Jump to content
volcom

Islam Hadhari

Recommended Posts

Assalamualaikum wbt...Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara Islam seperti yg diisytiharkan oleh Perdana Menteri kita Pak Lah, maka nak tanya pendapat forumers sekalian...

Apakah pendapat anda semua ttg Islam Hadhari ini? Sejauh manakah ia memberi impak ke atas diri dan kehidupan anda seharian?

Sekian terima kasih...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Saya rasa Malaysia bkn lg sebuah negara Islam..

Sebab-sebabnya:-

1-Negara Malaysia tidak mahu melaksanakan hukum hudud.

[ Malaysia skang bangunan tu blh buat benda ni blh buat tpi nk laksanakan hukum hudud pun xleh..kata Malaysia Boleh!!! Aparaaa... ]

2-Tidak menghiraukan ajaran agama.

[ Pemimpin No1 negara pun masih bersalam ngn orang2 yg bkn muhrimnyer..Allayarham ayah Pak Lah sy dgr orang alim tapi naper Pak Lah ni msh xblh

ikut ajaran agama. tgkla gmbr yg dia pegang bahu pompuan kt satu majlis tu. Pak Lah tu kan pemimpin negara Islam tapi naper benda c2 pny kecil pun

xleh jaga..Sepatutnya sbg org yg berpengaruh Pak Lah harus jadi cnth@idol kpd masyarakat dlm plbgai bidang skalipun terutamanya AGAMA. Saya

kecewala..]

3-Dua tu pun dh ckp utk menggambarkan Malaysia not is ISLAM's Country.

4-Sekian.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Assalamualaikum..minta maafla kalau nyibuk..setiap orang ada pendapat..i think Pak Lah is da best..kalau korang bandingkan pm yg lepas dgn yg kini(Pak Lah),kita akan nmpk bnyk perbezaan..aku rasa mcm main politik la pula..hehe masih tak cukup umo ni kalau nk main politik..tp ni sekadar pndpt jer..ada bnyk sbb knapa aku memihak kpd Pak Lah..tp pm yang lepas aku tak berapa sokong sgt dan mmg tak sokong pun..i think....entahla hanya Allah yg tahu segala2nya..tp mmg Pak Lah aku sokong 100%...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Islam bermula dgn iman,ilmu,amal(praktik)

...bab iman aku tanak ulas sbb dlm hati masing2.tapi bab ilmu,mesti belajar dgn guru murshid...berapa kerat yg belajar agama sama kuat dgn main bola atau main golf?jadi itula kayu ukur ilmu yg kite ader.pasal praktik Islam plak negara kita gagal.

Share this post


Link to post
Share on other sites

@volcom

buat lah islam apa pun. baik Hadhari atau madani atau shumul .. Islam tetap islam..

"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu." Surah Al Maa-idah ayat 3

dalam tu dah lengkap .. cukup lengkap .. tinggal lagi nak amalkan ajer ...

serupa jugok lah dengan hal skrg ini yang berkaitan dengan ISO dan Halal... sebenarnya .. Halal itu adalah satu Piawaian yang melebihi standard ISO itu sendiri... ko letak la ISO 100000000 pun .. mmg tak boleh nak melepasi Piawai Halal..

@jimie46

adakah rakyat mengamalkan ajaran Islam tu sendiri ? kalau ada . berapa kerat ?

@misstersya

nasib baik ada PM.. kalau ada President ?

@kepada semua..

tanpa perlembagaan undang undang ..kita tak akan lihat Malaysia seperti hari ini ...

Edited by psychoX

Share this post


Link to post
Share on other sites

Assalamualaikum wbt...Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara Islam seperti yg diisytiharkan oleh Perdana Menteri kita Pak Lah, maka nak tanya pendapat forumers sekalian...

Apakah pendapat anda semua ttg Islam Hadhari ini? Sejauh manakah ia memberi impak ke atas diri dan kehidupan anda seharian?

Sekian terima kasih...

Malaysia mmg sebuah negara Islam, tetapi tidak sepenuhnya Islam.. kerana sebuah negara islam perlembagaannya sepenuhnya berteraskan kepada Al-Quran yang mana belum lagi dijejaki oleh negara kita..

