Jump to content

nakal

Members
  • Content Count

    696
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by nakal


  1. aku tertarik ngan post nie..kat apprtment aku nie ada hotspot unifi ada orang pasang dia guna prepaid kad juga tapi ada limit hari penggunaan...rm 5 untuk sehari... rm10 untuk seminggu dan rm30 untuk sebulan..kalau nak setup mcm tu kena guna sofeware apa


  2. aku nak juga kongsikan sedikit pasal kanser nie..tahun 2012 arwah mak mertua aku disahkan oleh Dr mengidap kanser tulang..pada mulanya dia mengadu sakit bila nak berjalan. kanser nie penyakit yang awal2 tak tunjuk tanda apa-apa dah teruk baru nampak tanda dan gejalanya..masa tu dalam bulan 2 tahun 2012..aku bawak datang hospital aku nie pun pakar otopedik tak dapat diagnos hanya diberitahu masalah sendi lesung yang mengalami perubahan akibat penuaan. tidak puas hati rawatan diteruskan di hospital sultanah nur zahirah. disana dibuat MRI..masa di hospital aku kerja dibuat x ray sahaja.lepas dibuat MRI penemuan mengejutkan apabila Dr sahkan ibu mertuaku mengidap kanser tahap 4. tetapi Dr kata kanser tulang tu adalah kanser yang dah merebak atau dalam bahasa perubatan "Metastesis". dr tak dapat cari punca.pelbagai ujian dibuat. metestasis terlalu banyak hingga ke paru-paru dan organ lain. dalam masa 1 bulan sahaja kesihatan arwah semakin merudun daripada boleh berjalan hingga tak boleh berjalan langsung. terpaksa diberikan iv morphine secara infusion untuk mengawal kesakitan. dalam bulan 4 aku terima panggilan arwah makin teruk dan segera balik dan sempat jumpa untuk kali terakhir..kesimpulannya aku rumuskan yang arwah mak mertua aku mengidap kanser jenis agresif digelar condrosacorma..kenser nie kejap jer pertumbuhan dia dan tak ambik masa lama untuk menjangkiti ke bahagian lain...ada satu lagi jenis kenser yang slow iaitu adenocarsinoma..kanser jenis nie lambat dan ambik masa bertahun-tahun dan tidak agresif..


  3. nak tanya pendapat kawan2

     

    semlam aku baru beli galaxy note AP sebiji kat pertama komplek. pusing punya pusing beli yang AP. aku bab phone nie kuren sikit. tanya penjual tu pun tak paham. dari segi fungsi cam ne. dia cuma cakap beza yang ori amo led yang AP LCD..bukan apa takut kena temberang


  4. hai kawan2 semua

     

    ada kawan aku hantar laptop LENOVO Y410..windows asal ada pasword masa nak login XP..dia soh aku install win 7 atau 8...aku godek punya godek dvd dia takleh pakai...try ngan pendrive pun tak jalan dok kelip2 jer tak boot melalui pendrive...last2 aku try install win 7 melalui safemode..berjaya...ingat dah settle..masalah takde sound plak..angin betul..icon sound mmng ada tapi tak de bunyi...aku try cari melalui internet yang ada XP dan vista sahaja...aku nak install xp balik mmng tak boleh dah...dvd takleh pakai dan usb plak tak boleh juga...apa nak buat skang..pening kepala..harap ada cadangan kawan2


  5. hai kawan semua

     

    nak tanya pandangan sikit..saya tengah cari sofeware untuk tapis bahan tak bermoral di internat..skang anak2 dah mula guna pc..bukan apa bimbang kot2 terklik benda mcm gitu..ada orang cakap google pun ada setting tu tapi saya tak jumpa..saya dah try sesetengah sofeware..mcm web lucah oklah dapat block yang web cerita bertulis lucah tak di block pulak..mohon pandangan dan sedikit pencerahan


  6. hai kawan2

     

    aku nak tanya pendapat anda semua yang power bahasa inggeris. cam ne cara nak tingkatkan penguasaan dalam BI dalam masa yang cepat. aku plan nak ambik master tapi bimbang BI tak berapa power sangat. masih merangkak lagi. nak bercakap mmng jadil talk block dibuatnya. kalau dengar orang cakap tu mmng paham..kongsi sikit tips untuk tingkatkan lagi penguasaan dalam BI.

     

    tq


  7. update aku dah beli exora bold cfe turbo selama 3 bulan dah...sampai skang dah 6 masalah..sebelum beli aku google tengok ramai ada masalah enjin  aku ingat kes terpencil jer rupanya benda tu berlaku pada aku juga. masalah setakat nie

     

    1. mula2 ambik 1 kunci alarm tak berfungsi

    2.sebulan guna masa tu balik kampung enjin leaking menitik ke lantai. bawa center katanya ada bocor di turbo dan di tepi enjin belah kanan..5 hari kereta tersadai disana

    3disk brek masalah. time brek streng gegar

    4. lepas dah baiki item 2 dan 3 diatas masa dalam mode gear D ade ke patut kereta terundur masa tu di trafik light bukan curam mana pun tempatnya

    5.susah nak start dan baiki reset ECU TCU

    6. masalah ke 6 time masuk gear R  punyalah laju kereta mengundur padahal tak tekan minyak pun time tue..bawa center katanya sistem bercelaru..semua dah baiki

     

    kesimpulan semua masalah dah settle tapi kena mantau juga takut masalah berulang lagi...nampaknya nasib tak berapa baik,,banyak masa dibazirkan di service center..menyesal pun ada beli..kawan2 cakap nape tak soh tukar kereta baru jer..minta maaf jelah proton nak tukar baru

×
×
  • Create New...