Jump to content


Photo

Macammana Nak Convert Video Ke Mp3 Minus One?


  • Please log in to reply
5 replies to this topic

#1 Nezict

Nezict

    Ahli Rajin

  • Members
  • 781 posts

Posted 07 November 2010 - 07:31 AM

kepada sifoo2 sekalian, pertama sekali, terima kasih banyak2 sebab tolong aku.agak serius sebab melibatkan performance group yang diconsider as assignment.

aku try carik topik2 lama tak jumpa pulak solution kepada masalah aku.

aku ada 2 file. satu adalah dari vcd karaoke (.dat) (Black Dog Bone - Si Gadis Ayu). Setelah buat sikit research, yang aku tau karaoke .dat gunakan .mp2 sebagai audio codec dan sound music di sebelah kiri speaker dan vocal disebelah kanan.

Aku cuba convert guna SUPER video converter, tapi tak boleh. Seems somehow left speaker dan right speaker bercampur. Aku godek2 balance stereo headset aku dan ternyata betul. Sebelum convert,music sahaja boleh didengari dari left speaker, tapi lepas convert, music dan vokal dah bercampur.

Bende yang sama berlaku bila aku try convert file mp4 (Zainal Abidin - hijau, amik dari youtube) yang ada dual audio (left and right) ke mp3/aac, masalah sama berlaku macam kat file .dat.

Both file aku try encode dulu, lepas tak jadi, aku try stream copy, pon x jadi.

Ada tak apa2 teknik/software/ tutorial yang membolehkan aku retain kedua2 source left and right.

Kalau lagi best, macam mana nak convert file tu terus ke sound file dan amik left speaker je, means takde vokal langsung.

Terima kasih.
I'm out to the rural. Where GPRS is a gift from God.

#2 tasek16

tasek16

    Ahli Sangat Rajin

  • Moderator
  • 2507 posts

Posted 07 November 2010 - 04:19 PM

1. Normal mp3 audio file yang di rip dari CD audio tak boleh dijadikan minus one ..topic ni pernah dibincangkan di sini: http://forum.putera....ost__p__1035893

2. Tapi kalau audio file tak kira mp3, wav, mp2, aac yang mana vocal part disetkan pada-pada satu channel cth left channel music saja dan right channel music + vokal cth yang selalu dibuat pada vcd karaoke kita boleh convertkan audio tadi hanya left channel untuk kedua-dua channel left/right or via versa... so in this case bila kita mainkan audio yang dah diconvert tadi.. kedua-dua channel akan main left channel iaitu music sahaja tanpa vocal. Proses ini dipanggil channel mixing.. almost semua audio editing software boleh buat

brief explaination
1.Bila kita buka audio file dalam audio editing software kita akan lihat ada dua audio wave channel untuk left dan right. Since kebanyakkan karaoke left channel hanya mengandungi music sahaja dan right channel mengandungin music + vokal. So dalam kes ni kita boleh copy wave audio di left channel dan di paste kan atau overwrite wave channel di channel right.. so wave di channel right sama dengan di channel left... so bila kita mainkan audio file ni tak kira di mana hanya music saja yang kita dengar sebab kita dah combinekan left channel tadi ke dua-dua channel left & right.

tool yang boleh kita gunakan untuk buat benda macam ni cth: Sonar, Soundforge, Adobe Audition etc... but untuk kes ni aku suggest guna Audacity pertama sebab dia free dan mudah digunakan
Audacity
download installation file dan jangan lupa juga download LAME MP3 encoder sebab secara default audacity tak ada mp3 encoder ..so kita boleh export audio file ke mp3...

that's for now ...nanti aku explain details macam mana nak accomplish benda ni...

#3 tasek16

tasek16

    Ahli Sangat Rajin

  • Moderator
  • 2507 posts

Posted 08 November 2010 - 12:07 AM

Ok first step macam mana kita nak extract audio dari vcd .dat file .. ok dalam kes ni aku guna Super. Dragkan vcd .dat file cth AVSEQ1.dat ke ruangan kosong macam image kat bawah:
Posted Image
pada option Select Output Container pilih WAV (audio only)..dalam kes ni kita boleh pilih apa saja format audio cth mp3, aac..etc..but aku prefer WAV jika aku buat editing untuk audio sebab aku nak maintain quality masa editing.. pada ruangan AUDIO biarkan seperti apa yang disetkan. Then tekan button Encode Active file...so sekarang ni Super akan encode mp2 audio dari AVSEQ1.dat ke audio WAV file..

Now open Audacity dan open wav file tadi..dalam Audacity kita boleh tengok ada dua lapis wav form satu untuk left satu untuk right.. Ok dalam vcd karoake biasanya music only (tanpa vokal ) disetkan di di Left channel dan music + vocal disetkan pada Right channel... now apa yang kita mahukan kedua-dua channel jadi music only .. jadi kita kena jadikan Right channel juga sebagai music only..so bila kita convert ke mp3 atau wav atau apa saja format audio dan bila dimainkan di mana saja ia jadi minus one.. so tak payah tekan button pada remote control VCD/DVD player untuk jadi karaoke..

