Jump to content
Moderator2

Macam mana nak tukar RM5k -> RM150k dlm masa 6 tahun... Kursus Pelaburan Saham

Recommended Posts

Apa itu warrant? Ada beza tak warrant WA , WB , WC dan CA ?

 

 

Warrant adalah antara istilah dalam saham yang pelabur-pelabur akan selalu jumpa. Lebih-lebih lagi untuk yang masih baru, istilah ini pastinya menimbulkan banyak tanda tanya dan jika maklumat dicari di enjin carian seperti Google, kadang-kadang lebih menambah kekeliruan.

 

Ia adalah sijil kebenaran yang membenarkan seseorang itu untuk membeli saham sesebuah syarikat pada harga diskaun dalam tempoh yang ditetapkan. Namun begitu pemilik warrant bukan pemegang saham kerana saham sebenar belum dimiliki lagi.

 

Dalam erti kata lain pemegang warrant tidak layak terima sebarang DIVIDEN, BONUS yang syarikat akan berikan dan yang paling penting tidak layak mengundi bagi sesi mesyuarat agung tahunan syarikat tersebut.

 

Jika belum belajar berkaitan saham sebenar atau saham induk, tuan-tuan dan puan-puan boleh baca apa itu saham di link ini.

Jenis-jenis warrant

 

WA, WB, WC, WD, WE

Ia dipanggil WARRANT. Warrant ini dikeluarkan oleh syarikat tersebut dan minima memegang warrant ini adalah 5 tahun malahan ia boleh ditukar ke MOTHER SHARE dan pergerakan turun naik harga berdasarkan MOTHER SHARE.

.

CA, CB, CE, CD

Ia dipanggil CALL WARRANT. Dikeluarkan oleh BANK atau PIHAK KETIGA bukannya syarikat tersebut. Berstatus TIDAK SYARIAH

 

Antara contoh BANK atau PIHAK KETIGA tersebut adalah Macquarie.

 

Minima perlu pegang warrant ini adalah 6 bulan dan maksima 1 tahun selain itu ia tidak boleh tukar kepada MOTHER SHARE. Pergerakan turun naik harga berdasarkan indicator sahaja tidak mempengaruhi pergerakan MOTHER SHARE.

.

WR

Borang untuk dapatkan warrant.

.

H

Ia dikenali sebagai Hedging dan ia adalah Put Warrant yang dikeluarkan oleh Third-party bukannya BANK atau SYARIKAT dengan bertujuan mengimbangi kerugian dan pergerakannya berlawanan dengan MOTHER SHARE. Berstatus TIDAK SYARIAH

Kesimpulan

 

Ringkasnya, warrant adalah sejenis instrumen dalam saham yang juga dibenarkan untuk diniagakan atau dijual beli. Mempelajari selok belok berkaitannya adalah penting untuk memaksimakan keuntungan kita dalam pasaran saham Bursa Malaysia.

 

Untuk topik selanjutnya kita akan kupas kelebihan beli warrant dan kenapa syarikat/bank serta third party ingin mengeluarkan warrant.

Kita juga akan mengajar cara-cara hendak mengira premium, apa itu exercise price, gearing ratio yang ramai lagi masih tak faham.

Bacaan lanjut

 

Dalam siri warrant kita sudah hasilkan beberapa artikel lain dalam usaha untuk menjelaskan kekeliruan ramai orang dalam pengiraan ataupun risiko yang terlibat dalam jual beli warrant.

 

 

 

...KURSUS SAHAM & WARRANT >> http://www.KLFX.blogspot.com

 

 

 

 

.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Tips Saham 2 OCT 2019

Name    Last$    Latest$    Target$    Diff$    Diff%    Call        

BJFOOD    1.42    1.41    1.85    +0.43    +30.28%    Buy


News :    Berjaya Food Holdings - GrabFood Tie Up to Add Starbucks Volumes


Lebih banyak Tips Saham @ http://www.KLFX.Blogspot.com

 

.

Share this post


Link to post
Share on other sites

5 tahun, ada simpanan RM77K. Macam mana gadis ini buat?


Pasti ramai yang suka nak tau cara paling mudah nak simpan banyak duit, tanpa perlukan masa yang lama.

Dan untuk capai matlamat ni, korang wajib gunakan ‘alat bantuan’ supaya duit simpanan tu boleh berkembang cepat.

Takpe, tak payah dah korang cari jauh-jauh.

Ini ada satu ilmu berharga yang Cikpuan Syafieqah A’lya kongsikan dekat dinding Facebook beliau.

Hadamkan sebagai sarapan minda korang pada pagi Jumaat ini.
Labur dulu, baru simpan. Atau simpan dulu, baru labur?

Sebelum ni, saya pernah kongsikan tentang tangga kewangan. Di mana, itu adalah step (langkah) permulaan korang dari :

    Sumber pendapatan,
    Simpanan,
    Perlindungan,
    Pelaburan,
    Zakat,
    Wasiat/Hibah.

Cuma, berapa ramai orang kisah tentang cara ini?

Ramai orang bila mula kerja, mereka terus nak melabur, tanpa pedulikan simpanan mereka yang kering-kontang.

Jangan terlalu selesa sebab boleh bergantung dengan duit mak ayah lagi, atau boleh pinjam kawan-kawan korang yang sporting tu.

Lagi bagus korang dah bina simpanan kecemasan sendiri, tanpa perlu bergantung harap kat orang lain.
Dengan RM1,000 sebulan, anda pasti terkejut berapa banyak duit tu boleh ‘beranak’

Jom saya kongsikan cara untuk korang pelbagaikan simpanan dan pelaburan, yang boleh dibuat dengan hanya RM1,000 sebulan :
#1 : Anda belum ada simpanan kecemasan lagi?

Untuk yang ini, korang boleh gunakan ASB buku biru. Modal yang korang perlukan setiap bulan adalah RM225.

