• Announcements

    • Peraturan Umum, Sila baca !

      1) Perbincangan illegal , seperti download , provide link muat turun, lanun sebagainya ditegah dan akan dipadam tanpa notis. Sila ambil perhatian , sebarang perbincangan mengenai download men-download, sharing link yang berkait kepada illegal material: - akan dipadam serta merta - tiada kompromi, user akan diberi warn jika melakukan kesalahan sama Contoh related : - " aku tengah sedut ni.. sejam lagi siap.. " - " kat mana ko dload laju gile.. aku lagi 14 hari nk siap" 2) Spamming, double pos, smiley semata-mata adalah satu kesalahan besar, elakkan membuat susulan pos dibawah susulan sendiri. Warning tanpa notis akan diberikan. 3) Elakkan drama fanboyism , samada berkait dengan konsol, permainan pc dan sebagainya 4) Perbincangan private server tidak dibenarkan, namun multiplayer via hamachi group dibenarkan. 5) Cheat codes dibenarkan, tetapi tidak kepada [email protected] 6) Screenshot seeloknya bersaiz 640 x 480 ke bawah, sila gunakan code spoiler sekiranya tidak resize pic anda. 7) One line posting (susulan satu baris) tanpa menjawab persoalan dan tidak memberi apa-apa manfaat dikira sebagai SPAM. SILA GUNAKAN FUNGSI REPORT JIKA TERDAPAT USER/TOPIK YANG MELANGGAR PERATURAN DI ATAS. ____________________________________________________________ _______________________________ .::. Kegagalan mematuhi terma dan syarat boleh mengakibatkan posting anda di padam dan anda mendapat warn level secara percuma .::. ____________________________________________________________ _______________________________
Sign in to follow this  
Followers 0

Kursus Saham Bursa Malaysia & WallStreet (CFD) - RM69!


104 posts in this topic

Posted · Report post


PERBEZAAN INVESTORS DAN TRADERS BAH 2


Traders pula cuba mendapatkan keuntungan dalam jangkamasa pendek dan mereka pula mesti menggunakan analisis TA bagi meramal pergerakan kenaikan harga saham bagi mendapatkan kauntungan segera. Ia lebih komplikated dan perlukan pelajaran serta pengalaman yang mendalam dalam pasaran saham. Apapun semua ini diajar dalam sesi Personal Coaching yang FY jalankan.

Trader selalunya tidak membeli dan menyimpan saham untuk jangkamasa yang panjang untuk mendapatkan dividen atau sebagainya. Mereka menganalisis dan meramal pergerakan harga saham dengan kaedah Technical Analysis. Analisis ini pula ada banyak teknik dan strateginya.

Buy at support, buy on breakout, buy on reversal dan sebagainya dengan melihat trend, mengunakan garisan support resistance atau Darvas Box Trading, bollinger bands, MACD, Parabolic, TAVA atau apapun kaedah yang dirasakan sesuai bagi tujuan meramal pergerakan harga saham ini bagi menjana keuntungan.

Malah dewasa ini banyak software yang dijual dan boleh dilanggan yang menggabungkan pelbagai indikator bagi tujuan yang sama. Meramal saham mana yang akan naik.

Hakikatnya ia adalah lebih sukar dan risikonya juga lebih tinggi. Banyak yang perlu kita pelajari dan alami sebelum kita boleh menguasainya.

Investor pula berbeza, pandangan mereka lebih untuk jangkamasa panjang. Investor terkaya dunia adalah Warren Buffett yang belajar dari Benjamin Graham akan teknik pelaburan nilai yang menguntungkan itu. Namun ia mengambil masa tetapi jauh lebih menguntungkan.


Anda ingin belajar semua ini?

Datanglah ke Seminar Saham Super Investors sebagai permulaannya

 

 

 

 

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

Modal.

Orang jawa kata capital.

Modal antara benda yang orang fikirkan sebelum memulakan sesuatu perniagaan. Kata orang, kalau tak ada modal, macam mana nak berniaga. Modal sebenarnya bukanlah faktor utama penentu kejayaan sesuatu bisnes tersebut. Modal yang besar belum tentu untungnya juga besar.

