Jump to content
diamondclow

[wta/nt] Bagaimana Nak Join Asb

Recommended Posts

sebelum aku nak invest...

aku nak tanya kepada mereka yg pernah/ ada join ASB atau mana2 amanah saham yg lain~

bagaimana nak join/ melabur??

berape minimum pelaburan??

bagaimana sistem amanah saham ni berfungsi??

halal ke haram join mende ni?? (penting ni)

amatlah cetek pengetahuan aku dlm bidang ni..

terfikir jugak nak merancang masa depan...

so aku nak mintak otai2 dlm bidang ni beri pendapat dlm hal ni....

sekian~

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kalau ada duit lebih nak melabur tu masuk je dalam ASB.

ASB adalah pelaburan terbaik untuk bumiputra.

Bagi aku takde mana2 skim amanah saham atau unit trust lain yang setanding dengan ASB.

Dalam ASB, modal yang kita laburkan adalah dijamin oleh kerajaan. Oleh yang demikian, ia seolah-olah tiada risiko langsung.

Lagi satu, kalau hari ni ko masuk RM 1000. Besok ko boleh keluarkan balik RM 1000.

Kalau unit trust, ko takkan dapat balik RM 1000 tu sebab dia dah ditolak dengan caj-caj yang dikenakan semasa belian unit.

So, aku sarankan kepada bukan bumiputra, kalau ada duit lebih tu, simpanlah dalam ASB. Kalau duit dah banyak sangat sampai lebih RM 250K, barulah laburkan dalam unit trust atau apa2 jenis pelaburan yang lain. Kaum bukan bumiputra, kalau dapatlah peluang macam mana ni memang diaorang sapu habis. Tengok sajelah bila kerajaan (PNB) tambah dana kuota non-bumi untuk Amanah Saham Wawasan (ASW), dalam masa 5 minit je sold out. Itu pun siap ada yg beratur dari pukul 2.00 pg lagi kat depan bank.

Share this post


Link to post
Share on other sites

ermm..tapi bg aku la kan..utk membuat suatu pelaburan bergantung kpd motif dan objektif seseorg itu membuat pelaburan..kalau utk jangka pendek dan sbg backup utk hidup ASB pun ok gak..tapi kalau utk jangka pjg dan lebih menguntungkan aku menyarankan invest kat unit trust..apa yg penting adalah tujuan pelaburan tu utk apa.. ;)

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalau asw tuh ok ke..? nampak macam tak berapa sgt...

PENGUMUMAN PENGAGIHAN PENDAPATAN

AMANAH SAHAM WAWASAN 2020 (ASW 2020)

BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS, 2006, OLEH Y.BHG. TAN SRI AHMAD SARJI BIN ABDUL HAMID, PENGERUSI, PERMODALAN NASIONAL BERHAD, PADA 15 OGOS, 2006, HARI SELASA, JAM 10.00 PAGI, BERTEMPAT DI THEATRETTE, TINGKAT 2, MENARA PNB.

PENDAHULUAN

1. Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang mengurus Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) ingin mengumumkan pengagihan pendapatan dana ini bagi tahun kewangan 2006 yang akan berakhir pada 31 Ogos, 2006. Dana ASW 2020 ini telah dilancarkan pada tahun 1996 dan objektifnya ialah untuk menyediakan peluang pelaburan yang menjana pulangan yang berpatutan dan berterusan pada tahap risiko yang munasabah.

2. ASW 2020 merupakan dana berharga tetap di mana 51% daripada saiz yang dibenarkan adalah dibuka kepada masyarakat Bumiputera manakala 49% dibuka kepada masyarakat bukan Bumiputera. Buat masa ini, pelaburan di dalam ASW 2020 dibuka kepada warganegara Malaysia berumur 12 tahun hingga di bawah 40 tahun.

STRATEGI PELABURAN TABUNG ASW 2020

3. Selaras dengan objektif Tabung ASW 2020 sebagai sebuah ￯﾿ᄁ￯ᄒタ￯ᄒワDana Ekuiti-Pendapatanï¿¯ï¾¿ï¾¢ï¿¯ï¾¾ï¾€ï¿¯ï¾¾ï¾ yang berharga tetap, pengurus pelaburan Tabung ASW 2020 merangka strategi bagi mencapai matlamat pengekalan modal tabung di samping menjana pendapatan yang kompetitif kepada para pemegang unit. Pengurusan portfolio pelaburan dijalankan secara aktif melalui pengimbangan semula aset pelaburan serta proses pemilihan saham secara dinamik di dalam suasana pasaran yang menerima kesan dari kenaikan harga minyak mentah dunia, kebimbangan terhadap kadar inflasi serta kenaikan kadar faedah dunia.

