Jump to content
TonikCapGajah2013

Tektik Kotor Jualan Langsung

Recommended Posts

mak aku kena bukan jualan langsung... tapi pukau. habis RM3500 duit yg aku kumpul utk belanja kawin... waaaaaa!!!

abang citer la.. citer laaa.. (sambil tarik-tarik seluar brigedalaqsa)

Share this post


Link to post
Share on other sites

abang citer la.. citer laaa.. (sambil tarik-tarik seluar brigedalaqsa)

Wuih!! Lucah sungguh kelakuanmu itu... errr... brigedalaqsa, cite la....

Share this post


Link to post
Share on other sites

Sama seperti yang ongbok kena / cerita...

adakah syarikat yang sama?

dipetik dari utusan malaysia

http://www.utusan.com.my/utusan/content.as...um&pg=fo_03.htm

Waspada taktik syarikat barangan elektrik

SAYA ingin berkongsi pengalaman agar orang lain tidak tertipu dengan muslihat sebuah syarikat barangan elektrik di Kuantan, Pahang.

Segalanya bermula apabila saya menerima panggilan daripada seorang wakil syarikat itu.

Saya diberitahu kononnya saya telah memenangi hadiah bernilai beribu-ribu ringgit dan diminta menuntutnya di alamat yang diberikan dengan membawa bil elektrik, air, telefon dan tiga buku bank.

Kononnya saya terpilih kerana menggunakan barangan elektrik hampir 20 tahun dan kononnya saya adalah salah seorang daripada 20 orang yang bertuah di kawasan Pantai Timur yang dipilih kerana syarikat ingin mengelak daripada membayar cukai dengan cara memberi hadiah kepada pengguna barangan elektrik.

Saya pergi ke alamat yang disebutkan dan mendapati ramai lagi yang menunggu. Kebanyakan adalah peneroka Felda dan orang kampung.

Sampai giliran, saya dibawa ke sebuah bilik. Seorang kakitangan berpura-pura menyemak maklumat saya, lalu memberitahu kononnya saya tidak cukup menghantar kad waranti.

Yang diperlukan ialah 12, tetapi kononnya saya hanya hantar tujuh (sedangkan saya tidak pernah menghantar sebarang kad).

Lalu saya diberitahu bahawa saya boleh menebus tujuh kad waranti dengan membayar RM7,998.

Kononnya wang itu boleh dituntut semula sebelum Disember 2006 setelah syarikat selesai menghantar penyata cukai pendapatannya.

Saya mengeluarkan wang dan menyerahkan kepada pihak syarikat itu. Kemudian saya diberi enam sampul surat yang setiap satu berisi gambar hadiah yang berlainan termasuk kereta.

Saya diminta mencabut salah satu sampul surat dan keputusannya saya memenangi set home-theater.

Bagaimanapun, saya menyedari ada unsur penipuan lalu mengambil semula wang saya. Sebenarnya syarikat itu memperdayakan pengguna untuk membeli barangan elektrik yang dikatakan hadiah.

Hal ini sudah saya laporkan kepada pihak Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Apa yang menyedihkan, pegawai kementerian berkenaan memberitahu, tiada peruntukan undang-undang untuk mendakwa syarikat berkenaan. Betulkah?

Maka ramailah peneroka Felda dan orang kampung yang tertipu. Mungkin ada yang mengeluarkan wang daripada Tabung Haji.

- HAMPIR TERTIPU,

Kuantan. Pahang.

Share this post


Link to post
Share on other sites

hm, cite ni kan da lame...

memang byk syarikat wat camni...

n ni merosakkan name company dlm industri jualan langsung yg x sangkut paut ngan company tipu nih...

dats y la bende2 camni x ley caya...

dorang dapat nama2 ni dari buku tepon biasenye...

hm, nenek aku yg x penah beli brg letrik pon die ade anta...

yela... barang2 letrik t'masuk astro kat umah nenek aku tuh anak2 die yg tukang beli+bayor...

nampak sangat tipu....

hm, kalo org datang umah jual2 nih, kecuali makcik jual kerepek...

yang lain sume aku halau...

plg tidak pon, dorang baru nak cakap, aku tutup pintu trus...

hehe... jahatnye aku...

tp, dorang pon teruk gak...

baru ari tu mak aku kene...

dorang nak jual penapis air...

mak aku kate x nak...

ye r... uah aku da ade... nak wat pe banyak2 kan...

pastu x reti bahasa lagi tu...

puas mak aku ckp x nak..

tup2.. die kate... x pela makcik x nak beli... makcik minum jela air kotor tuh...

huh... hampeh tol manusia tuh...