Berikut 10 cara mendapatkan modal bisnes anda:

cara kumpul modal
10 Cara Kumpul Modal
1. Pinjam bank

Benda yang paling ramai orang fikirkan. Kalau anda hendak buat pinjaman atas nama syarikat, pastikan anda mempunyai current account dan mempunyai transaksi yang baik sekurang-kurannya untuk tempoh 6 bulan. Bank susah beri pinjaman bagi perniagaan yang baru ditubuhkan. Bagi tujuan untuk memperbesarkan perniagaan, pinjaman adalah lebih mudah kerana perniagaan kita sudah ada track-record nya tersendiri.
2. Simpanan

Simpan sebahagian duit gaji kita setiap bulan untuk tujuan membuka perniagaan atau pelaburan. Paling kurang 10% daripada gaji. Lebih banyak lebih bagus.
3. Main Kutu

Sudah sinonim dengan masyarakat kita. Tujuannya adalah untuk mendisiplinkan diri untuk menyimpan dan saling bantu membantu. Untungnya main kutu ini kalau giliran kita antara yang awal, cepat kita dapat modal. Tapi kalau giliran kita yang terakhir, sama sahaja kita menyimpan sendiri. Ho ho ho.
4. Partnership

Cari rakan, adik-beradik atau saudara-mara yang ada modal untuk bekerjasama dengan kita. Joint venture. Pastikan semuanya jelas dari awal dari segi pembahagian untung, pembahagian tugas, jawatan, dan sebagainya untuk mengelakkan salah faham di kemudian hari. Yang paling penting adalah semua yang terlibat mempunyai matlamat yang sama.
5. Cari pelabur

Juga boleh dipanggil sebagai venture capitalist atau angel investor. Mereka ini tidak terlibat di dalam operasi syarikat dan hanya bertindak sebagai pelabur. Mereka akan memegang sebahagian kepentingan di dalam syarikat. Ada yang akan memegang saham dalam syarikat tersebut untuk suatu tempoh yang lama dan ada yang hanya pegang sehingga syarikat tersebut disenaraikan sebagai syarikat awam di pasaran saham. Mereka untung selepas unit saham yang dipegang oleh mereka dijual di pasaran saham.
6. Initial Public Offering

Senaraikan syarikat anda di Bursa Malaysia sekiranya anda tidak memilih untuk membuat pinjaman bank. Kaedah ini hanya sesuai untuk syarikat yang sudah lama berniaga dan mempunyai kedudukan kewangan yang baik.
7. Tawarkan Servis

Buat bisnes jenis perkhidmatan atau servis yang tidak memerlukan modal yang besar. Oleh kerana margin untung servis besar, maka modal yang kita perlukan dapat dikumpul dengan lebih cepat.
8. Jadi Ejen

Anda boleh jadi ejen insurans, ejen produk fizikal, affiliate dan sebagainya. Jadi ejen sebegini kos sangat rendah. Hanya perlu promote sahaja dan sekiranya ada jualan, anda akan dapat komisyen. Modal yang perlu pun mungkin dari segi modal untuk pengiklanan sahaja. Anda juga boleh sertai syarikat direct selling atau MLM. Syarikat MLM yang bagus kebiasaannya mempunyai produk yang kita gunakan setiap hari. Jual produk tersebut dan simpan keuntungan yang diperolehi di dalam satu tabung. Cukup modal yang diperlukan anda boleh mulakan bisnes yang anda sendiri atau kembangkan bisnes yang sedia ada dengan merekrut downline atau ejen lain pula di bawah anda.
9.  Buat Bisnes Dropship

Bisnes dropship. Tidak ada modal yang besar diperlukan untuk bermula. Anda boleh jual di pasaran online mahupun offline. Pilih produk yang mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran. Hanya promosikan sahaja dan selebihnya syarikat dropshipper akan uruskan.
10. Kerja Part-Time

Antara pilihan yang mudah untuk dilaksanakan. Cari kerja part-time yang bayar mengikut jam. Boleh buat selepas waktu bekerja di pejabat atau pada hujung minggu. Contohnya anda bekerja di kedai makan Pak Ali yang bayar Rm5 sejam. Sehari anda kerja bermula jam 6 petang sehingga 10 malam. Sehari anda dapat RM20, sebulan dapat RM600, setahun dapat RM7,200. Selepas setahun dah boleh fikirkan untuk mulakan perniagaan sendiri. Tapi jangan guna pula duit tu. Kalau guna, selepas setahun pun masih tak dapat kumpul modal yang diperlukan. Kerja untuk suatu tempoh tertentu sahaja.

