Jump to content
Sign in to follow this  
eeya_hunny

Keselamatan Di Malaysia

Recommended Posts

baru2 2 ahli keluarga aku disamun.

first adik aku....

dia kena samun kat gombak. 2 lelaki bermotor (indian) pecahkan cermin keter aku (masa tu adik aku drive keter aku) guna pisau rambo. then rampas handbag adik aku kat seat depan penumpang... adik aku main tarik2 ar ngan mamat2 tu... then derang terus blah.. nasib dapat no moto.... dan barang2 dapat diselamatkan.... masuk paper metro....

second, sayang aku...

dia baru datang dari kedah ke kl.... masa tu kul 6 pagi.. dia jalan kaki dari pudu ke masjid jamek since lrt pertama dah nak jalan. tengah jalan tu, 3 mamat MELAYU (sedih tul aku) tarik dia kat lorong sambil acu pisau. derang wat2 cam tengah nak jumpa member.... then rampas sumer duit dia (RM 6++) ngan hp dia... then tumbuk dia ngan pukul lutut dia ngan cota ke kayu besbol... nasib ader lagi 10 hengget kat dalam poket dia derang tak amik....

persoalannya kat sini..... masih selamat ke negara ni..... masih aman damai ke.... dengan macam2 kejadian... takut tul aku.....

Share this post


Link to post
Share on other sites

Jangan jalan tempat2 yang boleh mendatangkan jenayah. Sebelum keluar rumah, baca doa dan tawakal dulu.... :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

Jangan jalan tempat2 yang boleh mendatangkan jenayah. Sebelum keluar rumah, baca doa dan tawakal dulu.... :D

Bawak duit cukup2 tambang pegi balik aje...lain2 sume guna kredit kad.. :D

Share this post


Link to post
Share on other sites
mane2 negare pun tak aman. macam2 kes ade kat mane2. dah lumrah manusia. ade yang baik dan yang jahat. di sebabkan ini lah penting belajar ilmu mempertahankan diri. sediakan payung sebelum hujan. jangan dah kene baru nak belajar. :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

Jangan jalan tempat2 yang boleh mendatangkan jenayah. Sebelum keluar rumah, baca doa dan tawakal dulu.... :D

Setuju.

Segala2nya serah pada Allah SWT.

Disamping itu, berhati2.

Jangan jalan kat tempat2 yang tak ramai orang dan sunyi.

Musibah = Ada benda yang Allah SWT nak ingatkan kita.

Senantiasalah muhasabah diri.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ana rasa maksud topic starter tu..rasanya sekarang memang dah tak aman macam dulu2.

Dulu2 kita kurang takut sangat...sekarang nih dah lain, macam dah tak aman.Pergi kat KL macam bukan negara Malaysia dah. lagi banyak bangsa lain.

Lagi satu nih.. adalah bala dari Allah atas kelalaian kita.Maksiat/consert/hiburan/media/ (TENGAK SAMBUTAN TAHUN BARU kat KL) boleh dikatakan langsung dah tak banyak isi/bahan yang boleh menaikan saksiah jati diri umat Islam masakini.

Pada ana kerajaan bersalah dan kita pun bersalah...pandangan/pendapat ana je...

Share this post


Link to post
Share on other sites

baru2 2 ahli keluarga aku disamun.

first adik aku....

dia kena samun kat gombak. 2 lelaki bermotor (indian) pecahkan cermin keter aku (masa tu adik aku drive keter aku) guna pisau rambo. then rampas handbag adik aku kat seat depan penumpang... adik aku main tarik2 ar ngan mamat2 tu... then derang terus blah.. nasib dapat no moto.... dan barang2 dapat diselamatkan.... masuk paper metro....

second, sayang aku...

dia baru datang dari kedah ke kl.... masa tu kul 6 pagi.. dia jalan kaki dari pudu ke masjid jamek since lrt pertama dah nak jalan. tengah jalan tu, 3 mamat MELAYU (sedih tul aku) tarik dia kat lorong sambil acu pisau. derang wat2 cam tengah nak jumpa member.... then rampas sumer duit dia (RM 6++) ngan hp dia... then tumbuk dia ngan pukul lutut dia ngan cota ke kayu besbol... nasib ader lagi 10 hengget kat dalam poket dia derang tak amik....

persoalannya kat sini..... masih selamat ke negara ni..... masih aman damai ke.... dengan macam2 kejadian... takut tul aku.....

