Jump to content
fatisha

Projek Tanaman Cendawan

Recommended Posts

A'kum...saya baru memulakan projek tanaman cendawan di area Kapar Klang sejak Disember 06 dengan kapasiti maksimum 40,000 beg. Hasil pertama dijangka pada 16 Febuari 07. Kepada sesiapa yang berminat untuk membuat lawatan tapak, membeli bahan mentah spt habuk kayu, bottle neck, polibag, cap, dedak, kapur atau media yang telah siap diproses (siap kukus dan benih) boleh la hubungi - En. Khalid 013-2308225 / En. Zulkarnain 019-2021260, atau datang ke alamat Lot 2902, Jln Kempas Kiri, Bt 8 1/2 Kg. Perepat, 42200 Kapar, Klang

Morning Citra Mushroom....

Saya nak minta tunjuk ajar berkenaan dengan perusahaan ini.Boleh share pengalaman dengan saya coz saya memang berminat nak buat nie..benih cendawan kat maner nak dapat dan berapa lama tempoh untuk mengkukus

sekian terima kasih

Share this post

Link to post
Share on other sites

ermm..rasanye tanah kat bangi byk yg kosong..ade gak dengar2 dorg nak sewakan

gi la sana tgk2 pastu tanya org kat sana..mesti ader punya..area semenyih nie masih byk tanah kosong... :blush:

Share this post

Link to post
Share on other sites

Jap..

Smua sibuk citer cara nak buat beg dan umah cendawan...

Tp..ade x sape2 tau market benda nie...saya kurang arif pasal market cendawan..

kepada mereka yg telah mengusahakan..bagai mane cara pasaran benda nie..target market kat mane & sape..

Mcm mane harga cendawan..berubah2 mengikut musin @ stabil @ ikut harga minyak ke...

Klau harga pasaran utk runcit,borong@peladang brape...

Saya rase..tgk dr cara dan penerangan yg ade..proses2 asal mcm boleh dipelajari dlm masa singkat....

Cuma masih kabur pasal pasaran je..

Share this post

Link to post
Share on other sites

saya nak order untuk member saya...

dier duk area kuantan...

maner leh daptkan barang2 dier and benih dier?

mintak tolong tunjuk ajar skit....

untuk cuba2 belakang rumah dulu....

Edited by BROSKY

Share this post

Link to post
Share on other sites

Morning Citra Mushroom....

Saya nak minta tunjuk ajar berkenaan dengan perusahaan ini.Boleh share pengalaman dengan saya coz saya memang berminat nak buat nie..benih cendawan kat maner nak dapat dan berapa lama tempoh untuk mengkukus

sekian terima kasih

Bole apa salahnya. Ada sesetengah pengusaha cendawan yg dah lama, ada menjual benih. Untuk memudahkan, anda dinasihatkan pergi berjumpa pengusaha yg berdekatan utk mendapatkan benih cendawan. Tempoh mengukus media selama 7 jam

Share this post

Link to post
Share on other sites

nampaknya PUTERA.COM dah ada guide cendawan dengan tauge...

semoga info ni boleh kasik idea utk puteranian cebur dalam bidang pertanian

selepas perbincangan, tentu kita dapat kumpul serba sedikit maklumat

kalau boleh, kat kiriman #1, edit dan tulis....

Tajuk

-contoh: utk thread ni, teknik tanaman cendawan

Peralatan:

-peralatan yang diperlukan

-nama benih dan boleh didapati di mana

Teknik

-cara semaian

-cara tanaman

Kos

Keluasan tapak

Gambar

-gambar yang berkaitan (anak benih, tapak projek, hasil tanaman dll)

Share this post

Link to post
Share on other sites

nampaknya PUTERA.COM dah ada guide cendawan dengan tauge...

semoga info ni boleh kasik idea utk puteranian cebur dalam bidang pertanian

selepas perbincangan, tentu kita dapat kumpul serba sedikit maklumat

kalau boleh, kat kiriman #1, edit dan tulis....

