Jump to content
Sign in to follow this  
pirdaus

Apakah Hukum Merampas Tunang Orang

Recommended Posts

yang aku tau, kita tak leh meminang tunang orang... tu sebab ader merisik.. kena risik dulu tunang orang ke, bini orang ke....

Sheikh Atiyyah Saqr dalam Seen wa Jeem lil mar’atil muslimah menyatakan pertunangan itu hanyalah perjajian utk berkahwin dan tidak semestinya berkahwin dan harus kedua belah pihak utk memutuskannya. Sebrg hadiah yg diberikan ketika pertunangan itu hanyalah sekadar hadiah dan tidak terdapat sebrg nas mengenai hak harta yg mereka berikan antara satu dgn yg lain. Dgn kata lain, jika terputus tunang, hadiah2 itu tidak bleh dituntut kembali krn ia tiada hak ke atas pemberian itu lagi. Namun, tidak dinafikan mazhab fiqh ada yg membahaskan isu pemberian ini dgn lebih detail berdasarkan ijtihad mereka.

Definisi di atas juga diberikan oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam Fatawa Muasirah. Beliau menjelaskan lagi, pertunangan itu tidak menghalang apa2pun melainkan mencegah pihak lain meminang gadis itu.

Rasulullah saw bersabda, “Jgn ada di antara kalian yg melamar wanita yg telah dilamar saudaranya.â€[Hadis muttafaqqun ‘alaih]

dipetik dari : http://soaljawab.wordpress.com/2007/07/05/...rcinta-betulke/

Edited by eeya_hunny

Share this post


Link to post
Share on other sites

Haram hukumnya....so dah tentu berdosa

Lelaki ramai dan perempuan pun ramai...apasal mau rampas TUNANG orang...

Dunia oh dunia...ini yang dinamakan dunia...huhu

Edited by electron

Share this post


Link to post
Share on other sites

takder benda lain ker nak cerita....cerita la benda elok2 siket.....ni cerita pasal rebut tunag orf...kan berdosa tuh.....Perkara ni betul2 terjadi ker...?

Share this post


Link to post
Share on other sites

takder benda lain ker nak cerita....cerita la benda elok2 siket.....ni cerita pasal rebut tunag orf...kan berdosa tuh.....Perkara ni betul2 terjadi ker...?

Biar la diorang nak bincang mender nih, yang penting mender tu boleh dijadikan panduan dan info bagi forummer lain, sama ada salah ke, x salah ke .. lagipun topik ni dalam serious discussion .. kalau memanjang ko nak citer yang baik2 ... ko gi bincang kat laman sembang sana atau bleh terus buka topik yang sesuai/elok dibaca/nampak sempurna/sesuai untuk pemahaman golongan kanak-kanak rebina/bercirikan sifat-sifat baik dan boleh dipuji dan disayangi

Share this post


Link to post
Share on other sites

dah memang berdosa..so jgn wat..kalau dah terjebak cuba jauhkan diri..jgn cuba kata x boleh sbb ada org yg boleh settlekan mslh camni...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Mmm, aku pun nak tawu banyak gak pasal nih .. meh kita masuk dalam mod perbincangan .. dalam Islam, sesi bertunang tu wajib ada ka? Dosa dan haram cam mana tu?

Edited by Mr Ijan

Share this post


Link to post
Share on other sites

bertunang tu tak wajib tp disyariatkan dlm islam. kalau salah tolong betulkan. contoh dlm jual beli pun, ko dah bayar deposit kereta, pastu tetiba ada org lain ambik kereta tu. apa korang rasa? korang bayar deposit tu pun sbb ko tanak org lain beli. sama gak konsep dlm pertunangan ni. mana boleh main rampas2. kalau ko tau org tu dah bertunang, ko dah tak boleh kacau lg dah. yg tgh dlm pertunangan tu plak, kena la jaga pergaulan. tak boleh la biarkan diri tu ada org yg rapat. nanti berubah hati plak.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aisey men... Merampas tunang orang haram... tp aku nengok ramai orang bertunang ni buat macam orang dah kahwin jer... kuar sana-sini berduaan.. pegang sana-sini.... takde pulak yg kate haram... sorry aa jgn maraaa... :rolleyes:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aisey men... Merampas tunang orang haram... tp aku nengok ramai orang bertunang ni buat macam orang dah kahwin jer... kuar sana-sini berduaan.. pegang sana-sini.... takde pulak yg kate haram... sorry aa jgn maraaa... :rolleyes:

itu satu hal gak la..