    Tempoh simpanan : 5 tahu (atau 60 bulan)
    Purata dividen tahunan : 6.75%

Ini hasil yang bakal korang dapat lepas tempoh 5 tahun :

    Jumlah simpanan : RM13,500
    Dividen terkumpul : RM2,508

Total jumlah yang terkumpul akan jadi RM16,008.
#2 : Dah simpan duit untuk tunaikan ibadah Haji?

Yang ni pulak, korang buat simpanan untuk menunaikan ibadah Haji pada masa depan. Baik lagi buat awal-awal, tak gitu?

Modal yang korang perlukan setiap bulan, sebanyak RM150 je.

    Tempoh simpanan : 5 tahun (60 bulan)
    Purata dividen tahunan : 4.25%

Berapa hasil yang korang dapat lepas 5 tahun?

    Jumlah simpanan : RM9,000
    Dividen terkumpul : RM1,022

Jumlah keseluruhan yang bakal korang dapat adalah RM10,022.
#3 : Strategi simpan down payment rumah dalam masa 5 tahun

Korang mesti ada plan nak beli rumah pada masa depan, kan? Jadi, elok la kita simpan awal-awal.

Bukan nak beli tahun depan, tahun ni baru nak mula simpan.

Strategi ni, agak panjang sikit berbanding dengan yang sebelum ni. Hadamkan perlahan-lahan. Korang pasti faham punya.

Strategi yang ni, korang perlu gunakan ASB Financing, dengan modal bulanan sebanyak RM275. Buat pembiayaan ASB sebanyak RM50,000.

    Tempoh pinjaman : 30 tahun
    Keuntungan bank : 5.2%
    Purata dividen tahunan : 6.75%
    Takaful : Tiada

Teknik yang korang akan gunakan adalah compounding. Bermakna, korang tak usik langsung dividen yang beranak dalam akaun tu.

Lepas 5 tahun, batalkan (atau jual) sijil pertama tadi tu :

    Baki prinsipal : RM3,958
    Dividen terkumpul : RM14,929

Bermakna, korang akan dapat jumlah keseluruhan sebanyak RM18,887.
Hanya perlu kekal bayar RM275 sebulan?

Masuk je tahun ke-2, buat lagi satu ASB Financing RM50,000, dengan mengekalkan bayaran bulanan yang sama.

Bermakna, korang dah ada ASB Financing bernilai RM100,000 (RM50,000 + RM50,000), dengan mengekalkan komitmen bulanan sebanyak RM275.

Kenapa bayaran bulanan kekal RM275? Sebab korang gunakan dividen ASB Financing Sijil Pertama tadi untuk bayar ansuran bulanan Sijil Ke-2.

Kiraan dia akan jadi macam ni :

    Tempoh pinjaman Sijil Ke-2 : 30 tahun
    Keuntungan bank : 5.2%
    Purata dividen tahunan : 6.75%
    Takaful : Tiada

Teknik yang korang akan gunakan adalah rolling. Gunakan dividen Sijil 1 tadi sebagai bayaran lump sum setahun Sijil Ke-2 ini (macam yang dijelaskan kat atas tadi).

Ini hasil yang bakal korang dapat lepas tamat tempoh 4 tahun (sebab korang buat ASB Financing Sijil Ke-2 ni pada tahun seterusnya, lepas buat ASBF Sijil Pertama).

    Baki prinsipal : RM3,082
    Dividen terakhir : RM3,375
    Jumlah keseluruhan untuk Sijil Ke-2 : RM6,457

Dan bila korang tambah jumlah 2 sijil tadi, maka akan jadi RM25,344 (RM18,887 + RM6,457).
#4 : Simpan RM10,000+ untuk duit kahwin?

Gunakan ASB 2 (buku warna purple). Modal korang setiap bulan adalah sebanyak RM150.

    Tempoh simpanan : 5 tahun (60 bulan)
    Purata dividen tahunan : 6.5%

Berapa hasil yang korang bakal dapat lepas 5 tahun?

    Jumlah simpanan : RM9,000
    Dividen terkumpul : RM1,605

Jumlah keseluruhan yang bakal korang dapat dengan cara ni, adalah sebanyak RM10,606.
#5 : Susah sangat nak kumpul duit? ‘Paksa diri’ guna cara ini

Satu lagi cara, adalah dengan gunakan Unit Trust sebagai alat pelaburan. Korang hanya perlukan modal bulanan sebanyak RM200 (paling minimum).

    Tempoh pelaburan : 5 tahun (60 bulan)
    Purata pulangan tahunan : 10%

Cara ni akan kembangkan duit simpanan korang tu jadi RM15,434 selepas tempoh 5 tahun!

Kalau simpan RM200 secara biasa, korang hanya dapat RM12,000 je tau. Dapat la lebih RM3,434. Siapa nak bagi?
Berapa banyak anda dapat bila gabung semua ini?

Ini hasil yang bakal korang dapat daripada semua simpanan dan pelaburan, bila ikut cara yang saya kongsikan tadi  :

    ASB (Buku Biru) : RM16,008
    Tabung Haji : RM10,022
    ASB Financing Sijil Pertama : RM25,344
    ASB Financing Sijil Ke-2 : RM10,606
    Unit Trust : RM15,434

Jumlah keseluruhan yang terkumpul adalah sebanyak RM77,414.

Korang ada cara yang lebih baik? Kalau ada, silakan buat terus dan jangan bertangguh lagi.

Saya hanya berkongsi idea yang mungkin boleh dibuat bagi mengurangkan risiko dan tingkatkan simpanan korang.

Pasangan korang lebih teruja bila dapat tau, yang kita ada perancangan kewangan yang rapi macam ni. Ibarat kira susun strategi nak pikat hati bakal pak dan mak mertua si Dia.

Eh! Siap terlebih bagi hint lagi.