1.Klik pada ruangan disebelah kiri wav form macam image dibawah dan pilih Split Audio Track.. Tujuan kita split stereo track adalah untuk kita delete Right channel dan diganti dengan left channel audio
Posted Image

Then highlight keseluruhan wav di Right channel macam image dibawah dan tekan button delete untuk delete Right channel macam image kat bawah:
Posted Image

Now hightlightkan & copy keseluruhan wav audio di Left channel then tekan Edit---> Copy

Seterusnya click pada ruangan Right channel dan click button seperti image kat bawah
Posted Image
ini bertujuan supaya slider akan berada pada permulaan ..kemudian tekan Edit--->Paste ..now audio pada right channel jadi sama dengan left channel..so jadi laa minus one

sebagai tambahan kita boleh apply filter yang ada pada audacity cth macam EQ, reverb etc..untuk menyedapkan lagi audio

now terpulang pada kita untuk export audio samada ke wav ..mp3 atau sebagainya...that's it & good luck

#4 Nezict

Nezict

    Ahli Rajin

  • Members
  • 781 posts

Posted 09 November 2010 - 04:43 AM

wow!

thanks a lot bro tasek16.

both file mp4 dan .dat aku berjaya diconvert ke minus one dengan jayanya.

sekarang cuma tinggal sikit je lagi, nak crossfade sikit antara lagu2 tu sebab nak buat medley performance.

btw, terima kasih sekali lagi. :)
I'm out to the rural. Where GPRS is a gift from God.

#5 tasek16

tasek16

    Ahli Sangat Rajin

  • Moderator
  • 2507 posts

Posted 09 November 2010 - 10:58 PM

Crossfade:

Crossfade banyak digunakan di dalam audio dan video.. untuk audio crossfade banyak digunakan untuk remix jadi peralihan audio pertama dan kedua jadi smooth secara serentak kerana audio pertama akan jadi perlahan dan senyap dalam masa yang sama audio kedua dari senyap menjadi kuat.. Untuk menghasilkan effect ini hampir semua audio editing software boleh buat.. dalam kes ni aku guna Audacity since tutorial kat atas aku guna Audacity

first open beberap audio yang kita nak buat crossfade cth macam image kat bawah:
Posted Image
dalam cth kat atas aku just guna dua audio jadi kita nampak 2 track kat situ dan setiap track ada dua channel

apa yang perlu kia buat sekarang adalah movekan audio kedua di bahagian mana kita buat crossfade pada audio pertama. So apa yang perlu kita click button Time Shift Tool (cth macam image kat bawah) dan move kan ke bahagian mana yang kita ingin crossfade berlaku

Posted Image

dalam kes ini aku movekan audio kedua ke satu bahagian yang aku rasa sesuai untuk buat crossfade.. jika kita nak buat pada penghujung audio pertama kita kita movekan audio kedua pada penghujung audio pertama...
Posted Image

dalam cth ini aku nak buang sebahagian audio pertama..jadi aku highlightkan bahagian yang aku nak buang dengan menggunakan Selection Tool dan aku tekan button delete..so bahagian ini aku nak overlapkan atau buat crossfade dengan audio kedua.

Untuk buat crossfade audio pertama dan kedua mesti bertindan atau overlap antara satu sama lain cth macam image di bawah... cth macma image dibawah:
Posted Image
jumlah masa crossfade kita boleh adjust dengan mengubah kedudukan audio kedua ATAU besar atau kecil saiz highlight yang kita buat.

bersambung..on next reply :)

#6 tasek16

tasek16

    Ahli Sangat Rajin

  • Moderator
  • 2507 posts

Posted 09 November 2010 - 11:09 PM

bersambung dari di atas

kawasan highlight di image di bawah adalah kawasan yang mana kedua-dua audio akan di apply crossfade.
Posted Image

higlightkan bahagian akhir pada audio pertama untuk untuk kita buat Cross fade out (dari normal audio ke senyap) dengan menekana button Effect---> Cross fade out
Posted Image

buat seterusnya untuk audio kedua pada bahagian permulaan untuk buat Cross fade in (dari senyap ke normal audio) dan apply cross fade in ..Effects----> Cross fade in..

Posted Image
cth image dia atas adalah bahagian yang mana kedua-dua audio telah diapply crossfade out/in.. so dalam kes transition antara audio pertam dan kedua jadi smooth..

kita juga boleh tambah audio ke tiga..ke empat dan seterusnya dan buat cross fade antara satu sama lain.

sample crossfade:
crossfade.mp3

ok that's it & good luck :)