Jump to content
Gruntz_To_The_Core

Nak Tnya Ni Pasal Kaum Di Malaysia

Recommended Posts

ada ka bangsa melayu adalah ditujukan kepada kaum bumiputera malaysia yg beragama islam atau memang hanya bangsa melayu?....pd pendapat korang kaum2 lain yg memang islam misalnya di negeri sabah ada kaum sungai, bajau, bugis, brunei contohnya memang islam, adakah kaum ni boleh dikategorikan sebagai melayu?

apa pendapat korang?..nak tnya sbb kurang pasti hehe...

Share this post


Link to post
Share on other sites

setahu aku tak semestinya bumiputera tu melayu sebab masa aku kat itm dulu, ader je member2 aku yang kristian (kadazan)... so bumiputera tak merujuk kepada melayu... melayu tu bangsa... bumiputera tu aku rasa himpunan kaum2 yang tertentu....

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar

Bumiputera ialah penduduk asal sesuatu tempat, contohnya seperti di Tanah Melayu. Golongan yang dikira sebagai bumiputera menurut undang-undang adalah semua suku kaum Orang Asli, Melayu, peribumi Sabah, peribumi Sarawak dan penduduk beragama Islam. Cina bukan Islam dan India bukan Islam tidak dikira sebagai bumiputera.

bila baca ni baru aku perasan... mama aku bumiputera jugak ar eh... selama ni aku ingat dia bukan bumi... ngeh ngeh sebab dia cina muslim...

Edited by eeya_hunny

Share this post


Link to post
Share on other sites

Berdasarkan perlembagaan Malaysia, penduduk yang beragama Islam di Malaysia adalah berbangsa Melayu. Sebab tu orang kata "masuk Melayu".

Boleh pakai ker perlembagaanan tu? Kalau penduduk yang beragama Islam di Malaysia tak semestinya berbangsa melayu!.Perjuangan bangsa lagi penting daripada perjuangan agama :rolleyes: (UMNO)

Share this post


Link to post
Share on other sites

nak tau definisi bumiputra boleh rujuk jpn. seingat aku bumiputera ni salah seorang ibu atau bapa berbangsa melayu dan beragama islam. kalau sabah sarawak ibu atau bapa adalah kaum peribumi sabah sarawak

Share this post


Link to post
Share on other sites

Boleh pakai ker perlembagaanan tu? Kalau penduduk yang beragama Islam di Malaysia tak semestinya berbangsa melayu!.Perjuangan bangsa lagi penting daripada perjuangan agama :rolleyes: (UMNO)

:rolleyes::P

--------------

Tengok dalam IC

Share this post


Link to post
Share on other sites

Boleh pakai ker perlembagaanan tu? Kalau penduduk yang beragama Islam di Malaysia tak semestinya berbangsa melayu!.Perjuangan bangsa lagi penting daripada perjuangan agama :rolleyes: (UMNO)

dulukan bangsa dr agama?? cam tu ke yg saudara maksudkan??

Share this post


Link to post
Share on other sites

Boleh pakai ker perlembagaanan tu? Kalau penduduk yang beragama Islam di Malaysia tak semestinya berbangsa melayu!.Perjuangan bangsa lagi penting daripada perjuangan agama :rolleyes: (UMNO)

r u sure perlembagaan ada tulis camtu? ari tu kan ada kes persatuan india muslim malaysia tuntut kerajaan iktiraf diorang bumiputera. itu pun sbb diorang nak hak istimewa org melayu. mana boleh dpt sbb diorang takde darah melayu/peribumi

Share this post


Link to post
Share on other sites

nak tau definisi bumiputra boleh rujuk jpn. seingat aku bumiputera ni salah seorang ibu atau bapa berbangsa melayu dan beragama islam. kalau sabah sarawak ibu atau bapa adalah kaum peribumi sabah sarawak

Sekarang dah ramai ngaku Melayu, yang original punye asal usulnya kaum India/Cina yang langsung takder sikit pertalian darah pun dengan mana2 bangsa Melayu .. asalkan beragama Islam, kat IC mesti ada yang tulis Melayu .. :lol:

Edited by Mr Ijan

Share this post


Link to post
Share on other sites

!.Perjuangan bangsa lagi penting daripada perjuangan agama :rolleyes: (UMNO)

Itu yang silapnya...perjuangan bangsa melebihi perjuangan agama (UMNO)

itu pun kalau betul berjuangan untuk bangsa...macam berjuang untuk $$$$$ je...

Share this post


Link to post
Share on other sites

:rolleyes::P

--------------

Tengok dalam IC

ada dalam ic ke?...apasal dalam aku punya ic tadak tulis melayu pun?...islam tu memang arr...