Share this post


Link to post
Share on other sites

tu nak duit free la tuh....

hm, ntah btul dapat ke ntah kete tuh..

x penah la pulak dengor cite dapat...

hm, beli je kete...

kalo kene bayor 5k baik x yah...

kalo x silap aku, skrg ni bl kete x yah dulukan dt pon x pe...

tp, kene ikut syarat la...

Share this post


Link to post
Share on other sites

katekan lah dia kate kene bayar rm5000 utk dpt kereta..katakan kite bayar betul2 rm 5000 tu...rasa2 ape plak muslihat si penjual/penipu tu pulak???

penjual/penipu tu akan lari...

tak pon mintak duit lagi kat korang

kuiukuiukiukuiukuiu

ni kisah member aku plak, masa tu aku tadak kat rumah, balik kampung..

satu ari, ada sorang amoi tak cun giler, jerawat penuh muka dia datang umah sewa aku kat serdang bersama apek yang tidak ensem.

dia kata nak buat servey...

member aku (A) bersama sorang lagi member (B),

duduk la buat servey lebey kurang..

pastu kuarla kad gores

masa member aku tu gores, menang la set penapis air

then dia cakap la, kalau nak kereta, kena la bayar RM3500 untuk set penapis air tu...

so member aku ni, terpengaruh plak dengan kereta.

adoi!!!

dia kena g opis penipu/penjual tu dekat dengan south city plaza untuk bayo duit

maka... member aku ni, bersama member rumah yang lain ramai2 g opis tu untuk bayar RM3500, tapi member aku cakap tadak duit, dia bayar gak RM1000.

pastu apek kat opis tu dok kol, mintak duit baki

member aku cakap tadak duit lagi nak bayar

then..

aku pon balik ke rumah sewa

malam tu,kuar la kat 999 pasal penipu kad gores ni...

maka, baru aku tau yang member aku ni kena tipu

aku cakap kat dia... jangan bayar lagi dah kat dorang, dia dah kena tipu

tapi dia takut, sebab dia cakap, dia ada sain form...

dia takut kena saman..

so aku cakap la, buat apa nak takut, kampeni tu penipu, kalau naik mahkamah, konfirm member aku menang punya..

alaaa kampeni tu takan berani punya naik mahkamah sebab dia penipu.

tapi dia takut jugak. aku dah bagitau hujah2 aku, memandangkan aku masa degree amik consumer science, sampai sambung pengajian sekarang pon still amik consumer sains.

buat apa nak takut, undang2 tak kaver orang yang menipu, sebab aku pon ada juga belajar undang2 dalam course tu.

aku pon tanya la dia, penapis camna yang dia beli

pehhh boleh tahan jugak penaps tu, cap ayam, tapi yang aku dok tgk kat kedai, penapis yang banyak tapisan dia selalunya mahal... ntah la berapa harga penapis tu...

member aku ni dok takut2 jugak pasal form yang dia sain

so, satu hari, ada sorang amoi tak cun giler, jerawat penuh muka dia datang umah sewa aku kat serdang bersama apek yang tidak ensem (group sama kot, tapi orang lain kecuali apek tu)

yang ada kat umah, aku ngn member (B)

so member aku cakap kat aku, tu la orang yang tipu member aku tu

aku pon buat bodo... ok aku kenakan dia balik. tapi aku pesan kat dia suruh dia ingatkan aku pasal penipuan tu kalau2 aku tergelap mata dengan hadiah..

kihkihkih.. :D

aku pon layan la... pastu aku menang adiah apa ntah

aku pon buat dek ja.. dorang siap salam dengan aku.. hepi gila la tu

pastu aku dok tgk kad tu, dok cari jugak la mana nama kampeni kat kad tu

tapi tak jumpa

aku minta pengenalan diri kampeni dorang

dorang tanak kasik

pastu dorang minta tepon, nak kol bos dorang

minta tepon aku plak tu

huanghunaghunag

dah aku mmg beringat dah pasal penipuan tu, so aku tanak kasi

pastu dia suka2 ati tok nenek dia, suruh aku minta kat member aku (B) tepon nak kol bos

aku pon beking bagi pihak member aku, cakap tadak kredit

pastu, yang apek tu plak, suka2 ati kepala lutut tok nenek dia minta pinjam bilik air...

dia ingat boleh pinjam2 kot

pastu taik dia, dia nak tinggal kat aku plak

aku dengan rela hati berkata TAK BOLEH!

dia cakap.. "nak pinjam tandas pon tak boleh ka? boleh la.. bole la..." ayat aku buat sndrik.. :D tapi dia banyak kali la mnta pinjam bilik air

aku dengan tadak perasaan cakap TAK BOLEH...

huhu

sebab sblom ni, member aku tu dah cakap masa dia gores dulu, siap dorang masuk rumah kata nak g bilik air, tapi jalan2 riang ria dalam rumah...

sebab aku beringat tu, aku tak kasik.. takut2 dorang nak tgk barang dalam rumah nak curik plak..

almaklum la... dah nama penipu tu, mencuri pon tadak hal bagi dorang.

so itu la kisah aku dengan sorang amoi tak cun giler, jerawat penuh muka dia dan apek yang tidak ensem.

p/s:member aku tu ada lagi simpan filter tu

kami dah hantar sms kat 999 cakap kami tau kedai penipu gores dan menang, tapi tadak reply apa2 pon.