Yo , Bro. Mana 2 negara, malah mana 2 tempat pun tak selamat. SO bro, pastikan orang pompuan itu kluar berteman, berjalan ngan mahram. Seelok2 nya bawak abang atau ayah.

Kluar bersendirian, bukan takat kena samun, malah macam 2 boleh jadi. Penjenayah, perompak, penyamun, mat rempit atau ape2 ancaman berlegar di luar tu.

Sape yang bertanggungjawab..... Ayah, Abang, atau orang lelaki (mahram) sepatutnya ambil tanggungjawab melindungi mereka dari jenayah, sosial dan kehormatan diri. So Bro, blajar menemankan kakak, adik pompuan atau sayang korang.

288304021lei3.jpg

P/s : Perempuan adalah insan yang lemah, so (lelaki) lindungilah mereka.

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalau citer pasal kes kecurian, rompak, samun, hatta aper2 jenayah sekalipon memang tak abis2.... saye rase semua org kat mesia ada sedara mara atau kenalan rapat yg pernah jadik mangsa jenayah2 nih...... rumah saya sendiri pernah dimasuki 2 org perompak time umo saye 9 tahun..... siang2 plak tuh..... siap acu pisau rambo kat leher mak saya..... (gosh! it feels like yesterday... feel like crying everytime i recall that very moment)..... saya cuma tengok dan saya tak dapat nak buat apa2 selain nangis..... saya nak kuar ikut pintu belakang nak mintak tolong jiran2 tp saya takut kalau2 saya tak dapat jumpa mak saya lagi dah.......

mujur Allah selamatkan kami semua time tuh... ader jiran yg nampak sbb dier dgr budak2 nangis (saya ngan adik saya la tuh)... so perompak pon lari..... bwk proton saga kaler biru..... platnyer pon dapat sbb mak saye keja balik sampai ke kereta dier(yes, mak saya kejar balik!) so, sempat tengok plat kete perompak tuh...... rupenyer kete sewa...... seminggu lepas tuh, jumpe kete tuh ngan pisau lam kete.... oleh kerana saya sorang jer saksi yg betul2 nampak pisau tuh...encik polis pon tunjuk pisau tuh kat saya.... :unsure: saya kate iye jer sbb takut2 ngan pakcik polis tuh, cam garang jer... huhu..... tp saya yakin bukan, sbb pisau yg saya nampak tuh pisau rambo, shining..... pisau yg dier tunjuk tuh kaler itam2..... tp sudahnye mmg tak dapat ditangkap pon perompak tuh... sejak tuh, umah saye pon 24 hours kunci grill sampai skrang..... are we paranoid? yes we are..... <_<

saya rasa, sistem keselamatan di malaysia patut dipertingkatkan dan diperbaiki..... dalam apa2 kejadian sekalipon.... 999 bantuan kecemasan yg dipanggil hanya akan sampai dalam 1/2 jam(paling awal la tuh)...... dan semua org akan kata "that's how it's done in malaysia, we are better compared to other country" kenapa asyik nak tengok negara yang lebih teruk?? naper tak tengok negara yg mempunyai sistem keselamatan yg lebih baik?? supaya kita boleh contohi mereka. pernah suatu ketika, seorang kenalan saya di amerika tersalah dail 911 sbb mase tuh nombor extension confusing... dalam masa 4 minit... ader org ketuk pintu hotel dier, rupanya polis, sbb nak make sure kenalan saya tuh still in one piece..... (kenalan saya tuh tak cakap aper2 pon, dier terus letak talipon jer sbb dah confuse..... rupenyer diorang trace balik nombor tuh)