4. Oleh yang demikian, kadar pengagihan pendapatan ASW 2020 menggambarkan pengurusan pelaburan yang berhemah di dalam suasana pelaburan yang amat mencabar. Sebarang lebihan keuntungan selepas pengagihan pendapatan akan dibawa ke hadapan serta dilaburkan semula ke dalam instrumen-instrumen pelaburan yang berpotensi untuk menjana pulangan samada dalam bentuk keuntungan modal atau pendapatan dividen. Tabung ASW 2020 juga akan terus berusaha untuk memberikan peluang kepada para pemegang unit untuk menikmati peluang pertumbuhan di dalam pegangan unit ASW 2020 dengan melaksanakan pengagihan pendapatan, jika ada, melalui pelaburan semula ke dalam unit ASW 2020. PRESTASI TABUNG ASW 2020

5. Sehingga 10 Ogos, 2006, ASW 2020 telah memperolehi pendapatan kasar berjumlah RM223.62 juta, meningkat sebanyak 9.97% berbanding dengan jumlah RM203.35 juta yang diperolehi pada tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2005. Keuntungan dari penjualan saham dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM87.80 juta atau 39.26% dari jumlah pendapatan kasar tersebut. Pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat pula menyumbang sebanyak RM112.72 juta atau 50.41%, manakala pendapatan daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek menyumbang sebanyak RM23.10 juta atau 10.33% daripada pendapatan kasar tersebut di atas.

PENGAGIHAN PENDAPATAN

6. Lembaga Pengarah ASNB telah bersetuju untuk memperuntukkan pembayaran pengagihan pendapatan untuk ASW 2020 sebanyak RM201.18 juta, atau pada kadar 6.80 sen seunit, iaitu peningkatan sebanyak 31.63% berbanding dengan pembayaran sebanyak RM152.84 juta, atau pada kadar 7.10 sen bagi tahun 2005. Peningkatan ini adalah sejajar dengan peningkatan unit dalam edaran Tabung ASW 2020 selepas saiz Tabung ASW 2020 ditingkatkan sebanyak 1.3 bilion unit daripada 3.0 bilion unit kepada 4.3 bilion unit pada tahun lalu. Pengiraan pengagihan pendapatan ini adalah berdasarkan purata baki terendah bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan 2006, iaitu mulai 1 September, 2005, sehingga 31 Ogos, 2006. Pengagihan pendapatan ini akan dapat dimanfaatkan oleh seramai 672,430 pemegang unit yang telah melanggan 3.09 bilion unit ASW 2020.

7. Pada tahun ini, Lembaga Pengarah telah bersetuju untuk melaksanakan pembayaran pengagihan pendapatan melalui pelaburan semula di dalam unit-unit ASW 2020. Melalui kaedah ini, pemegang unit akan dapat manfaat dari pertumbuhan di dalam jumlah pegangan unit di samping memperolehi peluang untuk menikmati pulangan apabila keuntungan Tabung ASW 2020 yang dibawa ke hadapan untuk dilabur di dalam instrumen-instrumen pasaran modal yang berpotensi.

PENINGKATAN SAIZ TABUNG ASW 2020

8. Sukacita diumumkan, ASNB telah pun mendapat kelulusan dari pihak Suruhanjaya Sekuriti untuk meningkatkan saiz dana yang dibenarkan bagi Tabung ASW 2020. Sehubungan dengan itu, Lembaga Pengarah ASNB telah bersetuju untuk membuka 1 bilion unit ASW 2020 bagi tujuan pengagihan pendapatan sebanyak 201.18 juta unit dan langganan baru sebanyak 798.82 juta unit bermula pada 1 September, 2006. Daripada jumlah langganan baru sebanyak 798.82 juta tersebut, 407.40 juta unit diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera manakala 391.42 juta unit diperuntukkan kepada pelabur Bukan Bumiputera.

