Jump to content
freakery

Merokok@smokers

  

221 members have voted

  1. 1. Adakah anda merokok?

    • Ya
      91
    • Tidak
      130


Recommended Posts

Assalamualaikum...

aku tak merokok dan aku tak anti kepada perokok sbbnya ramai kawan aku yg merokok, jd bg aku no hal... tapi yg aku sedihnya, time aku gi solat jumaat apa lagi kat masjid Shah Alam tu, ada jugak yg merokok dlm kawasan masjid sdgkan dalam kawasan masjid tak boleh merokok.. apa daaa....

Assalamualaikum...

perokok ni pun kdg x paham mane diorang...cam tempat berekon...saje je tunjuk kerek isap rokok kat situ...

(aku pun bukan nak sangat tegur2 ni..nnt diorang plak kata aku kerek...hehehe)

ako hisap cigar. cohiba siglo 6 ke. vino nye pon ok la kalo tengah takde duit. tapi ako suke ras ayang dari trinidad tobago nye. tembakau diorang keras sket. tak smooth cam cuba nye.

tapi kalo ade ako nak gak beli tembakau dari sumatera atau dari surabaya. best gak tu. murah gile.

pengisap cigaratte...berbanggalah...cigar x de la mahal sangat...muahahahha

Share this post


Link to post
Share on other sites

ako tego je.

diorang kate ako kerek, ako jawab ni.

"eh sori2. tak sedar korang melayu. sori ye."

Share this post


Link to post
Share on other sites

td ade pakcik technician kat tempat aku training isap paip. lain siot asap die. x menusuk idung pn. selalu kalo asap rokok aku dah tepis2 dah.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Assalamua'laikum,

Just nak share artikel yg kuar di berita harian hari ni......

Merokok punca perangai rosak, pembaziran wang

Oleh Dr Ahmad Redzuwan Mohd Yunus

MEROKOK adalah satu tabiat yang digemari sebahagian manusia pada zaman serba moden ini, malah ia menjadi keperluan kepada golongan muda yang beranggapan merokok kononnya melambangkan kedewasaan dan kematangan.

Di Malaysia, berdasarkan maklumat Kementerian Kesihatan, 24 peratus daripada 3.1 juta perokok tegar di kalangan rakyat Malaysia adalah remaja termasuk pelajar sekolah rendah.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendefinisikan merokok sebagai satu aktiviti ketagihan. Merokok secara tidak langsung boleh menyebabkan seseorang itu terbabit dengan najis dadah kerana rokok bunga kepada dadah.

Ia digambarkan sebagai permulaan untuk menjinakkan diri dengan bahan tidak mendatangkan manfaat dalam kehidupan. Oleh itu, amalan menghisap rokok wajar dihentikan segera oleh individu yang menagihnya kerana ada banyak kesan negatif.

Perbuatan membeli rokok jelas satu pembaziran sedangkan wang itu boleh dibelanjakan untuk keperluan keluarga. Ia menunjukkan merokok sebagai punca merosakkan perangai dan membuang harta tanpa kewajarannya.

Mereka tidak sedar tindakan merokok boleh menimbulkan krisis dalaman keluarga kerana masalah kewangan untuk menyara keluarga. Mereka terpaksa memperuntukkan sebahagian besar wang untuk membeli rokok, sedangkan keperluan keluarga dipinggirkan.

Berdasarkan Ahmad Shalabi, rokok bagi golongan miskin tidak mengenyangkan, malah mereka terpaksa menanggung bebanan hutang. Begitu juga golongan pelajar yang sanggup menghabiskan dan membelanjakan wang untuk membeli rokok kerana ketagihan, sedangkan keperluan untuk pelajaran diabaikan.

Merokok boleh menyebabkan masalah kepada sistem peredaran darah. Apabila seseorang itu merokok, pergerakan jantungnya bertambah, lama-kelamaan degupan jantung menjadi tidak teratur dan menyebabkan sakit dada.