Share this post


Link to post
Share on other sites

p/s:member aku tu ada lagi simpan filter tu

kami dah hantar sms kat 999 cakap kami tau kedai penipu gores dan menang, tapi tadak reply apa2 pon.

ko ingat ko sorang je yg anto?

msti rmai lagi yg ngator...

hm, kalo kes tu popular baru la dorang nak siar... :D:D

Share this post


Link to post
Share on other sites

1,066 terpedaya gores, menang

KUALA LUMPUR 15 Mac - Di sebalik kepetahan jurujual produk gores dan menang, terdapat 1,066 pengguna di seluruh negara dilaporkan terpedaya setelah mendengar keterangan mereka.

Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), N. Marimuthu berkata, kebanyakan pengguna `termakan' dengan janji manis jurujual produk berkenaan sehingga menyebabkan mereka tertipu.

``Daripada jumlah tersebut, sebanyak 613 pengguna tertipu di pasar raya, 302 pengguna menerusi talian ke rumah atau pejabat, 89 ketika di rumah dan 62 lagi lain-lain,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas membentangkan Laporan Aduan Tahunan Pusat Aduan Pengguna Kebangsaan (NCCC) di sini hari ini.

Menurut beliau, sebanyak 18,579 aduan diterima oleh NCCC bermula Januari 2005 sehingga akhir tahun lalu.

Marimuthu berkata, di samping itu, terdapat jurujual produk berkenaan yang menjual maklumat pengguna yang membayar menggunakan kad kredit.

Menurutnya, kegiatan tersebut sudah menular dan menjadi satu `trend' di kalangan jurujual produk gores dan menang.

``Pengguna tidak perasan kali pertama mereka menggunakan kad kredit di mesin transaksi, maklumat mereka disimpan jurujual untuk kegunaan sedemikian.

``Alasan yang mereka gunakan ialah untuk memastikan pembeli `tidak lari' dari pembayaran,'' katanya.

p/s: ni brite kat dlm surat khabar ari ni nih... :D

Edited by mc_zairysha

Share this post


Link to post
Share on other sites

tup2.. die kate... x pela makcik x nak beli... makcik minum jela air kotor tuh...

huh... hampeh tol manusia tuh...

hah kalau orang jual tuh macam tu...tak kira ler penipu ker MLM ker...memang jangan dilayan...btw aku pun ada gak jual water filter Beyond...hehehehe...mintak2 laku tak jadik macam tuh... B)

takde saper2 nak pakai water filter lepas tgk berita kat tv baru nih...hehehe (sempat lagik promo..) jgan marah eh.. :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

hemmm.. abang ipar saya pun ada terkena dulu. nama syarikat tu Zunishu cawangan kat seremban. tapi alhamdulillah deposit RM500 yang dicagarkan dengan satu barangan eletrik dapat dituntut semula.

dalam hal ni, kita sebagai pengguna kena bijak putar-belit derang balik. Kalau derang main law, kita pn kena main law. jika kita terasa macam tertipu dan kita ada resit barangan eletrik tersebut, kita boleh buat tuntutan semula wang tu dalam tempoh 10 hari. Ni dah termaktub dalam undang-2 KPDN HEP, so derang tak boleh elak. 10 hari tarikh pembelian tu merupakan tempoh bertenang yang mana dalam tempoh 10 hari, jika kita tak berpuas hati dan keadaan barangan eletrik itu masih baik, kita boleh memulangkan barangan tersebut dan menuntut semula wang kita kembali.

Jadi, undang-2 masih melindungi kita dalam sesetengah hal. Yang penting, kita kena tahu sedikit-sebanyak hak kita sebagai pengguna.

Share this post


Link to post
Share on other sites

hemmm.. abang ipar saya pun ada terkena dulu. nama syarikat tu Zunishu cawangan kat seremban. tapi alhamdulillah deposit RM500 yang dicagarkan dengan satu barangan eletrik dapat dituntut semula.

dalam hal ni, kita sebagai pengguna kena bijak putar-belit derang balik. Kalau derang main law, kita pn kena main law. jika kita terasa macam tertipu dan kita ada resit barangan eletrik tersebut, kita boleh buat tuntutan semula wang tu dalam tempoh 10 hari. Ni dah termaktub dalam undang-2 KPDN HEP, so derang tak boleh elak. 10 hari tarikh pembelian tu merupakan tempoh bertenang yang mana dalam tempoh 10 hari, jika kita tak berpuas hati dan keadaan barangan eletrik itu masih baik, kita boleh memulangkan barangan tersebut dan menuntut semula wang kita kembali.

