Jump to content
Mr Ijan

Sistem Operasi Atau Operating System

Recommended Posts

Assalamualaikum, kat sini aku nak tanya mana-mana pelajar atau pekerja dalam jurusan IT/CS atau mana-mana bidang yang berkaitan :

Sekarang nih kalau nak mintak kerja berkaitan sistem admin dan sebagainya, keutamaan diberi kepada calon-calon yang menguasai sepenuhnya kemahiran yang diperlukan oleh syarikat tersebut. Ada yang menggunakan Windows, ada yang ingin menjimatkan kos menggunakan sistem Linux, UNIX, atau sebagainya. Itu belum dipecahkan lagi sistem Linux dan Unix kepada pecahan kecil seperti Ubuntu, Solaris, Fedora, dan sebagainya yang pastinya mempunyai kelainan dan kelebihan masing-masing.

Untuk memulakan benda nih, setakat ni, aku cuma mampu menguasai sistem operasi Windows bermula dari zaman Windows 95 hinggalah kepada Windows XP/Windows Server 2003 . Bukan bermaksud, telah mahir 100% tetapi sekiranya ada permasalahan, ianya dapat difahami, diselesaikan dan solution yang digunakan adalah lebih cepat dan tepat. Proses memahami sistem tersebut adalah sangat pantas berbanding sistem operasi lain. Tetapi hari demi hari, ilmu yang ada masa Windows 3.1/95/98 semakin lama semakin hilang atas sebab-sebab tiada lagi penggunaan sistem tersebut (praktikal) dan tiada pendedahan berterusan.

Bagi sistem operasi Linux Red Hat ataupun Solaris, ia sekadar tahap biasa saja dan tidak lebih dari tu. Lagipun, memandangkan banyak lagi perkara-perkara seperti pengaturcaraan, database dan juga multimedia yang perlu dikuasai dan sangat luas skopnya, penumpuan terhadap sistem operasi agak kurang kerana kekurangan masa, penumpuan, modal, alatan, dan minat.

Oleh itu, berapa banyak operasi sistem yang anda dapat kuasai setakat ini? Adakah ianya terhad kepada 2-3 operasi sistem ataupun minda kita tidak terhad untuk menguasai sebarang ilmu dan seseorang itu mampu menguasai semua operasi sistem yang wujud? Ataupun melalui pengalaman semasa bekerja, seseorang itu mampu menguasai kesemua operasi sistem yang berkaitan dengan pekerjaan mereka tanpa melupakan kemahiran operasi sistem yang terdahulu?

*menguasai di dalam topik ini bermakna anda faham keseluruhan fungsi OS, mampu menyelesaikan sebarang permasalahan dan boleh menggunakannya pada keupayaan maksimum. Ianya bukan bermakna anda mendapat A di dalam modul/subjek semasa di university dan anda mengakui anda telah faham sepenuhnya sistem operasi tersebut

Mari berbincang dan sebarang pendapat yang berkaitan adalah sangat dialu-alukan .. :lol:

Edited by Mr Ijan

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku ko cakap pun aku tak paham.... hahahaha...

setakat ni aku tumpun kat satu os jer... windows.... tu pun tak menguaasai sepenuh nyer lah... setakat 15 peratus kot.... tak master lagi... tak per maser masih panjang ..... hahahahahahahahaha

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku ko cakap pun aku tak paham.... hahahaha...

setakat ni aku tumpun kat satu os jer... windows.... tu pun tak menguaasai sepenuh nyer lah... setakat 15 peratus kot.... tak master lagi... tak per maser masih panjang ..... hahahahahahahahaha

Aiyarkk .. bahasa yang aku gunakan terbelit-belit ke? Sorry sorry .. hehehe . Buat-buat faham sudah .. :P

Share this post


Link to post
Share on other sites

huhu.. aku agak pening ngan ayat-ayat ko ni.. tak cam biase r.. buat buat paham je.. ahaks..

erm.. setakat ni, bagi aku, aku concentrate kat linux n sambil sambil tu aku cbe main main ngan freebsd.. then kalau mmber-mmber aku mngalammi masalah dalam windows, baru aku

cari betol2 ape masalah n try cari solution smpai dapat.. dengan tu, sedikit sbnyak aku bleh tau ape jadi kat windows as well as linux..

