Ok tak model ni?

Nak tanya lagi: Apakah semua model handycam boleh kita letak 'lampu limpah'? bagi rakaman malam? Sebab aku tanya jurujual kat kedai semalam tentang model di atas samada model itu boleh guna 'lampu limpah' tak, dia kata tak pasti.

Ni antara fungsi bagi model SR300E - harap sapa-sapa yang pakar dalam bidang handycam boleh jelaskan apakah kesemua fungsi yang terdapat ini sudah okey bagi kita beli handycam ini..

Built-in 40GB Hard Disk Drive

‧ ClearVid™ CMOS Sensor and Enhanced Imaging Processor (Still image resolution: Max. 6.1 Mega Pixels) (Gross: approx. 3,200K; Movie mode: 2,280K effective pixels / Still mode: 2280K effective pixels)

‧ Carl Zeiss® Vario-Sonnar T*lens (filter diameter: 37mm)

‧ VBR: Variable Bit Rate

‧ One Touch Disk Burn

‧ Supplied with Handycam® Station (with “One Touch Disk Burn†button)

‧ Zoom: 10x Optical / 20x Digital

‧ Minimum Illumination: 1.5 lux

‧ Super SteadyShot™ (Optical) (Active Lens Method)

‧ Dual Recording Function: 4.6 mega pixels at 2,848 x 1,602, 16:9 for video recording

‧ Smooth Slow Recording with Audio Recording Function

‧ Dolby Digital 5.1 Creator

‧ 5.1 ch Center Mic compatible

‧ 2.7 inch 211K dots Clear Photo LCD Plus

‧ Touch Panel

‧ Stamina of H-series InfoLithium Battery System, can be prolonged up to 160 minutes with NP-FH70 InfoLithium Battery, and the remaining battery life can be shown in minutes

Edited by aczan

Share this post


Link to post
Share on other sites
besar capasity hdd 2..best gak record2.cuma aku terpk je,hdd 2 lasak ke dengan kegunaan seharian.aku sbnrnya prefer dvd/tape/memory card dari hdd..tp spec mmg dah cun laa..berapa harga market model 2?

Share this post


Link to post
Share on other sites

besar capasity hdd 2..best gak record2.cuma aku terpk je,hdd 2 lasak ke dengan kegunaan seharian.aku sbnrnya prefer dvd/tape/memory card dari hdd..tp spec mmg dah cun laa..berapa harga market model 2?

RM3,999

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku lg suka pakai miniDV, senang nk edit. aku pakai panasonic 3ccd nv-gs330 miniDV. cuba kau masuk dlm u tube taip nv-gs330 atau nv-gs320 utk tgk video yg depa upload. aku beli dlm rm1999 kt penang. nie cth clip video aku my blog

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku lg suka pakai miniDV, senang nk edit. aku pakai panasonic 3ccd nv-gs330 miniDV. cuba kau masuk dlm u tube taip nv-gs330 atau nv-gs320 utk tgk video yg depa upload. aku beli dlm rm1999 kt penang. nie cth clip video aku my blog

[/quote

aku sebenarnya masih tak tahu mana lebih bagus pakai miniDV atau HDD? Tapi cina kedai tu beritahu aku, kalau pakai mini DV..harga dia dalam RM30 sekeping...

Share this post


Link to post
Share on other sites
miniDV blh guna berulang kali..ko tanya x kat tokey 2 mana lg elok? HDD ke miniDV

Share this post


Link to post
Share on other sites

miniDV blh guna berulang kali..ko tanya x kat tokey 2 mana lg elok? HDD ke miniDV

Dia kata HDD adalah yang terbaru..dan dia cadang aku beli yang tu...Se lagi nak tanya..pasal lampu vediolight tu..semua model ke boleh guna benda tu?

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku sebenarnya masih tak tahu mana lebih bagus pakai miniDV atau HDD? Tapi cina kedai tu beritahu aku, kalau pakai mini DV..harga dia dalam RM30 sekeping...

