Jump to content
gbsaint

Lepasan Spm Yg Mengambil Perubatan

Recommended Posts

Hi,

Saya ahli baru kepada forum ini dan ingin berbincang dengan mereka yang bakal mengambil perubatan.

Jadi,lepas SPM nie,ape ha cara untuk amek peubatan.Jika saya di bawah tajaan MARA,adakah mereka akan menghantar saya untuk mengambil IB atau A-level sebagai foundation year.

Saya juga ingin bertanya kepada meraka yang mengambil perubatan di IPTS di Malaysia seperti International Medical University di Bukit Jalil dan Penang Medical College.Kalo amek yang macam ini MARA sponsor tak???

Bagaimana juga dengan mereka yang mengambil perubataan di Indonesia dan Russia??O.k tak

Saya nie lepasan SPM 2006.Terima kasih.

Share this post


Link to post
Share on other sites

MARA menaja pelajar perubatan melalui beberapa program iaitu:-

1-Persediaan Perubatan Russia

2-Persediaan Perubatan Indonesia

3-A-level

4-Diploma International Baccalaureate

5-Australian Matriculation

Persediaan Perubatan Russia hanya ditawarkan kepada pelajar MRSM menggunakan keputusan percubaan. Program ini telahpun bermula pada akhir Januari yang lalu. Sekiranya anda berminat melanjutkan pelajaran ke Russia mohonlah dibawah tajaan JPA.

Persediaan Perubatan Indonesia adalah setahun. tetapi mungkin juga 3 bulan. Begitu juga dengan perubatan timur tengah. Senior saya sebelum ini melakukan persedian timur tengah selama 3 bulan dan berlepas ke sana pada bulan September. Persediaan dijalankan di IPTS.

Bagi program A-level tempoh pengajian ialah 1.5-2.0 tahun. Program ini dijalankan di ipts seperti Taylor's College. Begitu juga dengan program AUSMAT tetapi program ini mengambil masa 1.5 tahun.

Berkenaan program IB, jika perubatan anda akan melanjutkan pelajaran selama 2 tahun di Kolej MARA Banting.

BAgi program A-level, IB dan AUSMAT anada hendaklah mencapai skor yang ditetapkan bagi membolehkan anda terbang ke luar negara. Jika tidak, anda sekadar belajar di IPT tempatan.

Jika AUSMAT anda boleh melanjutkan pelajaran ke Australia atau New Zealand.A-level dan IB selalunya di Ireland, UK, India dll.

Semasa temuduga nanti, nyatakan program apa yang anda pilih. Anda mungkin mendapat tajaan MARA tetapi tidak semestinya anda dapat program tersebut. Ianya mengikut budi bicara pihak atasan.

Sekian, penjelasan daripada saya. :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

nak tny cket neh..camne mau mohon program persediaan perubatan indonesia yg MARA taja tuh..adakah mndaftar melalui on9 atau melalui borng btulis..? :mellow:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Anda perlu memohon program penganjuran pelajaran luar negara MARA-JPA menerusi online dahulu. Jika anda memilih MARA sebagai penaja, semasa temuduga nanti beritahu bahawa anda mahukan program tersebut. Berkemungkinan penemuduga akan bertanya mengapa anda ingin ke sana. Jadi lakukan persiapan yang secukupnya sebelum menghadapi temuduga tersebut. Saya harap anda telahpun membuat permohonan tersebut kerana permohonan ini telahpun ditutup pada 22 Mac yang lepas

Berkenaan program yang ditaja MARA dalam negara, saya tidak berapa pasti bagaimana cara memohon. Tetapi mungkin pelajar yang melanjutkan pelajaran ke UiTM berpeluang mendapatkan biasiswa tersebut. Terdapat juga beberapa IPTS tempatan yang ditaja oleh MARA untuk pelajar yang berminat mengambil perubatan dll. Setahu saya, Allianze College dan UCSI(Kolej Universiti Antarabangsa Sedaya). UCSI itu sendiri juga menawarkan biasiswa kepada pelajar cemerlang. Ianya bergantung pada bilangan 1A anda. Jika anda mendapat 10 1A anda berpeluang menerima biasiswa penuh bagi program Pre-U, 9 1A adalah RM 10,000, 8 1A pula mungkin RM 3,000. Selepas tamat pre-u anda akan melajutkan pelajaran selama 5 tahun dalam bidang MD di sana juga. Jika tak salah saya, 2 tahun di Cheras, 3 tahun klinikal di Terengganu. Dalam konteks ini, bilangan 1A adalah penting sekiranya anda ingin memohon biasiswa IPTS kerana itulah yang menentukan peratusan tajaan.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Anda perlu memohon program penganjuran pelajaran luar negara MARA-JPA menerusi online dahulu. Jika anda memilih MARA sebagai penaja, semasa temuduga nanti beritahu bahawa anda mahukan program tersebut. Berkemungkinan penemuduga akan bertanya mengapa anda ingin ke sana. Jadi lakukan persiapan yang secukupnya sebelum menghadapi temuduga tersebut. Saya harap anda telahpun membuat permohonan tersebut kerana permohonan ini telahpun ditutup pada 22 Mac yang lepas

