LanoV 22 Report post Posted March 11, 2007 (edited) lanoG,macamana nak besar dan kecilkan kotak region(kotak biru) tu?aku dah try drag guna mouse tapi tak boleh...JAWAPAN: Nak besar dan kecilkan kotak filled region adalah seperti berikut.Letakkan cursor anda pada sama ada penjuru sebelah kanan atau sebelah bawah dan pastikan cursor berkenaan bertukar kepada gambar 'tangan yang menunjuk'.Selepas itu, tekan-kiri dan tahan menggunakan tetikus anda. Kemudian anda boleh tarik(drag) atau tolak untuk adjust saiz dan panjang/lebar sesebuah filled region dan lepaskan(drop) bila dirasakan sesuai.Sekiranya anda ingin memindahkan atau menggerakkan ke lokasi lain pula, anda perlu gunakan penjuru sebelah atas atau penjuru sebelah kiri. Cuba anda praktis terlebih dahulu bagaimana nak besar/kecil/gerak filled region. Jika telah mahir memang mudah nak buat apa sahaja dengan actor berkenaan. Selamat mencuba. Edited March 11, 2007 by LanoG Quote Share this post Link to post Share on other sites
Shinkoban 0 Report post Posted March 11, 2007 terima kasih lanoG sebab terangkan kat aku,kalau tidak sampai skrg masih takpaham.... Quote Share this post Link to post Share on other sites
LanoV 22 Report post Posted March 11, 2007 terima kasih lanoG sebab terangkan kat aku,kalau tidak sampai skrg masih takpaham....Sama-sama. Ko pun kalau ada maklumat tambahan yang berguna berkenaan GE boleh share ngan kitorang kat sini. Maklum ler sebagai manusia biasa, aku pun tak lari dari kesilapan dan kekurangan. Sebab tu aku galakkan semua tambah apa2 yang kurang dan tegur apa2 yang aku tersilap. Quote Share this post Link to post Share on other sites
LanoV 22 Report post Posted March 13, 2007 (edited) Sekarang kita sambung tutorial nie...BAHAGIAN 9: ENEMY MEMBALAS TEMBAKANJika game yang mana hanya anda sahaja boleh menembak tetapi enemy-enemy anda tak dapat menyerang balas, tentu amat membosankan sebab mudah sangat. Oleh itu kita akan setkan pula supaya enemy ini dapat menembak balik kapal angkasa anda. Untuk membuat enemy menembak balik, kita memerlukan satu actor baru iaitu peluru yang digunakan enemy berkenaan.Buat satu actor baru dan namakannya sebagai enemy_shot.Pada panel actor control enemy_shot berkenaan, pastikan butang sebelah Create at startup: adalah No. Selepas itu, anda boleh masukkan pula animation dengan memilih salah satu sprite yang ada dalam komputer anda sebagai peluru. Sebagai contoh, kita gunakan sprite kecil berikut yang kita namakan sebagai shot:Klik butang Ok dan sprite actor telah disetkan.Sekarang, pada panel actor control enemy_shot tadi, klik butang Add dalam kategory Event. Keluar pula senarai event dan anda boleh pilih Create Actor daripada senarai berkenaan. Panel Create Actor Event berikut pun dipaparkan.Daripada panel tersebut pula klik pada butang Add Action dan senarai berikut dipaparkan.Pilih Script Editor untuk menulis sedikit skrip untuk menggerakkan peluru (enemy_shot) ke bawah.Didalam script editor berkenaan, anda tulis kod berikut untuk menggerakkan enemy_shot ke bawah.yvelocity = 5;... bersambung. Edited March 13, 2007 by LanoG Quote Share this post Link to post Share on other sites
LanoV 22 Report post Posted March 13, 2007 (edited) ... sambungan.Sekarang kita akan setkan pula event apabila peluru (enemy_shot) berkenaan keluar dari paparan skrin iaitu memusnahkan actor berkenaan.Seperti biasa, kita perlu kembali ke panel actor control enemy_shot dan klik pada butang Add pada bahagian Event. Satu senarai event akan dipaparkan seperti berikut.Pilih Out of Vision dan panel berikut dipaparkan.Dalam panel Out of Vision berkenaan, klik pada butang Add Action.Senarai Action berikut pula dipaparkan untuk anda pilih.Daripada senarai berkenaan, pilih Destroy Actor. Ini bertujuan untuk memusnahkan actor yang telah keluar daripada paparan permainan. Panel Destroy Actor seperti berikut ditunjukkan.Klik Ok dan seperti biasa pilihlah Immediate Action.Secara umumnya kita sebenarnya telah setkan 2 event yang akan berlaku pada peluru enemy (enemy_shot) iaitu:1. mencipta actor (create actor) iaitu actor peluru dihasilkan serta merta dan bergerak ke bawah paparan.2. apabila keluar daripada paparan permainan (out of vision) peluru berkenaan akan dimusnahkan.... bersambung. Edited March 13, 2007 by LanoG Quote Share this post Link to post Share on other sites