 

Jika ingin belajar tentang pelaburan Saham atau FCPO dengan lebih lanjut sila ke http://www.KLFX.blogspot.com

 

 

.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Cara Nak Bersara Awal ! - Bhgn 2


5 Tips Untuk Bersara Awal
Elakkan riba. Cari jalan supaya tak habiskan wang bayar faedah (interest). Faedah pinjaman inilah punca kenapa sebahagian besar kita terpaksa bekerja sampai mati.
Usah ada hutang. Ikat perut. Hidup tanpa ropol. Elak tukar kereta, beli handphone baru, dan pergi melancong setiap kali dapat kenaikan gaji atau bonus. Simpan lebihan wang. Fikirkan jangka panjang.
Kahwin awal supaya apabila kita berusia 50 tahun, anak-anak semua sudah bekerja dan boleh berdikari.
Usah hidup dalam kemampuan. Hidup di bawah kemampuan. Kalau kita mampu beli barang RM10, beli yang berharga RM2. Baki RM8 simpan.
Mula rancang pencen sejak mula bekerja. Tetapkan matlamat bila nak pencen, berapa banyak wang yang diperlukan dan buat strategi bagaimana nak capai matlamat kewangan tersebut.
Apabila kita jalani kehidupan tanpa ropol dan membebaskan diri dari kemewahan dunia yang tak perlu, barulah kita boleh hidup bebas.

Barulah kita boleh memilih apa yang kita mahu. Barulah kita ada masa menerokai apa yang selama ini kita tidak dapat lakukan. Usah biarkan dunia berada dalam diri kita. Biar kita pijak dunia. Barulah kita akan dapat mengawal destinasi kita sendiri.

Apabila saya kata saya pencen, adakah ini bermaksud saya tidak bekerja lagi? Saya bekerja – dengan cara saya sendiri. Usia 54 tahun terlalu muda untuk saya duduk memerap di rumah. Namun, sebagai “orang pencen” saya boleh memilih apa yang saya mahu lakukan. Saya tidak terikat dengan jadual 8-5.

Mungkin ada yang bertanya, mengapakah tak ada gambar saya bertemu orang itu dan ini. Atau, bergambar di depan papan tanda pejabat? Atau, bergambar di depan menara tinggi-tinggi. Atau, bergambar dengan Mat Salleh? Mengapakah gambar brisk walk saja? Mana gambar Statue of Liberty? Mana gambar 42nd Street? Mana gambar Empire State Building?

Itulah indahnya dunia pencen. Kita tak perlu melaporkan dan mendapatkan pengiktirafan boss – atau, kawan-kawan Facebook. Bahagia ialah apa yang kita rasa, bukan apa (harta) yang kita miliki!

 

bersambung @ https://klfx.blogspot.com/2019/11/cara-nak-bersara-awal-bhgn-1.html

 


.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Biasanya kalau ikut definisi, saham mahal adalah saham-saham yang berharga di atas RM1.00. Bunyinya macam kelakar bukan?

Sayangnya pelabur saham di Bursa Malaysia berpendapat saham yang harganya atas RM1.00 sudah cukup mahal. Tetapi itulah realiti pelabur runcit yang ada di Bursa Malaysia.

Mereka lebih cenderung membeli saham yang bawah RM1.00 (harga sen-sen), boleh beli banyak-banyak katanya.

 

Gambar di atas adalah contoh saham patuh syariah yang berharga lebih RM1. Mengungguli carta adalah saham Nestle, baru RM148 seunit. Mahal ke? Eleh, dulu masa harga dia RM50 pun kata mahal juga.

Semasa artikel ini ditulis, jika mengikut screener BursaMarketplace, saham patuh syariah yang berharga bawah RM1 ada sebanyak 447 saham. Paling murah berharga RM0.015.

Ramai yang kami jumpa akan cakap

    “Bro, modal aku kecik, kalau saham tu mahal tak boleh beli banyak pula”

Paling pelik, mereka yang ada duit juga tak nak beli saham ‘mahal’.

    “Eh bro, saham harga RM1.00 kau kata mahal. Tak ada modal. Tapi saham harga 2 sen kau pulun beli sampai 100,000 unit”

Mengikut pemerhatian kami, ramai terikut-ikut dengan fahaman ini sebab:

1. Kawan cakap buat apa beli saham mahal, banyak lagi yang murah.
2. Duit sememangnya tak cukup nak beli.
3. Kalau beli saham yang mahal, dapat beli sedikit saja (unit).

Katakan anda mempunyai pegangan pada saham A pada harga RM10.00 dan saham B pada harga RM0.50. Kedua-dua saham mengalami kejatuhan harga yang sama iaitu 10 sen pada hari tersebut.

Saham A

Harga beli = RM10.00
Kejatuhan harga = 10 sen
Harga selepas kejatuhan
= RM10.00 – RM0.10 = RM9.90
Kadar kerugian
= (RM0.10/RM10.00) x 100% = 1%

Saham B

Harga beli = RM0.50
Kejatuhan harga = 10 sen
Harga selepas kejatuhan
= RM0.50 – RM0.10 = RM0.40 sen
Kadar kerugian
= (RM0.10/RM0.50) x 100% = 20%

Sebenarnya mana satu yang rugi lebih banyak?

Kita kena ubah persepsi saham bahawa saham RM0.05 tidak murah, saham harga RM10 pula sebenarnya tidak mahal. Risiko beli saham RM0.05 tidak sama dengan risiko saham RM10.

*Kemahalan atau kemurahan saham tu sebenarnya kena guna nisbah P/E. InshaAllah ada masa di artikel seterusnya kita cerita pasal nisbah P/E.
Beli Saham Bukan Ikut Harga Mahal Atau Murah

Pulak dah, habis tu nak tengok apa?

Sebenarnya kita tidak boleh kata saham itu murah atau mahal dengan melihat harga sahamnya sahaja. Juga tidak berapa bijak kalau melabur semata-mata hanya tengok harga saham.

Benda pertama yang patut para pelabur (jangka panjang) perlu lihat adalah sama ada prestasi keuntungan saham tu konsisten atau tidak.

Lagi satu, matlamat untuk melabur kita berbeza-beza.

Ada yang nak pulangan 10% setahun.
Ada yang nak pulangan 30% setahun.