Share this post


Link to post
Share on other sites

'Taatilah Allah dan Rasul dan pemimpin dlm kalangan kamu...'(xigt surah ape)...memang beto ape yg bro psychoX ckp tp klu pemimpin x mengamalkan Islam sepenuhnya cmane rakyat dia nk ikut.

klu psl hiburan, rancangan realiti tv la ape la xde nk bsing2 tp klu psl agama sket2 terus nk bising2...mufti ditolak ke belakang.nk wat keputusan pkai logik akal dan berkepentingan tertentu je.

kpd misstersya...jgnla anda rs rendah diri utk berckp psl politik.wlopn ilmu sdikit tp klo dicari akn jd byk. islam & politik xbleh dipisahkan.xsmestinya kita berpolitik kena msuk bertanding tp sbg pengetahuan am krn kestabilan politik adalah antara asas keharmonian sesebuah negara.. :rolleyes:

Share this post


Link to post
Share on other sites

kenape wujudnye islam hadhari kat negare kite? :D

1. oleh kerane negare kite lemah dari segi ketenteraan maka konsep islam hadhari ni diwujudkan supaya dapat mengaburi mate negara2 jahat yang mahu copkan negara islam sebagai pengganas. maka dengan peluang yang ade ini kite berpeluang untuk bangunkan negare tanpa ancaman kuasa2 jahat ini.

2. sebagai agama rasmi negare malaysia (hanya upacara rasmi je)

walaupun negara kite tak sepenuhnye ikut cara undang2 islam sepenuhnye, kite sebagai org islam kenalah ikut ajaran islam sepenuhnye dan jangan ikut separuh jugak. nak ke kite jadi mangse bala dari Allah pulak yang mane dah kene kat jiran2 kite. semoga petunjuk2 yang dah ditunjukkan dapat menginsafkan kite. :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

kenape wujudnye islam hadhari kat negare kite? :D

one word for that...Politic :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

totally agree with Locco... its all politics. Islam is Islam so its either you are with Islam or without it. Panggil lah nama apa pun.... more... pandangan saya... Islam Hadhari is just a campaign focusing on Muslim voters to tell them that Pak Lah is actually doing something to make sure Islam is the way this country heading to.... but.. on the practical way..... oh well.. politicians... you dont really have to practice whatever you said (everywhere, worldwide). Same story with all those anti-corruption campaign - jerung and anak jerung are getting more daring from the top level till down below. So, let the mind do the talking.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Wujudnya islam hadhari ni adalah bertujuan untuk politik semata-mata dan mungkin jugak ada secebis rasa memperjuangkan islam dalam hadhari(sangkaan baik).hadhari ni adalah kempen kerajaan untuk memfokuskan pengundi muslim melayu dan jugak mewujudkan 'fahaman islam kedua' walaupun dikatakan hadhari ni sebuah pendekatan bukannya fahaman.islam hadhari ni diciptakan untuk bersaing dengan parti politik islam malaysia(semua tau) yang memperjuangkan islam ciptaan Allah.

Fikirkan,kenapa hadhari wujud jugak sedangkan islam sudah ada cara amalan dan isinya sejak al-Quran diwahyukan Allah untuk Rasulullah oleh Jibril,sedangkan kita hanyalah perlu melaksanakannya sahaja?

kenapa pendekatan hadhari tak sampai kepada rakyat islam malaysia kebanyakannya walaupun usaha mempergiatkan prinsip2 yang dibawanya dilakukan?

kenapa hadhari ditambah dibelakang perkataan islam kepunyaan Allah dan jugak nak menjadikan islam mengikut tamadun dan bukannya tamadun mengikut islam?

Hadhari ni hanyalah agenda politik sahaja dan adalah satu usaha sia2 yang tak bermakna kerana hasilnya sampai sekarang masih gelap dari pandangan mata rakyat.hadhari jugak adalah niat seseorang untuk mempergunakan nama islam bagi mencapai kepuasan diri dan kehendak peribadi.

Satu lagi,malaysia bukanlah negara islam tetapi negara orang islam disebabkan ciri2 negara islam yang ada dalam malaysia masih tak mencukupi.