LanoV 22 Report post Posted March 13, 2007 (edited) ... sambungan.MEMBUAT ENEMY1 MENEMBAK SECARA RAWAKKita telah setkan sifat yang menggerakkan peluru (enemy_shot), dan sekarang kita perlu mengintegrasikan pula peluru berkenaan pada enemy-enemy yang ada. Dalam tutorial ini, kita akan memberi pautan hanya kepada enemy1 (termasuk klon-klonnya) sahaja yang akan mempunyai fungsi menembak secara rawak. Ikuti langkah berikutnya.Buka panel actor enemy1 seperti dalam paparan berikut.Ini adalah panel actor enemy1 yang telah kita setkan pada awal pembuatan enemy1. Sekarang kita akan tambah event yang baru dengan klik pada butang Add dalam kategori Event: (lihat butang dihighlightkan). Pastinya senarai berikut akan dipaparkan dan anda boleh pilih Create Actor.Selepas itu keluar pula panel Creat Actor Event.Daripada panel ini, anda cuba klik pada butang Add Action. Ini digunakan untuk membuat setting peristiwa yang berlaku menyebabkan terjadinya event create actor berkenaan. Satu senarai dipaparkan...Anda pilih Create Timer.Seterusnya panel Create Timer seperti berikut ditayangkan.Apakah tujuan Create Timer? Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah fungsi timer ini. Sebenarnya timer digunakan untuk memberikan penetapan masa dalam milisaat akan sesuatu peristiwa. Maknyanya kita boleh berikan peristiwa melengahkan masa atau mempercepatkan masa bergantung kepada setting yang kita buat.... bersambung. Edited March 13, 2007 by LanoG Quote Share this post Link to post Share on other sites
LanoV 22 Report post Posted March 13, 2007 (edited) ... sambungan.Dalam panel berkenaan, cuba anda klik pada butang kosong disebelah Timer: berkenaan dan berikutnya...Pilih pula New Timer sebab belum wujud mana-mana timer (pemasaan) yang kita buat sebelum ini.Panel berikut akan dipaparkan supaya kita boleh setkan pemasaan.Isi maklumat yang perlu seperti berikut.Dalam maklumat yang telah kita isi berkenaan, kiraan maksimum pemasaan ialah 40000 milisaat manakala kiraan minimum ialah 5000 milisaat sahaja. Ini bermaksud bahawa pemasaan disetkan pada kadar antara 5000 hingga 40000 milisaat untuk sesuatu peristiwa itu diaktifkan. Butang pada Type ditukar pada Random untuk membolehkan sebarang kiraan dalam julat 5000 ke 40000 milisaat dijanakan secara rawak.Bila selesai semuanya klik butang Ok.Kembali ke panel terdahulu. Klik butang Ok untuk menutup panel berkenaan.MELEPASKAN PELURU BILA PEMASAAN DIAKTIFKAN.Kita kembali ke panel actor asal iaitu enemy1. Sekarang bagaimana pula nak setkan masa supaya enemy1 dan klon-klonnya boleh menembak peluru secara rawak. Kita sebelum ini telah setkan kewujudan actor baru dan seterusnya mencetuskan pemasaan (timer) enemy shot. Bagaimana pula hendak mengulangi proses yang sama supaya enemy1 dan klon-klon boleh menembak secara berterusan dalam pemasaan yang rawak.Kita perlu wujudkan semula sifat pemasaan rawak ini selepas enemy1 melepaskan peluru.Baiklah, pada panel actor berkenaan, klik butang events Add dan senarai berikut dipaparkan.... bersambung. Edited March 13, 2007 by LanoG Quote Share this post Link to post Share on other sites