Jadi apa bezanya saham murah atau mahal sekiranya kita boleh mencapai objektif pelaburan yang diinginkan?

 

....Kelas Saham Bursa Malaysia & WallStreet (CFD) - RM69 shj? >> http://www.KLFX.blogspot.com

 


.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Bukan lagi menjadi satu perkara yang hairan jika wanita celik saham sama seperti kaum lelaki. Tidak kira sama ada wanita tersebut seorang suri rumah atau pun wanita yang bekerjaya, peluang untuk membuat duit daripada pelaburan saham haruslah direbut dengan sebaik mungkin.

Di Malaysia, penglibatan golongan wanita dalam pelaburan saham masih berada di tahap yang rendah. Namun, kita dapat lihat trend pelabur wanita yang bergiat aktif semakin meningkat naik.

Menurut kajian daripada University of California, Berkeley, wanita mengatasi lelaki di dalam prestasi saham sebanyak 2.3% di dalam tempoh 7 tahun.

Wanita zaman sekarang bukan sahaja perlu menguruskan keluarga malah ramai yang berkerjaya. Tuntutan tanggungjawab pada keluarga dan kerjaya menjadikan mereka serba boleh dan bijak mengintai peluang

3 faktor utama yang mendorong kepada ‘kemenangan’ golongan wanita adalah:

    Lebih Banyak Bersabar
    Rendah Hati
    Suka Elak Risiko

Boleh baca lebih lanjut dalam Kenapa Wanita Lebih Pandai Melabur Berbanding Lelaki? Mesti anda terkejut punya.

Kalau nak tahu, banyak sebenarnya kelebihan dan manfaat yang dapat diperolehi sekiranya wanita sama-sama bersaing dengan golongan lelaki dalam pelaburan saham:
1. Dapat Membantu Ekonomi Diri Dan Keluarga

Kita semua sedia maklum bahawa aktiviti jual beli saham boleh dilakukan pada setiap hari bekerja, Isnin ke Jumaat dari jam 9 pagi sehingga 5 petang. Tapi ianya tidak memerlukan kita ‘monitor’ saham setiap masa kan?

Dengan menguasai teknik dalam mengenal pasti kaunter yang berpotensi tinggi setiap hari, secara tidak langsung ianya dapat menjana pendapatan untuk keluarga. Dapat juga meningkatkan taraf ekonomi diri sendiri dan juga keluarga.

Dalam suasana ekonomi yang mencabar, baik juga sekiranya isteri dapat membantu suami dalam mencari duit lebih.
2. Masa Yang Fleksibel

Bagi mereka yang merupakan suri rumah sepenuh masa, menggiatkan diri dalam pelaburan saham sangat sesuai dengan anda. Kalau rasa nak aktif jual beli hari-hari pun boleh, seminggu sekali pun boleh. Ikut suka. Sambil-sambil mengemas rumah, memasak atau menjaga anak-anak, sambil tu boleh jenguk-jenguk pergerakan harga saham kegemaran.

Tak perlu duduk depan komputer, zaman sekarang guna smartphone pun dah jual beli saham. Yang penting, masa dengan anak-anak dapat diutamakan.

Bagi yang bekerja pula, boleh study malam sebelumnya dan Set Alert. Bila saham dah cecah Entry Price yang kita tetapkan, boleh beli. Bila cecah tahap Cut Loss, dapat alert dan terus jual. Semuanya menggunakan smartphone.

Boleh dengar perkongsian Puan Nur Shafika, seorang pensyarah di UiTM bagaimana beliau boleh aktif terlibat dalam pelaburan saham.
3. Tidak Perlukan Sijil Akademik Dan Modal Yang Banyak

Siapa kata nak melabur saham kena ada taraf pendidikan yang tinggi. Ada saja lepasan SPM yang berjaya. Syarat utama nak melabur, kena ada akaun CDS.

Ini bermakna, pelaburan saham terbuka kepada semua orang tidak kira latar belakang pendidikan mahu pun modal yang besar.


...Kelas Asas Saham Bursa Malaysia (Asas Candlestick, IPO, Screening Saham, Dividen Yield) >> http://www.KLFX.blogspot.com

 


.

Share this post


Link to post
Share on other sites

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup pada paras harian tertingginya hari ini serta mencecah paras tertingginya dalam tempoh hampir lima bulan disokong oleh saham berkaitan perindustrian, pengguna dan penjagaan kesihatan, sejajar dengan prestasi kukuh indeks serantau.

Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 23.31 mata untuk ditutup hari ini pada 1,561.84 daripada paras penutup 1,538.53 pada Rabu.

Indeks itu yang dibuka 3.16 mata lebih tinggi kepada 1,541.69 pagi ini, bergerak antara paras 1,541.5 dan 1,561.84 sepanjang hari dagangan.

Keseluruhan suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 635 berbanding 388, manakala 421 kaunter tidak berubah, 448 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 8.02 bilion saham bernilai RM6.03 bilion daripada 9.4 bilion saham bernilai RM7.01 bilion pada Rabu.

Walaupun sektor penjagaan kesihatan masih mendapat permintaan, Maybank IB Research, dalam nota penyelidikannya, berkata penurunan dijangkakan dalam saham berkaitan penjagaan kesihatan terpilih, manakala minat terhadap saham perladangan dan hartanah dijangka mengukuh dalam tempoh terdekat ini.

Di peringkat serantau, Nikkei Jepun meningkat 0.64 peratus kepada 22,758.13, Indeks Hang Seng Hong Kong naik 0.17 peratus kepada 24,366.3 dan Straits Times Singapura menokok 2.13 peratus kepada 2,702.52.

Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank naik 21 sen kepada RM8.19, Tenaga meningkat empat sen kepada RM12.02, Public Bank menokok 12 sen kepada RM17.50, Petronas Chemicals menambah 44 sen kepada RM6.97 dan IHH Healthcare menokok sembilan sen kepada RM5.59.