Berkenaan program yang ditaja MARA dalam negara, saya tidak berapa pasti bagaimana cara memohon. Tetapi mungkin pelajar yang melanjutkan pelajaran ke UiTM berpeluang mendapatkan biasiswa tersebut. Terdapat juga beberapa IPTS tempatan yang ditaja oleh MARA untuk pelajar yang berminat mengambil perubatan dll. Setahu saya, Allianze College dan UCSI(Kolej Universiti Antarabangsa Sedaya). UCSI itu sendiri juga menawarkan biasiswa kepada pelajar cemerlang. Ianya bergantung pada bilangan 1A anda. Jika anda mendapat 10 1A anda berpeluang menerima biasiswa penuh bagi program Pre-U, 9 1A adalah RM 10,000, 8 1A pula mungkin RM 3,000. Selepas tamat pre-u anda akan melajutkan pelajaran selama 5 tahun dalam bidang MD di sana juga. Jika tak salah saya, 2 tahun di Cheras, 3 tahun klinikal di Terengganu. Dalam konteks ini, bilangan 1A adalah penting sekiranya anda ingin memohon biasiswa IPTS kerana itulah yang menentukan peratusan tajaan.

Bang, saya juga memilih tajaan MARA di bawah perubatan Adakah peluang saya cerah jika saya mendapat 13A1? Selain itu, perlukah pelajar MARA ikut Program Pendedahan Seorang Doktor? Di laman web mana saya boleh semak status permohonan e-silakah?

Share this post


Link to post
Share on other sites

apsal ko panggil dia abang ? :)

tidak juga, keputusan itu hanyalah 'tiket' untuk melepasi 'saringan'. kemudian ada sesi temuduga. kat sini la yg jadi faktor titik tolak sama ada ko berjaya atau tidak..

kalau tak silap aku 'Program Pendedahan tu dah keluar dah .. sapa2 yg dapat semua diorang panggil kan.. boleh pegi kat hospital daerah dengar ceramah pasal ni. ya.. e-silakah..

satu lagi, jangan hanya amik bulat2 apa yg orang cakap... persediaan diri sendiri dan keyakinan itu paling penting... tapi jangan terlebih yakin kerana terlebih yakin tu akan menyebabkan berlakunya kesilapan.

Cheers!

Share this post


Link to post
Share on other sites

apsal ko panggil dia abang ? :)

haha..izwan ni mmg x suke tol kalo ad org pnggil org len "abang"?? wonder why..haha :lol:

jokin dude..

waa.. :( aku x dapat r program pendedahan kejya doktor tu..tapi asal die kate bagi pmohon mara,,pegi website mara. yg dpt pegi program tu sumer yg amek JPA ke?? mn aciieee... :angry:

Share this post


Link to post
Share on other sites

TOLONG!!!! Saya betul-betul sudah check web MARA ngan JPA!! Nama saya tiada untuk pro pendedahan tu!! Saya dengar , budak MARA tak perlu ikut pro itu, benarkah?

Siapa blh beritahu saya di mana nak check sama da saya terpilih utk temu duga, web MARA @ e-sila juga?... tolonglah,,, saya amat terdesak nih!!!!!!!!!!!!!!