Selain itu, merokok boleh menyebabkan perokok kehilangan deria bau dan rasa serta kesan kekuningan pada gigi perokok disebabkan tar tembakau yang ada pada rokok. Tar tembakau juga menyebabkan keadaan mulut perokok berbau busuk, menghilangkan selera makan, menyebabkan ketagihan berpanjangan dan mengalami masalah penghadaman makanan.

Malah, merokok juga akan meninggalkan ketidakselesaan kepada mereka yang berdampingan dengan perokok seperti anak, isteri dan orang awam lain melalui asap rokok dihembus perokok.

Penyelidik mengesahkan merokok menyebabkan barah paru-paru, barah peti suara, mulut dan kerongkong. Malah, asap rokok yang dihembuskan perokok boleh mendatangkan penyakit kepada penghidunya, manakala perokok di kalangan wanita hamil pula boleh mendatangkan masalah kepada bayi dalam kandungannya kerana racun tembakau dan asap rokok akan meresap ke uri. Hal ini menyebabkan anak dalam kandungan kekurangan oksigen dan zat dalam darahnya. Secara tidak langsung, apabila anak itu lahir kemungkinan besar kekurangan berat badan dan mudah terkena jangkitan penyakit.

Kajian sarjana Barat, C Everentt Koop, menjelaskan perokok kebanyakannya mati pada usia muda berbanding mereka yang tidak merokok.

Berdasarkan kepada banyaknya kesan negatif daripada amalan merokok, mereka yang menghisap rokok seolah-olah mahu merosakkan tubuh dan membinasakan diri.

Untuk membanteras tabiat ini, amat wajar kerajaan melancarkan kempen ‘Tak Nak Merokok dan Cara Hidup Sihat’ pada 2005. Malah, baru-baru ini kerajaan dengan tegas menaikkan harga rokok sebagai usaha menghentikan amalan negatif di kalangan rakyat Malaysia.

Namun, kempen itu perlu disusuli kesedaran perokok dan mereka yang ingin merokok kerana setiap perubahan terletak pada diri mereka.

Hal ini dijelaskan Allah menerusi firman-Nya bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.†(Surah ar-Ra’d, ayat 11)

Penulis adalah Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM.

Share this post


Link to post
Share on other sites

I think kenaikan harga rokok baru-baru ni tidak mendatangkan kesan menyeluruh kepada perokok untuk berhenti merokok. Mungkin ada 2 hingga 6% (andaian i saja) yang berhenti sebab dah mahal. Yang bagi kesan maksimum lain tak bukan...company tembakau diorang yang jadi kaya.

Share this post


Link to post
Share on other sites

ahahaha...tahukah anda, ramai perokok bajet untuk berhenti jika satu bungkus 20 batang cecah sepuluh ringgit? So, aku rasa impact yang naik kali ni tak hebat sangat.

Share this post


Link to post
Share on other sites

ahahaha...tahukah anda, ramai perokok bajet untuk berhenti jika satu bungkus 20 batang cecah sepuluh ringgit? So, aku rasa impact yang naik kali ni tak hebat sangat.

ya betull!!!!.... :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

x lama rokok jd mcm dadah, x kire harga mahal tp dah ketagihan ..

Share this post


Link to post
Share on other sites

iklan jap: gaya mutu keunggulan..dunhill...london paris new york...dunhill....

AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA:

MEROKOK MERBAHAYAKAN KESIHATAN.

vote:ya!! saya adalah salah seorang perokok dunhill king size

Share this post


Link to post
Share on other sites

Melihat metalistik orang melayu skang,

MEROKOK sebab MENGIKOT,

MEROKOK sebab MENUNJUK,

MEROKOK sebab TENSION??

ahhhh.... tuh merokok sebab nak buang duit jerk, baik x yah merokok...

hehehe, aku pun merokok gakz....

nyesal aku :P

sebab aku merokok??

ntah,

sebab aku start merokok??

x ingat...

well merokok adalah salah satu cara membunuh diri secara pelahan-lahan...

p/s: Pak Cik kat pejabat aku masih merokok walaupun lagi 2 tahun nak pencen... hurm/?

Share this post


Link to post
Share on other sites

time pose nih bleh plak tak isap rokok...pelik btul.. ^_^

rokok tu pun puasa jugak kot??

