Jump to content
Sign in to follow this  
Datuk_Seri

Pengalaman Anda Di Perantauan/negara Luar..

Recommended Posts

Assalamualaikum...

Disini aku nak kongsi pengalaman aku.. Baru2 ni aku berpeluang ke sebuah negara Eropah iaitu Bergen, Norway atas urusan kerja dimana aku menjalani kursus selama 3 minggu disana.. Perjalanan dari KLIA ke Bergen, Norway semua sekali termasuk menunggu flight dekat airport mengambil masa lebih kurang 25 jam satu hala. Flight dari KLIA ke Bangkok (Thai Airways), Bangkok ke Copenhagen (Scandinavian Airways) dan Copenhagen ke Bergen (Scandinavian Airways).. Bergen ketika itu adalah musim sejuk dan suhu lebih kurang -7C hingga 7C. Di Bergen ni pada musim sejuk, hujan sentiasa turun tak berhenti2.. rekod untuk hujan ialah 90hari hujan tanpa henti.. huhuhuh.. Walaupun hujan, kelembapan diorang agak rendah.. dimana musim sejuk dan udara kering.. mmg sakitlah, bibir kering, muka kering.. Matawang yg digunakan ialah Norwegian Kronn dan lebih kurang 1.6 kron bersamaan RM1. Orang2 Scandinavian ni terutama perempuan mmg cantek2.. kelebihan tang mata diorang.. perghh.. cair.. hahahha.. berbalik pada matawang.. walaupun matawang kita besar, tp nilai dlm negara diorang agak tinggi.. Kopi gelas kecik sahaja berharga 23kron lebih kurang rm14. keychain harga 52kron = rm32.5, baju tshirt biasa yg rm5 kat pasar malam yg ada tulis langkawi/melaka/visit malaysia dll harga kat sana 125kron.. mahal giler..

Gaji diorang kat sana mmg besar2.. tukang buat roti yg buat 2 keje satu hari bleh dpt gaji cecah 120k kron.. engineer fresh bleh dpt 20k kron, specialist mechanic bleh dpt 50k kron... suma gaji2 ni setelah ditolak cukai.. gaji diorang besar2 kerana cukai diorang amatlah besar.. cukai diorang ialah 43%.. kiter kat Malaysia berganda2 rendah cukai dari diorang.. Air diorang sini percuma dan bleh minum direct dari pili.. amat bersih sbb air ni adalah direct dari 7 gunung yg mengelilingi bandar Bergen.. Minyak Petrol 12 kron satu liter = rm7.5 seliter.. (bandingkan dgn Malaysia) dan minyak tidak dikawal oleh kerajaan, syarikat Minyak yang kawal dan bleh berubah bila2 masa.. shell bleh lebih mahal dari esso, statoil bleh mahal dari esso dan lain2.. berubah2.. di Bergen komuniti Islam mmg ada tapi TERLALU SEDIKIT... Masjid mmg takda, paling dekat pun di Bandaraya Oslo yg beratus kilometer... jadi, solat jumaat aku digantikankan dgn solat Zohor sahaja (Allah Maha Mengetahui).. Restoran Muslim mmg takda, yg ada satu kedai orang Islam Turki yg jual makanan mentah yg halal.. satu jerr.. Bergen ni adalah bandar pelabuhan, jd makanan laut mmg mudah dan murahlah jugak... Salmon tu mmg fresh dan merah je isi dia.. aku dah muak mkn Salmon.. hahahaha.. dari segi pekerjaan, kiter di Malaysia mengalami masalah kekurangan kerja, tp di sana diorang mengalami kekurangan pekerja.. oleh itu diorang terpaksa mengambil pekerja luar terutama dari Poland, Iceland dan lain2 lagi.. Norway, Sweden dan Denmark seolah2 satu negara, diorang tak memerlukan pasport untuk pergi ke 3 negara ni. Sbb tu Malaysian Embassy takda di Norway, tetapi di Denmark.. Antara Malaysia dan Norway tidak memerlukan Visa..

