Jump to content
Sign in to follow this  
BraDeRz

Komplen Pasal Streamix

Recommended Posts

Saudara Pengarang,

SAYA menggunakan Streamyx sejak 13 Oktober 2005, iaitu pakej RM88 sebulan dengan kelajuan 1 Mbps (Streamyx ID: holybird). Pada 8 Disember 2005, saya melawat laman web Streamyx untuk membuat ujian bandwith.

Saya amat terkejut dengan kelajuan yang dibekalkan oleh pihak Streamyx selama ini kerana saya dapati kelajuan dalam ujian bandwith itu kurang daripada 400 Kbps. Dengan itu, saya terus membuat laporan kepada Pusat Perkhidmatan Streamyx di talian 1300-88-9515 dengan nombor laporan 4987947.

Selepas membuat laporan, juruteknik telah menaikkan taraf port Streamyx saya dan memberitahu saya bahawa port saya dinaikkan taraf ke 1Mbps. Saya sekali lagi membuat ujian bandwith di laman web Streamyx dan mendapati kelajuan Streamyx saya tetap kurang daripada 400Kbps. Juruteknik memeriksa kesemua port yang berkaitan dan didapati port di kawasan kediaman tiada masalah dan masalah mungkin timbul di Kuala Lumpur.

Masalah ini tidak dapat diselesaikan oleh pihak Streamyx walaupun sudah banyak kali saya membuat aduan di talian yang sama. Sehinggalah 28 Disember, apabila saya membuat laporan sekali lagi dengan nombor laporan lama, saya mendapati laporan lama telah ditutup kes oleh pihak Streamyx tanpa penyelesaian. Oleh itu, saya terpaksa membuka satu laporan baru dengan nombor laporan 5141168.

Pada 30 Disember 2005, anak saya cuba menggunakan akaun di talian telefon (044695141) saya yang selama ini kelajuan Streamyx yang tidak memuaskan (Streamyx ID: chun5113). Selepas beberapa kali membuat ujian bandwith, didapati bahawa kelajuan Streamyx mencapai 800++ kbps. Ini menunjukkan konfigurasi port Streamyx ini tidak bermasalah.

Menurut juruteknik Streamyx, masalah ini timbul daripada konfigurasi akaun Streamyx di Kuala Lumpur. Dengan maklumat yang cukup, pihak Streamyx sepatutnya dapat menyelesaikan masalah ini dengan cepat. Bagaimanapun, Pusat Perkhidmatan Streamyx tetap mahu menghantar lagi juruteknik untuk mengenal pasti masalah.

Cara Pusat perkhidmatan Streamyx untuk membuka laporan aduan juga adalah tidak profesional dan memakan masa. Saya percaya bahawa ramai pengguna Streamyx juga menghadapi masalah yang sama semasa membuat laporan di talian 1300-88-9515.

Perkhidmatan broadband merupakan perkhidmatan yang amat penting dan dapat menggerakkan negara menuju ke wawasan 2020. Streamyx merupakan pembekal broadband yang pertama di negara ini. Perkhidmatan Streamyx tidak patut mengecewakan orang ramai. Perkhidmatan Streamyx yang teruk dengan bayaran yang tinggi ini akan menyebabkan orang ramai terus menggunakan perkhidmatan Internet yang lambat. Ini akan melambatkan negara menuju ke matlamat wawasan 2020. - GEE AH FAT, Kedah.

Share this post


Link to post
Share on other sites

masalah nie biase jek ramai org kene..kalu mintak 1mbps biase nye dapat dlm 400-500 tapi lepas tu kena la call nanti TM setkan 1mbps..pas tu dpt la dlm 800-900

tapi aku setuju la pasal service pusat perkhidmatan tu..bebaru ni aku apply yg pakej wireless..so aku tungu2 punye tak dtg2 org yg nak wat installation tu sbb member aku reti wat instalation utk line jek..so skang pakai yg line...terpakse plak apply telepon...

Share this post


Link to post
Share on other sites

KERAJAAN menetapkan matlamat untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar dengan kelajuan 10MB untuk setiap rumah di negara ini pada 2007 setanding dengan negara maju lain yang menawarkan perkhidmatan yang sama, serta membolehkan lebih banyak kandungan memanfaatkan perkhidmatan terbabit

-berita harian on-line

agak-agaknya camna kenyataan ni akan jadi kenyataan dalam tempoh setahun lagi kalau camni servis yang kita dapat.