Share this post


Link to post
Share on other sites

Hahahahah. Eh Izwan, bagilah muka kat kita kalau orang nak panggil abang sekalipun. :lol:

Ok. Berbalik pada persoalan , kalau 13 1A insyaAllah dapat. Tapi temuduga kena lepas la. Berkenaan program tu jawapannya--->

Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor di hospital-hospital Kementerian Kesihatan yang terpilih diseluruh negara akan diadakan selama 3 hari mulai daripada 27, 28 dan 29 Mac 2007. Program ini diwajibkan kepada semua calon yang memohon dan memenuhi syarat untuk mengikuti program perubatan di bawah tajaan JPA.

Kalau pilih MARA, tak terlibat dengan program tu.Panggilan temuduga tu nanti dia panggil la..sabar yer.. :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kalau gitu, waktu interview MARA ngan JPA samakah? Atau berlainan? Bila pelajar tajaan MARA boleh tahu sama ada terpilih untuk interviu atau tidak? Juga 30 Mac kah? Saya masuk web MARA tiada apa-apa ttg pro ini....... Nak check di laman e-sila jugakah status panggilan temuduga untuk tajaan MARA?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Eh, tapi saya di Sarawaklah, bagaimana boleh pergi ke KL? Bukankah masa isi borang, dia suruh kita isi tempat interviu... saya isilah kat Kuching!!!! Kalau kat KL je, macam mane nih??? Tolong!!!! Adakah Sarawak mempunyai pusat interviu sendiri?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Eh, tapi saya di Sarawaklah, bagaimana boleh pergi ke KL? Bukankah masa isi borang, dia suruh kita isi tempat interviu... saya isilah kat Kuching!!!! Kalau kat KL je, macam mane nih??? Tolong!!!! Adakah Sarawak mempunyai pusat interviu sendiri?

kalau tahun 2001 dulu (saye SPM 2000), interview scholarship MARA smua buat kat KL tuk calon dr smjg. Kalau Sabah & Swk x sure la plak.

Kalo JPA mmg dia buat satu/lebih tempat interview utk setiap negeri. Cam saya dulu di KB kelantan, interview JPA di MRSM PC. Hehe.. dpt course accounting di UK tp terpaksa tolak sbb dah sambung belajar IT kat kolej. Tp jeles nengok kwn2 ramai pi overc gak.. hihiii...

Borang JPA leh download online (tak tau skrg still open lg ke tak.. cuba cek..) boleh fotostat banyak2 pun yg print tu..

Soklan diorang tanya slalu (JPA - thn 2001 SPM 2000):

1) Nape pilih course tu

2) nape pilih negara tu berbanding dgn negara lain (masa ni diorang nak test personality.. samada pergi sbb nak study ke sbb nak enjoy.. hehehe)

3) apa yg anda tau ttg negara tu (dr segi politik, sosial, ekonomi.. etc)

4) nape course ni menjadi pilihan pertama, kedua dan seterusnya

selain tu, test speaking english. Biasa diorang ada suh buat intro pasal diri, family dlm english

- pasal isu semasa di Malaysia, dan lain2 negara

- tentang application lain yg anda pohon (jika ada)

- kalau di offer application lain dan pd masa sama dpt offer JPA, adakah anda akan consider utk amik offer lain atau JPA (soklan saya kena..)

- tgk kegiatan ko-kurikulum, biar balance ngan akademik, sbb ramai power akademik tp kokurikulum kurang (aku la nie hehe)

- dan soklan2 simple yg lain. Tak byk critical thinking time saya tu.. maybe skrg dah byk soklan tahap kena perah otak kot sbb budak2 skrg smua bijak2 tahap CPU ni.. sampai berbelas 1A.

Share this post


Link to post
Share on other sites

eh...pnggilan temuduga JPA da kuar..

kalo amek mara pny tajaan pun kne cek kat ctu ke??

ke kat page mara.. :unsure:

Share this post


Link to post
Share on other sites

owh,tp bagaimana jika saya memilih A level,boleh tak mohon masuk university di australia atau new zealand menggunakan a level.

Selain tue,di mana mara menghantar pelajar meraka untuk mengambil a level???

p/s:Sy dapat interview mara 17th april,ada org lain di sini dapat tak??

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ambik jer perubatan kat memaner, yg penting kene wat foundation atau persediaan la dulu. Skarang nie kalo pegi kat maner kolej swasta yg tawarkan program perubatan, kalo result setahun tu bagus buleh memohon biasiswa JPA atau mara. tp luar negara skarang jpa tanak bg biasiswa kalo pergi ikut private, mara kalo pinjaman, kalo lulus kene bayar separuh jer, best tak?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...