Dalam kalangan kaunter cergas, AT Systematization naik 2.5 sen kepada 10.5 sen, Sapura Energy meningkat setengah sen kepada 10.5 sen, Xidelang menambah satu sen kepada 6.5 sen, K-One menokok 9.5 sen kepada 54 sen dan JAG naik 1.5 sen kepada 9.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 167.76 mata kepada 10,970.77, Indeks FBMT 100 meningkat 167.97 mata kepada 10,830.58, Indeks FBM Emas Shariah menokok 173.71 mata kepada 12,304.43, FBM ACE naik 224.69 mata kepada 5,921.9 dan FBM 70 melonjak 234.2 mata kepada 13,439.97.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 281.81 mata kepada 13,883.7, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 6.95 mata kepada 141.75 dan Indeks Perladangan menokok 31.22 mata kepada 6,827.88.

Jumlah dagangan Pasaran Utama susut kepada 4.73 bilion saham bernilai RM4.86 bilion daripada 6.32 bilion saham bernilai RM6.2 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 648.82 juta unit bernilai RM191.67 juta daripada 743.77 juta unit bernilai RM157.45 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 2.63 bilion saham bernilai RM972.00 juta daripada 2.34 bilion saham bernilai RM653.26 juta sebelumnya.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 1.03 bilion saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (663.34 juta), pembinaan (346.49 juta), teknologi (260.93 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (130.16 juta), hartanah (468.19 juta), perladangan (168.00 juta), REIT (7.98 juta), dana tertutup (40,200), tenaga (1.17 bilion), penjagaan kesihatan (140.46 juta), telekomunikasi dan media (134.01 juta), pengangkutan dan logistik (178.39 juta) dan utiliti (33.52 juta).

 


...Kursus Asas Pelaburan Bursa Malaysia - http://KLFX.blogspot.com

 

.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Susun Strategi Anda Terlebih Dahulu
1. Pemilihan jangka masa trading

Anda berminat untuk trading berapa kerap?
Anda selesa untuk ‘hold position’ berapa lama?

Bergantung kepada kebolehan individu, jangka masa trading tidak sama. Anda harus mengenal pasti kekuatan dan kelemahan anda sendiri.

Anda tak bekerja sepenuh masa, takkan lah nak intraday trading?
Hakikatnya ini juga adalah antara sebab kenapa ramai yang nak untung cepat namun tidak ramai yang mampu menguasai teknik jual beli saham secara intraday.

Jika anda tiada masa, anda mungkin lebih sesuai menjadi seorang pelabur, Antara pelabur saham yang terkenal adalah Peter Lynch dan juga Warren Buffett.

Kita akan kupas jangka masa trading atau investing dalam topik akan datang – bagaimana anda nak pilih jangka masa yang sesuai berdasarkan faktor-faktor seperti personaliti, masa, pengetahuan dan juga modal.
2. Pemilihan kaunter

Pemilihan kaunter adalah penting untuk trader. Bayangkan anda menjalankan suatu perniagaan, tapi anda tak tahu pun kekuatan produk anda, apa sifat-sifat atau tabiat produk anda. Perniagaan tersebut sudah pasti sukar mencapai kejayaan.

Setiap kaunter saham ada sifat dan tabiatnya.

Ada yang cepat naik lambat turun, ada yang naik sekali jatuh berkali-kali.
Ada yang menjadi minat ‘gambler’, ada yang diminati ‘chartist’ dan ada juga yang diminati oleh institusi-institusi kewangan yang besar-besar.

Memahami sifat dan tabiat kaunter memerlukan kepada pengetahuan. Pengetahuan inilah yang akan membantu kita membuat pemilihan kaunter.

Kaunter yang sesuai dengan modal kecil hakikatnya bergantung kepada jangka masa pelaburan anda.
Kaunter murah, anda boleh simpan dan peram, sebab susah nak jangka bila nak gerak. Ditakuti anda mudah sangkut di pucuk.

Kaunter sederhana mahal, pun anda boleh simpan dan peram jika trend dijangka boleh pergi jauh.
Kaunter sederhana yang sangat kuat momentum, ini boleh digunakan untuk modal kecil dan untung dengan pantas.
Teknik ini kebiasaannya adalah menggunakan teknik intraday.
3. Pemilihan sistem untuk screen dan analisa saham

Seperti seorang peniaga, anda perlukan sistem untuk menjalankan perniagaan anda.

Sistem untuk trading merangkumi ‘trading plan system’,  sistem untuk screen kaunter-kaunter berpotensi dan juga sistem untuk analisa saham dengan mudah.

Kepantasan sistem juga adalah satu perkara yang sangat penting. Ini antara sebab kenapa team Mahersaham selesa menggunakan dan ‘recommend’ Shareinvestor Station kepada trader dan juga investor di Bursa Malaysia.

Dalam masa yang sama, team kami juga sedang mengkaji keupayaan TradingView untuk digunakan secara optimum.
Untuk tahu lebih lanjut ciri-ciri yang ada pada Tradingview, anda boleh lawati Cara Guna Software Tradingview.
4. Berhenti berharap daripada buycall atau screener orang lain

Dalam Group Telegram untuk Mahersaham Premium, kami ada juga bagi stock’s recommendation.
Walaupun berkali-kali terbukti saham tersebut naik, tak ramai yang follow.

Antara salah satu sebab adalah tidak yakin. Macam mana nak yakin kalau keputusan dan kajian bukan datang daripada kita sendiri?

Itu juga adalah antara satu sebab, apabila kami bagi recommendation, misalnya untuk intraday, kami sertakan chart yang lengkap supaya yang tahu hendak membaca chart boleh lihat sekali imbas dan yakin untuk beli.

Cara nak baca chart juga kami dah ajar dalam video-video untuk Mahersaham Premium, tinggal nak belajar dan hadamkan sahaja.
5. Anda harus gagal

Maaf, kita tertinggal perkataan dahulu. Anda harus gagal dahulu sebelum anda dapat menjadi supertrader yang berpengalaman.

Anda mengharapkan trading saham dapat menampung perbelanjaan anda setiap bulan, dapat menggantikan kerja anda sedia ada.

