Assalamualaikum. Komputer aku tak ada program Microsoft Publisher. Aku nak masukkan program tu kat Pc aku. Cari punya cari, aku ada jumpa satu CD Microsoft Office 2000 Premium (yang aku pernah beli dulu) dan aku tengok dalam CD tu ada program M/Publisher. Aku cuba Install CD tu..tapi yang jadi masalahnya, bila aku cuba nak Install..dia akan keluar program Microsoft Office 2000 Premium dulu..sedangkan aku tak mahu program tu, aku mahu program M/Publisher.Jadi, macam mana cara yang betul yang harus aku buat untuk aku dapat masukkan program M/Publisher kat dalam PC aku. Sekian, terimakasih..