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku nak tanya nih..yg aku perasan la kenapa mamat.minah mat salleh nih lebey suka isap marlboro...compare to dunhill hahaha..aku negok kat M'sia ngn Indon je kaki Dunhill....yg lain most aku negok Marlboro..

dulu aku layan Marlboro je sekang mmg Dunhill la faveret aku...

yeker mana ko tahu bulan posa diorank x isap rokok siang2 hahahaha.. :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

ermm...mungkin pasal cuaca... ^_^

- aku isap salem light..bulan pose taun lepas aku tukar brand nih...sebab time sahur bleh sambung 3 batang skali tanpa memberi effect keatas paru2 aku yg sihat dan kuat nih...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kepada sesape yg merokok ambil la peluang sempena bulan ramadhan utk terus berenti merokok coz x baik utk kesihatan...agak2nya la kan kalau orang yg berumur 50 tahun yg dari muda hisap rokok dengan orang yg umurnya 50 tahun gak tapi x pernah hisap rokok mana yg lebih sihat dan cergas???tentu yg x hisap rokok kan... memang penyakit dari Allah tapi kalau hisap rokok tu seolah2 kita mintak sakit...fikir2kan..sekadar pendapat peribadi..yg baik itu terimalah walau dari sapepun ia datang...SALAM RAMADHAN..

Share this post


Link to post
Share on other sites

ermm...mungkin pasal cuaca... ^_^

- aku isap salem light..bulan pose taun lepas aku tukar brand nih...sebab time sahur bleh sambung 3 batang skali tanpa memberi effect keatas paru2 aku yg sihat dan kuat nih...

ye ker factor cuaca...ntah la still aku negok mat saleh nih dt M'sia pun isap gak marlboro x kesah la marlboro jenis apa...

xpe la nanti aku nak tanya sendiri mat saleh tuh...apa bestnye isap marlboro dari dunhill hahahaha.. :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku rasa sebab rokok marlboro ringan kot....Perokok u.s. semua suka hisap rokok yang ringan-ringan jer, cubalah rasa rokok marlboro yang memang datang dari us, macam tak rasa apa pun, ringan sangat..tu yang rokok dia panjang dari rokok kita.

Aku sekarang hisap rokok gulung, murah sikit, kalau gulung pakai tangan, Rm 11/12 dapat 100 batang...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku suka hisap marlboro,ringan skit la dari dunhill.

Dunhill aku takleh masuk,keras la tak sesuai untuk aku.

Tapi time takde rokok,keras tak keras dunhill pun aku sapu hehehe. :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku suka hisap marlboro,ringan skit la dari dunhill.

Dunhill aku takleh masuk,keras la tak sesuai untuk aku.

Tapi time takde rokok,keras tak keras dunhill pun aku sapu hehehe. :lol:

aku dulu pun mcm ko gak...tapi sebab most member aku isap dunhill

bile slalu sgt mengapow diorank tuh rasa sodap lak dunhill..hahaha pastu aku layan L&M gak yg special blend..tuh sebab akibat mengpow org hahahaha sodap sungguh bile dah xde duit beli L&M a.k.a Lelaki Macho/Lelaki Miskin sudey :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

hehehe... best gak berkongsi citer rokok di bulan poser ni....:P

1st aku layan surya ori, tp tempat aku susah nk dpt, so aku layan la marlboro softpack lak. marl fliptop sori....:P tp skang nak saving, aku isap winston filters jer....ok la....tapi klo dah sengkek sgt, halftime 5 pon jadikkkkk. 20 btg Rm 2.40, paham2 sendiri la.

paling aku xleh masuk: L&M ngan Peter.... mak aih...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Disebabkan harga rokok yang dah melambung,Marlboro pun skang jadi RM8.20 aku pun carik alternatif lain isap Winston.

Ok la Winston tapi first choice Marlboro la..

Tapi peningkatan harga ni pun ada kesan sampingan,orang bukan nak berenti isap rokok tapi akan carik rokok murah...atau lagi bahaya rokok tiruan.Jangan la sampai aku isap rokok tiruan ni,teruk sangat tu.. ^_^

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...