lagi satu, grill2 pintu dan tingkap........ adalah satu amalan biasa bagi semua org yg ada umah kat mesia......... kenapa? sebab kita takut org pecah masuk umah..... dah tuh kalau dah di grill segala2 jalan keluar, kalau ade kebakaran, nk terjun kot mane?........ saya tahu kita memang kena pilih lesser between 2 evils...... chances utk pecah masuk lebih tinggi daripada kebakaran.... tapi ini juga membayangkan betapa bermaharajalelanya perompak2 di malaysia sampaikan kita takut di dalam rumah kita sendiri.......

saya berpendapat, lebih banyak dana patut disalurkan ke arah keselamatan rakyat..... ini tidak, perompak plak yg seronok dan tak takut nak wat ape2 saje.......tak perlulah kita sibuk melaburkan wang untuk gahkan nama malaysia di mata dunia jikalau penduduk kita sendiri takut untuk tinggal dalam negara yg so-called AMAN ini...... -_-

Share this post


Link to post
Share on other sites

Itulah risiko kalo jalan sorang2 pastu jalan kat tmpt yg sunyi... Syukurla nyawa tak melayang. Duit bole cari.. nyawa???

Jangan kate kat KL jer.. kat Arab Saudi pun berlaku..

Ni aku nak kongsi bbrpa tips pasal samun. Ni pun aku amik kat forum lain tanpa edit.

Tips 1

Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda

daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan

memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik. Sebagai contoh jika

no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321.

Mesin ATM akan mengenalpast i nombor tersebut adalah nombor yg

diterbalikkan drpd nombor yg sebenarnya melalui kad anda yg masukkan

kedalam mesin tersebut. Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai

seperti biasa, tapi apa yg kita tidak ketahui, pihak Bank dgn segera

akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda. Perkara ini pernah

disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang

diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem

yg seumpama ini. Sebar-sebarkan ya~

Tips 2

AWAS !! Teknik terbaru merompak pemandu kereta

Kebelakangan ini terdapat dua taktik terbaru yang digunakan untuk merompak anda dan kereta anda.

1) Selit kertas/cardboard/akhbar di wiper cermin belakang

Satu kejadian telah berlaku dimana seorang pemandu masuk kedalam keretanya; buka gear lock, steering lock, start engine dan bersedia untuk memandu apabila ia melihat melalui back mirror dan ternampak satu keratan akhbar yang diselit di wiper cermin belakang. Beliau keluar dari kereta untuk membuang keratan akhbar itu dan diwaktu itu tiga orang lelaki bersenjatakan pisau menyerbu pemandu tersebut. Pemandu itu dipukul, dirompak dan keretanya dirampas (perhatikan bahawa engine kereta tersebut sedang running). .. Tambahan pula perompak telah merampas wallet dan beg pemandu tersebut (yang mengandungi kunci rumah) dan mereka boleh terus kerumah pemandu malang itu untuk seterusnya merompak rumah beliau pula..!!! Pemandu malang itu pastinya tidak dapat melakukan apa-apa kerana ia hanya terbaring kesakitan dan tiada handphone untuk membuat panggilan kerana sudah dirampas perompak .

Bayangkan jika ia terjadi kepada pemandu WANITA !!! Kemungkinan untuk dirogol dan dibunuh lebih tinggi...Dari itu, sebelum anda meneruskan pemanduan, pastikan:

• Anda membuang terlebih dahulu apa-apa kertas/cardboard/ akhbar dsbgnya yang diselit pada wiper cermin depan dan belakang kereta anda

• Apabila masuk kedalam kereta, perkara pertama yang MESTI dilakukan ialah tutup semua pintu dan tekan Central Lock . Selepas itu barulah hidupkan enjin dan buka cermin sebelah pemandu hanya sekadar dua inci sahaja (untuk pengaliran udara)

• Pastikan Handphone "on" sentiasa dan ada cukup credit untuk membuat panggilan. Pastikan terdapat nombor panggilan kecemasan dan nombor balai polis didalam handphone anda.