Ehh... mana ada rm30 sekeping aku duk kt penang dpt beli antara rm10-15 aje sekep[ing (mungkin murah lagi)..... nie cuba baca sifu gcloud bercerita pasal dilema nie

http://gcloud.com/v2/

Jadi persoalan yang timbul mana satu yang kita nak pilih. Kalau ditanya pada saya saya akan buat priority seperti dibawah

1. MiniDV cam (menggunakan minidv tape) – sebabnya quality jauh lebih baik dari kesemua video cam untuk pengguna yang lain. . Mudah untuk diedit. Quality video setelah diedit masih pada tahap yang excellent.Format dv juga digunakan oleh broadcasting . Kekurangannya menggunakan tape – 1 tape mini DV boleh rakam sejam video. Tranfer video ke pc sama jumlah masa dengan masa yang dirakam ke tape – cth kalau video tersebut sejam dan kalau kita nak tranferkan video tersebut ke pc jadi masa juga sejam. Menggunakan ruang h.disk yang besar. I jam video menggunakan 13 gig ruang h/disk. Seperti tape yang lain. MiniDV tape mudah terkena fungus . Jadi perlu sentiasa dicuci dan disimpan di tempat yang bersusuaian.Walaubagaimana pun kesemua kekurangan bukan menjadi masalah besar kerana h/disk yang bersaiz besar berharga jauh lebih rendah kalau dibandingkan 3 – 5 tahun yang lepas. Rata-ta pengguna pc sekarang menggunakan 80gig. Saiz ini cukup untuk menampung video dalam format ini. Walaubagaima pun adalah dinasihatkan menggunakan h/disk yang berasingan untuk video. Pita miniDV tape juga telah turun pada harga yang begitu rendah jika dibandingkan 3 – 5 tahun yang lepas. Jadi tak ada masalah untuk membeli lebih dari satu mini Dv tape. Hampir semua video editing software menerima format video dari miniDV cam. Jadi tak masalah untuk kita edit dalam mana-mana editing software.Video yang telah diedit boleh disimpan semula ke mini DV tape dengan menggunakan firewire.

2. DVD cam. Quality pada tahap yang baik. Mudah untuk ditranfer ke pc kerana kita just drag kan file ke pc dari DVD disk. Untuk DVD cam selalunya menggunakan DVD-rw disk jadi sekeping dvd boleh digunakan berulang-ulang kali. Kalau kita nak tengok terus rakaman dvd tadi boleh dimainkan di dvd player (setelah dvd tadi di finalizekan). Kelemahannya quality tidak sehebat miniDV cam. Ini kerana camera ini menggunakan format mpeg2 dvd satu format yang telah dicompress. Even video pada mini DV tape juga telah dicompress tetapi cara dan jumlah compression berbeza dengan cara mpeg2 dvd format. Jadi quality mini dv jauh lebih baik. Masalah akan timbul kalau nak melakukan editing. Ini disebab oleh mpeg2 dvd bukanlah satu format yang sesuai untuk editing. Tak semua video editing software dapat melakukan kerja-kerja editing dengan smooth kalau kita menggunakan mpeg2. Sestengah video editing software langsung tidak menerima mpeg2 format. Seperkara lagi ada besar kemungkinan video tadi tak boleh dimainkan di pc. Pertama secara default untuk windows XP..codec untuk mpeg2 tidak diinstall. Untuk memainkan mpeg 2 codec ini mesti diinstall. Caranya samada install dvd player cth Power DVD atau windvd. Bila kita install codec untuk mpeg2 juga akan diinstall . Kita juga boleh install codec mpeg2 dengan install mpeg2 codec yang boleh didapati secara percuma di internet. Satu lagi kemungkinan hanya gambar sahaja yang keluar tanpa audio. Ini kerana dvd cam menggunakan format dolby digital (ac3). Secara default codec untuk ac3 tidak diinstall di dalam windows XP. Jadi kita kena install ac3 codec yang juga boleh didapati secara percuma di internet. Seperti yang saya katakan tadi mpeg2 dvd format bukanlah satu format video yang sesuai untuk tujuan editing. Ini kerana cara video tersebut dicompress memang berbeza dengan miniDV avi (minidv cam). Ini disebabkan masalah GOP. Sila baca penerangan mengenai GOP di sini . Ini akan menyebabkan video tidak smooth semasa melakukan editing. Satu lagi di dalam mpeg2 dvd kita boleh setkan pelbagai setting seperti bitrate, resolution, audio format. Masalah yang timbul jika kita tidak setkan setting tadi sama dengan video asal semasa editing..ini menyebabkan kerja editing menjadi lambat dan semasa save semula masa rendering menjadi perlahan dan quality kemungkinan besar akan bertambah buruk kerana video tadi sekali lagi dicompress. Satu lagi masalah yang mungkin timbul bila kita insert dvd disk dalam pc..kita tak boleh nampak file yang ada di dalam disk.. Jika ini berlaku kemungkinan dvd-disk tadi tidak difinalize dari dalam kamera. Kalau belum difinalize ini membolehkan dvd tadi disambung rakaman pada video cam. Untuk dibaca di pc disk tadi mesti di finalize. Memang ada software utility yang membolehkan pc membaca dvd yang belum di finalize..tapi masalahnya bukan semua tahu kewujudan sofwatre utility tersebut. Dan satu lagi ia tak menjamin semua dvd yang belum di finalize boleh dibaca. Walau bagaimana pun bukan semua software tidak boleh edit mpeg2 dengan smooth. Terdapat bebeberpa software yang saya rasa mudah dan sesuai untuk edit mpeg2 dvd cthnya Womble Mpeg Editor.