Nak tepon dari Norway ke Malaysia perghh. mahal nak mampuih.. aku guna maxis.. sms dari norway ke Malaysia satu sms Rm1.00++.. aku tepon 10 minit kena rm70... huhuhuh.. digalakkan guna YM, skype or IP phone sahaja.. melainkan korang gaji juta2 sebulan.. heheheheh.. Mentality diorang ni aku respek jugaklah.. sbgi contoh, apabila pemandu kereta/motosikal nampak ada orang nak melintas kat zebra crossing, diorang akan berhenti serta merta. Priority adalah pejalan kaki.. Saman pula adalah 1k kron untuk satu kesalahan dan takda diskaun2 yer, cuma bleh bayar ansuran.. kalu jalan khas untuk teksi/bas, mmg takda satu kereta pun akan guna jalan tu, walau jammed mcm mana sekali pun.. huhuhuh.. masa musim sejuk, matahari akan kuar dlm pukul 9pg dan pukul 4 dah gelap dah.. musim panas lak, sampai pukul 11mlm pun masih cerah.. hehehehe...kalu korang nak berjalan2 kat Bergen tu, sediakan duit byk2.. flight economy dari KLIA ke Bergen adalah RM18k pegi balik, tak masuk tempat tinggal n makan2 kat sana lagi.. hehehehhehhe

Itulah pengalamanku di negara orang.. harap2 ahli putera yg lain bleh berkongsi pengalaman korang jugak yer...

Assalamualaikum...

Share this post

Link to post
Share on other sites

Aku pernah juga ke Checkoslavia sekitar tahun 88, china dan indonesia. Tapi pengalaman yang paling tak dapat aku lupakan, masa kat bandung,jawa barat. Masa tu aku baru lepas bercerai sekitar tahun 97. Aku tengok tv orang dok bakar tong sampah, berdemontrasi kat malaysia. Masa tulah aku rasa terlampau sedih tengok orang melayu berpecah-belah. Dahlah aku baru bercerai, malaysia pulak porak peranda.

Di Indonesia pun masa tu tengah banyak masalah. Anti Cina( muka aku dahlah muka cina) dan anti malaysia pada masa tu. Kedutaan kita di Medan pun sampai tutup. Masa tu aku teringin sangat nak jumpa org malaysia. Kadang-kadang aku rasa nak lari ke pejabat kedutaan, malaysia di kuningan.Tapi takut kena bunuh pulak tengah jalan.Maklumlah perjalanan dari pemanukkan, bandung nak ke djakarta bukannya dekat. Masa tulah kita perlukan kawan. Di pendekkan cerita, akhirnya dapat juga aku jumpa dengan 1 cina( warga malaysia), 1 india( warga malaysia) dan 3 orang melayu(warga malaysia) 1 mat salleh( warga australia) Menangis aku dapat jumpa dia orang ni. Dan alhamdulillah kami di jaga baik oleh TNI( tentera indonesia) dengan selamat tanpa sebarang situasi.Ada juga warga Indonesia yang baik, membantu kami semasa di pemanukkan antaranya Pak ros dan famili, Pak ibut dan sorang tu Kapten ( tak ingat dah nama dia) dari POLRI.

Selama 41 tahun aku hidup kat dunia ni, aku belum pernah tengok benda-benda macam tu kat negara aku Malaysia. Jadi sesiapa yang rasa nak buat kacau tu ingat-ingatlah sikit..Kalau rasa dah hebat pegilah "melancung" ke iraq, pakistan, palestine, sudan. Pegilah buat kacau kat sana..Mudah-mudahan roh korang di cucuri rahmat.

Share this post

Link to post
Share on other sites

Nasib baek masa aku pegi Indonesia bukan masa rusuhan. Kalo tak mampus aku takleh balik... hehehhe. Aku pegi Surabaya, sesajer jer makan angin. Sempat ler jugak jalan2 sekitar tempat2 bersejarah kat sana.... :D

Share this post

Link to post
Share on other sites

Assalamualaikum...

bro shambahar.. kes anti-cina n anti-Malaysia tu pasal apa ek? apa sebab musababnya ek? tak ingatlah..

Assalamualaikum...

Share this post

Link to post
Share on other sites

Pergi ke Bali, jejak sahaja di tanah Indonesia pegawai di sana dah hulur tangan <minta duit..enggak mahu Rupiah, mahu RM!>. Tempatnya menarik tapi banyak patung.

Pengalaman tak dapat dilupakan adalah semasa membeli goreng pisang.

"Berapa om?"

"4 juta.."

:lol:

Malaysia jugak yang best, tanahair ku...

Share this post

Link to post
Share on other sites

Assalamualaikum & wa'alaikumsalam..