Islam sudah cukup sempurna untuk setiap muslim.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara Islam seperti yg diisytiharkan oleh Perdana Menteri kita Pak Lah, maka nak tanya pendapat forumers sekalian...

Apakah pendapat anda semua ttg Islam Hadhari ini?

cek balik perlembagaan malaysia......

bila pak lah istiharkan secara rasmi?

islam hadhari is more to idelogi politik sahaja......(sorry ..pendapat aku sahaja)

Share this post


Link to post
Share on other sites

istihar ker tak...bersyukur la sket....

- kita boleh azan kuat2

- wat masjid tanpa bertempur dulu

- kerja pakai tudung

- pakai kopiah(err...songkok kot),simpan janggut misai pun takper

banyak lagi la....semua tu yg orang Islam kt kebanyakan negara lain susah nak buat.

lagipun kita ni negara Islam yang berbilang kaum.....

Share this post


Link to post
Share on other sites

pada zaman sekarang ni kita tak dapat (agak mustahil) utk melihat sebuah negara Islam sebenar yg benar2 menjalankan prinsip2 Islam sebagaimana negara Islam Madinah di zaman Rasulullah. pereradaran masa, suasana n perluasan dakwah Islam menyebabkan kita tak mungkin lagi dapat melihat sebuah negara Islam yg 100%.

kita semua banyak mengatakan Islam Hadhari tu hanya permainan politik pemerintah. tidakkah kita sedar dgn terlaksananya Islam Hadhari (IH) ni terdapat beberapa tindakan/rancangan yg bertujuan membantu Islam. cthnya program J-QAF..

ada jg member Putera.com yg menganggap asas utama sebuah negara Islam ialah pelaksanaan hukum hudud? aku nak tanya, apa yg korang faham tentang hukum hudud ni? adakah dgn melaksanakan hukum hudud maka sesebuah negara itu sudah menjadi sebuah negara Islam sejati?

pada aku Malaysia pd masa sekarang ni sudah layak di gelar negara Islam...sekian, tq

Share this post


Link to post
Share on other sites

Malaysia bukan negara islam tapi negara orang islam.adakah ciri2 negara islam menepati dengan ciri2 negara malaysia ni?

Ciri-Ciri Utama Negara Islam Berdasarkan kepada dasar utama pemerintahan Islam yang telah digariskan di atas, lahirlah ciri-ciri utama negara Islam. Semua ciri-ciri di bawah akan dijadikan teras dalam perlaksanaan polisi dan pembangunan negara.

Ciri-Ciri Utama Negara Islam

Berdasarkan kepada dasar utama pemerintahan Islam yang telah digariskan di atas, lahirlah ciri-ciri utama negara Islam. Semua ciri-ciri di bawah akan dijadikan teras dalam perlaksanaan polisi dan pembangunan negara.

Antara ciri-ciri utama itu ialah:

Negara berdaulat

Kedaulatan sesebuah negara merupakan tonggak utama.

Kedaulatan negara boleh dicapai melalui kesetiaan kepada kepimpinan negara, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang selama mana tidak bercanggah dengan perintah Allah SWT.

Agama yang diikuti

Sebagai sebuah negara bertunjuangkan agama, kepercayaan kepada Allah SWT yang Maha Kuasa merupakan ciri utama.

Setiap rakyat seharusnya mentaati agama masing-masing. Kepada penganut Islam, mereka tiada pilihan kecuali menghayati ajaran agama mereka dalam segenap aspe kehidupan.

Melaksanakan syariah bagi menjamin lima asas kehidupan

agama/kepercayaan

nyawa

akal

maruah dan keturunan

hartabenda

Dengan perlaksanaan hukum syariah, semua jenayah yang melibatkan lima perkara asas di atas akan dapat dikawal. Undang-undang ciptaan manusia terbukti gagal memberikan jaminan keselamatan dan kehormatan sebenar.

Kesetiaan kepada negara

Rakyat dituntut memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada kepimpinan negara selagi mana tidak bercanggah dengan kehendak syara'.

Jika pemimpin gagal memikul amanah kepimpinan, rakyat berhak untuk menarik balik ketaatan mereka.

Pertanggungjawaban dan ketelusan

Rakyat berhak mempersoalkan ketelusan kepimpinan di semua peringkat.

