Balthazor 1 Report post Posted February 27, 2008 (edited) nama asal dia [email protected] nama islam yg besh untuk dia?.......dalam otak aku ada Nur dan Siti je......tapi macam ada yg x kena plak nama tuh.....any ideas?......aku pikir juz Siti MeiLing binti abdullah ngan Nurul AiLing binti abdullah......aku rasa macam x sedap plak........... Edited February 27, 2008 by I am The Angel Of Dead Quote Share this post Link to post Share on other sites
Athrun Zala 02 1 Report post Posted February 27, 2008 Siti Aishah Mei Ling Binti Abdullah atau Zinnera Mei Ling Binti Abdullah atau Ainul Mardhiah Mei Ling Abdullah???rasa mcm panjang lak nama ni.hu6.Sumayyah Mei Ling Abdullah ok gak??hu6 Quote Share this post Link to post Share on other sites
hairulfadly 27 Report post Posted February 27, 2008 Buang la nama Mei Ling tu. Tak boleh ke ?Fatimah Zahrah binti AbdullahNurul Syuhada binti AbdullahIlliyana Sofea binti AbdullahNurul Fatin binti AbdullahSusah sangat ko cari la kat sini :http://www.dzikir.org/b_nama20.htm Quote Share this post Link to post Share on other sites
xtreme_paranoid 0 Report post Posted February 27, 2008 saudara baru la nie ea?name asal die tu die tetap nak ader gak?kalau die nak gak..xper la.aku penah jumpe pendakwah gune name asal die..name asal die tu berbin kan abdullah.so x salah aku rase kalau nak kekalkan name asal die tu. Quote Share this post Link to post Share on other sites
Balthazor 1 Report post Posted February 27, 2008 Buang la nama Mei Ling tu. Tak boleh ke ?mana boleh buang......tuh kan nama mak bapak dia bagi.......kalau boleh buang pun juz Mei atau Ling bukan kedua2 sekali Quote Share this post Link to post Share on other sites
diamondclow 0 Report post Posted February 27, 2008 Ling Baizura Bt Abdullah haha~juz jkNur Balqis Ling Bt Abdullah @Nur Ling Balqis Bt Abdullahko panggil dier DarLing ok gak Quote Share this post Link to post Share on other sites
sixx 0 Report post Posted February 28, 2008 mei ling tu ape maksudnya? ko translate je ke bahasa arab Quote Share this post Link to post Share on other sites
dukun 0 Report post Posted March 1, 2008 x kisah ko guna nama mei ling pun, asalkan nama dia baik maknanya, sebab dulu ada tok guru bagitau, kekalkan nama lama pun takpe, x semestinya kena tukar nama, asal maksud nama tu baik.. Quote Share this post Link to post Share on other sites
RavMonDok 1 Report post Posted March 1, 2008 nama asal dia [email protected] nama islam yg besh untuk dia?.......dalam otak aku ada Nur dan Siti je......tapi macam ada yg x kena plak nama tuh.....any ideas?......aku pikir juz Siti MeiLing binti abdullah ngan Nurul AiLing binti abdullah......aku rasa macam x sedap plak...........Tak silap aku laa.. siti ni maknanya puan.. Mana ade owang arab pakai nama ni... Siti Khadijah maksudnye Puan Khadijah... Siti Nurhaliza = Puan Nurhaliza.. Kalo lelaki sidi = tuan ataupun Sayyid. Kalo sa'id bermaksud bahagiaLagi satu kalo sebut Nurul ni tak lengkap... tergantung... Kalo Nur ..ok. Kalo ko sebut Nurul Ai Ling bermaksud cahaya Ai Ling... Apo kobondo tu???Ni aku copy paste pasal Menukar Nama Bagi Orang Yang Peluk IslamDisember 31, 2007 — mohd masri[1]Hukum Menukar NamaNama adalah