so aku nak tanya kire kalo salah 1 pihak yg bertunang diorank putus tunang sebab lelaki or wanita lain jatuh dosa or haram x kat org tuh??

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ya ya .. aku perlukan dalil yang mengatakan merampas tunang orang tu haram ..

Erk, x ganas ke perkataan merampas tu? Bukannya secara paksaan pun kan? Dah suka sama suka, kira nak tulis apa yek? Mengurat tunang orang? Menggoda tunang orang? Lain la kalu dibomohkan ke, mak bapak hutang, anak jadi mangsa kawen ke ..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ya ya .. aku perlukan dalil yang mengatakan merampas tunang orang tu haram ..

Erk, x ganas ke perkataan merampas tu? Bukannya secara paksaan pun kan? Dah suka sama suka, kira nak tulis apa yek? Mengurat tunang orang? Menggoda tunang orang? Lain la kalu dibomohkan ke, mak bapak hutang, anak jadi mangsa kawen ke ..

Ni ade artikel pasal topik ni...yang di"bold" tu lebih spesifik...

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Bertunang bukan alasan pergaulan bebas

Oleh Lokman Ismail

Sumber: Berita Harian 6.1.2007

MEMINANG adalah permintaan lelaki terhadap perempuan untuk dijadikan isterinya. Permintaan itu disampaikan terus kepada tuan badan atau melalui walinya. Dalam masyarakat Melayu, proses meminang diadakan secara beradat yang membabitkan merisik atau bertanya khabar, sebelum majlis meminang.

Merisik sebelum meminang adalah tuntutan agama. Cara mana merisik diadakan tidak ditetapkan. Tidak semestinya diadakan acara rasmi seperti biasa diadakan. Apa yang dikehendaki ialah maklumat mengenai perempuan yang bakal dipinang. Ia dilakukan supaya tidak menyalahi tuntutan syariat dan memudahkan tercapai tujuannya.

Maklumat yang perlu diketahui ketika merisik, pertamanya, perempuan hendak dipinang bukan menjadi isteri kepada lelaki lain. Sememangnya tidak ada pihak keluarga yang bertindak pergi meminang isteri orang.

Lainlah, jika perempuan itu berkahwin senyap-senyap dan tidak jelas tanda dia isteri orang. Inilah sebabnya mengapa Rasulullah menyuruh agar majlis perkahwinan dihebahkan kepada pengetahuan umum melalui majlis walimatulurus atau apa-apa cara sekalipun.

Banyak kes berlaku ialah lelaki menjalin hubungan dengan perempuan bergelar isteri. Lelaki mungkin mengetahui status wanita itu. Dalam kes tertentu, lelaki tidak mengetahui status wanita disebabkan suaminya tinggal bekerja di tempat lain. Hubungan secara maya juga sering menyebabkan terperangkap cinta terlarang.

Kes sedemikian diistilahkan isteri curang atau main kayu tiga. Lelaki yang menjalin hubungan dengan isteri orang menyatakan kesediaan untuk mengambil ‘kekasihnya’ sebagai isteri jika diceraikan oleh suaminya. Kenyataan itu juga bermaksud ‘meminang’.

Peminangan itu akan mendorong wanita meminta cerai daripada suaminya sebagai jalan membolehkan berkahwin dengan kekasihnya. Sesungguhnya perceraian amat ditegah dilakukan. Adalah menjadi satu kesalahan besar mana-mana isteri meminta cerai daripada suami tanpa apa-apa kesalahan dilakukan oleh suami.