3. HDD cam – format video sama dengan dvd cam Cuma sestengah hdd cam menggunakan mpeg4 / ACVHD format. Dari segi quality sama macam dvd cam (bergantung pada setting yang digunakan).. Kelebihan tak perlu menukar tape / dvd disk. Masa Mudah ditranfer ke pc dengan hanya menggunakan USB cable. Dari segi editing juga mempunya masalah yang sama dengan DVD cam . Jika h/disk rosak memang langsung tidak boleh digunakan dan kos menganti agak tinggi. Ini kerana h/disk yang digunakan bukan seperti h.disk biasa yang digunakan pada pc

Edit Video dari DVD CAM

Tak lama dulu saya ada menulis article mengenai DVD cam.. bagaimana nak edit dan sebagainya. Dalam artikel tersebut saya ada menyebut gunakan Tsunami mpeg editor untuk convert ac3 ke mpeg2 audio format supaya bila kita edit suara akan keluar bersama video. Salah satu masalah yang sering saya terima dari pengguna DVD cam ialah bila edit suara tak keluar. Ini kerana DVD cam menggunakan ac3 (dolby digital) format untuk audio. Jika kita edit dalam video editing software kemungkinan hanya gambar sahaja yang keluar tetapi audio tidak dapat didengar. Ini berpunca sesetengah editing software tidak support ac3 format masa editing. Kedua pc kita tak ada ac3 codec jadi audio dari dvd cam tidak dapat di decode.

Jadi kali ini saya cuba terangkan bagaimana nak edit video dari DVD cam menggunakan keadah yang paling senang dan lebih user friendly dari apa yang pernah saya terang dulu. Ini kerana dua tahun yang lepas DVD cam masih baru tak banyak software yang support ac3..Jadi untuk edit video dalam editing software memang masalah. Tetapi sekarang saya dapati ada beberapa software yang boleh edit .vob file dari dvd cam terus dari dalam editing software.

Perkara yang anda harus lakukan sebelum edit video dari video cam.