pengenalan bagi seorang manusia. Seseorang itu akan dipanggil dan dikenali melalui namanya. Urusan kehidupan dunia ini menuntut setiap manusia agar mempunyai nama, justeru semua tamadun manusia menggunakan nama sebagai pengenalan diri. Di dalam Islam nama bukan sahaja digunakan untuk urusan di dunia bahkan nama juga akan dipanggil di akhirat kelak. Dalam sebuah hadith riwayat Abu Daud yang disahihkan oleh an-Nawawi dan Ibn Hibban, Rasulullah S.A.W bersabda:“Sesungguhnya kamu semua akan dipanggil pada Hari Kiamat dengan nama kamu dan nama bapa-bapa kamu, oleh itu perelokkanlah nama-nama kamuâ€.Oleh kerana nama ini merupakan syiar bagi insan, Rasulullah S.A.W telah menukarkan nama beberapa orang sahabat yang tidak baik maknanya kepada nama yang mempunyai makna yang baik. Kata Abu Daud:“…Nabi S.A.W telah menukar nama al-‘As (keengkaran), ‘Aziz (salah satu daripada nama Allah yang bermaksud Maha Perkasa), ‘Atalah (kasar dan keras), Syaitan, al-Hakam (salah satu daripada nama Allah yang bermaksud Maha Bijaksana), Ghurab (jauh atau burung gagak), Hubab (nama bagi syaitan dan nama sejenis ular) dan Syihab (nyalaan api) kepada Hisyam (pemurah) dan menukarkan nama Harb (perang) kepada Salm (perdamaian)….†Berdasarkan himpunan nas-nas syarak, dapat disimpulkan bahawa hukum menukarkan nama bagi seorang Muslim adalah berbeza mengikut keadaan:i- Wajib: Sepakat para sarjana Islam mengharamkan setiap nama - tidak kira dalam bahasa apa sekalipun - yang berunsur kufur, syirik dan menyaingi Allah seperti nama-nama dewa dan berhala. Ini berdasarkan hadith riwayat Muslim daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.AW bersabda: “Sesungguhnya sehina-hina nama di sisi Allah ialah seorang lelaki yang bernama Malik al-Amlak (Raja segala raja).â€An-Nawawi telah menamakan bab bagi hadith-hadith seperti ini sebagai: Pengharaman memakai nama Malik al-Amlak dan Malik al-Mulk (Raja Segala Raja).Jika begitu, tentulah menukarkannya kepada yang lebih baik hukumnya wajib.ii- Mustahab (Sunat): Selain daripada nama-nama yang diharamkan tetapi mengandungi makna yang tidak elok, sunat untuk diubah. Tiada paksaan dalam mengubahnya. tidak Dalil yang jelas berhubung perkara ini ialah hadith riwayat al-Bukhari daripada Said al-Musayyib daripada bapanya:“bahawasa bapanya datang kepada nabi S.A.W lalu baginda bertanya: Siapakah namamu? Jawab beliau: Hazn (dukacita). Sabda nabi: Engkau Sahl (mudah), jawabnya: Aku tidak akan mengubah nama yang diberikan kepadaku oleh bapaku. Kata Said Bin al-Musayyib: Selepas itu kami terus-terusan dirundung kesedihan.â€Al-Tabari menyatakan bahawa nabi S.A.W tidak menukarkan nama-nama tersebut dengan tujuan melarangnya tetapi hanya sebagai pilihan. Demikian juga jika hukumnya wajib tentu baginda tidak akan membiarkan keengganan Hazn menuruti cadangan baginda. Para sahabat r.a juga tentu tidak sewenang-wenangnya mengengkari arahan nabi melainkan mereka memahami itu hanyalah cadangan daripada baginda S.A.W. An-Nawawi umpamanya menamakan tajuk bagi hadith-hadith riwayat Muslim berkaitan hal ini sebagai: Bab disukai menukar nama yang buruk kepada yang baik… iii- Harus: Apabila seseorang itu sudah memiliki nama yang maknanya baik, beliau boleh