Tajuk

-contoh: utk thread ni, teknik tanaman cendawan

[Gambar

-gambar yang berkaitan (anak benih, tapak projek, hasil tanaman dll)

aku sokong dgn cadangan abix....

selain dr owner thread nie nak cari tanah@tapak nak mengusahakn projek dia...kita smua boleh berkongsi segala info yg berkenaan dgn pertaniaan nie...

Maap..kepada mereka yg dah mengusahakn benda nie...

Aku msih kabur lg la dgn pemasaran cendawan....

Ade sape2 yg bleh cerita skit tak..

Share this post

Link to post
Share on other sites

sebenarnya pemasaran ni atas usaha masing2

orang lain boleh bagi idea saja

yang aku boleh kongsi:

1. contract farming dengan FAMA

2. jual sendiri di pasar

3. jual kat pemborong

4. pergi kedai makan dan tanya samada dorang nak tak barang yang kita nak jual, boleh supply terus ke kedai

5. pergi ke kantin2 sekolah, kilang, tanya macam no.4

tu ja yang aku tau :D

Share this post

Link to post
Share on other sites

untuk jerry yer..

bagus kalau nak buat kat sarawak tu... sebab kat sana rasanya belum ramai yang buat... n cuaca di sana rendah macam sabah ke? kalau rendah lagi bagus.. tentang soalan2 lak.. saya jawab setakat mana yang saya tahu k..

1.peralatan yang digunakan

- plastik(dapat tak kalau pakai botol air mineral)

-material ataupun medium untuk cendawan

-suhu

- ancaman utama

-penjagaan ataupun kawalan

(-botol mineral tak boleh sebab kalau kena panas cair.. masuk air panas pun dah cair.. lagilah kalau kita guna utk kukus yang cecah hingga suhu 98 darjah... sebab tu kita guna plastik pp tanah panas..

- material utk medium tu guna habuk kayu getah, dedak n kapur dicampur pada nisbah 100:10:1

-suhu untuk pemeraman dan juga penuaian dalam 28-30.. suhu boleh dikawal dengan menyiram kawasan penuaian beg2 cendawan dengan air 3 kali sehari...

-ancaman yang akan timbul adalah bila kita tak menjaga kebersihan sebab cendawan terlalu mudah terkena penyakit. jangkitan kulat lah besenya. satu lagi pastikan suhu semasa pengukusan cukup dan juga masa tidak kurang dari 6 jam supaya semua bakteria mati..

-penjagaan yang paling mudah jaga kebersihan dan pastikan suhu tidak terlalu tinggi supaya senang maisilium tumbuh..)

untuk rujukan, boleh masuk ke web jabatan pertanian. tak silap saya ada satu link. saya belum sempat nak cari lagi. saya baru je lepas berkursus selama tiga hari di UPM.

ok... nanti saya ubah pada permulaan topik tu untuk panduan semua k... terima kasih atas cadangan...

tentang pemasaran pulak... betul yang abixpert bagitahu tu. semua tu tempat yang kita leh pasarkan cendawan ni.. yang penting kita kena pandai cari. bergerak dan tanya... pasti ada yang berminat..

sebenarnya tentang tapak saya dah jumpa.. tak bagitahu lagi eh..? hehehe.. cuma sekarang tgu kelulusan... kalau tak ada aral insyaAllah bulan april ni saya start projek ni. sekarang ada dua tempat dalam pertimbangan sungai buah n sungai ramal. semua area bangi kajang lah.. nanti dah start jemputlah datang melawat...

untuk percubaan, saya mulakan di rumah dulu, dalam, 200-300 beg. dalam masa seminggu dah boleh dapat hasil.

bagi sesiapa yang ada masalah untuk mendapatkan barangan bagi menanam cendawan, boleh bagitahu saya. saya boleh dapatkannya.

Share this post

Link to post
Share on other sites

ermm..rasanye tanah kat bangi byk yg kosong..ade gak dengar2 dorg nak sewakan

gi la sana tgk2 pastu tanya org kat sana..mesti ader punya..area semenyih nie masih byk tanah kosong... :blush:

tq yer... saya dah dapat tanah.. tapi skrg tgu kelulusan je sebab apply tanah kolej.. kalau tanah org dah dapat kt sg buah.. tapi saya masih gak nak cari2 tanah lain.. saya nak try cari kat bangi nanti,. tq yer...

