slaughters 1 Report post Posted February 3, 2008 (edited) Assalamualaikum dan salam sejahtera !Mari kembali berseronok dengan Dunia Asas - Asas Rangkaian !Kali ini dengan pendekatan yang sedikit berbeza.Baik, kita mulakan dengan arahan2 untuk mengetahui IP address di dalam PC kita.Bukan tetingkap 'RUN'Kemudian perhatikan tetingkap 'command' keluar.baik, dari command prompt, taip ipconfig, kemudian tekan enter.dan kita akan perhatikan ianya akan memaparkan output sebegini.Baik, perhatikan Ethernet adapter Local Area Connection 3:Media State . . . . . . . . . . . : Media disconnectedIni adalah bermaksud setting pada LAN / ethernet port PC saya tidak mempunyai sebarang konfigurasi. Boleh juga dijadikan panduan untuk tujuan troubleshooting apabila PC tak dapat internet. Perlu diingat, untuk membolehkan PC disambungkan ke satu2 rangkaian samada internet (Streamyx etc ), IP address diperlukan.ok, untuk laptop saya ini, saya menggunakan teknologi 3G, jadi ni adalah setting untuk device 3G saya.Ethernet adapter Wireless Network Connection 3: Connection-specific DNS Suffix . : IP Address. . . . . . . . . . . . : 10.164.151.xxx Subnet Mask . . . . . . . . . . . : 255.255.255.255 Default Gateway . . . . . . . . . : 10.164.151.xxxOk, disini jelas menunjukkan apabila sambungan internet berjaya, Maklumat pada Ethernet Adapter wireless akan terpapar seperti yang ditunjukkan.Bagi user linux, sila taip ifconfig. ( maklumat output yang terpapar mungkin ada sedikit mengelirukan)Bagi yang ada mempunyai 2 PC, dan tidak mempunya switch, anda boleh menggunakan 2 NIC yang disambungkan secara Peer ke pc lagi satu tu. Tapi harga switch dah tak mahal sekarang, mugkin boleh pertimbangkan untuk memiliki satu switch.Untuk membolehkan dua PC berkomunikasi antara satu sama lain, kedua2 PC perlulah mempunyai IP address..Sila setkan IP 192.168.1.1 pada PC A dan IP 192.168.1.2 pada PC B, letakkan subnet mask 255.255.255.0 dan 192.168.1.1 sebagai gateway, walaubagaimanapun, gateway tidak diperlukan kerana rangkaian tidak akan diroute kan kemana2.Dari sini kita dah boleh mula sharing file, sharing printer dan sebagainya. Malah kita boleh buat backup storage.Konsep yang sama dalam wireless sebenarnya. tak lari jauh, cuma ade beberapa konfigurasi yang kita perlu faham untuk membolehkan wireless ini berfungsi dengan baik. Edited February 3, 2008 by slaughters Share this post Link to post Share on other sites
slaughters 1 Report post Posted February 3, 2008 cara lain untuk setting rangkaian ini ialah dari sini..show all connection..right click pada mana2 network setting yang hendak dilakukan.. bagi contoh ini, ini adalah setting pada network 3G saya, ok, pilik pada tcp/ipbaik, apa yang anda perhatikan disini ialah, tiada setting dilakukan terharap properties network 3G, ini adalah kerana IP telah diberikan oleh ISP. maknanya disini kita tak perlu meletak sebarang IP address untuk bersambung ke network 3G. Share this post Link to post Share on other sites
slaughters 1 Report post Posted February 13, 2008 (edited) Kita sambung lagi sedikit.Baik, untuk membolehkan dua buah PC berkomunikasi antara satu sama lain untuk tujuan perkongsian fail ataupun bermain permainan LAN.konfigurasi berikut perlu dilakukan. Ok, ada 2 PC, PC A dan PC B.Penetapan yang perlu dilakukan pada PC A ialah,IP address : 192.168.1.1subnetmask : 255.255.255.0gateway : 192.168.1.1Untuk komunikasi antara 2 PC sahaja, gateway tidak diperlukan, kita boleh biarkannya kosongPenetapan untuk PC B,IP address : 192.168.1.2subnetmask : 255.255.255.0gateway : boleh dibiarkan kosong.cara untuk mengujinya ialah dengan melakukan ujian PING. dan kedua, create satu sharing file, cube browse komputer lagi satu dan lihat jumpe ke tidak sharing file tu.paparan apa sahaja yang dishare pada PC B akan terpapar pada PC A. Cara yang mudah untuk melakukan perkongsian fail dan sebagainya. Edited February 13, 2008 by slaughters Share this post Link to post Share on other sites