Datuk Seri Doktor nak tanya nih byk betul kena transit ek nak gi norway huhuhu tuh baru 1 or rm18k huhuhu nak melancong ngan family sakit la yek..huhuhu..boleh tahan yek mahalnye dia punya barang mcm hong kong la plak huhuhu..

ada gak yek negara yg minyak x di control oleh kerajaan dia..tapi pelik la bole ke minyak suka suki naik je ikut company setau saya la...minyak nih kalo nak naik kena sesama naik...xleh sorank naik lebey sorank turun harga coz rugi lorh.. :lol:

mak aih 4 juta tuh sama ngan bape hinggit?? wah ye ke gi bali kena bayar duit Rm huhuhu susah gak yek..

Share this post

Link to post
Share on other sites

masa g out station jakarta, nak p tandas, tanya bape rupiah masuk tandas? dia kata 5 ribu... mak aii mahalnya.. tak jadi aku, simpan buang kat hotel je... :blink: padahal 5 ribu = 20 sen kot.. (lbh kurang laa).. :rolleyes:

adakah diorank hanya charge harga mahal kat org Malaysia saja?? ke mmg harga standard masuk tandas..

Share this post

Link to post
Share on other sites

Assalamualaikum...

bro shambahar.. kes anti-cina n anti-Malaysia tu pasal apa ek? apa sebab musababnya ek? tak ingatlah..

Assalamualaikum...

tak lah pulak aku sempat nak tanya, tapi bab anti malaysia katanya ada kena mengena dengan tenaga kerja yang di aniaya di seremban kononnya...

Aku tengok sekumpulan pemuda indonesia kejar geng cina( cina dalam 2 atau3 orang, kejap lagi geng indon pulak kena kejar dengan sekumpulan geng cina..ngeri jugak ...

Share this post

Link to post
Share on other sites

Assalamualaikum & wa'alaikumsalam..

Datuk Seri Doktor nak tanya nih byk betul kena transit ek nak gi norway huhuhu tuh baru 1 or rm18k huhuhu nak melancong ngan family sakit la yek..huhuhu..boleh tahan yek mahalnye dia punya barang mcm hong kong la plak huhuhu..

ada gak yek negara yg minyak x di control oleh kerajaan dia..tapi pelik la bole ke minyak suka suki naik je ikut company setau saya la...minyak nih kalo nak naik kena sesama naik...xleh sorank naik lebey sorank turun harga coz rugi lorh.. :lol:

mak aih 4 juta tuh sama ngan bape hinggit?? wah ye ke gi bali kena bayar duit Rm huhuhu susah gak yek..

Assalamualaikum...

mengikut kajian, negara eropah yg paling kaya bleh lah dikatakan norway.. tgk cukai dahlah, minimum 43% seorang.. hampir setengah gaji diorang.. bersyukurlah sesangat dpt duk Malaysia tau.. takleh idup sana.. untuk ke Bergen tu, ada 2 hala flight.. KLIA-Bangkok-Copenhagen-Bergen dan satu lagi KLIA-Amsterdam-Bergen.. dua2 lebih kurang 25 jam juga perjalanan termasuk menunggu/cuci mata kat airport.. hahahahah.. boring giler duduk dlm flight 12 jam.. BORING!!! argghhh tensen.. tgk movie ulang, dgr lagu n bleh main game nintendo.. heheheh.. minyak mmg tak dikawal oleh kerajaan, syarikat yang control dan diorang bersaing antara satu sama lain.. satu murah sket, satu mahal sket.. TIAP2 HARI MINYAK DIORG BERLAINAN HARGA...lagi dasat dari Malaysia.. Kalu isi satu tank penuh mitsubishi frontier kena 550kron (lebih kurang rm350).. BAYANGKAN... hahahahha.. tp diorang mmg shortage pekerja.. dan undang2 norway ni takda hukum mati, diorang banned hukum mati.. pengedar dadah bawak satu tan pun kalu kena cekup, hukum penjara 25tahun max kalu tak silaplah.... tp aku dpt sembang2 n korek2 info dari orang norway, penjara diorang lengang n tak ramai orang sbb2 majoriti besar rakyat diorang ada kerja..

biar betul goreng pisang 4juta rupiah?? kalu tgk currency converter, 4juta rupiah sama dgn RM1,394.0844000 (dkt nak RM1.5k goreng pisang) giler lah...

masa g out station jakarta, nak p tandas, tanya bape rupiah masuk tandas? dia kata 5 ribu... mak aii mahalnya.. tak jadi aku, simpan buang kat hotel je... :blink: padahal 5 ribu = 20 sen kot.. (lbh kurang laa).. :rolleyes:

kalu 5 ribu rupiah lebih kurang RM1.7431365, mahal jugak ek.. hehehe

bro shambahar, pasal kes polis belasah pekerja indonesia tu rasanya.. tp kebanyakan orang Indonesia kat sana tak suka Malaysia (sentimen ganyang Malaysia tu masih tetap tebal)..