Share this post

Link to post
Share on other sites

untuk rujukan, boleh masuk ke web jabatan pertanian. tak silap saya ada satu link. saya belum sempat nak cari lagi. saya baru je lepas berkursus selama tiga hari di UPM.

ok... nanti saya ubah pada permulaan topik tu untuk panduan semua k... terima kasih atas cadangan...

untuk percubaan, saya mulakan di rumah dulu, dalam, 200-300 beg. dalam masa seminggu dah boleh dapat hasil.

bagi sesiapa yang ada masalah untuk mendapatkan barangan bagi menanam cendawan, boleh bagitahu saya. saya boleh dapatkannya.

Ooo....g kursus yg UPM anjurkan pada hari selasa hari tu ek...sy pun bercadang nak g kursus tu..tp cuti x lulus...

Mungkin cuti raya cina nie sy akan buat2 tinjauan (mcm YB plak) kat tempat2 projek cendawan nie...

Klau Fatisha x keberatan...sy nak tgk jugak tmpt fatisha..mcm mane sy nak berhubung dgn fatisha ek...

Sy jugak akan melawat kat tempai otai2 kita di kapar tu...sy akan hubungi kalian utk temujanji..

Share this post

Link to post
Share on other sites

Morning Citra Mushroom....

Saya nak minta tunjuk ajar berkenaan dengan perusahaan ini.Boleh share pengalaman dengan saya coz saya memang berminat nak buat nie..benih cendawan kat maner nak dapat dan berapa lama tempoh untuk mengkukus

sekian terima kasih

Perusahaan menanam cendawan ni nampak mcm mudah tetapi kerjanya agak rumit dan bayak karenahnya. Antara part yang paling penting utk diberi perhatian ialah semasa peringkat mengukus media (polibeg yg siap diisi habuk kayu, dedak dan kapur). Ini kerana sebarang kesilapan ketika mengukus media akan menyebabkan media reject. Media akan dianggap reject jika tiada micellium (akar) yang tumbuh dalam masa 2 minggu atau pertumbuhan micellium terbantut atau media diserang kulat.

Kalau sehari kita boleh mengukus sebanyak 200 media, kita hanya menyedari ianya reject selepas 2 minggu. Ini bermakna 2800 media telah reject.

Jadi adalah penting memastikan suhu didalam oven/steamer diantara 70-80 darjah celsius. Penting juga air tidak terlalu banyak supaya banyak wap akan terhasil didalam steamer. Kalau boleh cuba buat ujian supaya air yang diisi cukup2 utk tempoh 7 jam.

Pastikan juga media-media tidak disusun telalu padat sehingga wap tidak dapat mengalir atau sampai ke seluruh steamer.

Utk benih pula jika terdapat kesukaran utk menghubungi pengusaha berdekatan bolehlah hubungi saya utk bekalan. Utk harga yang lebih murah cuba beli benih di tempat yang berhampiran anda. Harga semasa sebotol benih adalah antara RM1.50 - RM2.00, besar lebih kurang saiz botol sos. Bagi benih didalam beg plastik pula adalah RM3.00 - RM3.50. Sebotol benih boleh megisi antara 50-80 media manakala benih didalam beg plastik dua kali ganda.

Share this post

Link to post
Share on other sites

Utk pasaran cendawan, abixpert mmg betul. Semua pengusaha baru memulakan jualan dgn cara tu. Tetapi jika pengeluaran konsisten dan meningkat, insayaallah tak menang tangan dibueknyo...! Kalau rajin berusaha, percayalah pasaran tetap ada..

Share this post

Link to post
Share on other sites

Perusahaan menanam cendawan ni nampak mcm mudah tetapi kerjanya agak rumit dan bayak karenahnya.
thanx... masalah yang akan ditempuhi

jadikan sebagai panduan,

sebab, tiada satupon benda yang mudah kat dunia ni.