Sekarang dah ramai ngaku Melayu, yang original punye asal usulnya kaum India/Cina yang langsung takder sikit pertalian darah pun dengan mana2 bangsa Melayu .. asalkan beragama Islam, kat IC mesti ada yang tulis Melayu .. :lol:

dalam ic korang ada tulis?...kami tadak pun..hehe takpa..sya saj nak taw pasal tu...yang pasal bumiputera tu memang la..tp jgn lupa ada gak bumiputera bukan islam yg ada dekta sabah dan sarawak ni...tp memang ada kaum yg islam di sabah tu tak pasti boleh ke tak dikategorikan di dalam bahasa melayu..

Share this post


Link to post
Share on other sites

ada dalam ic ke?...apasal dalam aku punya ic tadak tulis melayu pun?...islam tu memang arr...

dalam ic korang ada tulis?...kami tadak pun..hehe takpa..sya saj nak taw pasal tu...yang pasal bumiputera tu memang la..tp jgn lupa ada gak bumiputera bukan islam yg ada dekta sabah dan sarawak ni...tp memang ada kaum yg islam di sabah tu tak pasti boleh ke tak dikategorikan di dalam bahasa melayu..

kaum tak ditulis dlm ic tp ditulis dlm sijil kelahiran. sekian terima kaseh

Erk silap .. masa wat permohonan mane2 borang2 .. kof kof kof ..

Share this post


Link to post
Share on other sites

kaum tak ditulis dlm ic tp ditulis dlm sijil kelahiran. sekian terima kaseh

tu memang laa...yg saya mintak pandangan ni sama ada kaum2 lain bole dikategorikan melayu atau tidak walaupun misalnya dalam sijili lahir dia tulis kaum bajau misalnya..

Share this post


Link to post
Share on other sites

melayu adalah kaum.. seperti bajau, suluk, bugis, dsb.. bumiputera ialah satu rumpun kaum yang memang asalnya dari tanah melayu + borneo, iaitu melayu + orang asli + bajau, kadazandusun, iban, suluk, murut dsb.. ;)

Share this post


Link to post
Share on other sites

kaum adalah kaum

agama adalah agama

kaum tak menentukan agama

sebab tu ada istilah, cina muslim, india muslim

tapi bila tiba kat melayu, otomatik orang panggil melayu je... sebab majoriti kaum melayu adalah muslim

jadi orang ingat islam je orang melayu

dan pasal kaum melayu pulak bukan disebabkan dia orang islam

dalam sejarah ada orang melayu tapi beragama buddha, aminisme, hindu...

contoh macam mak aku, dia kaum sungai (sabah), agama islam

tapi dalam sebarang dokumen, mak aku tetap ditulis sebagai kaum sungai

Edited by neko

Share this post


Link to post
Share on other sites

nak tau definisi bumiputra boleh rujuk jpn. seingat aku bumiputera ni salah seorang ibu atau bapa berbangsa melayu dan beragama islam. kalau sabah sarawak ibu atau bapa adalah kaum peribumi sabah sarawak

Bumiputra ini mesti yang berbangsa melayu dan beragama islam? Kalau orang melayu tapi bukan beragama islam mereka bukan bumi putra?jadi mereka dipanggil peribumi semenanjung Malaysia?

Share this post


Link to post
Share on other sites

tu lah yg aku nak ckp..asal sebut melayu memang islam.tp di sabah plak ada kaum yg memang islam cm bajau.suatu masa dulu kalau org kadazan atau dusun masuk islam dorang mesti ckp masuk bajau.sbb bajau tu islam.cm melayu gak..ok aku da pham sini..maknanya kaum cm bajau, sungai, bisaya, bugis, brunei memang bukan dalam kategori melayu, bgtu kan?....

Bumiputra ini mesti yang berbangsa melayu dan beragama islam? Kalau orang melayu tapi bukan beragama islam mereka bukan bumi putra?jadi mereka dipanggil peribumi semenanjung Malaysia?

bro, bukan melayu dan beragama islam je bumiputera la...terdapat jugak bumiputera tapi bukan islam misalnya kadazan, dusun, murut, rungus...tu kaum yg memang bukan islam (tp ada jugak masuk islam) tp status bumiputera..

aku hanya crta perkara di sabah.sarawak belum lagi arrr...

Edited by Gaara_SuxX

Share this post


Link to post
Share on other sites

ada ka bangsa melayu adalah ditujukan kepada kaum bumiputera malaysia yg beragama islam atau memang hanya bangsa melayu?....pd pendapat korang kaum2 lain yg memang islam misalnya di negeri sabah ada kaum sungai, bajau, bugis, brunei contohnya memang islam, adakah kaum ni boleh dikategorikan sebagai melayu?

apa pendapat korang?..nak tnya sbb kurang pasti hehe...

indonesia,malaysia,selatan thai(pattani,narathiwat,songkla,yala,santun),filipina,singapura,brunei dn timor laste.

aceh,pattani,iban,kadazan/dusun,melanau,jawa,bajau,banjau,bugis,brunei,sungai adalah suku etik melayu bangsa nusantara.jd kita tetap sama xde beza cuma agama dan bahasa.tp bahasa adalah bahasa famili yg di namakn "austronesia"

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/id/t...nesia-warna.png

http://www.kadazandusun.net/tangkob/index....21&Itemid=2

Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.

Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut:

1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.

Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.

2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu.

3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.

4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.

Asal Usul Bangsa Melayu

Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.

Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.

Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi)

Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.

Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro

Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Massihi.

Keturunannya orang Melayu di Malaysia

Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto.

Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.

Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.

Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.

Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.

Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.

Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas).

Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.

Perkembangan Bahasa Melayu

Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:

Bahasa Melayu Kuno,

Bahasa Melayu Klasik dan

Bahasa Melayu Moden.

Bahasa Melayu Kuno

Merupakan keluarga bahasa Nusantara

Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.

Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera.

Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:

Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.

Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat

Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.

Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:

Pengaruh agama Hindu

Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi.

Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.

Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa:

Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)

Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)

Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)

Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)

Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.

Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:

Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit

Susunan ayat bersifat Melayu

Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)

bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)

Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)

Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)

Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)

Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)

Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik

Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.

Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.

Terdapat tiga batu bersurat yang penting:

a. batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)

ditulis dalam huruf India

mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit.

bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.

b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)

masih memakai abjad India

buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat

c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)

ditulis dalam tulisan Jawi

membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.

Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

Bahasa Melayu Klasik

Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:

Zaman kerajaan Melaka

Zaman kerajaab Acheh

Zaman kerajaan Johor-Riau

Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.

Ciri-ciri bahasa klasik:

ayat: panjang, berulang, berbelit-belit.

banyak ayat pasif

menggunakan bahasa istana

kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)

banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.

ayat songsang

banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''

asal_u2.gif

Teori Nusantara

Teori ini didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan seperti di bawah:

Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.

K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa (Kemboja). Baginya, persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena "ambilan"

Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.

Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah).

Teori ini merupakan teori yang kurang popular khususnya di negara Malaysia.

Kekeluargaan orang Melayu

Sistem kekeluargaan Melayu mempunyai ciri-ciri yang agak fleksibel. Ciri-ciri ini terlihat dalam perkahwinan Melayu yang boleh berbentuk matrilokal atau patrilokal, monogami atau poligami. Lebih-lebih lagi, perkembangan keluarga mempunyai beberpa variasi. Dalam sistem ini, keluarga boleh bercerai dan bergabung sekiranya berlaku perceraian ibu bapa dan perkahwinan semula. Malah bukan semua keluarga akan mengalami perkembangan kepada keluarga luas yakni sebuah keluarga(yang mendiami sebuah rumah) mempunyai golongan 3 generasi. Kelahiran cucu mungkin membawa kepada perkembangan ini tetapi juga mungkin membawa kepada perpecahan keluarga dengan perginya ibu bapa yang baru demi mencari ruangan yang baru di luar rumah untuk keluarganya yang mengalami penambahan ahli. Di samping itu, faktor yang menyebabkan seorang anak mewarisi rumah ibu-bapa mereka juga tidak menentu dan ia mungkin disebabkan oleh desakan ekonomi dan alasan-alasan yang lain.

Share this post


Link to post
Share on other sites

hurmm... bagus data yg diberikan.. menarik.. tp pasal perlembagaan di malaysia yg memasukkan definisi melayu adalah mereka yg beragama islam dan paktikkannya mcm xsesuai.. suatu hari nnt kalau semua rakyat malaysia masuk islam xkan tinggal bangsa melayu sj kat malaysia ni.. huhu.. just terfikir.. :blush:

bumiputera = bangsa pribumi (telah ada sblm kedatangan penjajah lg...kot)

Share this post


Link to post
Share on other sites

indonesia,malaysia,selatan thai(pattani,narathiwat,songkla,yala,santun),filipina,singapura,brunei dn timor laste.

aceh,pattani,iban,kadazan/dusun,melanau,jawa,bajau,banjau,bugis,brunei,sungai adalah suku etik melayu bangsa nusantara.jd kita tetap sama xde beza cuma agama dan bahasa.tp bahasa adalah bahasa famili yg di namakn "austronesia"

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/id/t...nesia-warna.png

http://www.kadazandusun.net/tangkob/index....21&Itemid=2

Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan. ------------> Di samping itu, faktor yang menyebabkan seorang anak mewarisi rumah ibu-bapa mereka juga tidak menentu dan ia mungkin disebabkan oleh desakan ekonomi dan alasan-alasan yang lain.

Assalamualaikum.. tumpe lalu

@barb raggae

Lagi bagus kalo sedara nyatakan artikel sape yg ko copy paste 100% tu... tak pun letakkan link lagi bagus... bagi la credit kat penulis tu...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Assalamualaikum.. tumpe lalu

@barb raggae

Lagi bagus kalo sedara nyatakan artikel sape yg ko copy paste 100% tu... tak pun letakkan link lagi bagus... bagi la credit kat penulis tu...

ermmm.......juz nak bagi tau fact tentang asal usul

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...