slaughters 1 Report post Posted October 25, 2007 Assalamualaikum..Seperti yang diketahui ramai, projek menggabungkan data mengenai surau dan masjid sedang giat dijalankan dan dikumpulkan ke dalam satu website ini iaitu..http://sedekahjariah.comWebsite ini akan mengumpulkan data-data mengenai surau, masjid, madrasah serta rumah anak yatim yang memerlukan bantuan kewangan untuk pembinaan bangunan baru, pembelian Al-Quran, pembinaan tangki air untuk tujuan wuduk, dan sebagainya.Jadi fasa sekarang ialah mengumpulkan data. Jadi kepada sesiapa yang mempunyai data, iaitu maklumat mengenai badan2 yang dinyatakan tadi, sila maklumkan keapda saya segera, agar informasi didalam website itu lengkap.InsyaAllah, bantuan anda semua amat2 kami hargai.Tujuan utama adalah memberi informasi serta memberi tunjuk arah kepada orang ramai agar memudahkan orang ramai menyampaikan sedekah, jariah, hadiah dan kepada yang benar-benar memerlukan.Kami menganjurkan kepada anda semua agar tidak meniggalkan amalan bersedekah/jariah, semoga ianya dapat membantu kehidupan anda seharian. tidak perlu banyak untuk beramal, tapi ianya perlu berterusan/istiqamah. Dlm fasa seterusnya kami akan mengadakan kempen sedekahjariah RM1 sebulan. Pilih mana2 akaun masjid/surau/madrasah yang dikehendaki, kemudian mendermalah seikhlas hati. InsyaAllah.Semoga website ini memberi inspirasi kepada anda semuaMaklumat boleh disalurkan kepada saya melalui PM atau emailkan ke hanif at um.edu my..sekian, sekiranya ada apa2 pertanyaan, boleh YM saya atau email sahaja.no telefon ? email dahulu. Terima Kasih. Quote Share this post Link to post Share on other sites
slaughters 1 Report post Posted November 16, 2007 Maklumat masih diperlukan.. Terima Kasih kepada yang telah menyalurkan maklumat. Quote Share this post Link to post Share on other sites