Banyak lagi cara yang boleh anda lakukan untuk mengumpul modal ini. Pilihlah cara yang sesuai dengan anda. Membuat pinjaman dengan bank atau menggunakan kredit kad adalah pilihan yang terakhir sekiranya anda baru hendak mulakan perniagaan. Elakkan berhutang sekiranya perniagaan anda masih baru beroperasi.

Mulakan dengan apa yang ada di tangan.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

kenapa fokus kepada pelaburan saham, bukan hartanah ?”

Sudah beberapa orang bertanyakan soalan ini.

Entahlah.

Saya tidak ada jawapan untuk soalan tu sebenarnya.

Benar, keduanya saham dan hartanah adalah jenis harta berkembang. Jadi, dari sudut itu memang tiada masalah jika kita memilih untuk fokus salah satu daripadanya. Tetapi yang bertanya itu adalah orang yang nak tahu kenapa memilih saham dan bukannya hartanah.

Mungkin sebab ROA, ROE. Well, finance term ni orang tak faham kalau cerita. Jadi kita ketepikan cerita kira-kira ni dulu.

Ok.

Mungkin minat. Tetapi jawapan ‘minat’ tu macam tak berapa tepat.

Barangkali yang lebih tepat adalah sebab saya minat membaca. Contoh, macam nak beli syarikat biskut di Bursa Malaysia.

  • Pertamanya, nak kena faham bagaimana syarikat biskut beroperasi.
  • Bisnes model dia macam mana.
  • Buat untung macam mana.
  • Macam mana sesebuah syarikat yang jual biskut dapat bertahan lama.
  • Dan lain-lain.

Untuk mendapat persoalan-persoalan sebegitu, kena banyak membaca. Bukan sekadar duduk tengok carta saham dah dapat jawapan. Tengok pergerakan harga saham tidak membolehkan kita tahu persoalan-persoalan di atas.

Jadi kena membaca, kena berfikir dan independent iaitu kena berani membuat kesimpulan sendiri.

Namun, tahap pembacaan yang diperlukan tidaklah sampai kena jadi expert dalam bidang tu, cuma kena jadi seorang pelabur yang banyak tahu. Lebih banyak tahu, lebih baik.

Itu satu.

Seterusnya, mungkin juga sebab saya ni introvert.

Ya, tak percaya ? Saya bukan seorang natural speaker yang lahir-lahir sahaja dah pandai public speaking.

Saya kena keluar dari zon selesa natural character sebagai seorang introvert bagi membolehkan saya memberikan latihan-latihan urus duit gaji & urus pelaburan ke seluruh negara.

Warren Buffett says that in the 1950’s he invested $100 in a Dale Carnegie public speaking course ‘not to prevent my knees from knocking when public speaking but to do public speaking while my knees are knocking.’

Sama seperti seorang introvert yang lain, saya tidak memulakan perbualan.

Saya lebih selesa bersama dengan orang-orang yang saya sudah kenal, berbanding orang baru. Maka jika diberi pilihan untuk ngeteh buat “network” sampai awal pagi dengan orang yang baru kenal atau membaca sampai awal pagi, sudah tentu membaca sampai Subuh menjadi pilihan.

Maklumlah, bila aktif beli rumah mana boleh duduk dalam rumah atau pejabat sahaja. Kena jumpa penjual / ejen, banker, lawyer. Dah selesai beli, kena cari kontraktor misalnya nak renovate / repair rumah. Lepas tu kena cari penyewa. Uruskan penyewa. Proses tu semua bukan sekali jumpa terus done deal. Berkali-kali.

Nak beli satu rumah itu prosesnya banyak kali nak jumpa orang.

Jadi, kalau ada hasrat nak beli 30 buah rumah, bersamaan setahun sekali sampai usia pencen, maka proses itu berulang banyak kali. Bagi, sebahagian orang proses jumpa orang sebegitu adalah menyeronokkan.