menukarnya kepada nama lain yang juga baik maknanya atau mengekalkan apa yang sedia ada. Dalam hal ini, nama tersebut tidak semestinya di dalam Bahasa Arab seperti yang disalah sangka oleh ramai orang. Nama seperti Merdeka (Bahasa Melayu) atau Goodwill (Bahasa Inggeris) atau Thirugnana (Bahasa Tamil/Sanskrit) mengandungi maksud yang baik, justeru tidak perlu diubah.iv- Makruh: Orang Islam digalakkan memiliki nama yang baik. Oleh itu menukar suatu nama yang sudah elok kepada yang kurang elok atau yang tiada makna, hukumnya makruh. Contoh yang ketara ialah tindakan meringkaskan nama hingga membawa kepada tiada makna.v- Haram: Menukar suatu nama kepada nama yang dilarang, hukumnya haram. Tukar Nama Bagi ‘Saudara Baru’ Isu yang sering dikaitkan dengan penukaran nama ialah apabila seorang bukan Muslim menukar agamanya kepada Islam. Perkara ini apabila tidak disuluh dengan dalil, hanya akan menyebabkan kesukaran dan membebankan ‘saudara baru’ itu. Apabila orang-orang yang meneliti nas cuba membicarakannya, ia hanya mendatangkan kekeliruan. Oleh itu sesiapa yang ingin membicarakannya hal ini sepatutnya memandangnya dari sudut nas, bukan tegar dengan amalan sedia ada tanpa memperdulikan nas. Berasaskan hukum menukar nama yang telah dibentangkan, dapat disimpulkan bahawa tuntutan menukar nama ke atas ‘saudara baru’ adalah berdasarkan makna yang dikandung oleh nama tersebut. Jika namanya mengandungi atau dirangkaikan dengan nama dewa tertentu sebagaimana yang dilakukan oleh penganut Hindu, dia wajib mengubahnya. Begitu juga jika makna yang dikandungnya bermaksud kekufuran. Jika namanya sekadar mengandungi maksud yang tidak baik, sunat baginya mengubahnya. Tetapi jika nama yang dimiliki membawa maksud yang baik dalam bahasa ibundanya, dia tidak dituntut untuk menukarnya. Lebih lebih lagi jika ia mengandungi kepentingan dalam pekerjaan, perniagaan, dokumen perjalanan apatah lagi hubungan kekeluargaan. Hal ini bergantung kepada kepentingan dan kemudaratan yang bakal timbul jika sebarang penukaran dilakukan. Situasi seseorang adalah berbeza antara satu sama lain. Ada ‘saudara baru’ yang terpaksa berhadapan dengan kesukaran menggunakan nama baru dan ada juga yang lebih mudah dengan nama barunya.Dalam satu kes seorang warga Pakistan yang tinggal di Arab Saudi bernama Ilahi Bakhisy yang bermaksud “Anugerah Allah†di dalam Bahasa Urdu. Nama tersebut telah mendatangkan masalah padanya dan dipersoalkan oleh beberapa pihak kerana kalimah Ilahi mendahului kalimah Bakhisy. Masalah yang timbul menyebabkan beliau mengemukakan soalan tentangnya kepada Lajnah Tetap Kajian Ilmiah dan Fatwa Arab Saudi. Jawapan daripada Lajnah Fatwa adalah seperti berikut:“…tiada masalah untuk memakai nama Ilahi Bakhisy yang maknanya di dalam Bahasa Arab: ‘Atiyatullah atau Hibatullah (Anugerah Allah), dan jika kamu menukarnya kepada maknanya di dalam Bahasa Arab adalah lebih selamat bagi kamu.†Disediakan oleh:Abd. Rasyid Bin Idris @ Adir18, Jalan 1, Taman Relau Indah, 14200 Sg. Jawi, Sbrg. Perai Selatan.019-4572949* Penulis adalah Presiden Institut Al-Qayyim, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.[1] Ini adalah artikel yang telah dihantar ke akhbar bagi menjawab isu ‘Bin Abdullah’ di kalangan saudara baru, tetapi ia tidak disiarkan.SUMBER Quote Share this post Link to post Share on other sites