Pemimpin bukan sahaja dipersoalkan oleh rakyat dan institusi Hisbah tetapi juga akan dipersoalkan oleh Allah SWT pada hari Qiamat.

Menegakkan makruf dan mencegah mungkar

Prinsip menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran akan dihidupkan dalam masyarakat sehingga menjadi tanggungjawab seluruh warganegara.

Seluruh warganegara akan menegakkan kebaikan dan mencegah kemungkaran dalam kehidupan berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara.

Prinsip ini menjadi ciri penting yang membezakan antara sebuah negara Islam tulen dengan negara Islam tiruan.

Negara Berkebajikan

Negara Islam sangat mengambil berat kebajikan rakyat.

Pemimpin akan sedia mendengarsegala masalah rakyat.

Pemimpin adalah khadam kepada rakyat.

Syura Berpalimen dan Raja Berpelembagaan

Negara Islam akan memperkukuhkan amalan Syura Berparlimen dan Raja Berpelembagaan di Malaysia berpaksikan ajaran Islam.

Pembangunan bersepadu, rogresif dan mesra teknologi

Aspek pembangunan fizikal akan disepadukan dengan kerohanian untuk membentuk sebuah negara progresif berdasarkan kemajuan teknologi terkini.

sumber:http://www.surau.ladang.net/modules.php?na...cle&sid=208

ciri2 negara kita ni tak cukup untuk diiktiraf sebagai negara islam.

perlaksanaan undang2 syariah tidak dijalankan secara penuh.hukum hudud ciptaan Allah tak dijalankan dalam sebuah negara yang mengisytiharkan islam sebagai agama rasmi.hukum hudud yang ada dalam perundangan islam tak dilaksanakan,jadi macamana nak iktirafkan malaysia sebagai negara islam.perkara ni pon belum buat.

walaupun ada jugak program2 yang berteraskan islam,seperti J-QAF tapi adakah ianya menyeluruh untuk semua peringkat umur?bagaimana dengan golongan remaja dan dewasa?

walaupun pemimpin atasan tetap mengiktiraf malaysia sebagai negara islam dan bersidang dalam OIC,tapi masih belum cukup menepati ciri2 negara islam.malaysia,negara orang islam.

Edited by shinkoban®

Share this post


Link to post
Share on other sites

pada zaman sekarang ni kita tak dapat (agak mustahil) utk melihat sebuah negara Islam sebenar yg benar2 menjalankan prinsip2 Islam sebagaimana negara Islam Madinah di zaman Rasulullah. pereradaran masa, suasana n perluasan dakwah Islam menyebabkan kita tak mungkin lagi dapat melihat sebuah negara Islam yg 100%.

kita semua banyak mengatakan Islam Hadhari tu hanya permainan politik pemerintah. tidakkah kita sedar dgn terlaksananya Islam Hadhari (IH) ni terdapat beberapa tindakan/rancangan yg bertujuan membantu Islam. cthnya program J-QAF..

ada jg member Putera.com yg menganggap asas utama sebuah negara Islam ialah pelaksanaan hukum hudud? aku nak tanya, apa yg korang faham tentang hukum hudud ni? adakah dgn melaksanakan hukum hudud maka sesebuah negara itu sudah menjadi sebuah negara Islam sejati?

pada aku Malaysia pd masa sekarang ni sudah layak di gelar negara Islam...sekian, tq

He He. aku nak tanya kau faham tak apa itu Islam? adakah islam hanya akan sempurna pada zaman Rasulullah? kau mesti faham satu benda. Islam ialah agama sepanjang hayat hingga hari Qiamat. takkan ada perubahan walaupun masa dan tempat berubah. Allah itu maha bijaksana. adakah Allah mencipta Islam hingga wafatnya Rasulullah sahaja? adakah islam hanya boleh sempurna bila adanya Rasulullah sahaja? kau tahu tak apa itu piagam madinah? kau tahu tak apa ciri-ciri utama negara Islam? Al-Quran merupakan asas yang paling teratas dalam sesebuah negara Islam. Malaysia meletakkan Perlembagaan sebagai tunjang teratas. adakah ia menepati ciri-ciri negara Islam? sepatutnya Al-Quran yang teratas. bukannya perlembagaan. Itu merupakan salah satu ciri-ciri negara islam. Masalah hudud... bukan masalahnya sesebuah negara itu menjadi negara islam sejati atau tidak. tetapi ia masalah HUKUM. Dalam Al-Quran telah termaktub dengan jelas bahawa WAJIBnya melaksanakan Hudud. jika melaksanakannya, Insyaallah akan adalah keberkatannya. Jika menentang hukum Allah maka jatuhlah.............. kau pun tahu. tambahan pula dalil yang Qat'i iaitu dalil yang kuat, jelas dan tiada sebarang keraguan. Al-Quran ialah dalil yang Qat,i...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Sekarang nih kita kena faham.. Islam bukan terletak di kopiah, songkok atau serban besar bakul...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Malaysia bukan negara islam tapi negara orang islam