Sekarang, urusan jual beli saham semua dah online. Mungkin nak buka akaun CDS dan akaun trading itulah sahaja yang kena jumpa orang, lepas itu pun berurusan melalui emel atau perlu telefon sahaja.

Bangun tidur, membaca, buy, membaca, tidur, bangun, membaca, sell, membaca, tidur… proses itu berterusan begitu.

Mungkin ada pilihan untuk proses sebegitu menyebabkan saya lebih selesa, senang fokus dan membuat keputusan untuk membuat lebih banyak pelaburan saham berbanding hartanah.

Orang extrovert tidak melabur saham kah ?

Eh, tiada masalah.

Cumanya seorang introvert mungkin memilih tidak bercakap dengan pengurusan, dan orang extrovert mungkin lebih enjoy attend AGM dan bercakap dengan CEO dan pengurusan kanan. Bagi seorang introvert, barangkali listening skill dan membuat pemerhatian yang teliti terhadap produk sesebuah syarikat itu lebih natural.

Apa pun, pelaburan saham kena banyak membaca.

Jadi, siapa tak suka membaca barangkali dapat lupakan pelaburan saham. Sekadar minat nak buat duit dengan saham tidak mencukupi. Takut-takut nanti bila sampai masa perlu membaca adalah ketika saat modal pelaburan itu ditalkinkan sahaja.

Tapi nak membaca apa ?

He he he. Maksudnya tak cukup suka membaca tu. Kalau suka, mesti dah jumpa macam-macam buku pasal pelaburan saham. Antara ‘buku’ yang penting yang perlu dibaca adalah annual report sesebuah syarikat.

Minat membaca sahaja juga tidak mencukupi. Kena bertindak dengan terus buka akaun. Dah buka akaun terus beli 2,3 syarikat dulu. Kemudian baru belajar ilmu pelaburan saham dengan lebih mendalam.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post


Petua Pelabur Tersohor (TRUEWEALTH) - RM40
Ahad, Jun 22, 2014  Buku, saham  No comments


Buku Petua Pelabur Tersohor (TRUEWEALTH)


SINOPSIS / DESCRIPTION:

Satu cara yang amat berkesan untuk belajar tentang pelaburan saham ialah dengan membaca dan mengkaji pelaburan para pelabur yang berjaya mencatatkan rekod pencapaian luar biasa dalam jangka panjang. Mereka telah menjana pulangan yang lumayan untuk diri sendiri dan juga pelabur mereka.
Kesemua pelabur yang dipaparkan dalam buku ini merupakan pelabur jangka panjang berasaskan fundamentals, iaitu berasaskan kekuatan perniagaan dan bukan pedagang jangka pendek yang menggunakan analisis teknikal. Buku ini membolehkan pelabur kecil memanfaatkan kepakaran dan kebijaksanaan Warren Buffett, Ken Fisher, Peter Lynch, Benjamin Graham, Philip Fisher, John Templeton, Jim Rogers, John Neff, Walter Schloss dan John Bogle dalam membuat penilaian dan pemilihan saham.
Pelajari:

    Teknik pelaburan Warren Buffett
    Apakah 10 jalan umum yang dikemukakan oleh Ken Fisher untuk membina kekayaan.
    Apakah prinsip asas pelaburan Peter Lynch
    Apakah yang Benjamin Graham maksudkan dengan margin keselamatan
    15 faktor penilaian oleh Philip Fisher apabila memilih saham
    Peraturan yang boleh dianggap paling relevan oleh John Templeton untuk pelabur pada masa kini
    Dan pelbagai fasa pelaburan oleh pelabur-pelabur tersohor yang lain.


Tentang Penulis:
Razali Razman ialah seorang penulis dan penterjemah yang mengkhusus dalam bidang kewangan. Beliau merupakan penulis buku Panduan Bijak Melabur, Panduan Pelaburan Unit Amanah serta eBook Panduan Asas Saham dan pernah menyumbang rencana untuk Dewan Ekonomi, Agama dan Falsafah serta UM Accounting Journal.

 

Berminat untuk beli ?

KLIK DISINI UNTUK BELI > http://www.mudah2u.co.vu/2014/06/perniagaan-telefon-vending-masuk.html

 

 

TERIMA KASIH

 

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!


Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.


Sign In Now
Sign in to follow this  
Followers 0