madaya 0 Report post Posted March 1, 2008 jadi nak kekalkan la nama mei ling tu yer? Quote Share this post Link to post Share on other sites
sementara_waktu 0 Report post Posted March 1, 2008 ingat nak cdgkan En Angel kasi nama Sarah Mei Abdullah @ Sarah Ling Abdullah.... Sarah (kegembiraan) sempena nama isteri nabi Ibrahim... n nama tu simple. Pastuh terpk plak... kalo org Cina panggil karang jadi "Salah" plak.... tak ker? hehehe ..... nway... ada byk nama yg baik....cume pastikan tuan punya badan suke nama tuh juge.... Quote Share this post Link to post Share on other sites
Balthazor 1 Report post Posted March 1, 2008 ingat nak cdgkan En Angel kasi nama Sarah Mei Abdullah @ Sarah Ling Abdullah.... Sarah (kegembiraan) sempena nama isteri nabi Ibrahim... n nama tu simple. Pastuh terpk plak... kalo org Cina panggil karang jadi "Salah" plak.... tak ker? hehehe ..... nway... ada byk nama yg baik....cume pastikan tuan punya badan suke nama tuh juge....Sarah Mei Abdullah.....hrmmm leh tahan...macam mana kalau aku add nur didepan?......ok x pandangan korang?P:S amoi aku kata nak letak nama depan Muhammad ....ketawa teresak2 aku dibuatnya jat situ Quote Share this post Link to post Share on other sites
sementara_waktu 0 Report post Posted March 1, 2008 Sarah Mei Abdullah.....hrmmm leh tahan...macam mana kalau aku add nur didepan?......ok x pandangan korang?P:S amoi aku kata nak letak nama depan Muhammad ....ketawa teresak2 aku dibuatnya jat situok jer kot kalo letak "Nur" tp... biasanya org letak Siti Sarah... rasanya kalau tak yah tambah2 kat depan dah ok dah...nak letak Muhammad? hohoho.. lawak2 ....tp, penah jer jumper 1 pasangan suami dan isteri, kedua2nya bernama "Firdaus" .... Quote Share this post Link to post Share on other sites
Evilngenious 0 Report post Posted March 6, 2008 Maria Nurulislam Abdullah Quote Share this post Link to post Share on other sites
sayw 18 Report post Posted March 6, 2008 apa kata ling nurislah.... best gak tu? Quote Share this post Link to post Share on other sites
aina_sara 0 Report post Posted March 6, 2008 (edited) Sarah Mei Abdullah.....hrmmm leh tahan...macam mana kalau aku add nur didepan?......ok x pandangan korang?P:S amoi aku kata nak letak nama depan Muhammad ....ketawa teresak2 aku dibuatnya jat situnursarah mei bt abdullah.. mmg sedap nama tu. ko suh letak nama ni je. lembut je dengar..*kalu ada sara sara kat depan tu mmg gerenti sedapnye lahhh.. nak lebih sedap boh nuraina sarah mei binti abdullah * Edited March 6, 2008 by aina_sara Quote Share this post Link to post Share on other sites
Balthazor 1 Report post Posted March 7, 2008 nursarah mei bt abdullah.. mmg sedap nama tu. ko suh letak nama ni je. lembut je dengar..*kalu ada sara sara kat depan tu mmg gerenti sedapnye lahhh.. nak lebih sedap boh nuraina sarah mei binti abdullah *aku ingat nak letak NURAINI tapi keluar dalam suratkhabar yg ada nama wakil tuh Nuraini tapi cina panggil dia `Wou ai ni` .......betul ke sebut nama Nuraini lidah berbelit? Quote Share this post Link to post Share on other sites