Tanyakan kepada diri anda, kenapa anda mampu untuk bekerja dari pukul 9pagi hingga 5petang, mungkin juga lebih untuk mendapatkan gaji sebulan anda sekarang tapi bila masuk bab saham, masuk bab pelaburan yang lain, anda tak luangkan masa atau usaha sebanyak itu juga?

Tapi anda mengharapkan saham secara mudahnya dapat menjadi sumber pendapatan utama anda.

Anda harus rajin berusaha. Tidak mudah berputus asa.
Rata-rata yang terlibat dengan saham ketika ini adalah antara lingkungan 2oan ke 30-an, jika purata ‘lifespan’ adalah 70tahun, anda ada 40 ke 50tahun lagi untuk mahir dalam saham.

 

....Kursus Asas Pelaburan Saham ->> http://KLFX.blogspot.com

 

.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Signal Saham 5 ogos 2020

Name    Last$    Target$    Call    News    
HARTA    5.25    24.30    Buy    CIMB raised HARTA target price to RM24.30    


...lebih banyak signal ->> http://www.KLFX.blogspot.com

 

.

Share this post


Link to post
Share on other sites

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup kukuh hari ini bertentangan dengan bursa serantau, dengan indeks utama ditutup pada paras tertinggi harian, didorong oleh Top Glove dan Hartalega yang mencatatkan peningkatan.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup tinggi 17.11 mata atau 1.1 peratus kepada 1,577.85 daripada 1,560.74 semasa ditutup pada Isnin.

Indeks utama, yang dibuka rendah 1.1 mata kepada 1,559.64, bergerak kepada paras serendah 1,557.25 pada satu masa.

Top Gloves dan Hartalega, masing-masing meningkat semula dengan kukuh selepas jualan besar-besaran baru-baru ini, naik RM3.66 kepada RM26.08 dan RM2.00 kepada RM17.56.

Kenaikan dalam kedua-dua saham itu menyumbang 33.368 mata kepada peningkatan indeks komposit.

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim, berkata saham pengeluar sarung tangan naik semula daripada penurunan berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah.

"Semua kaunter sarung tangan merosot daripada paras tertinggi mereka pada Isnin berikutan kebimbangan mengenai kemungkinan cukai keuntungan luar biasa ke atas keuntungan yang melebihi biasa oleh pengeluar sarung tangan.

"Didapati tiada kaunter sarung tangan dimaklumkan mengenai cukai ini. Itu membantu sentimen pulih hari ini, justeru, aktiviti belian saham pada harga rendah," katanya kepada Bernama.

Pengerusi Top Glove Corp Bhd Tan Sri Dr Lim Wee Chai dilaporkan berkata syarikat dan Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia tidak dimaklumkan oleh kerajaan mengenai pelaksanaan cukai keuntungan luar biasa.

Semalam, Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah dilaporkan berkata, kerajaan belum membuat keputusan sama ada mengenakan cukai keuntungan luar biasa ke atas industri yang mencatatkan prestasi yang baik semasa pandemik.

Bercakap di Parlimen semalam, beliau bagaimanapun, berkata Putrajaya "mempunyai dasar yang luas".

Daripada saham sarung tangan getah yang lain, Supermax meningkat RM4.10 kepada RM20.80 manakala Kossan Rubber naik RM2.32 kepada RM16.00.

Jumlah dagangan di Bursa meningkat kepada 10.6 bilion saham bernilai RM6.92 bilion daripada 8.79 bilion saham bernilai RM4.95 bilion pada Isnin.

Suasana pasaran meningkat dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 665 berbanding 446, manakala 371 kaunter tidak berubah, 529 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Daripada saham wajaran tinggi, Tenaga meningkat empat sen kepada RM11.16 dan IHH Healthcare menokok lima sen kepada RM5.42.

Maybank merosot 18 sen kepada RM7.63, Public Bank susut 14 sen kepada RM17.66, dan Petronas Chemicals merosot 12 sen kepada RM6.15.

Dalam kalangan saham paling cergas, Borneo Oil dan DGB, masing-masing susut setengah sen kepada 6.5 sen dan 5.5 sen, XOX merosot satu sen kepada 19 sen, manakala Sapura Energy menambah setengah sen kepada 12.5 sen.

Optimax yang mula disenaraikan di Pasaran ACE meningkat 38.5 sen kepada 68.5 sen, dengan 106.89 juta saham bertukar tangan.

Penyedia perkhidmatan pakar mata itu merancang untuk menggunakan 49.31 peratus daripada RM21 juta yang diraih melalui tawaran awam permulaan untuk perbelanjaan modal, 16.76 peratus untuk bayaran balik pinjaman, 16.79 peratus untuk modal kerja, dan 17.14 peratus untuk perbelanjaan penyenaraian.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 188.1 mata kepada 11,295.85, Indeks FBM Emas Shariah melonjak 393.5 mata kepada 13,235.08 manakala Indeks FBMT 100 meningkat 181.0 mata kepada 11,118.02

FBM 70 melonjak 473.43 mata kepada 14,500.44 dan FBM ACE meningkat 577.88 mata kepada 10,438.23.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 159.6 mata kepada 13,177.12, Indeks Perladangan merosot 39.31 mata kepada 7,006.76, manakala Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.1 mata kepada 141.01.

Jumlah Pasaran Utama meningkat mendadak kepada 5.62 bilion saham bernilai RM5.06 bilion berbanding 4.75 bilion saham bernilai RM3.71 bilion pada Isnin.

Jumlah dagangan waran naik kepada 647.87 juta unit bernilai RM232.29 juta daripada 510.44 juta unit bernilai RM184.18 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 4.34 bilion saham bernilai RM1.62 bilion daripada 3.53 bilion saham bernilai RM1.06 bilion pada Isnin.

Barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 1.23 bilion saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (1.97 bilion), pembinaan (122.31 juta), teknologi (530.18 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (44.61 juta), hartanah (330.01 juta), perladangan (35.91 juta), REIT (15.71 juta), dana tertutup (27,500), tenaga (719.96 juta), penjagaan kesihatan (128.99 juta), telekomunikasi dan media (294.51 juta), pengangkutan dan logistik (162.89 juta), dan utiliti (33.82 juta).