2) Kertas suratkhabar dijalan raya

Satu lagi teknik terbaru ialah dengan meletakkan kayu yang telah diletakkan banyak paku tajam ditepi jalanraya yang kemudiannya ditutup dengan suratkhabar/kertas lain. Jika boleh, janganlah anda melanggar kertas tersebut. Apabila ia berlaku, biasanya tayar kereta anda akan pancit dan sebentar sahaja akan sampai satu kereta/trak/van yang menawarkan untuk menolong menggantikan tayar. Biasanya pemandu akan keluar dari kereta untuk melihat keadaan tayar tersebut. Diwaktu itulah mereka akan merompak atau merampas kereta anda atau kedua-duanya sekali. Jika pemandu tersebut adalah wanita ; maka bayangkanlah apa yang boleh terjadi !!!! Oleh itu antara tips penting ialah :

• Jika anda telah terlanggar kertas tersebut dan tayar pancit, cuba hentikan kereta anda ditempat yang ramai orang contohnya berdekatan dengan bus-stop, kedai, sekolah, tempat hentian (kalau di highway) dll. JANGAN melulu keluar dari kereta . Terlebih dahulu telefon POLIS . Kemudiannya call husband/ wife/ tunang/abang/ adik/ ayah/ ibu/ kawan/jiran/saudara-mara dsbgnya . Beritahu polis dan mereka tentang dimana lokasi anda berada sekarang. Jika terdapat kenderaan yang tiba-tiba datang dan menawarkan pertolongan; berkomunikasilah dengan mereka melalui cermin pemandu sahaja. Jangan sesekali keluar dari kenderaan anda !! Buka cermin sedikit dan minta IC mereka. Kemudian tuliskan nombor plat dan jenis kenderaan mereka. Call polis sekali lagi untuk memberi mereka butiran tersebut (nama dan IC orang itu beserta jenis dan nombr plat kenderaan mereka). Pada setiap masa tersebut pastilkan kereta anda didalam CENTRAL LOCK

• Tetapi kalau anda bernasib baik dan selepas menunggu seketika tiada sesiapa yang mencurigakan datang untuk "menghulurkan bantuan" maka anda terus call pihak bantuan kenderaan anda (Sahabat EON / AAM / AIM dsbgnya untuk membantu anda). Duduk didalam kereta sambil menunggu mereka sampai. Menelefon mereka sekadar untuk menggantikan tayar mungkin kedengaran seperti remeh namun ia mungkin dapat menyelamatkan nyawa dan harta benda anda. Kita perlu berusaha sebaik mungkin dan menyerahkan nasib kepada Tuhan.

• Jika pihak yang mencurigakan itu tidak mahu memberikan IC mereka dan mereka mula mengancam anda dan memaksa anda keluar dari kereta, maka tekanlah hon sekuat hati secara berterusan tanpa henti dan naikkan sepenuhnya cermin sebelah pemandu tadi. Mudah-mudahan ia akan menarik perhatian orang ramai.

Ini bukan rekaan atau spekulasi. Kejadian -kejadian ini telah dan akan berlaku lagi. Anda atau keluarga anda mungkin mangsa seterusnya. Berilah peringatan kepada diri sendiri dan orang yang anda kasihi terutamanya kepada isteri, kakak,adik perempuan, tunang, girlfriend,ibu dan rakan/kenalan wanita yang lain.

Bersama ini ada disertakan attachment nombor telefon pihak berkuasa untuk rujukan anda. Save nombor-nombor tersebut dalam handphone anda. Kalau boleh, print hard copy dan letak dirumah, pejabat dan satu salinan didalam kereta anda.