Perempuan yang masih bergelar isteri haram dipinang oleh mana-mana lelaki lain kerana dia menjadi hak mutlak suaminya. Seorang isteri hanya putus hubungan dengan suami selepas dia diceraikan dan tamat edahnya.

Islam amat mementingkan hubungan suami isteri yang baik sepanjang masa. Jadi, isteri ditegah sama sekali menaruh minat kepada lelaki lain, manakala lelaki pula diharamkan menaruh minat kepada mana-mana wanita yang masih bergelar isteri.

Keduanya: Perempuan yang hendak dipinang bukan tunangan lelaki lain. Sabda Rasulullah bermaksud: “Seorang mukmin adalah saudara bagi mukmin yang lain. Oleh itu, tidak halal dia membeli pembelian saudaranya dan tidak halal pula dia meminang pinangan saudaranya itu.†(Hadis riwayat Muslim).

Banyak lelaki masih menaruh minat terhadap perempuan yang sudah bertunang. Alasan bahawa ikatan pertunangan boleh diputuskan bila-bila masa saja sering dijadikan alasan lelaki yang ingin merampas tunangan orang.

Bahkan, perempuan yang bertunang juga mudah terpikat kepada lelaki lain kerana ikatan pertunangan sekadar satu janji dan bukannya rugi apa-apa jika diputuskan.

Tambahan pula, ada ikatan pertunangan yang sebenarnya tidak disukai oleh perempuan berkenaan. Pertunangan itu di atas kehendak keluarga. Jadi, jika ada lelaki lain ingin memikatnya atau kekasih pilihan, maka dia mengharapkan pertunangan itu diputuskan.

Perbuatan meminang atau menjalin hubungan dengan perempuan sudah bertunang sama seperti merampas hak orang lain. Sifat sedemikian boleh menyebabkan perbalahan di antara lelaki yang saling ingin memiliki perempuan sama.

Islam amat mementingkan hubungan persaudaraan. Maka sesiapa yang memutuskan persaudaraan amat dicela sifatnya. Sesungguhnya ditegaskan tidak beriman seseorang itu sehinggalah dia kasih saudaranya seperti dia mengasihi diri sendiri.

Bagaimanapun, perempuan yang sudah bertunang boleh dipinang selepas ikatan pertunangan dibatalkan pihak lelaki. Perkara itu mungkin juga berlaku di atas permintaan pihak perempuan dan dipersetujui pihak lelaki.

Perempuan bertunang juga boleh dipinang jika diizinkan tunangnya. Keadaan ini di mana tunangnya bersedia memutuskan pertunangan jika ada lelaki lain ingin meminang tunangnya. Hakikatnya, pertunangan itu belum diputuskan sehingga ada lelaki lain meminang perempuan itu.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Seorang lelaki tidak boleh meminang pinangan lelaki lain, sehinggalah lelaki pertama yang meminangnya membatalkannya atau mengizinkannya.†(Hadis riwayat Bukhari).

Ketiga; perempuan yang hendak dipinang tidak dalam edah. Edah ialah masa selepas diceraikan sehingga genap tempohnya yang membolehkan perempuan berkahwin semula. Masa edah ialah tiga kali haid atau 100 hari bagi wanita yang diceraikan atau kematian suaminya. Pada masa edah perempuan tidak boleh berkahwin. Wanita yang diceraikan suaminya dengan talak raji (talak satu dan dua), boleh dirujuk kembali suaminya pada bila-bila masa yang dikehendakinya, selagi tempoh edahnya belum tamat. Talak raji ialah talak yang boleh dirujuk semula. Hal demikian dinyatakan dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan (bekas) suami mereka lebih berhak kembali kepada mereka (rujuk), (dalam masa edah raji), jika mereka berdamai. †(Surah al-Baqarah, ayat 228).

Isteri ditalak dengan talak bain (talak tiga), juga perlu melalui tempoh edah. Edah bertujuan bagi memastikan dia benar-benar tidak mengandungkan zuriat (dapat pastikan dengan selepas tiga kali suci haid) bekas suaminya. Jika dia mengandung, edahnya dilanjutkan sehingga melahirkan kandungan.