Share this post


Link to post
Share on other sites

..cam xleh jerk ..kalo 10mb best giler ....tapi cam besa la ..kata 10mb nanti slow jadik dpt 2mb jerk .... sah kene bayar lebih kalo nak 10mb ...mau bape ratus lak ... sad.gif

Edited by hampeh

Share this post


Link to post
Share on other sites

hohohohoh~ malaysia nk dpt 10MB? berzaman ar wei... 1MB pon terkial2... tu pon xdpt 1MB penoh...

Share this post


Link to post
Share on other sites

ader kaitan ker klu guna no id lain??? huh.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku pakai pakej RM88 dengan kelajuan 1MBps. Buat test baru dapat 300Kbps ++. Dah emel aduan pasal aku punya kelajuan baru 512Kbps. Dia orang balas balik suruh aku sambung terus talian telipon. Takyah pakai spliter. Sampai sekarang aku masih pakai 512Kbps walaupun yg sebenarnya tak sampai pun 512Kbps.

Aku heran gak mamber aku tu masa aku check status streamyx dia kat http://192.168.1.1 tu, dia punya downstream line rate 8024Kbps. Aku cuma 512Kbps. Beza sebulan je aku daftar streamyx ngan dia. Taman perumahan sebelah-menyebelah plak tu.

Share this post


Link to post
Share on other sites

topik ni dah banyak bincang sebenarnya....masalah yg mamat yg post kat utusan tu simple jek. account dier diset ke pakej 512. tu pasal speed dier takkan dapat 1mbps.upgrade port sampai 10mbps pun takkan boleh pegi lebih 512

kalau kate org streamyx tak pro aku tak setuju. kalau bengap aku setuju la. pasalnya die letak org bahagian teknikal ni org2 yg tak tau apa2 pasa benda ni. kalau tak caya tryla call 1300 tu. mau die kate akan forwardkan ke supervisorla dan so on. so maknenye diorang takleh nak solve sendiri sebab diroang takde xperience. patutnye letak jadi installer dulu diorang2 ni baru diorang paham masalah2 streamyx ni

rinda05

ko nyer tu speed tak configure lagi ke 1mbps jek. call je cakap speed tak up. kalau boleh buat screenshot email kat diorang. abis citer.

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalau kate org streamyx tak pro aku tak setuju. kalau bengap aku setuju la. pasalnya die letak org bahagian teknikal ni org2 yg tak tau apa2 pasa benda ni. kalau tak caya tryla call 1300 tu. mau die kate akan forwardkan ke supervisorla dan so on. so maknenye diorang takleh nak solve sendiri sebab diroang takde xperience. patutnye letak jadi installer dulu diorang2 ni baru diorang paham masalah2 streamyx ni

ape la ko ni MrCo0L men taip jek...ko call 1300 agent yg angkat call tu keje dia bagi troubleshoot n kalo x solve diorg akan bukak report tu je keje diorg..lepas diorg bukak report akan ade technician yg di assign, bukan diorg jawab call then lepas tu pegi check kat port..check kat port technician telekom..kalo technician tu malas dia just tutup jek case tu n letak comment da configure port padala x buat pon...kalo da reset port kompom masalah solved..yg masalah skrg bukan org kat 1300 tp technician telekom malas buat keje or terlalu byk pending case..just nak bgtau keadaan sbenar je

Share this post


Link to post
Share on other sites

kingotromen, ko x tau saper MrCo0L tuh..

biasa la tu, dia ingat dia sorang jer kenal orang dalam technical support tu... tak ingat ada orang lain kenal orang yang lebih dalam dari technical support

Share this post


Link to post
Share on other sites

takpa, sebab dia dia pikir dia post reply tu dari rangkaian vads, maka dia nampak keje keje teknikal sebenar laugh.gif

sat sat, aku pun nak cuba "reka" situasi teknikal kat sini jugak laugh.gif

masalah kat sini, operator operator diorang ni semua berjawatan kontrak (menurut apa yang aku baca dari forum diorang sendiri dalam intra diorang la). silih berganti, masih segar bugar, dalam erti kata lain masih belum biasa mengendalikan kerja2 yang berkaitan. sebabtu bila dapat komplen, diorang ada sedikit pening pening lalat, kekadang tu report tak sampai kepada pihak berkenaan pun. jadi aku setuju jugak dengan mister kul bahawa punca pertama datangnya dari operator pencatit laporan tu sendiri. maafkan saya wahai wakil dari anak syarikat TM andaikata kenyataan saya ini menyimpang terlalu jauh hendaknya. wacko.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