Nombor Telefon Pejabat POLIS

Cawangan Bandar 03-2072 9044

Cawangan Traffik 03-4293 2763

Bukit Aman 03-2262 6222

Ampang 03-4252 2222

Pandan Indah 03-9274 2222

Cheras 03-9284 2222

Dang Wangi 03-2070 2222

Brickfields 03-2274 2222

Petaling Jaya 03-7956 2222

Klang 03-3371 2222

Shah Alam 03-5510 2222

Gombak 03-6138 5222

JOHOR 07-2254 422

MELAKA 06-2854 222

N. SEMBILAN 06-7635 522

PAHANG 09-5902 222

PERAK 05-2451 500

PENANG 04-2221 522

PERLIS 04-9082 222

KEDAH 04-7741 222

KELANTAN 09-7455 622

TRENGGANU 09-6354 722

SABAH 088-212 222

SARAWAK 082-245 522

Share this post


Link to post
Share on other sites

correction utk TemanX :

1) TS adalah pompuan

2) kes pertama adik pompuan

3) kes kedua sayang dia..adalah Jantan

sekian harap maklum..:)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ana rasa maksud topic starter tu..rasanya sekarang memang dah tak aman macam dulu2.

Dulu2 kita kurang takut sangat...sekarang nih dah lain, macam dah tak aman.Pergi kat KL macam bukan negara Malaysia dah. lagi banyak bangsa lain.

Lagi satu nih.. adalah bala dari Allah atas kelalaian kita.Maksiat/consert/hiburan/media/ (TENGAK SAMBUTAN TAHUN BARU kat KL) boleh dikatakan langsung dah tak banyak isi/bahan yang boleh menaikan saksiah jati diri umat Islam masakini.

Pada ana kerajaan bersalah dan kita pun bersalah...pandangan/pendapat ana je...

Setuju gak.

Aku bukan nak cakap besar tapi setakat ni alhamdulillah...aku tak pernah rasa takut nak gi mana2 (tempat yang elok2 la...bukan tempat maksiat).

Aku yakin Allah SWT sahaja yang mampu menghindarkan perkara2 tak baik...inshallah.

Apapun, kerajaan kena ubah polisi tentang warga asing ni sebab kebanyakan kes jenayah ni warga asing yang banyak buat.

Khusus untuk kaum Hawa...JANGAN la kuar memalam.

Lepas maghrib dok umah...gi masjid lagi bagus.

Kalau kena kerja malam...tu lain cerita tapi kalau boleh tukar la keje lain...keje yang waktu siang.

Nak seribu daya....

Nanti kalau selalu kuar memalam....jadi benda tak baik...tanggung sendiri...

Time tu menyesal pun tak guna.

Macam dalam paper Metro tahun lepas.

Geng mat rempit ni sound kat satu couple melayu (baru balik sahur kul 3-4 pagi kot) nie:

"Aku nak awek kau tu" <_<

Couple ni blah ngan motor.

Geng mat rempit ni gi tendang moto couple melayu tu.

Awek tu cedera...patah tangan.

Boyfriend dia meninggal dunia.

Malaysia...oh tanahairku...

*peace*

Edited by yusri

Share this post


Link to post
Share on other sites

correction utk TemanX :

1) TS adalah pompuan

2) kes pertama adik pompuan

3) kes kedua sayang dia..adalah Jantan

sekian harap maklum..:)

TQ untuk pembetulan.

1) Yo Bro, teman tak maksudkan sesiapa. Cuma untuk renugan bersama (maksud teman, Bro = sahabat, laki atau pompuan)

2) Nasihat untuk umum (Tak terbatas pada TS).

3) Tak kira sayang laki atau pompuan.