Antara part yang paling penting utk diberi perhatian ialah semasa peringkat mengukus media (polibeg yg siap diisi habuk kayu, dedak dan kapur). Ini kerana sebarang kesilapan ketika mengukus media akan menyebabkan media reject. Media akan dianggap reject jika tiada micellium (akar) yang tumbuh dalam masa 2 minggu atau pertumbuhan micellium terbantut atau media diserang kulat.

Kalau sehari kita boleh mengukus sebanyak 200 media, kita hanya menyedari ianya reject selepas 2 minggu. Ini bermakna 2800 media telah reject.

Jadi adalah penting memastikan suhu didalam oven/steamer diantara 70-80 darjah celsius. Penting juga air tidak terlalu banyak supaya banyak wap akan terhasil didalam steamer. Kalau boleh cuba buat ujian supaya air yang diisi cukup2 utk tempoh 7 jam.

Pastikan juga media-media tidak disusun telalu padat sehingga wap tidak dapat mengalir atau sampai ke seluruh steamer.

Utk benih pula jika terdapat kesukaran utk menghubungi pengusaha berdekatan bolehlah hubungi saya utk bekalan. Utk harga yang lebih murah cuba beli benih di tempat yang berhampiran anda. Harga semasa sebotol benih adalah antara RM1.50 - RM2.00, besar lebih kurang saiz botol sos. Bagi benih didalam beg plastik pula adalah RM3.00 - RM3.50. Sebotol benih boleh megisi antara 50-80 media manakala benih didalam beg plastik dua kali ganda.

Share this post

Link to post
Share on other sites

[

utk fatisha

tq ,dengan maklumat yang diberi

kawasan ok

lembab,

tapi kalau fatisha ada apa-apa maklumat boleh share dengan saya ok

aritu saya tanya kwn saya yang keja kat pertanian,,dia cakap belum ada pengusaha yang bergiat aktiv dalam projek nih...lagipun di swk tengah buat research.so kalau saya nak apa-apa bantuan dari segi anak benih ataupun kaedah-kaedah projek ini nanti fatisha bantu saya ok.coz aritu saya tanya mungkin belum ada biji benih cendawan tu..

ok fatisha tq,,,

kalau ada apa maklumat you send ke emel saya

[email protected]

ataupun

019-8541516(sms)

quote name=fatisha' date='Feb 15 2007, 09:49 PM' post='423477]

untuk jerry yer..

bagus kalau nak buat kat sarawak tu... sebab kat sana rasanya belum ramai yang buat... n cuaca di sana rendah macam sabah ke? kalau rendah lagi bagus.. tentang soalan2 lak.. saya jawab setakat mana yang saya tahu k..

1.peralatan yang digunakan

- plastik(dapat tak kalau pakai botol air mineral)

-material ataupun medium untuk cendawan

-suhu

- ancaman utama

-penjagaan ataupun kawalan

(-botol mineral tak boleh sebab kalau kena panas cair.. masuk air panas pun dah cair.. lagilah kalau kita guna utk kukus yang cecah hingga suhu 98 darjah... sebab tu kita guna plastik pp tanah panas..

- material utk medium tu guna habuk kayu getah, dedak n kapur dicampur pada nisbah 100:10:1

-suhu untuk pemeraman dan juga penuaian dalam 28-30.. suhu boleh dikawal dengan menyiram kawasan penuaian beg2 cendawan dengan air 3 kali sehari...

-ancaman yang akan timbul adalah bila kita tak menjaga kebersihan sebab cendawan terlalu mudah terkena penyakit. jangkitan kulat lah besenya. satu lagi pastikan suhu semasa pengukusan cukup dan juga masa tidak kurang dari 6 jam supaya semua bakteria mati..