ape la ko ni MrCo0L men taip jek...ko call 1300 agent yg angkat call tu keje dia bagi troubleshoot n kalo x solve diorg akan bukak report tu je keje diorg..lepas diorg bukak report akan ade technician yg di assign, bukan diorg jawab call then lepas tu pegi check kat port..check kat port technician telekom..kalo technician tu malas dia just tutup jek case tu n letak comment da configure port padala x buat pon...kalo da reset port kompom masalah solved..yg masalah skrg bukan org kat 1300 tp technician telekom malas buat keje or terlalu byk pending case..just nak bgtau keadaan sbenar je

otromen! mmg saya akui kemalasan budak2 doket ni. tapi benda ni jadi bukan kat semua tempat. fyi setiap report no. diorang ade mase sendri. cth report no:123456 pkl 10-11. report no:789456 pkl 11-12. so kat situh diaorang kena kejor masa.so kat situ dah nampak yg diorang ni kekadang tak cukup tangan nak buat keje lelagi yg kawasan yg high traffic. kat situ dah nampak diorang but keje.lepas tu kena bagi tau kawasan mana yg dah siap.lagi satu tak semua masalah port tu diselesaikan dgn reset. kalau misalnya aku dah reset port aku mane tau ko nyer internet dah up ke blum. pastu kastemer report lagi sekali.report yg ni baru diorang tau port tu rosak. pastu baru diorang tukar port.nak tukar port plak bukan main tukar je. kena confirmation dari acc dulu.kang tak komponkan port tu terpakai plak port org. panjang la citer dier.kesimpulannya sama cam ape yg azuan cakap la.suh tmnet interview operator sama macam diorang bagi exam kat kontraktor2 yg nak amik sijil pemasangan streamyx

saya pun nak mintak maaf la jugak TM kekalau menginggung pihak sana. Tapi itulah hakikatnya. Kalau dulu tu ok gak. walaupun susah nak dapat call tapi diorang boleh solve mende ni. at least takle bacakan step2 kat kastemer walaupun operator tu sendiri tak tau ape bendala adsl splitter ni disebabkan disogok dgn paper2 & manual yg harus dibaca tanpa latihan secara praktikal.

Kesimpulannya kalau rase tak reti nak pasang tak pun tak berapa confident atau taktau ape2 pasal ADSL ni baik suruh je kontraktor tu pasang. At least korang ade 2 minggu jaminan. Kalaupun speed tak ok atau tak up boleh gak tiau kontraktor pasal tu dah keje die. Ikutkan speed tu kontraktor tu yg kena upkan mase pemasangan dijalankan. Selagi tak up selagi tulah diorang takleh balik. Kalau diorang nak blah gak korang jangan sain completion form tu. jgnkan disebabkan sayang RM88 tu korang tak puas dgn beruk ben yg korang dapat. Pastu melalak kat putera.com, lowyat.net. Kate streamyx sakla. screamyx hampeh. tujela kot info yg aku tau

Edited by MrCo0L

Share this post


Link to post
Share on other sites

kita tunggu apa susulan dari kiriman surat kat atas dulu. macam kes yang pernah keluar dalam suratkhabar sampai si pengirim keluarkan istilah pelik pelik yang tak penah didengar orang tu laugh.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

takpa, sebab dia dia pikir dia post reply tu dari rangkaian vads, maka dia nampak keje keje teknikal sebenar laugh.gif

sat sat, aku pun nak cuba "reka" situasi teknikal kat sini jugak laugh.gif

masalah kat sini, operator operator diorang ni semua berjawatan kontrak (menurut apa yang aku baca dari forum diorang sendiri dalam intra diorang la). silih berganti, masih segar bugar, dalam erti kata lain masih belum biasa mengendalikan kerja2 yang berkaitan. sebabtu bila dapat komplen, diorang ada sedikit pening pening lalat, kekadang tu report tak sampai kepada pihak berkenaan pun. jadi aku setuju jugak dengan mister kul bahawa punca pertama datangnya dari operator pencatit laporan tu sendiri. maafkan saya wahai wakil dari anak syarikat TM andaikata kenyataan saya ini menyimpang terlalu jauh hendaknya. wacko.gif

kot2 bebudak pratikal yg pi angkat dan kena plak time tu korang buat repot..

