Jump to content
LiePaN_TeNuK

Convert *.wav To *.mid

Recommended Posts

Smekom sume,

oklah nie aku nak tanyer sape tau program yang best untuk mengkonvert fail wav kepada midi, coz skang nie aku try convert file wav ke midi dier punyer bunyi banyak lah hampeh, cam bunyi kambing aje aku dengar.

So kepada sesape yang sudi berkongsi maklumat vtolong ler reply k.

.:Majulah Sukan Demi Negara:.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Sebelum anda tukar dari wav ke midi anda seharusnya faham apakah itu MIDI. Midi dalam singkatan Musical Instrument Digital Interface. Ia adalah satu protocol di mana membenarkan alat elektonik (cthnya synthesizer keyboard) atau bebarapa alat elektronik yang lain untuk berinteraksi antara satu sama lain. Dalam kata lain ia merupakan satu data berbentuk satu arahan apakah yang patut di lakukan oleh alat-alat tersebut. MIDI file yang biasa kita ketahui adalah MIDI yang berbentuk arahan untuk memainkan satu-satu nota dalam musik. Ia juga memberi tahu kepada alat tersebut (cthnya keyboard/synthesizer) alat apa untuk dimainkan, bila, berapa lama, tempo dan sebagainya.

Di dalam komputer biasanya terdapat soundcard yang terbina sekali synthesizer (sound font) yang mana bila kita memainkan MIDI file ia akan memberikan arahan kepada komputer untuk synthesizer ini memainkan key, bunyi, tempo dsbnya. Jadi ia bukanlah frekuensi/pattern bunyi yang selalunya berbentuk waveform atau gelombang seperti file Wav. mp3 dan sebagainya. Itulah sebabnya file MIDI jauh lebih kecil dari Wav file kerana ia hanyalah satu file bentuk arahan.

Tidak mustahil untuk anda menukar dari Wav ke Midi tetapi hasilnya tidak sama dengan bunyi asal dalam format wav. Ini kerana apabila anda menggunakan perisian tertentu untuk menukar dari wav ke midi komputer akan membuat analisa

frekuensi bunyi sesuatu nada dan komputer akan meneka apakah nada, tempoh, masa, alat musik yang dimainkan dan menukarkannya kepada satu bentuk arahan dalam midi dan dari sinilah komputer akan mengarahkan synthesizer untuk memainkan musik seperti yang saya terangkan sebelum ini. Sebagaimana yang kita ketahui setiap soundcard mempunyai sound font yang berbeza dari satu pengeluar ke pengeluar yang lain. Walaupun ditetapkan untuk Standard MIDI mempunyai 128 jenis bunyi tetapi setiap satu alat sebagai contohnya piano berbeza-beza bunyinya dari satu pengeluar ke pengeluar yang lain.

Satu lagi jika lagu itu didalam full instruments sebagai contoh gitar, drum bass,keyboard, violin dan sebagainya yang dimainkan serentak adalah sukar untuk komputer membuat andaiananalisa apakah nota, tempoh , jenis alat yang dimainkan dan sebagainya. Itu sebabnya jika kita tukar wav ke MIDI bunyi kadang kala kelam kabut atau tidak sama dengan bunyi atau musik asal.

Setakat ini seperti apa yang pernah saya cuba ialah menukarkan wav ke MIDI adalah dengan mengunakan file wav yang ada satu instrument sahaja sebagai contoh seperti solo piano atau solo gitar. Itupun bergantung kepada bagaimana kompleks corak mainan dan bunyi instrument tersebut. Komputer lebih mudah mengenal frekuensi bunyi kerana ia tidak bercampur dengan frkuensi bunyi instrument yang lain dan setrusnya menukarkan kepada arahan MIDI dan mengarah synthesizer di komputer / soundcard memainkan nota atau irama mengikut arahan yang di berikan.

JAdi wav to midi memang boleh tetapi bukan dalam bentuk bunyi yang asal.

Sila cari di search engine atau di download.com untuk "WAV to MIDI.