LanoV 22 Report post Posted March 13, 2007 (edited) ... sambungan.Panel Timer berikut dipaparkan pula.Klik pada butang panjang Timer berkenaan dan hanya satu pilihan yang ada iaitu timer yang telah kita hasilkan diawal sebelum ini yang ditulis 'enemy shot (random, 5000 to 40000 ms)' seperti berikut.Berikutnya, pada panel berkenaan sila klik pada butang Add Action pula. Satu senarai action dipaparkan dan pilihlah Create Actor.Seterusnya, sebuah panel Create Actor dipaparkan.Klik butang disebelah jenis Actor dan pilih enemy_shot.Klik butang disebalh jenis Animation dan pilih shot.Kekalkan yang lain2 dan sudahkan dengan klik pada butang Ok dan seperti biasa pilih Immediate Action.Siap! Cuba uji game anda sekarang...! Fuhh!! Banyak screenshot aku pakai sampai putera.com tak benarkan aku post imej lagi... hehehehe!! Edited March 13, 2007 by LanoG Quote Share this post Link to post Share on other sites
ryuki 0 Report post Posted March 15, 2007 (edited) lanoG, guna perisian apa ni? Edited March 15, 2007 by invaderz Quote Share this post Link to post Share on other sites
LanoV 22 Report post Posted March 15, 2007 lanoG, guna perisian apa ni?Jawapan: Game Editor. sila rujuk permulaan thread ini untuk maklumat lebih lanjut. Quote Share this post Link to post Share on other sites
Vibrunnica 0 Report post Posted March 15, 2007 Fuhhh... dah jadi tutor master dah skang en. lanog kita nih.... job well done... keep'em kaming Quote Share this post Link to post Share on other sites
LanoV 22 Report post Posted March 15, 2007 (edited) Ahahah... bukan tutor master ler, Vib. Just terangkan sikit2 jer camane nak buat game 2D ringkas. title master tu, aku tak layak...Baru2 nie Motorola (syarikat buat telefon bimbit) ada anjurkan MOTODEV// GAME DEVELOPER CHALLENGE.MOTODEV and I-play have teamed up to bring you the MOTODEV Game Developer Challenge. Submit a hot new unpublished title for the ultra-slim MOTOKRZ K1 running the Java® software platform or the uber-functional MOTO running the Windows Mobile for Smartphone platform and get a chance to win some industry leading and unprecedented prizes!Layari website ini untuk maklumat lanjut: http://developer.motorola.com/eventstraining/gamechallenge/Kita boleh gunakan tool yang kita pelajari ini untuk develop satu game untuk masuk pertandingan nie. Sebab Game Editor boleh compile game yang dihasilkan untuk kegunaan Mobile Phone seperti jenis Motorola nie. Ada hadiah menarik menanti anda... hehehehe. Edited March 15, 2007 by LanoG Quote Share this post Link to post Share on other sites
MalaYneuMaya 4 Report post Posted March 15, 2007 assalamualaikum...alohai...jauh dh aku ttinggal nih.. xper keep going bro LanoG..ada masa aku follo gk wpun aku x de replypc aku pon baru format...jdi kena install blik GE hehe Quote Share this post Link to post Share on other sites
LanoV 22 Report post Posted March 16, 2007 assalamualaikum...alohai...jauh dh aku ttinggal nih.. xper keep going bro LanoG..ada masa aku follo gk wpun aku x de replypc aku pon baru format...jdi kena install blik GE heheHehehe... tak ler jauh benar tertinggal. Sebab step-step yang ada pun bukan berbeza sangat, just susun atur jer untuk membuat fungsi-fungsi tertentu. Tak lama lagi (mungkin 2 bahagian lagi..), tutorial ini akan selesai setelah hampir 2 bulan berlangsung. Selepas kita dah bentuk prototaip engine game ini, kita akan memperkemaskan pula dengan sprite2 yang lebih baik sebelum ianya menjadi game yang best untuk dimainkan... Quote Share this post Link to post Share on other sites
yuririka_rikku 0 Report post Posted March 16, 2007 ello,haha satu tutor yg bagus.. sedang menunggu utk sambungan yg seterusnya. Quote Share this post Link to post Share on other sites
MalaYneuMaya 4 Report post Posted March 16, 2007 (edited) assalamualaikum...haha aku dh siap kejor balik tutorial ko LanoG, 1.okeh nk tanya post #98, enemy1 tuh kalu tmbak tk mati ler...event mati dia xder..event tuk peluru ilang jer yg ada...ker ko saje wat camtu LanoG? aku rasa pasal xguna 'collide actor' mcm enemy2 tu pasal dia xmati..2.lagi satu event collision utk kita mati kena pluru enemy blom wat lagi kan?EDIT:haha ko abaikn jer prob 1 aku tuh... my mistake..sori...aku silap baca daa Edited March 16, 2007 by MalaYneuMaya Quote Share this post Link to post Share on other sites