 

........Kursus Asas Bursa Saham ->> http://www.KLFX.blogspot.com

 


.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

  • Similar Content

    • By AinKaoruWong
      Adakah anda masih ragu-ragu dengan penguasaan Bahasa Inggeris anda? masih teragak-agak untuk membuat pembentangan atau temuduga dalam Bahasa Inggeris?       KELAS ENGLISH DEWASA MYCAMBRIDGE - Untuk Kerja, Perniagaan, Melancong, Berhijrah, Mewakili syarikat - Cuti Sekolah - Semester break Universiti / Kolej - Tuisyen MUeT / iELTS - Tuition English SPM, PT3, STPM, STAM, SPM Ulangan   Kadungan: WRITING, SPEAKING, READING dan LISTENING - Terbuka untuk mereka yang langsung tidak tahu bercakap B.I   Jumlah Pelajar : 1 ~ 4 orang / kelas - pelajar tidak perlu malu utk speaking !   Kehadiran & Cuti : Kelas biasa adalah fleksibel, 4 minggu dikira 1 bulan, contohnya pelajar boleh bermula pertengahan bulan September dan habis awal Disember, dan hanya hadir 4 minggu kelas - dikira 1 bulan.   Lokasi : SELURUH Malaysia (KLang, Shah Alam, Seremban, Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Kedah, Penang, Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak, Sabah), Singapura dan Brunei.     KATEGORI KELAS (Di Rumah / Center) Biasa : 5 Bulan (bergantung kepada kemampuan pelajar)   Express : 18 jam (1 Bulan ATAU 3 hari )   Online : Boleh mengambil masa yang sesuai untuk belajar walaupun di tengah malam / Tidak perlu bersusah payah datang ke pusat belajar.     Maklumat Lanjut >> http://MyCambridge.blogspot.my       .  
    • By Moderator2
      KLFX menawarkan Kelas FCPO (Dagangan Hadapan Kelapa Sawit) dari Beginner sehingga Advance :

      Kandungan Kelas:

      · Cara step by step untuk bermula dalam dunia FCPO melalui IB

      · Cara nak dapat Data Import Export & cara exploitasinya bagi mengurangkan risiko kerugian DAN mendapat keuntungan yang lebih Konsisten

      · Cara Scalping FCPO mengunakan Momentum Pullback Strategy

      · Analisis Dalian Soy Data dan impaknya terhadap FCPO




      KELEBIHAN FCPO BERBANDING SAHAM

      1. MODAL RENDAH
      Modal serendah RM3,000 sahaja boleh mula trade FCPO !
      Setiap 1 lot kontrak FCPO tu sebenarnya ada 25tan minyak sawit mentah sebenar.
      RM3,000 x 25tan = RM75,000. Jadi tanpa perlu ada 25tan minyak sawit yang sebenar, anda sudah berurusniaga 25tan minyak sawit sebenarnya.

      2. KEUNTUNGAN YANG TINGGI
      1 mata pergerakkan harga dalam FCPO bersamaan dengan RM25 setiap lot, jika perubahan 100 mata bersamaan dengan RM2,500. Setiap hari purata pergerakkan antara 30-40 mata naik dan turun !

      3. KEUNTUNGAN 2 HALA
      Yang ini KELEBIHAN yang paling disukai trader FCPO. Harga NAIK boleh untung, kalau Harga TURUN pun boleh untung. Sama juga, tak ada ilmu tak ada untung..ok

      4. FOKUS KEPADA 1 PERKARA
      FCPO ni mudah, tak banyak nak kaji , cuma kaji data import export dan lihat sejarah pergerakkan harga yang lama untuk jangka kemungkinan pergerakkan harga akan datang. FOKUS hanya kepada 1 perkara sahaja iaitu FCPO, dalam saham ada hampir 1000 syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, untuk dikaji.



      Kursus boleh diambil secara Online / WhatsApp Video Call ATAU Kelas Bersemuka Seluruh Malaysia