Assalamualaikum..

Edited by Datuk_Seri

Share this post

Link to post
Share on other sites

Tak tahu lah....dia orang ni sebenarnya salah anggap kat kita. Baru-baru ni masa aku kat aceh.

Adalah yang bertanya, kenapa rakyat indonesia yang masuk ke malaysia di tangkap....

Jawapan aku: "kalau orang masuk rumah bapak, tanpa izin atau pengetahuan bapak, apa yang akan bapak buat?

Dia pun mengangguk sambil berkata: Jadi yang di tangkap itu, orang yang tak punya surat-surat izin?

Misi Bantuan Kemanusiaan Baboo, Aceh.

Share this post

Link to post
Share on other sites

biar betul goreng pisang 4juta rupiah?? kalu tgk currency converter, 4juta rupiah sama dgn RM1,394.0844000 (dkt nak RM1.5k goreng pisang) giler lah...

kalu 5 ribu rupiah lebih kurang RM1.7431365, mahal jugak ek.. hehehe

bro shambahar, pasal kes polis belasah pekerja indonesia tu rasanya.. tp kebanyakan orang Indonesia kat sana tak suka Malaysia (sentimen ganyang Malaysia tu masih tetap tebal)..

depa kalu kat sana mmg pantang nmpk org mesia/luar beli barang, nak ketuk je.. kita kena la pandai main psiko skit diorang tu.. tp barang kulit kat sana mmg original walaupun brand nya ntah apa2.. cth aku beli purse kat surabaya hampir 4 tahun dah.. masih tetap utuh dan tahan smpi skrg dengan harga lebih kurang 120,000 rupiah = 50 hingget la kot (asalnya dia letak 200,000++ rupiah)

Share this post

Link to post
Share on other sites

Assalamualaikum...

tak lama lagi aku kena g batam ngan balik papan, outstation kat sana.. huhuhuhuh.. kena tukar slank lah.. hehehe

Assalamualaikum...

Share this post

Link to post
Share on other sites

depa kalu kat sana mmg pantang nmpk org mesia/luar beli barang, nak ketuk je.. kita kena la pandai main psiko skit diorang tu.. tp barang kulit kat sana mmg original walaupun brand nya ntah apa2.. cth aku beli purse kat surabaya hampir 4 tahun dah.. masih tetap utuh dan tahan smpi skrg dengan harga lebih kurang 120,000 rupiah = 50 hingget la kot (asalnya dia letak 200,000++ rupiah)

Kalau ke Bandung tak beli jeans...rugi rasanya..

kulit apekah itus??

hokhokhok

Tang tu nak jaga sikit...jawa pun ada khatolik dengan hindu..bukan semua jawa kat sana islam.

Share this post

Link to post
Share on other sites

biar betul goreng pisang 4juta rupiah?? kalu tgk currency converter, 4juta rupiah sama dgn RM1,394.0844000 (dkt nak RM1.5k goreng pisang) giler lah...

Itu la pasal, Datuk Seri. Sebab tu ia menjadi pengalaman yang tak dapat dilupakan. Jenuh nak bertekak masa tu..satu keje la pulak.

Share this post

Link to post
Share on other sites

Assalamualaikum...