:D

memang le kita kena bersyukur sekurang-kurangnye kabanyakan pemimpin negara adalah islam..

tapi selagi perlembagaan tak diubah...anak cucu kita berada dalam keadaan tak menentu. takkan kita tak terfikir satu hari nanti bilangan umat islam yang menguasai negara ni akan berkurang..maybe melayu akan terus ramai tp islam?

fikirkan lah....

Share this post


Link to post
Share on other sites
memang ramai org kat negare ni yang berniat nok tengok malaysia jadi negare islam sebenar tapi kene tengok jugak mcm mane gaye dan kekuatan iman rakyat yang ade kat malaysia ni. adekah masih same lagi mcm zaman nabi dulu? emmm tentu korang buleh bayang doh mcm mane situasi skrg kan. kite sebenarnye dah lame dibuai mimpi yang mane kite tak sedar selame ni. agenda yahudi, hiburan yang melimpah ruah, mengejar harta bende dan banyak lagi telah melemahkan kite. memang ramai masih bersemangat kalu cerite bab hukum agama tapi adekah semangat itu masih same kalu kite hendak kerjekannye?

Share this post


Link to post
Share on other sites

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

ini adalah pemerhatian saya,,

Malaysia adalah bukan negara islam, tetapi hanya didiami oleh majoriti org islam(itupun kalau masih majoriti lg).

kenapa?

jawapannya mmg dah dibangkitkan sebelum ini, pemimpin2 Malaysia tidak memilih untuk mengamalkan hukum2 islam secara total,

islam hadhari adalah satu kesilapan lama umat islam, melabel2kan islam seolah islam itu mempunyai pecahan, org malaysia adalah org islam yang hadhari maka bukan org malaysia pula tak berapa hadhari lg..ini menimbulkan misconception dan ditertawakan musuh2 islam..

tambahan pula konsep islam hadhari ni memang dah ada dlm islam itu sendiri...jd kenapa lg nak ditimbulkan islam hadari..?tak relevan lansung...

pak lah sebagai pemimpin..

luaran memangla pak lah nampak org yang beragama..tp dari segi kepimpinan tun mahathir lebih tegar dan hebat...

tak nampak karisma paklah sebagai pemimpin...

masa depan malaysia...

malaysia mengamalkan demokrasi berperlembagaan....perlu diingat demokrasi dan perlembagan adalah ciptaan manusia...sistem ini ada banyak kelemahan dan sistem yang amat rapuh...

apa terjadi sekiranya org bukan islam sdah menjadi majoriti didalam negara ini?

demokrasi tak perlukan raja/sultan...malah sultan2 dimalaysia ni pun kita tak nampak apa relevan dan signifikannya pada rakyat selain menjadi lambang je..jgn hairan sebab didalam islam pun nukanya ada sistem beraja ni..

sistem yang paling banyak kecacatan dimalaysia sebenarnya ialah sistem pendidikan..ironinya inilah sistem yang mencorak masa depan negara...

kenapa?

siapa yg sistem pendidikan kita hasilkan...pekerja..

siapa yang selalu memiliki perniagaan dan memberi peluang pekerjaan kepada mereka?..org yang tidak habis sekolah dan menjadi usahawan..

moral?

pendidikan dimalaysia memang tak dapat dinafikan bersifat kebaratan...agama terasing daripada sains, sejarah, dan semua matapelajaran lain---sementara itu agama/moral pula mempunyai jumlah masa yang jauh lebih kurang dari pada subjek lain...kenapa? tauke2 bukannya tgk agama bila nak ambik pekerja...

siapa musuh islam?