1. Finalizekan DVD anda. Finalize bermaksud dvd disk tersebut dijadikan dvd-video disk yang mana boleh dimainkan dimana-mana dvd player. Finalize juga diperlukan jika anda ingin akses video tersebut di pc. Ramai yang hairan kenapa dvd disk bila dibuka tidak ada file..ini berpunca dari dvd tersebut masih belum difinalize. Terdapat dua jenis finalize dalam DVD cam.

i. Finalize dalam VR mode -dalam mode ini dvd tersebut tidak boleh dimainkan di dvd player biasa. Ada juga dvdplayer yang support dvd disk yang difinalizekan dalam VR mode, jadi dvd-disk dalam mode ini boleh dimainkan di player tersebut. VR mode juga bertujuan untuk kita akses video file dari dvd-disk tersebut jika tak difinalize kita akan dapati dvd disk tersebut kosong tiada sebarang file.

ii.Finalize kan DVD-video mode. Dalam mode ini dvd-disk tadi akan di jadikan DVD-video compliance disk. Jadi dvd-disk dalam mode ni boleh dimainkan di semua dvd player dan di pc dan kita boleh akses dan lihat sebarang file yang ada di dalam dvd-disk tersebut. Cuma masalahnya dalam dalam mode ini Kita jadi keliru yang mana saya file yang nak dipilih. Ini kerana bila di finalizekan di dalam DVD-video mode terdapat dua folder pertama AUDIO_TS dan kedua VIDEO_TS. Di dalam Video_TS terdapat beberapa file seperti. BUP , IFO dan .VOB. Jadi pengguna keliru yang mana satu video file. Dan yang menjadi masalah juga di dalan dvd video jika file video tersebut melebhi 1 gig cth 3 gig ia kan dipecahkan ke tiga bahagian cth : vts_01_01.vob, vts_01_02.vob dan vts_01_03.vob. Ini mengeliru pengguna. Sebenarnya ketiga-tiga file ini adalah mpeg2 file iaitu video file cuma ia dipercahkan menjadi beberapa bahagian sekiranya file tersebut lebih dari 1 gig.

Jadi di antara dua mode ini saya sangat menggalakkan guna VR mode semasa finalize. Ada beberapa advantage menggunakan mode ini. Pertama kita boleh tengok thumbnail video semasa kita open dvd-disk tersebut di pc. Setiap thumbnail displit berdasarkan bila kita tekan record da pause button pada dvd cam. Ini memudahkan kita memilih masa satu clip yang ingin diedit atau bila kita edit tak perlu kita splitkan video tersebut di dalam video editing software. Tidak seperti dalam DVD-video mode ia telah menjadi satu file.

Transfer video ke pc.

Note: Cara ini berdasarkan dvd cam jenis Sony yang ada pada saya. Jadi saya tak dapat nak pastikan cara jika anda menggunakan camera dvd cam dari jenama yang lain. Tetapi saya rasa lebih kurang sama.

Steps

1. Finalizekan dvd anda dalam VR mode di camera dvd cam anda.

2. Masukkan dvd-disk ke dvd-drive. DVD cam menggunakan 8cm diameter dvd disk atau lebih dikenali sebagai mini DVD disk. Letak dvd tadi diruangan yang sesuai di tray dvd drive anda. JIka dvd disk tersebut di finalizekan dalam VR mode. kita boleh tengok ada beberapa Thumbnail video clip. Buat satu folder dan tranferkan semua clip ke pc dengan dragkan ke folder yang kita telah buat tadi. Saya sangat menggalakan kita copy video clip tadi ke pc kerana kalau direct access dari dvd disk slow teruma bila kita buat buat fast forward semasa editing. Kadang-kadang pc boleh hang kerana DVD drive akan ambil masa untuk akses ke sesetengah bahagian di dalam dvd-disk.. jadi copy semua clip tersebut ke dalam pc sebelum buat editing.

3. Klik salah satu clip yang kita tranferkan kan ke pc. Jika kita boleh lihat video terebut bermakna tak ada masalah untuk kita edit video tersebut di dalam perisian video editing. Saya juga menggalakan install software seperti Cyberlink power DVD atau mana-mana dvd player software. Ini membolehkan video dalam format mpeg2 dimainkan sebab bila install dvd player software codec untuk mpeg2 diinstall sekali. Windows XP secara default tidak ada mpeg2 dvd codec.