Janda diceraikan dengan talak bain tidak boleh dirujuk atau berkahwin semula dengan bekas suaminya. Bagaimanapun, peluang untuk kedua-duanya berkahwin semula hanya ada selepas wanita itu berkahwin dengan lelaki lain dan di antara keduanya bercampur, kemudian diceraikan pula suami baru.

Perlu ditegaskan, perkahwinan dengan suami baru itu perlu dilakukan dengan niat perkahwinan sebenarnya. Maksudnya, perkahwinan yang ingin berkekalan sepanjang hayat. Perceraian (kemudian jika berlaku) tidak terlintas di dalam hati kedua-duanya.

Amalan ‘cina buta’ seperti dilakukan dalam masyarakat sebenarnya tidak wujud dalam hukum agama. Cina buta jika dirancang dan diniatkan, maka perkahwinan itu tidak sah. Lelaki yang dipertanggungjawab sebagai ‘cina buta’ ditetapkan supaya menceraikan isteri dalam tempoh tertentu selepas berkahwin.

Perbuatan itu sama dengan kahwin kontrak atau kahwin mutaah. Kahwin mutaah diharamkan atau tidak sah. Justeru, syarat ‘kahwin’ bagi membolehkan isteri dicerai bain berkahwin semula dengan suami asal tidak sah. Bagaimanapun, perkahwinan itu sah jika lelaki yang dijadikan cina buta itu tidak mengetahui perkara sebenarnya. Dia berkahwin dengan niat baik, tetapi dipaksa menceraikan isterinya. Namun, terimalah balasan dosa mereka yang sengaja melakukan perbuatan itu. Janda ditalak dengan talak bain dan balu kematian suami boleh dipinang dengan cara sindiran ketika masih dalam edah. Maksud sindiran ialah ia tidak dinyatakan secara terus terang. Perbuatan itu sekadar memberi ‘isyarat’ keinginan hati yang mana difahami perempuan itu.

Keempat; perempuan yang hendak dipinang mestilah sah nikah dengannya atau bukan muhrimnya. Haram bagi seorang lelaki meminang wanita muhrimnya kerana di antara keduanya diharamkan nikah. Ikatan pertunangan bukan sebagai kebenaran membolehkan lelaki dan perempuan bergaul bebas. Lelaki dan perempuan yang bertunang masih terikat dengan hukum halal dan haram seperti hubungan bukan muhrim.

Ibu bapa perlu mengawal anak perempuan yang bertunang agar tidak bergaul bebas dengan tunangnya. Alasan bahawa mereka akan berkahwin selepas itu bukanlah bermakna semuanya sudah boleh dilakukan seperti pasangan berkahwin.

Ikatan pertunangan hanya satu perjanjian di antara lelaki dan perempuan yang setuju menjadi suami isteri pada masa akan datang. Ibu bapa yang membiarkan anak mereka bebas bergaul dengan tunang akan menanggung perbuatan dosa yang dilakukan anaknya.

Oleh itu, perkahwinan wajar disegerakan. Lebih awal berkahwin, lebih cepat merasai dan mendapat apa yang diharapkan melalui perkahwinan. Kebahagiaan hidup berkeluarga adalah sebahagian daripada nikmat yang Allah janjikan dalam hubungan lelaki dan perempuan.

Sumber: Berita Harian 6.1.2007

Share this post


Link to post
Share on other sites

apasal mau rampas TUNANG orang...

Yang dah berLAKI dan beranak pinak pun boleh kena rampas, inikan pulak baru berTUNANG..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Yang dah berLAKI dan beranak pinak pun boleh kena rampas, inikan pulak baru berTUNANG..

tu tak reti jaga rumahtangga,

then lagi satu , tak semua mcm ko cakap tu ...

bg aku , yang dah berLAKI dan beranak pinak pun boleh kena rampas tu .. selalunya disebabkan lelaki ..

jarang perempuan ...

Share this post


Link to post
Share on other sites

ye la pirdaus takkan senyap je kot....apa pulak pandangan ko pasal rampas tunang ni citer la skit kau cita2 nak rampas tunang orang ker hahaha?