1)agama lain?...salah! islam adalah agama yg paling pesat berkembang didunia...bukti? cuba-cubalah cari didalam internet mengenai debat antara agama....org2 islam memang kerap kalah dalam perang tetapi di medan debat belum pernah ada rekod orang islam ditewaskan dan dimalukan..kalau sebaliknya tu banyakla..

musuh islam adalah sekularisme...memisahkan agama daripada kehidupan.

adakah sekularisma di malaysia?

apabila ditanya kenapa kamu tak sembahyang?tak berpuasa?tak bayar zakat?tak pegi masjid?tak bertudung?minum arak?berjudi?....sesetengah orang akan menjawab...itu adalah hak individu masing2 dengan tuhannya..

perkara2 wajib dan haram adalah bukan hak individu..tetapi perintah daripada Allah secara terus..tiada soalan tiada pilihan...tetapi untuk menerangkan perkara ini kepada org yang memang tidak percaya kepada tuhan memang agak mencabar..ini adalah bibit sekularisma....

bukan islam sahaja mengalami masalah ini...

kristian..kita menyangka Bush dan sekutunya adalah kristian...tetapi mereka bukanlah orang yg percaya kepada tuhan...mereka adalah sekular total..tiada tuhan dalam hidup mereka..tiada apa nak ditakutkan

judaisme...kita menyangka semua org yahudi it bertindak ganas kerana tuntutan agama mereka...tetapi judaisme adalah berbeza dengan zionisme...zionisme adalah satu fahaman-tiada tuhan-tiada hukum agama...kerajaan israel memegang fahaman ini...tentera yang membunuh org palestin itu adalah zionis bukan kerana agama...tiada tuhan dalam hidup mereka..tiada apa nak ditakutkan

situasi dimalaysia..

tiada parti sekular dimalaysia..tetapi lebih menakutkan sekularisme menyerap kedalam hidup kita secara senyap dan tidak disedari...melalui lagu,filem,sistem pemerintahan,pendidikan...

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

saya sedar bunyi pendapat saya ni terlalu sinis..tapi saya sengaja buat begitu untuk memudahkan pemahaman...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Sekarang nih kita kena faham.. Islam bukan terletak di kopiah, songkok atau serban besar bakul...

Mmgla Islam tak terletak di kopiah atau serban.. tapi salah ker kalau guna?tu jer.. kalu budak2 sekolah pakai serban, adakah serban tu boleh effect keperibadian dan pelajaran mereka...bukan serban tu yang nak belajar tapi org tu yang nak belajar..orang tulaa yang patut di ajar cara2 belajar dengan betul, nak pakai serban ke, nak pakai kemeja pi sekolah ker mcm budak2 U lantak diorg.. asalkan nampak kemas dan mengekalkan ciri-ciri keperibadian.

Aku belajar kat arab, org belajar sama ada guna serban ker tak guna ker bukan kewajibaan, bebas nak guna apasalahnya..

:D

memang le kita kena bersyukur sekurang-kurangnye kabanyakan pemimpin negara adalah islam..

tapi selagi perlembagaan tak diubah...anak cucu kita berada dalam keadaan tak menentu. takkan kita tak terfikir satu hari nanti bilangan umat islam yang menguasai negara ni akan berkurang..maybe melayu akan terus ramai tp islam?

fikirkan lah....

Tu sebabnya aku mengundi CALON wakil daripada MIC daripada wakil orang melayu daripada pembangkang sbb aku bukan tolak org melayu, aku tolak parti org melayu..

Skrg orang lebih tgk parti bukannya tgk orang.

SBB penduduk tempat aku(majoriti melayu 70%) mmg suka wakil drp non bumi putera untuk memerintah kawasan supaya boleh merasmikan masjid dan surau. Kita patut menolak wakil drp org melayu drp pihak pembangkang untuk mewakili kawasan.

Share this post


Link to post
Share on other sites

dah tu....org dok sibuk berkempen pasal nak majukan kawasan...dia dok bising cerita peribadi org....

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.

×
×
  • Create New...