LanoV 22 Report post Posted March 16, 2007 Reply @ yuririka rikkuEllo and thank you. Sambungan tutorial berikutnya akan dikemaskinikan tak lama lagi. Tungguuuuu... Reply @ MalayNeuMayaWalaikum salam,Jawapan 2: Wahhh.....!! Cepat tul ko kejar tutorial nie... ahaa memang betul. Sambungan berikutnya ialah nak buat event yang boleh sebabkan kapal angkasa kita mati bila kena tembakan daripada peluru enemy-enemy berkenaan. Quote Share this post Link to post Share on other sites
LanoV 22 Report post Posted March 17, 2007 (edited) Jam menunjukkan pukul 2.37 pagi hari Ahad. Ramai orang dah tido waktu nie... takpe tutorial diteruskan pada pagi yang hening ini... hehehe. BAHAGIAN 9: MUSNAHKAN KAPAL ANGKASA BILA KENA TEMBAKANBahagian ini lebih kepada ulangan kerana kita pernah gunakan cara yang sama untuk membuat setting memusnahkan enemy-enemy apabila terkena tembakan peluru daripada space_ship kita. Namun begitu, adalah lebih baik kita refresh balik kaedah berkenaan supaya anda boleh memahaminya dengan lebih mendalam.Buka panel actor untuk peluru enemy iaitu enemy_shot.Kita akan tambah satu lagi event pada peluru enemy ini iaitu perlanggaran dengan space_ship. Oleh itu, cuba anda klik pada bahagian Events, iaitu pada butang Add. Senarai berikut dipaparkan...Anda pilihlah Collision. Selanjutnya setelah pilihan dibuat, satu panel Collision Event dihasilkan seperti berikut.Setkan pada panel tersebut bahawa Of Actor: adalah space_ship seperti berikut:Dalam panel tersebut juga, kita akan buat action memusnahkan space_ship iaitu dengan klik pada butang Edit Action dan senarai berikut dipaparkan.Anda pilihlah Destroy Actor.... bersambung. Edited March 17, 2007 by LanoG Quote Share this post Link to post Share on other sites
LanoV 22 Report post Posted March 17, 2007 (edited) ... sambungan.Action PertamaSelanjutnya setelah anda pilih, maka akan muncul pula panel Destroy Actor seperti berikut.Untuk memusnahkan actor space_ship, kita kekalkan apa yang ada iaitu Actor: ialah Event Actor. Ini membawa maksud sebarang peristiwa yang dibuat oleh actor space_ship berkenaan.Klik pada Add dan seperti biasa pilihlah Immediate Action.Action KeduaSekali lagi kita akan kembali ke panel Collision Event.Klik pada butang Add Action atau Edit Action pada panel berkenaan dan senarai seperti tadi kelihatan. Pilih juga sekali lagi Destroy Actor dan seperti kali yang pertama panel Destroy Actor ditayangkan.Kali ini kita perlu tukar butang Actor: Event Actor kepada Collide Actor. Klik butang berkenaan dan dalam senarai yang ada, pilih Collide Actor. Tujuan action kedua ini ialah untuk mengesah sebarang perlanggaran dengan actor space_ship berkenaan supaya peristiwa memusnahkan actor berkenaan diaktifkan.Pada panel tersebut, klik pada Add dan seperti biasa pilihlah Immediate Action.Sekarang kita telah siapkan proses membuat setting agar space_ship boleh musnah apabila terkena peluru yang dilancarkan oleh enemy-enemy yang ada. Cuba menguji game ini dengan pergi ke Game Mode.Selamat Mencuba! Edited March 17, 2007 by LanoG Quote Share this post Link to post Share on other sites
MalaYneuMaya 4 Report post Posted March 18, 2007 (edited) assalamualaikum...okeh tambah sket BAHAGIAN 10 - ANIMASI LETUPAN APABILA KENA TEMBAK!!setting pada new actor - boom"""""""""""""""""""""""""""""1. Add actor, namakan 'boom'2. buka panel actor control bagi boom:- create at startup = no3. pada panel actor control juga, klik pada Add Animation - File (sila carik satu file bernama "explosion.png" dlm Game Editor/Tutorials/data/setting:- Horizontal Frames=29- Vertical Frames=1- Frame Rate=90klik OK4. pada panel actor control, klik Events: Add -> Animation Finish-biarkan Animation: Any Animation-klik Add Action -> pilih Destroy Actor-biarkan Actor: Event Actor-klik Add -> Immediate Actionklik Close utk keluar ke paparan actor control..close lagi5. alihkan actor boom diluar kotak view (kotak putih)..bersambung Edited March 19, 2007 by MalaYneuMaya Quote Share this post Link to post Share on other sites
