Jump to content
Shinkoban

Lagu Minah Tudung

Recommended Posts

lagunimemang tak sedap didengar sebenarnya....lagu ni dicipta untuk tauladan saja...itu pasal la lirik bersepah dan tak tersusun bunyinya aku ade gak try bukak lagu ni kat kete aku kuat2 pastu golongan awek semuanya masam muka jer...puas hati aku...baru dia orang sedar diri skit kata islam tapi .....*&^%$#@@

Share this post


Link to post
Share on other sites

Tapi apa ultimatezezs-SE?Masam muka sahaja aweks2 itu?Ada yang merah padam muka?

Share this post


Link to post
Share on other sites

.... tindakan ko yang memang wajar... den x berani nak bukak kuat kuat... tau2 le... basikal jer den naik... Ngage kuat mana.... huh! lg best kalo den dalam geng... 6 orang dalam 1 kumpulan pemusnah(kes sekolah dulu masa tingkatan 3..)

dalam CC kitaorang ambik PC sebelah tingkap(tingkat 2 la.. tingkat 1 x sangup nak letak pc tepi tingkap)... cabut Speaker... letak kat tingkap... then.. paham2 la... speaker bukan main lama... dah 5 tahun guna...

kuasa... hehe.. 600watt!!!!

macam pasar malam!!! hahahaha!!! hari begitu indah bagi kumpulan Pemusnah....

Share this post


Link to post
Share on other sites

wakakakka.. bagus².. biar sedar skit pompuan yamg metality yang "bodoh" tu.. hokhohkhkoh..

aku kalau pasang kuat mana pun tak dengarnya sebab aku pakai headphone jer... hokhkohkohkohk :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku dak johor memang gentle...hehehehe awek spore plak tu yang kena....tersipu2 pon ade ...aku ingatkan diorang tu tak paham cakap melayu...puas beb..pasni aku balik johore aku nak bukak kuat2 kat tempat aku plak..hahahaha..best nye lagu ni..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Langkah Syaitan Menelanjangi Wanita

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan

yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang

memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan

(ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu

kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah

ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.

Berikut adalah cara bertahap:

I. Menghilangkan Definisi Hijab

Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa

pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya

dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para

wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun

bentuk dan namanya tetap pakaian.

Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan

manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti

juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke

negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian

penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza halnya jika

seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i

(identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar

gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab

syar'i tetap dipertahankan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya,

maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?

Pertama, Membuka Bahagian Tangan

Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan

membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model

yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak

apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu

bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model

baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki

melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak

apa-apa kan?

Kedua, Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah

syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah

menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih

maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut

sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan

hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli,

sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher

dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen

bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian

sensitif lagi dari dadanya.

Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang

Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool"

cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita

berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya

dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan

memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyenpakaian yang ketat dan

kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan

potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja

yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia

menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya

di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan

transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi

sebagai wanita kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

Keempat, Agak di Buka Sedikit

Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka

syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea

baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya

sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati

paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan

energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan

dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha

ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan

duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa

lah, yang penting enjoy," katanya.

Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini

pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan

dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar'i yang

sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.

II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit

Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih

"power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat

tubuhnya.

Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit

Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar

tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih

kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata

kaki." Ini baru agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau

kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan

lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan

sepadan, ala....... orang tetap menamakannya dengan jilbab."

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru

mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut

tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian

orang.

Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis

Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang

melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik,

"Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan,

buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa

orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu

cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt

separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya

terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa,

baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat

peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam

jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang

terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.

Ketiga, Terbuka Seluruh Betis

Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan

telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si

wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa

Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah

jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu

para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka

wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup

telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan

pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus

menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah

betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh

betisnya."

Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki," bersungut.

"Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka

kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka

lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi

sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian

tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau

wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama-

sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar

malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya

memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di

zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang

ketinggalan zaman."

Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya

menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali

orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan

melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab

wanita.

III. Serba Mini

Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari-

harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan

yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja,

sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala

harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."

Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia

pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan

tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan

berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya

sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial,

pakaian kerja, pakaian resmi, pakaian malam, petang, musim panas,

musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha

pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi,

semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil

untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka

segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang

terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya

dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan

dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering

disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut

begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya

tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita."

Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama,

telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri

kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan

jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung

sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko.

Penutup

Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia

terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua,

terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak

gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil

tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan

dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita

untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti

merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka,

selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke

dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di

akhirat.

Diambil dari http://kedahonline.net/v6/html/modules.php...01973799480bc49

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kedua, Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah

syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah

menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih

maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut

sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan

hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli,

sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher

dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen

bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian

sensitif lagi dari dadanya.

ini yg byk muslimah kita lakukan,aku rasa mreka paham tutup aurat hanya di bhgian RAMBUT itu yg buat mereka pakei gitu termasukla si bkas tunang mawi tu....

p/s:SEMUA MUSLIMIN,SILA RUJUK SURAH AN-NUR(ayat 31) ttg suruhan ALLAH dlm memakai tudung...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku baru perasan topik yg amat BAGUS ni, terus terang dapat juga kita bertukar pandangan, lontaran, kritikan ttg situasi org yg mengaku MUSLIMAH, tetapi hanya meniti di bibir, tidak di dada [iman], apatah lagi di akal!

Eh, sape ada simpan lagi lagu2 tuh... boleh x tolong upload semula, yg kat page satu tu dah xleh pakai dah link dia coz dah lama, harap ada yg sudi upload semula lagu2 nih... time kasih! :D

Edited by annamir

Share this post


Link to post
Share on other sites

:P

seronok pulak aku baca thread nih.

erm... apa kata kalau kita tegur kakak, adik or even mak kita sendiri dulu.

Kalau semua org buat cam ni, tak yah la kita nak extreme pi dakwah kat awek-awek yang tak de kaitan tu.

:rolleyes: sekadar cadangan... bukan flame ok...

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku ade lagu ni tapi camnera ku nak tolong ko annamir? tenet aku lembab...lagipun aku dah lupa la cara nak upload lagu ni...pakai yahoomail..comfirm takleh pasal tenet lembab....

kalo ko ade solution pm aku jer...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ada sekali aku gi buat interview kat kolej apa ntah... minah jaga CCkat situ selamba jer psg lagu minah tudung nih... huhuhu haru...

tapi yg au nk cakap nih.... kalau xder kesedaran xguna gak... coz rata² minah aku kenal yg lepak kt situ xbertudung (walaupun time tu diorg b'tudung)... siap gelak² lagi time ayat goyang P@nC@ke tuh... hak³ mmg siot lah... :P

Share this post


Link to post
Share on other sites

Tunggu..! Aku tgh upload semua lagu2 Hafiz Asari tu termasuk lagu minah tudung..

--------------------

Siap...!

DOWNLOAD (30MB+)

Lagu2 dlm tu..

hafiz as'ari, x-punk & apek - tak senonoh(1).mp3

hafiz as'ari - minah.mp3

hafizasari+hanis.mp3

hafizasari+hateme.mp3

hafizasari+kestakbolehberak.mp3

hafizasari+mattapperedreggaeremix.mp3

hafizasari+minahtudung.mp3

hafizasari+mole.mp3

hafizasari+myblog.mp3

hafizasari+whofarted.mp3

Password: amer@mp3collections

Edited by aMer

Share this post


Link to post
Share on other sites

Huh...time kasih...aku tgh donlod nih....

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku baru perasan topik yg amat BAGUS ni, terus terang dapat juga kita bertukar pandangan, lontaran, kritikan ttg situasi org yg mengaku MUSLIMAH, tetapi hanya meniti di bibir, tidak di dada [iman], apatah lagi di akal!

tima kasih sbb memberi perhatian kpd topik yg sy buka ni....

:P

seronok pulak aku baca thread nih.

erm... apa kata kalau kita tegur kakak, adik or even mak kita sendiri dulu.

Kalau semua org buat cam ni, tak yah la kita nak extreme pi dakwah kat awek-awek yang tak de kaitan tu.

:rolleyes: sekadar cadangan... bukan flame ok...

tima kasih sbb memberi perhatian gak kpd topik yg sy buka ni...

DIHARAP ANDA SEMUA MEMBERI KRITIKAN YANG MEMBINA DAN BERNAS SERTA BERMANFAAT AGAR ANDA TIDAK HANYA MEMBERI KRITIKAN YG PEDAS DAN BERAPI SAHAJA SUPAYA KITA YG MEMBACA DAPAT MENGAMBIL PENGAJARAN DARINYA....INSYAALLAH

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...