      Maklumat lanjut >> https://KLFX.blogspot.My 
       ursussaham belajar membaca harga saham hari ini belajar membaca indeks saham prosedur membeli saham belajar main saham saham online main saham belajar saham online cara bermain saham belajar main saham online harga saham cara membeli saham jual beli saham broker saham info saham bskl saham pelaburan menguntungkan pelaburan jangka panjang value investment value investing strategy analisa teknikal saham fundamental saham kursus saham belajar membaca harga saham hari ini belajar membaca indeks saham prosedur membeli saham belajar main saham saham online main saham belajar saham online cara bermain saham belajar main saham online harga saham cara membeli saham jual beli saham broker saham info saham bskl saham pelaburan menguntungkan pelaburan jangka panjang value investment value investing strategy analisa teknikal saham fundamental saham kursus saham belajar membaca harga saham hari ini belajar membaca indeks saham prosedur membeli saham belajar main saham saham online main saham belajar saham online cara bermain saham belajar main saham online harga saham cara membeli saham jual beli saham broker saham info saham bskl saham pelaburan menguntungkan pelaburan jangka panjang value investment value investing strategy analisa teknikal saham fundamental sahapalm oil futures fcpo trading fcpo chart malaysia futures trading how to trade futures in malaysia palm oil price futures trading malaysia crude palm oil futures futures trading in malaysia crude palm oil futures fcpo cpo futures trading cpo futures futures crude palm oil futures malaysia fcpo malaysia crude palm oil price trade fcpo what is crude palm oil future crude palm oil crude palm oil futures trading oil price bursan malaysia future trading malaysia palm oil malaysia palm oil prices bursa futures crude palm oil futures malaysia crude palm oil fkli futures bursa malaysia cpo futures palm oil industry malaysian futures crude palm oil price chart palm oil in malaysia malaysia crude palm oil online trading malaysia cpo price palm oil price chart gold trading malaysia oil palm crude palm oil future palm oil trading companies palm oil futures market oil palm oil price chart palm oil trading crude palm oil in malaysia trading palm oil palm oil hq palm oil mill soybean oil futures palm oil futures Malaysia  palm oil futures fcpo trading fcpo chart malaysia futures trading how to trade futures in malaysia palm oil price futures trading malaysia crude palm oil futures futures trading in malaysia crude palm oil futures fcpo cpo futures trading cpo futures futures crude palm oil futures malaysia fcpo malaysia crude palm oil price trade fcpo what is crude palm oil future crude palm oil crude palm oil futures trading oil price bursan malaysia future trading malaysia palm oil malaysia palm oil prices bursa futures crude palm oil futures malaysia crude palm oil fkli futures bursa malaysia cpo futures palm oil industry malaysian futures crude palm oil price chart palm oil in malaysia malaysia crude palm oil online trading malaysia cpo price palm oil price chart gold trading malaysia oil palm crude palm oil future palm oil trading companies palm oil futures market oil palm oil price chart palm oil trading crude palm oil in malaysia trading palm oil palm oil hq palm oil mill soybean oil futures palm oil futures Malaysia palm oil futures fcpo trading fcpo chart malaysia futures trading how to trade futures in malaysia palm oil price futures trading malaysia crude palm oil futures futures trading in malaysia crude palm oil futures fcpo cpo futures trading cpo futures futures crude palm oil futures malaysia fcpo malaysia crude palm oil price trade fcpo what is crude palm oil future crude palm oil crude palm oil futures trading oil price bursan malaysia future trading malaysia palm oil malaysia palm oil prices bursa futures crude palm oil futures malaysia crude palm oil fkli futures bursa malaysia cpo futures palm oil industry malaysian futures crude palm oil price chart palm oil in malaysia malaysia crude palm oil online trading malaysia cpo price palm oil price chart gold trading malaysia oil palm crude palm oil future palm oil trading companies palm oil futures market oil
       
    • By Moderator2
      KLFX menawarkan Kelas Trading Forex & Cara mengurangkan Risiko Kerugian disamping mendapat Keuntungan Konsisten :

      Kandungan Kelas:

      · Cara step by step untuk bermula dalam dunia Forex mengunakan SmartPhone shj

      · Cara menggunakan Analisis Double Zero & Pair Screening bagi mengurangkan risiko kerugian DAN mendapat keuntungan yang lebih Konsisten

      · Cara Scalping FOREX mengunakan Momentum Exhaustion Pullback Strategy

      · Belajar News Analisis dan impaknya terhadap FOREX     Contoh Profit Forex:     Kelebihan Forex
          Boleh buat di mana-mana yang anda suka, janji ada internet. Sekarang trade di handphone pun boleh.
        Tiada bos yang arah itu ini. Anda sendiri bos, anda sendiri kuli. Nak buat full time atau part time ikut suka masing-masing. Tiada orang tengah. Tak perlu cable-cable, bodek sana-sini. Modal kecil dan kos transaksi murah. Keuntungan tanpa batas. Boleh buat bila-bila anda suka, pasaran buka 24 jam sehari. Tiada persaingan seperti perniagaan konvensional. Maksudnya tak perlu nak berebut-rebut pelanggan. Tiada siapa boleh monopoli market. Ingat senang ke nak pusing market $5 trilion tu? Ada leverage. Modal minima, tapi boleh trade macam ada modal besar. Risiko terhad. Anda hanya boleh rugi modal yang dilaburkan sahaja.   Kursus boleh diambil secara Online / WhatsApp Video Call ATAU Kelas Bersemuka Seluruh Malaysia   Maklumat lanjut >> https://KLFX.blogspot.My     free money forex free money forex no deposit free money forex broker free money forex trading free money forex promotion free money trade forex free real money forex free real money forex account free forex money no deposit 2016 free real money forex no deposit free start money forex free money forex account free real money forex brokers forex free money no deposit needed money management forex excel free free money for forex free cash for forex trading forex+free money for trade free money for forex trading get free forex money get free money for forex trading free money in forex free money to invest in forex forex money management software free free money on forex forex free money real free real money forex trading free forex start money free forex start up money free money to start trading forex free cash forex trading forex brokers with free money to trade forex with free money  indicator forex indicator forex terbaik indicator forex percuma free indicator forex best indicator forex adx indicator forex indicator forex download cci indicator forex trend indicator forex best indicator forex trading free download indicator forex alligator indicator forex stochastic indicator forex momentum indicator forex rsi indicator forex volume indicator forex macd indicator forex best trend indicator forex fractal indicator forex signal indicator forex leading indicator forex atr indicator forex zigzag indicator forex the best indicator forex volatility indicator forex zig zag indicator forex fractals indicator forex awesome indicator forex price action indicator forex fisher indicator forex teknikal   indicator forex indicator forex terbaik indicator forex percuma free indicator forex best indicator forex adx indicator forex indicator forex download cci indicator forex trend indicator forex best indicator forex trading free download indicator forex alligator indicator forex stochastic indicator forex momentum indicator forex rsi indicator forex volume indicator forex macd indicator forex best trend indicator forex fractal indicator forex signal indicator forex leading indicator forex atr indicator forex zigzag indicator forex the best indicator forex volatility indicator forex zig zag indicator forex fractals indicator forex awesome indicator forex price action indicator forex fisher indicator forex teknikal    indicator forex indicator forex terbaik indicator forex percuma free indicator forex best indicator forex adx indicator forex indicator forex download cci indicator forex trend indicator forex best indicator forex trading free download indicator forex alligator indicator forex stochastic indicator forex momentum indicator forex rsi indicator forex volume indicator forex macd indicator forex best trend indicator forex fractal indicator forex signal indicator forex leading indicator forex atr indicator forex zigzag indicator forex the best indicator forex volatility indicator forex zig zag indicator forex fractals indicator forex awesome indicator forex price action indicator forex fisher indicator forex teknikal  
×
×
  • Create New...