Jadi, undang-2 masih melindungi kita dalam sesetengah hal. Yang penting, kita kena tahu sedikit-sebanyak hak kita sebagai pengguna.

betuL Tuh... kita mesti tahu hak sebagai penguna...

-ho0kho0kho0k...

-

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku pernah jadi kes camnie gak... Tapi aku biarkan depa masuk romah aku.. Budak tue citer benda2 nie ler... tak lama lepas tue.. dier nak tumpang toilet... apa lagie.. aku bagi ler... tapi aku kunci dari luar pakai mangga...

Budak tue cuak jadinya... mana tak cuak... aku kurung dier 4 jam.... padan muka dia... Kalau ikutkan aku... kena luku la budak tue... kira aku baik skit.. aku just kurung dier jer.. hehehe

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku pernah jadi kes camnie gak... Tapi aku biarkan depa masuk romah aku.. Budak tue citer benda2 nie ler... tak lama lepas tue.. dier nak tumpang toilet... apa lagie.. aku bagi ler... tapi aku kunci dari luar pakai mangga...

Budak tue cuak jadinya... mana tak cuak... aku kurung dier 4 jam.... padan muka dia... Kalau ikutkan aku... kena luku la budak tue... kira aku baik skit.. aku just kurung dier jer.. hehehe

bia bena ko nih?

kurung budak tu terus?

laki ke pompuan?

sorang jer dia datang rumah ko?

betul..

kita kena tahu undang²

sebab aku penah claim aku punya modem dulu..

pastu dah sebulan lebih tak siap² gaks..

terus telepon persatuan pengguna..

2 ari lepas tu.. terus kedai tu call suh amik modem aku..

huhuhuhu..

patu pujuk² aku.. jangan la buat camnih..

kita bincang elok²..

:D

Share this post


Link to post
Share on other sites

Rasa macam sakit hati jek bila baca korang punya cerita. Aku sakit hati sebabnya aku kesian pada orang2 tua atau kat kampung yang tinggal sendiri tiada org muda atau yang berpengetahuan yang tinggal bersama. Korang bayang merekala adalah mangsa2 yang senang dikenakan.

Aku cukup marah pada mereka yang cuba menipu especially pada org tua aku la. Ceritanya begini, tahun lepas kebetulan aku ada balik ke kg. Tak ingat bila tapi yang pastinya bukan hujung minggu la. So kat umah tu ada dapat call, so aku angkat la. Then bila angkat dia cakap nak berckp ngan bapak aku. Hati aku pon macam berat jek nak bagi tepon kat bapak aku lalu aku pon menyamar jadik bapak aku.

Lepas tu diorang cakap yang bapak aku berjaya memenangi hadiah wng tunai, dah tu kena pergi ke ofis diorang di pekan tempat aku la. Pekan tu bukanya besar sgt. setahu aku kedai tu pon takder org nak berniaga. KEdai dier kat atas tingkat 1. Yang tambah pelik nya ialah org tu siap suruh datang bawak buku bank sekali. kalau boleh semua buku bank yang ada. perghhhhhhhh giler aper! nak ambik hadiah kena bawak buku bank ker. aku cakap kenapa kena bawak, diorag ckp senang nak bank-in nanti.Cehh ingat aku bodoo sangat ker!! lepas letak jek aku pon aper lagi. cepat2 aku tepon balai polis pekan tu then citer a to z pada diorang. then polis tu cakap diorang akan buat siasatan. Aku terangkan kat polis diorang nie mungkin menggunakan pukau utk memprdayakan mangsa kerana bawak buku bank sekali.

Bayangkan jika aku tak angkat tepon tu, mungkin bapak aku gelap mata sebab ofis diorang dekat jek ngan umah aku. Then bila aku jalan kat tempat tu dah takder org dah. sah nie memang kakikencing punya. nasib tak terjebak.

So the moral of the story. jgn biarkan org tua ada diperdayakan oleh org yang x dikenali. So aku pon terus potong line tepon. Bagi HS kat mak aku. So aku ckp kalau org pelik2 tepon HS jgn layan.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Well aku plan kalau lagi sekali aku jumpa salesman kat rumah aku .. kau nak ambik gambo dia pakai handycam aku biar dai cakap sorang2 .

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...