aku pun beberapa minggu yg lepas baru balik dari singapura.. dptlah bersembang dgn org2 singapura.. naik teksi dari airport ke hotel, naik ngan orang melayu singapura.. jd dptlah korek sket2 tentang singapura terutama perihal org melayu di sana.. dreber teksi ni citer yg kat singapura melayu mmg bleh iduplah, tak nampak sgt tertindas, kecuali dari segi peluang pekerjaan.. dreber ni pun citer gak, melayu susah nak dpt keje kat sana sbb priority cha ya nun alif. Tp dari segi kemudahan apa suma takda masalah.. tahun lepas punya keputusan UPSR (dkt singapura aku lupalah apa dia, tp dia ada bgtau), result terbaik 1,2,3 sumer orang melayu.. tp bila diorang naik secondary, peluang tak dpt.. kesian ngan diorang ni.. ini dreber teksi melayu tu bgtau yer, tp nampak mmg orang alimlah dreber ni... mkn pun susah sana, dahlah hotel aku tengah2 bandar.. nasib baik jumpa mcm food court, ada orang melayu berniaga dan tulis HALAL terang2.. dptlah merasa nasi ayam penyet.. hehheheh.. kakak kedai tu pun bgtau, mkn kat singapura ni kena jaga2, pastikan ada tanda halal.. kalu nk ramai orang melayu, pegi sentosa atau geylang.....Wallahualam..

Assalamualaikum...

Share this post

Link to post
Share on other sites

wah best la Datuk Seri nih asik membuat lawatan kerja je kat oberseas ek....kerja ngan menteri luar negeri ka?? nama pun datuk seri

Share this post

Link to post
Share on other sites

wah best la Datuk Seri nih asik membuat lawatan kerja je kat oberseas ek....kerja ngan menteri luar negeri ka?? nama pun datuk seri

bukan ko pn sama ke... hehehe..

datuk seri kalu ada kekosongan invite2 laa join .. bukan apa.. jauh pandangan luas pengatahuan.. :)

Share this post

Link to post
Share on other sites

apa yg sama?? aku mana sama..dia Datuk...aku budak mentah lagi hahaha...aku mana penah pegi tmpt2 mcm tuh dok Shah Alam je hahaha

Share this post

Link to post
Share on other sites

walupon aku mude lagi..aku pnh la skali g medan,indon...aku rase slamat duk mesia..riso aku time g sane..tgk suasana dowg..terasa terseksa..kesian pon ade..tgk diorg buat direct selling bkn main ramai..yg bdk2 mintak sedekah..kesian....tp yg sedih nye,medan polonia airport da terbakar baru2 ni..haizz...

Share this post

Link to post
Share on other sites

Assalamualaikum...

hehehehehe... keje aku ni mmg kena byk travel.. apa nak buat.. title 'datuk seri' ni harap2 jd kenyataan di masa akan dtg, kalu jd kenyataan, aku nak sponsor hosting putera... muahaahahah.. tp buat masa ni, negara luar yg best bg aku mmg norwaylah.. awek2 diorang cun2 lah... huhuhuuh.. anak pompuan big bos aku ni pun cantek gak, umor dia baru 26... huuhuahuahuah... satu yg best tentang norway, bila aku tanya pasal US, sumer diorang kutuk US.. takda sorang pun suka.. hehehehe.. dan ada satu pengalaman yg semestinya tak dpt dilupakan... dan harap2 kiter ni ambik iktibar dan pedoman.. waktu training kat norway aritu, ada sorang technical manager dari Iran (orang Iran)... jd kitorang berdua selalu buat keje n bincang sesama... tp yg mengejutkan ialah dia ngaku yg dia Islam, fahaman Syiah, dari keluarga ibubapa yg kuat agama TETAPI dia sendiri tak amalkan dan minum arak. tp tu aku tak kisahlah, kita kat sini pun ada mcm tu gak.. tp paling paling paling mengejutkan, dia makan babi.. MasyaAllah, tak sangka.. dia hanya Islam atas kertas, aku jd malu pun ada... adoi, teruknya umat Islam zaman sekarang... Moga Allah lindungi aku....

hehe.. sbnarnya aku tertarik dgn kenyataan anak pmpuan big boss ko hahaha... boss ko malay ke..?xde la aku on behalf HeavenX .. dia suruh aku tanya je... :D

Share this post

Link to post
Share on other sites

Assalamualaikum...

bos aku orang norway gak.. anak dia pun norway gak lah.. huhuhuhu..mmg canteklah orang Scandinavian berbanding ngan org amerika... hehehehehe..

Assalamualaikum...

Share this post

Link to post
Share on other sites

Ko ada gambar dia tak... nak tengok kecantikan tu gak.. mana ler tau suatu hari nanti aku ke Norway. Bleh ler singgah rumah dia kejap minum kopi O Norway... hehehe. :D

ps:/

nanti aku citer pengalaman aku jalan2 kat Mauritius selama seminggu.

Edited by LanoG

Share this post

Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...