Share this post


Link to post
Share on other sites

isy3..ramai lg org, tunang org jugak yg nk. haram tu. tp, da bertunang berkepit sana sini pon x boleh jgk..tunang tu macam chop je, belum kawen lg..

sbb tu ada risik dulu, tujuannya untuk pastikan yg org tu da ada empunya ke belum. klu dah, mknanya org lain xleh kaco.

Yang dah berLAKI dan beranak pinak pun boleh kena rampas, inikan pulak baru berTUNANG..

ayat yg selalu aku dengar dari perampas...huhu.

agak2 klu tunang sendiri kena amik ngh org lain diorg ni suke kot...

Share this post


Link to post
Share on other sites

salaam..

actually apa itu rampas? -kita cuma bleh kawin ngan dia kalau dia tak kawin ngan orang lain.. and selagi dia tunang orang, kita mana bleh amik.. macaman pun dia tetap tunang orang tu.. bawak la lari ke hujung dunia pun kan?

rampas macamana tu wahai pemula topik?

yang haram itu meminang pinangan saudara kita.. maknanya kalau orang tu dah bertunang, kita tak boleh pinang..

tapi kalau la awek tu dah bertunang, tapi dia tak nak kawin ngan orang tu.. dia nak kawin ngan ngaku..

bole je jadi.. tapi jangan ada unsur hasutan dan jangan pulak ada yang memaksa dia putus tunang..

kalau pihak dia setuju untuk putuskan pertunangan, lepas putus baru ko bleh masuk meminang..

bagi aku suka kat dia tu tak salah sebab memang fitrah, cuma jangan diganggu sebab dia tu tunang orang..

lain la kalau dia sendiri yang decide nak putus tunang sebab dia sendiri rasa tak sesuai..

wallahualam.. sekadar pendapat aku..

Edited by speedfinger

Share this post


Link to post
Share on other sites

yang haram itu meminang pinangan saudara kita.. maknanya kalau orang tu dah bertunang, kita tak boleh pinang..

tapi kalau la awek tu dah bertunang, tapi dia tak nak kawin ngan orang tu.. dia nak kawin ngan ngaku..

bole je jadi.. tapi jangan ada unsur hasutan dan jangan pulak ada yang memaksa dia putus tunang..

kalau pihak dia setuju untuk putuskan pertunangan, lepas putus baru ko bleh masuk meminang..

bagi aku suka kat dia tu tak salah sebab memang fitrah, cuma jangan diganggu sebab dia tu tunang orang..

lain la kalau dia sendiri yang decide nak putus tunang sebab dia sendiri rasa tak sesuai..

wallahualam.. sekadar pendapat aku..

true

Share this post


Link to post
Share on other sites

berdosa ke.....

Ko nie takder pernah sekolah agama ker?nas ib baik tak kuar soalan "Berdosa tak kalau tinggal solat?" of couse berdosa sbb solat mmg tak leh ditinggalkan walau apa cara sekali pun, tak leh berdiri ,duduk,tak leh duduk baring....

Share this post


Link to post
Share on other sites

Org tu tanya elok2, jawabla betul2. camtu ke nak tegakkan syiar islam???taula diri tu dh byk ilmu, tp respectla org lain...

Share this post


Link to post
Share on other sites

well nih ade satu contoh terbaik ... pembuka thread yg tidak bertanggung jawab ... budak pirdaus nih cuma tulis " berdosa ke " pastuh cabut lari entah kemana .... tinggallah forumer lain berlari - lari kat dalam thread dia .. ini baru namanya thread sampah ... si pirdaus nih cuma ketuk gendang jer pastu forumer lain semua sibuk menari macam nak gila ... ha ... ..ha mangkuk hayun :lol: :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Dah2 la tu..

kesimpulannya.. [juga kepada member semua] biar aweks yang dah bertunang tu bahagia ngan tunangan dia, dia tengah membuat 'tapak' masjid tu.. jangan kaco.. ramai lagi aweks lain yang leh dibuat bini..

dah boleh tutup thread ni..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...