Share this post


Link to post
Share on other sites

bunyi midi yg kuar drpd sound card tu berbeza ker,

cth cam bunyi midi drpd audigy dgn c-media,

sbb yg aku tau ader kad yg boleh tambah sound font dier,

so adakah dgn sbb tu bunyi midi tu lbh detail/baik?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Pasal sound font tu memang berbeza. Contohnya kalau anda ada sound card dari creative lab bunyi pianonya mungkin berbeza dari piano dari sound card dari yamaha contohnya. Memang bunyi piano tetap bunyi piano cuma kalau kita perbandingan memang ada perbezaan. Ini bergantung bagaimana pengeluar dengan detailnya membuat "sampling" terhadap satu-satu instrument. Satu lagi lagi sound font memang boleh ditambah (banyak di internet - boleh di download). Malahan anda sendiri boleh create sound font anda sendiri dengan membuat "sampling" terhadap bunyi apa saja termasuk suara anda sendiri. Itu sebabnya kadng kala bunyi berbeza-beza dari satu soundcard ke satu yang lain.

Contohnya katakan anda "sample" suara anda dan setkan pada code 001. Code ini di setkan untuk "grand piano" tetapi anda tukarkan ke "sample suara anda" Jadi bila anda mainkan File MIDI jika ada arahan dalam fail tersebut untuk memainkan code 001 (Grand Piano) yang keluar hanyalah suara anda. Setiap pengeluar mempunyai kriteria dalam membuat sampling terhadap sesuatu bunyi jadi sebab itu lah bunyinya berbeza.

Share this post


Link to post
Share on other sites

isk.. tak leh la... nak wat midi tuh kena pakai software and device cth nye keyboard yg bleh cucuk kat kom...

ada caranya, first... ko kena tau notes lagu yg dalam wave tuh... dah abis tulis note... ko bkak mana2 software untuk buat midi.... pastu ko tulis note yg dah ko tulis tadi menggunakan software tuh...

nak tulis note hanya dengan mendengar lagu... bukan calang2 musician bleh buat...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Assalamualaikum....

Kalau nak tkar per jua format muzzik audio....bley tapi spt kate kwn2 kiter setiapnya ada mutu audio tersendiri....CDA adalah yang terbaik berbanding MP3 kerana saiz yang besar....tapi mesti lah source nya adalh dari 8 cda bkn dari mp3 convert cda mmg tak hebat kualiti bunyi nya....apapun saya pakai...Fairstars Audio converter....cuba download dulu internet....no register nanti saya bagi ok bgantung pada permintaan...cuba la bley convert kepada pelbagai jenis format audio...tq..bye...

Share this post


Link to post
Share on other sites

fail bunyi midi tu umpama anda mendengar orang main muzik betul2 depan anda.

Dan bunyi wav pula umpama anda dengar radio kaset.

nak jadikan muzik dimainkan ke kaset senang je. Rekod je bunyi yang dimainkan tu.

tapi nak jadikan bunyi dalam kaset tu untuk dimainkan semula oleh pemuzik....boleh tu boleh..tapi terlalu susah nak dapatkan tepat seperti bunyi kaset..betul tak. Sebab pemuzik tu kena tahu alat muzik yg digunakan.

Katalah bunyi gitar,gong,serunai,dram dll..dimainkan serentak..so susahlah pemuzik tu nak tahu apa jenis alat digunakan tu...bunyi semacam je.

Itu belum masuk bunyi angin...dengus nafas lagi..bunyi shinggg jari tukar cord gitar lagi...memang tak boleh nak tiru secara tepat semua tu.

lebih kurang macam tulah dia punya perumpamaannya.

nak tukar wav ke midi.

tapi nak tukar midi ke wav senang je.

cuma playkan midi tu dan anda boleh rekod guna sound recorder ke...atau software lain yng lebh stabil macam cooledit ke..kemudian save dalam mp3 atau wav.

cuma nak bagi tahu kualiti wav fail lebih bagus dari mp3 tapi tak praktikal dari segi saiz.(jika bit rate nya sama)

http://www15.brinkster.com/affendi

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...