PEMBAYARAN PENGAGIHAN PENDAPATAN DAN KEMUDAHAN URUS NIAGA

9. Pengagihan pendapatan ASW 2020 akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun masing-masing pada 1 September, 2006. ASNB memberi kemudahan urus niaga kepada para pemegang unit termasuk urus niaga tunai yang boleh dilakukan secara serta merta di setiap pejabat ASNB yang beroperasi penuh dan di sebanyak 1,500 cawangan ejen-ejen ASNB.

PENGHANTARAN PENYATA PENGAGIHAN PENDAPATAN DAN LAPORAN TAHUNAN

10. Penyata pengagihan pendapatan serta laporan tahunan akan dihantar mulai penghujung bulan Oktober, 2006. Bagi memastikan penerimaan dokumun-dokumen tersebut, para pemegang unit adalah dinasihatkan supaya menyemak dan mengemaskini alamat masing-masing di Ibu Pejabat, pejabat-pejabat dan ejen-ejen ASNB yang berhampiran.

PENANGGUHAN URUS NIAGA

11. Adalah juga dimaklumkan bahawa semua urus niaga bagi ASW 2020 di pejabat-pejabat dan ejen-ejen ASNB akan ditangguhkan mulai 25 Ogos, 2006, sehingga 31 Ogos, 2006. Penangguhan urus niaga ini adalah bertujuan untuk pengiraan pengagihan pendapatan bagi tahun 2006 seperti yang telah diumumkan sebentar tadi.

PERUBAHAN HAD UMUR MELABUR

12. Bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia terutama golongan Bumiputera untuk melabur di dalam tabung ASW 2020, Lembaga Pengarah ASNB juga telah bersetuju bahawa berkuatkuasa 1 September, 2006. Had kelayakan melabur di dalam ASW 2020 juga telah dipinda bagi membolehkan pelabur yang berumur 6 bulan dan ke atas melabur dalam unit-unit ASW 2020.

PELABURAN MELALUI SKIM PELABURAN KWSP

13. Sukacita juga dimaklumkan bahawa mulai dari tarikh yang sama, pelaburan melalui Skim Pelaburan KWSP juga akan dibenarkan bagi pelabur yang layak. Sebagaimana yang kita sedia maklum, Skim Pelaburan KWSP adalah merupakan skim pelaburan bagi tujuan simpanan untuk hari tua. Oleh yang demikian, sebagai tabung unit amanah yang berharga tetap serrta berobjektifkan pengekalan modal disamping menjana pulangan yang konsisten pada jangka panjang, Tabung ASW 2020 adalah sesuai untuk Skim Pelaburan KWSP.

PENGHARGAAN DAN HARAPAN

14. ASNB ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas keyakinan dan kepercayaan yang berterusan dari pemegang unit yang melanggan tabung-tabung unit amanah di bawah pengurusan ASNB terutama yang menyertai Skim Pelaburan KWSP. Adalah diharapkan dengan pengagihan pendapatan serta pindaan terhadap ciri-ciri tabung ASW 2020 ini, para pemegang unit akan terus mengekal dan menambah pelaburan mereka dalam ASW 2020, selaras dengan matlamat dana yang berteraskan pelaburan jangka panjang. Para pemegang unit juga boleh merancang kewangan atau mempelbagaikan pelaburan masing-masing dengan melanggan unit-unit amanah di bawah seliaan ASNB yang bersesuaian dengan tahap risiko dan jangkaan kadar pulangan mereka.

Dikeluarkan oleh:-

PERMODALAN NASIONAL BERHAD

15 Ogos, 2006

Kuala Lumpur

Share this post


Link to post
Share on other sites

Saya tiap² tahun bekal sound system untuk Pameran MSAM, banyak juga saya belajar tentang Saham Amanah ni kat sana. Kalo nak tambah pengetahuan tentang pelaburan saham amanah.. boleh pergi Pameran percuma, MINGGU SAHAM AMANAH MALAYSIA (MSAM) yang diajnjurkan oleh PNB. Setiap 20 April.. Memang berbaloi..

p/s: Slip/voucher gaji RM1500 + akaun yang x seberapa cantik, aku pernah dapat offer RM44k loan ASB.. Cubalah

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...