Edit video

Ok ini penting.

Saya menggalakan guna tiga perisian ini untuk edit video dari dvd cam

1.Ulead Video Studio 11 - Software ini boleh direct edit video dalam DVD-video mode atau akses video dalam format .vob dan juga boleh terima video jika kita finalize dalam VR mode. Kedua software ini juga support ac3 (Dolby digital). Jadi masalah gambar sahaja yang keluar dan suara tidak keluar tidak berlaku lagi. Ketiga very user friendly dan banyak effects yang boleh mencantikkan lagi video anda..Ke empat kita boleh terus burn ke DVD sebagai dvd video dan create menu tanpa menggunakan mana-mana authoring software secara berasingan. Dan juga boleh terus burn ke VCD jika mahu. Software ini juga support format AVCHD yang terdapat pada sestengah dvd cam atau hardisk cam. Jadi saya sangat galakan gunakan software ini.

2. Womble Video Wizard DVD. - Juga support .vob file dan mpeg dvd file dan support ac3 (dolby digital) audio format. Ia juga boleh burn ke DVD disk dan create dvd menu. Cuma tidak sebanyak function seperti Ulead. Cuma kelebihan software ini edit didalam mpeg samada mpeg1 atau mpeg2 sangat cepat dan kita boleh srubbing video di timeline dengan smooth.

3. Cyberlink power director

Jadi jika anda ada masalah untuk edit video dari dvd cam, cuba ikut cara saya terangkan di atas. Perlu diingatkan edit dalam mpeg dvd file mungkin slow sedikit jika dibanding kalau edit dalam format avi dv yang digunakan di dalam miniDV cam.. Tapi cara ini adalah yang paling mudah dan paling sesuai untuk mereka yang tak mahu memikirkan dari segi technical dan sebagainya.

Selamat mencuba dan semoga dapat membantu.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ehh... mana ada rm30 sekeping aku duk kt penang dpt beli antara rm10-15 aje sekep[ing (mungkin murah lagi)..... nie cuba baca sifu gcloud bercerita pasal dilema nie

http://gcloud.com/v2/

pertanyaan saya tentang videolight tu masih belum terjawab nampaknya...Tak ada sapa yang tahu ke..??

Share this post


Link to post
Share on other sites

semua vcam boleh guna light tu, kalau tak da kaki boleh pegang je...

guna lampu suluh pun ok... tapi ada efek color lebih kuning...

kalau guna yang led...color ok ....

tapi jangan guna yang terang sangat, efek tak cantik....

tapi 1.5 lux tu kira ok je.. ada yang 0 lux masih boleh fokus...

kalau yang guna hdd ni kelemahanya satu je.. lepas shooting kena la, transfer/edit/burn dvd. kalau lupa atau tanguh tanguh...

kena gambar baik hdd full lak putih mata....

Share this post


Link to post
Share on other sites

semua vcam boleh guna light tu, kalau tak da kaki boleh pegang je...

guna lampu suluh pun ok... tapi ada efek color lebih kuning...

kalau guna yang led...color ok ....

tapi jangan guna yang terang sangat, efek tak cantik....

tapi 1.5 lux tu kira ok je.. ada yang 0 lux masih boleh fokus...

kalau yang guna hdd ni kelemahanya satu je.. lepas shooting kena la, transfer/edit/burn dvd. kalau lupa atau tanguh tanguh...

kena gambar baik hdd full lak putih mata....

Betul ke gambar yang kita ambil jenis hdd agak kurang terang kalau nak dibandingkan dengan jenis pakai cd? Juga nak tahu, betul ke video yang kita ambil dengan handycam (jenis HDD) akan ada masalah bila kita nak edit ? saya ingat nak edit dengan WMM je. Macam saya edit gambar video yang saya ambil dari kamera digital..

Edited by aczan

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...