Edited by gamekiller

Share this post


Link to post
Share on other sites

So, pada yang veteran, fanatik dan yang dah lama dalam bidang IT nih, is it possible untuk menguasai semua OS? Berusaha itu tangga kejayaan? Tiada yang mustahil dalam hidup?

P/s: Kena makan banyak vitamin nak ingat macam-macam command line .. isk isk isk .. :P

Share this post


Link to post
Share on other sites

Walaupun saya tak ada sijil universiti atau peringkat lulusan tertinggi seperti Degree atau Diploma, tetapi di sebabkan terlalu minat dengan OS, saya telah mencuba banyak OS, selepas MS-DOS dan Win3.0/3.1/3.11, iaitu Win95 hingga WinVista, GNU/Linux dan Linux "LiveCD" (seperti RedHat Linux, Fedora Linux, SuSE Linux, Debian Linux, Ubuntu Linux, PCLinuxOS, Knoppix Linux, Xandros Linux), UNIX (seperti HP-UX, IBM AIX, dan Sun MicroSystems Solaris), famili BSD (seperti FreeBSD, OpenBSD, NetBSD, PC-BSD) dan juga termasuk Apple Mac OS X.

Satu kelemahan yang masih berlaku dan belum berubah dalam Windows OS semenjak Win95 hingga WinVista (pada pendapat saya, hingga hari kiamat) ialah "OVERALL 'big' UNSTABLE & BUGGY OPERATING SYSTEMS". Dan kesemua OS bagi GNU/Linux dan Linux "LiveCD" (seperti RedHat Linux, Fedora Linux, SuSE Linux, Debian Linux, Ubuntu Linux, PCLinuxOS, Knoppix Linux, Xandros Linux) dan sebanding dengan UNIX (seperti HP-UX, IBM AIX, dan Sun MicroSystems Solaris) adalah keperluan TERLALU penting untuk memahami CLI / text-based (Command Line/Console Linux Interface) sebagai "background / back-end" untuk menyelesaikan masalah GUI-based tools/application programs, tetapi OS ini secara keseluruhan-nya memang stabil. Dan OS berdasarkan famili BSD (seperti FreeBSD, OpenBSD, NetBSD, PC-BSD), terlalu menghendaki ilmu yang TINGGI dan DALAM daripada GNU/Linux dan Linux "LiveCD".

Saya berbesar hati untuk mengongsikan ilmu-ilmu yang saya banyak lalui itu, dalam 16 tahun lama-nya.

Salam sejahtera dan terima kasih.

Edited by jam-jemari

Share this post


Link to post
Share on other sites

So, macam mana dengan pengurusan penggunaan OS yang anda pernah pelajari? Dengan OS yang begitu banyak, adakah anda dapat menggunakan tanpa sebarang masalah atau tetap perlu merujuk buku/nota setiap kali menggunakan OS yang berlainan? :wacko:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Untuk pengetahuan semua, kerajaan kini sedang berusaha untuk menggalakkkan rakyat menggunakan sistem perisian Linux meandangkan ia adalah Freeware iaitu kosnya murah berbanding ngan sistem Window, buat masa ini ia dipelopori oleh MAMPU, kakitangan di sana dalam usaha untuk menjadikan perisian ini sebagai salah satu perisian oleh kakitangan kerajaan..jd tak rugi kalau kiter mempelajari lebih banyak sistem perisian cam kata mr ijan,

Share this post


Link to post
Share on other sites

bdak2 cs sem 3 itm

byk gak repeat OS

bapak susah os buku pun tebal

Bila cerita pasal subjek OS kat U, aku tertanya-tanya begitu pentingkah untuk belajar selok-belok OS? atau lebih baik belajar camna nak guna OS tu sehingga ke tahap (lebih baik dari average user)? Nama subjek OS tapi Linux, Windows, Unix, camna nak guna pun orang tak tahu. Agak2 kalu interview nanti, dia suruh demo tunjuk camna nak design OS atas kertas ke atau dorang suruh tunjukkan kemahiran dan pengetahuan pasal cam na nak guna OS? Pelik pelik

Edited by Mr Ijan

Share this post


Link to post
Share on other sites
ak ingat subjek os td... huhu...
apsal x disscuss kat thread operating system... huhu...

ak basically blaja window server 2003...
dr segi security, protocol2 etc....
susah... tp best... (best la sgt...)

ade jgak blaja linux... fedora...
tp lbey kpd kat terminal tu...

and yup... kne rujuk nota jgak...
lain la kalo stiap hari ak pkai os ni...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...