MalaYneuMaya 4 Report post Posted March 18, 2007 (edited) assalamualaikum......sambungansetting pada enemy_shot (peluru musuh)""""""""""""""""""""""""""""""""""""""1. buka actor control bagi enemy_shot:2. pada Events: Add -> Destroy Actor3. klik Add Action -> Create Actor4. pada ank panah kecik sblah Actor: sila pilih 'boom'5. klik Add -> Immediate Action6. klik Close utk ke paparan actor control, pastu klik close lagi..setting pada ship_shot (peluru kapal kita)"""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""buka actor control bagi ship_shot, pastu ulangi proses setting spt enemy_shot..pegi kt Game Mode,kalu xder aral nnti setiap kali pluru kita kena musuh (atau pluru musuh kena kita) akn ada letupan! selamat berjaya Edited March 18, 2007 by MalaYneuMaya Quote Share this post Link to post Share on other sites
LanoV 22 Report post Posted March 18, 2007 (edited) Walaikum salam.Wahh.. ini sudah bagus. En. MalayNeuMaya dah tambah lagi tutorial nie.. siap bagi animasi letupan lagi. Macam nie baru nampak power game kita nie. Oh yek... apa kata lepas nie kita tukar pulak semua sprite2 yang ada kepada yang lebih bewarna-warni dan lebih cantik. Tapi nak kena besarkan dulu ruang permainan supaya lebih besar sikit sesuai untuk dimainkan di PC. Sebenarnya kita telah hasilkan game engine pertama dengan Game Editor nie. Cuma gilapkan sedikit dan anda boleh ubahsuai mengikut citarasa dan kreativiti yang ada. Jangan lupa pulak tambah make-up dengan grafik yang cun dan muzik serta sound effect yang mengancam lepas nie.... hehehehe. Edited March 18, 2007 by LanoG Quote Share this post Link to post Share on other sites
MalaYneuMaya 4 Report post Posted March 18, 2007 (edited) assalamualaikum... haha nk lagi syok?BAHAGIAN 11 - MENAMBAH BUNYI EFEK LETUPAN!!1. Buka panel actor control bagi actor 'boom'2. klik Events: Add -> Create Actor3. klik Add Action -> Play Sound-klik pada File: dan carik file bernama "explode.wav" dlm Game Editor/Tutorials/data/4. klik Add -> Immediate Action5. klik close utk ke paparan actor control, klik close lagi..haa..apa lagi klik la Game Mode n shoot'em!!! Edited March 19, 2007 by MalaYneuMaya Quote Share this post Link to post Share on other sites
LanoV 22 Report post Posted March 19, 2007 Fuhh.. gempak gak bunyi letupan nie (pasang speaker kuat2).... hehehe. Anda boleh juga setkan lain2 bunyi misalnya bunyi tembakan apabila enemy tembak atau anda sendiri yang tembak. Quote Share this post Link to post Share on other sites
MalaYneuMaya 4 Report post Posted March 19, 2007 assalamualaikum...Wahh.. ini sudah bagus. En. MalayNeuMaya dah tambah lagi tutorial nie.. siap bagi animasi letupan lagi. Macam nie baru nampak power game kita nie. Oh yek... apa kata lepas nie kita tukar pulak semua sprite2 yang ada kepada yang lebih bewarna-warni dan lebih cantik. Tapi nak kena besarkan dulu ruang permainan supaya lebih besar sikit sesuai untuk dimainkan di PC.hmm.. btul tu LanoG... slh satu cara ialah gantikn sprite ngan anim nyer.. tambah gambo background n s/effects haha . psl grafik2 nih photoshop bleh wat cunnya..Fuhh.. gempak gak bunyi letupan nie (pasang speaker kuat2).... hehehe. Anda boleh juga setkan lain2 bunyi misalnya bunyi tembakan apabila enemy tembak atau anda sendiri yang tembak.haa.. gempk kan? psl sound nih Game Editor bleh sapot .wav .iff dan .voc nnti letk lagi sound utk tembakan n bunyi injin kapal/enemy.. Quote Share this post Link to post Share on other sites