mula gelabah budak praktikal tu..

haaa..

maser tuuu laa..

diaorg salah fhm dan sebagainya..

xhehhehee

cam ader pengalaman jerr.... laugh.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

kita tunggu apa susulan dari kiriman surat kat atas dulu. macam kes yang pernah keluar dalam suratkhabar sampai si pengirim keluarkan istilah pelik pelik yang tak penah didengar orang tu laugh.gif

yg pasal 1 GATE tu ke..hahah..lawak tul.. biggrin.gif

tapi yg malangnya jaring pun pakai dslam telekom gak. so takda beza la jaring dgn streamyx. Tunggu jelah beruk ben melalui letrik

lecture aku pernah cerita yg kerajaan mane ntah (msia kot ohmy.gif ) yg pernah wat r&d utk wat line tnet pakai letrik sampai gune berjuta2 gak utk wat research tu..tapi reseach tu failed..)

so aku pun baru gune stimix rm88 kat umah aku dlm 2/3 hari..aku test speed ade dlm 400/500..so aku kne cll/mel la kat TMNet pasal nie..?

kene wat skang or ade mase2? tertentu sbb ade org kate bende nie slow sbb baru aktif n kene tunggu dlm bbrp mingu pas tu kalu masih slow baru lah bagi tau??

Edited by BraDeRz

Share this post


Link to post
Share on other sites

lecture aku pernah cerita yg kerajaan mane ntah (msia kot  ohmy.gif ) yg pernah wat r&d utk wat line tnet pakai letrik sampai gune berjuta2 gak utk wat research tu..tapi reseach tu failed..)

yg ni ko boleh rujuk kat ...

sini!!!

sini pon boleh .... laugh.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

setau aku takder kaitan antara speed dengan tempoh pengaktifan

sebenarnya mungkin ada...

satu analogi tentang perkara ni ialah, cth. kita jual komputer pada customer dengan spec pentium 4, tapi kita bagi celeron, dengan harapan customer kita tu adalah buta komputer, kalau customer tu celik sikit dan sedar, dia komplain, kitapun bagi le alasan, maaf ye stok pentium 4 dah habis, tecnichian kami tengah sibuk, nanti bila dia orang dah free dan dah ada stok dia orang akan tukar semula ngan pentium 4. Itu menipu namanya...

Sama le ngan pengaktifan tu, sebetulnya, sebelum pengaktifan dibuat, technician check dulu, apa customernya pakej, kalau 1024, set dulu, dah setel, hubungi balik bahagian pengakitifan, hubungi customer, "ok, talian encik dah tersedia, selamat melayari internet". Tapi benda tu tak berlaku, mungkin kerana dia orang ingat semua customer kat Malaysia ni semuanya tak reti, sebab tu le bila ada saje customer yang cuba complain, macam2 perkataan yang dilontarkan, antaranya, "dia rasa dia dah pandai sikit, mula le nak complain itu dan nak complain ini...", orang yang cakap macam ni sebenarnya tak proaktif, tak berfikiran terbuka. Kan kita tengok kat tv, kerajaan selalu galakkan kita menjadi pengguna yang bijak. Tahu apa yang kita beli dan kaulitinya. Adakah kita mahu pengguna pengguna kita selama-lamanya dungu, pastu kita boleh sesuka hati pada dia orang.

Setakat yang aku dengar, bila apply je line 1Mb, semua tak puas hati (yang celik le tu), pastu disuruh pula call service center untuk betulkan masalah ni, bukan dia yang call kita, seolah-olah bila customer tak dapat speed sebenar, itu adalah salah customer, bukan salah TM, so customerlah yang kena betulkan kesalahan tu, ini sudah salah etika... Bila customer luahkan kat sana-sini, customer lak disalahkan...

Takkan nak ikut jejak langkah proton, keluarkan kereta sesuka hati, QC nya langsung tak jaga, customer komplain itu dan ini, tapi ape boleh buat customer x ade pilihan, mereka akan beli juga kereta kita, peduli apa ngan customer. Tapi sekarang apa dah jadi, bila customer dah ada pilihan semua meraung, nangis sana, nangis sini.

Adakah itu amalan TM, sebab customer x ada pilihan, janji sale kita jalan, pastu bila customer complain biar le dia orang tunggu, kita setel le satu-satu, lagipun dia orang tak kan lari punya...

okies....

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...