Jump to content
Hafeezee07

Cinta ! !

Recommended Posts

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.

Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir.

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu. Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.

Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami. Siapa pun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta!

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai sesuciannya.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.

Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.

mengapa ada cinta?

ada apa dengan cinta?

dalam hati ada cinta?

ada hati nak bercinta?

Share this post


Link to post
Share on other sites

adoih jiwaaaaaaaaaaaaaangnye. . . . rs nk tido aku baca, xabis baca pon :P

tibe2 aku terbaca

Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu.

wahahahwhahahha!!!!!! cmna ko anyam buih2 tu ek?? karat giler punya jiwang :lol:

Edited by roronoazoro

Share this post


Link to post
Share on other sites

adoih jiwaaaaaaaaaaaaaangnye. . . . rs nk tido aku baca, xabis baca pon :P

tibe2 aku terbaca

wahahahwhahahha!!!!!! cmna ko anyam buih2 tu ek?? karat giler punya jiwang :lol:

alaaa...takkan tak faham....ko ibaratkanlah anyam buih sampai dapatlaaa

Share this post


Link to post
Share on other sites

mengapa ada cinta?

ada apa dengan cinta?

dalam hati ada cinta?

ada hati nak bercinta?

mengapa ada cinta?

=> pasal ada perasaan

ada apa dengan cinta?

=> ada perasaan orang

dalam hati ada cinta?

=> pasal dah ada perasaan

ada hati nak bercinta?

=> ceh!!! perasan......

gurau jerr....

Share this post


Link to post
Share on other sites

hoooo panjang giler falsafah cinta mamat nie....

cuba ko simpul kan jadik ianya sebuah lirikkkk

tapi jangan terlalu mendayu tapi ader makna tersirat ttg cinta mcm lirik band indon...

x nak nampak mendayu bunyi rock ckitttt tapi lirik mmg kelas la....

Share this post


Link to post
Share on other sites

lor..jiwangnye...ni yang malas ni...alaop kengkawan yang bujang2...baik korang fikirkan soal cinta ni..watpe suke kat orang tapi orang tu tak suka kat kita....tak reti nak bercintan-cintan..tapi kalau ade yang ajar..otomatik jadik xpert..huhuh

Share this post


Link to post
Share on other sites

mengapa ada cinta?

=> pasal ada perasaan

ada apa dengan cinta?

=> ada perasaan orang

dalam hati ada cinta?

=> pasal dah ada perasaan

ada hati nak bercinta?

=> ceh!!! perasan......

gurau jerr....

Bagus Ko celoteh.....mana ko dapat....aku rasa kat forum lain ni...padail aa ko cari :P

hoooo panjang giler falsafah cinta mamat nie....

cuba ko simpul kan jadik ianya sebuah lirikkkk

tapi jangan terlalu mendayu tapi ader makna tersirat ttg cinta mcm lirik band indon...

x nak nampak mendayu bunyi rock ckitttt tapi lirik mmg kelas la....

Simpul camner....ko kena perhati betul2 baru roantik.....baru asyik...dan baru ko faham betul2

Share this post


Link to post
Share on other sites
hehehe rase geli bulu ketiak pulok aku bace ko punye madah tu.sedare ni baru nok mule bercinte ke?tak pun frust bercinte?kalu sedare kesepian nok cari aweks utk bercinte boleh pm aku.mungkin aku buleh bagi aweks sorang ke mu. :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Camaner nak ngorat pompuan huh . . . aku pandang ngan senyum jer boleh tapi nak berkate - kate tak terkate huhuhuhu . . .

Share this post


Link to post
Share on other sites
kalu aku suke tengok mate aweks lame2 biar die tak senang duduk.lepas tu baru bertegur sape.

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalu aku suke tengok mate aweks lame2 biar die tak senang duduk.lepas tu baru bertegur sape.

Ni die pandang aku pon tidak . . . Cume aku je pandang dier . . . Sekali sekale terserempak kasi senyum lak lah . . . Nak berkate2 cam tak terkeluar jer . . . Hahaha . . . Kalau ngan perempuan huduh bole lak berkate2 . . .

Share this post


Link to post
Share on other sites

"U jump, I jump !! Remember!?" - Titanic huhuhu

Tak kene mengene ngan situasi aku . . . Atau pon kau berkate kat orang lain . . . Hehehe . . .

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ni die pandang aku pon tidak . . . Cume aku je pandang dier . . . Sekali sekale terserempak kasi senyum lak lah . . . Nak berkate2 cam tak terkeluar jer . . . Hahaha . . . Kalau ngan perempuan huduh bole lak berkate2 . . .

wahh mesti mu ni jenis gagap bile tengok aweks comel. :lol: ko kene tukarlah mind set tu biar ko rase aweks tu mcm org2 biase.barulah boleh ayat aweks.yg penting jangan nok berkhoyal dulu.kalu doh sangkut baru boleh.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Hafeez, hahaha walaupun jiwang, tapi ada sesetengah ayat ko tu amat menarik dan ada makna mendalam :D . Jangan salah faham, aku bukan mat jiwang atau bunga ^.^0)P.. nie feng n gamerlife jgn counter aku :lol:

Entahla, aku pun tak tahu nak mengorat awek camane sbb aku masih gan dier dari skola menengah.. jadi sampai sekarang layan macam biasa jela. Emm memula tu mmg berdebar2, ape ntah, ini itu... tapi dah lelama okla, memasing dah tau hati masing2 (:

Kalo ko nak mulakan langkah, aku rasa JGN simpan perasaan lebih2 terhadap si dia tu dulu, nanti bila ko tak dapat kecewa plak. Jadi berborak dan bergaul macam biasa aje, jadi kawan dulu. Kalo dier layan ko dgn baik tak bermaksud die dah syok gan ko, nanti bile dier kluar gan org lain plak, ko jelous plak.

Semuanya bermula dari yg biasa dan perlahan.. jadi amik masa, selalunya hubungan yg cepat mesra akan berakhir dengan cepat juga.

Share this post


Link to post
Share on other sites
hehehe, jiwang gok mu ni yea. :D rilekslah bosss, aweks2 comel lote kat negare malaysia ni ramai lagi.kalu terlepas yg Siti, si Ina ade. :lol: mase mule2 bercinte memang rase mcm susah doh nok cari mcm die tapi kalu ko doh jadi mcm aku mesti cepat cari pengganti. :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

ceess mu nie feng ada gak dier counter huhuh :lol:

biasa kalo sorang laki tu ada skit sifat jiwangnya.. kalo tak, tak berpunyalah jawapnya.

yeaps2 comel2 awek jepon best lagi awek melayu :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

ceess mu nie feng ada gak dier counter huhuh :lol:

biasa kalo sorang laki tu ada skit sifat jiwangnya.. kalo tak, tak berpunyalah jawapnya.

yeaps2 comel2 awek jepon best lagi awek melayu :D

hehe biaselah boss pekene sekali sekale. :lol: aku setakat ngejah dulu rasenye aku doh terlepas 2 org aweks yg boleh diketogorikan mcm model.tapi mase tu aku bodoh dan kurang matang lagi.tu sebabnye jem dan terlepas.kalu diingat2kan balik rase menyesal pulok. :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...