Solute :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku bukan nak cop KL adalah tempat n lubuk jenayah tp itulah hakikat yg perlu diterima semua apabila tempat itu bergelar bandar metropolitan..aku bukanlah asal KL .....aku dtg ke KL hanya sbg perantau....

aku sendiri pernah dipau oleh mat2 pit ...dgn rasa sedihnya dimaklumkan bhw aku aku kerugian rm50.....tp aku masih bersyukur sbb sblm aku bertolak dr rumah ke KL...parent aku ada bg sedikit wang utk digunakan di KL...tp kebetulan pd hari tersebut aku terdetik suruh parent aku masukkan duit melalui bank ke dlm akaun aku sbb aku rasa x slmt di pgg dlm amaun yg bsr..lalu aku amik rm50 sj.....oleh hal yg demikian...aku hanya kerugian rm50 dan bkn rm400 atau sbginya..wakaka..apa yg aku merepek ni haaa....ayat n idea lintang pukang :P

Share this post


Link to post
Share on other sites

KUALA LUMPUR is a fine city :P

and POLIS or polisi ?job function please <_<

Edited by wrecked

Share this post


Link to post
Share on other sites

da try tgk pasir gudang?

takut aku duk sane...tgh duk uma sewa leh kene samun ngan mat rempit..

abes hp aku n mber aku...nokia 6630 n 2 ngage-qd...

dpt no plat moto n da wat polis repot tp xda dgr cita ape pon dari polis...

da 1thn lebey da kes ni...

Share this post


Link to post
Share on other sites

da try tgk pasir gudang?

takut aku duk sane...tgh duk uma sewa leh kene samun ngan mat rempit..

abes hp aku n mber aku...nokia 6630 n 2 ngage-qd...

dpt no plat moto n da wat polis repot tp xda dgr cita ape pon dari polis...

da 1thn lebey da kes ni...

polis sn wt dono je?? mn beh ni..g r complain.. :P

Share this post


Link to post
Share on other sites

first of all sorry aku tinggalkan topic aku tanpa balasan... huhuhu tenet takder kat umah...

thanx utk sumer2 yg reply...

aku tak nafikan kat mana2 negara takder yang totally selamat.. tapi maksud aku macam yang electron kata kat atas tadi... dulu kadar kejadian jenayah kat negara kita tak setinggi sekarang...

skang ni bila jalan2 pun da takut2... atas bawah, depan belakang, kiri kanan dah byk giler orang2 asing... bukan pelancong tapi......

tak kurang jugak kalo gi pasar malam, kena raba ar, apa ar... huhuhu dah tak secure...

pasal kes adik aku tu, takder aper2 response pun walhal no plat moto pun dapat... macam kes zaraeight la....

Share this post


Link to post
Share on other sites

polis sn wt dono je?? mn beh ni..g r complain.. :P

kalo complain pon,da lame sgt dah...aku pon da bli hp baru.. -_-

tp mmg bhye kt sane..nek moto gi town xpyh pakai helmet,relax jek..polis mcm xbuat keje...(tp aku rase polis mmg xbyk kat sane..penjenayah yg byk..)

**eeya_hunny,zareight ler..bkn zaraeight...hehe!

Share this post


Link to post
Share on other sites

Perhatian... lelaki kucing dah kembali mengganas... semalam ada budak kena bawak lari.. tapi nasib baik selamat dan takde apa2 jadi kat budak tu..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Perhatian... lelaki kucing dah kembali mengganas... semalam ada budak kena bawak lari.. tapi nasib baik selamat dan takde apa2 jadi kat budak tu..

lelaki kucing????

npe aku xpnah dgr ni..cube bg info sket..

Edited by me_iera

Share this post


Link to post
Share on other sites

lelaki kucing????

npe aku xpnah dgr ni..cube bg info sket..

ada sorang budak lagi diculik oleh laki kucing nih, disyaki mencabul kanak2 yg diculiknya..ape lah kejam sgt manusia nih? kalu dpt tangkap tu, kasi potong je lahh.. <_<

Share this post


Link to post
Share on other sites

lelaki kucing????

npe aku xpnah dgr ni..cube bg info sket..

Sefamous lelaki kucing pun ko tak penah dengar ek... kena baca newspaper ler selalu. Nie pencabul budak2 paling susah nak tangkap. Dia dipanggil lelaki kucing sbab selalunya umpan budak2 kecik mintak temankan dia cari kucing. :wacko:

aina_sara,

Dapat tangkap.. nak potong apa tu.. heheheheh! :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...