-penjagaan yang paling mudah jaga kebersihan dan pastikan suhu tidak terlalu tinggi supaya senang maisilium tumbuh..)

untuk rujukan, boleh masuk ke web jabatan pertanian. tak silap saya ada satu link. saya belum sempat nak cari lagi. saya baru je lepas berkursus selama tiga hari di UPM.

ok... nanti saya ubah pada permulaan topik tu untuk panduan semua k... terima kasih atas cadangan...

tentang pemasaran pulak... betul yang abixpert bagitahu tu. semua tu tempat yang kita leh pasarkan cendawan ni.. yang penting kita kena pandai cari. bergerak dan tanya... pasti ada yang berminat..

sebenarnya tentang tapak saya dah jumpa.. tak bagitahu lagi eh..? hehehe.. cuma sekarang tgu kelulusan... kalau tak ada aral insyaAllah bulan april ni saya start projek ni. sekarang ada dua tempat dalam pertimbangan sungai buah n sungai ramal. semua area bangi kajang lah.. nanti dah start jemputlah datang melawat...

untuk percubaan, saya mulakan di rumah dulu, dalam, 200-300 beg. dalam masa seminggu dah boleh dapat hasil.

bagi sesiapa yang ada masalah untuk mendapatkan barangan bagi menanam cendawan, boleh bagitahu saya. saya boleh dapatkannya.

Share this post

Link to post
Share on other sites

Fatisha dlm forum BICARAJUTAWAN pun bleh tahan aktif buat promote jugak ek...

hehehe.. saya banyak belajar tentang cendawan ni kat sana...

jerry...

masa berkursus saya dapat tahu kat sebelah sana susah nak dapat benih.. ada yang buat sendiri guna pressure cooker.. tapi tak tahu lah hasil tu baik ke tak.. buat benih ni agak susah dan perlukan lab untuk buat tisu kultur tu..

saya belum start buat sendiri lagi. yang ada kat rumah yang saya buat masa pergi kursus sebulan lepas. lepas kursus kali kedua di upm, saya pun beli utk test kat rumah. sekarang dah mula beli barang sket2 utk buat demo minggu depan. dalam bulan 3 saya nak start bukak beg cendawan tu untuk jual buat promosi.. hehehe..

saya boleh dihubungi di talian 0126221149.

Share this post

Link to post
Share on other sites

citramushroom...

nanti saya ingat nak melawat tempat saudara tu... nanti saya bagitahu balik k.. banyak benda lagi saya nak belajar.

fatisha..

mmg u kena rajin cari matlumat dan pengalaman dalam dunia cendawan nih..bukan mudah seperti yang dsangka..CIMA AGRO (bumiputera)di bukit belimbing,VITA AGRO (cina)di tanjung sepat..mereka semua berjaya hasil dari pengalaman pahit..kerosakan beg cendawan,serangan penyakit,pertumbuhan cendawan racun,itu semua memerlukan kesabaran yg tinggi untuk mengatasi masalah2 berikut..dan kami sendiri pd permulaannya banyak mengalami kerugian disebabkan masalah seperti diatas..dan ada juga pengusaha yang 'berehat' seketika disebabkan masalah berikut..kami pd awal 2004 belajar dr pengusaha yg lebih 18 tahun pengalaman..dan beliau seorang yang cacat penglihatan tp mampu untuk berdikari dan berjaya dlm penghasilan cendawan yang baik..kami jadikan beliau seorang mentor untuk terus berjaya..dan kami masih juga kekurangan ilmu..

ternyata sudah menjadi lumrah dalam apa jua aktiviti perniagaan pasti ada rintangan dan cabaran..yang penting kita semua perlu memperkasakan ilmu dan pengalaman untuk terus menjadi sebuah bangsa melayu yang berjaya dlm semua bidang...

thanks yer citramushroom atas nasihat.. sama2 lah kita kat sini belajar ye..

Share this post

Link to post
Share on other sites

Utk pasaran cendawan, abixpert mmg betul. Semua pengusaha baru memulakan jualan dgn cara tu. Tetapi jika pengeluaran konsisten dan meningkat, insayaallah tak menang tangan dibueknyo...! Kalau rajin berusaha, percayalah pasaran tetap ada..

yup sy sokong tu..

dgn production 2-3kg sehari, mula2 mmg susah nak abis.. ye la, takkan byk tu nak antar pasar borong. jenuh makan cendawan hari2. lepas seminggu dgn pengeluaran 3-5kg sehari pun masih tak cukup. demand melebihi supply. siap ada pemborong nak 20kg sehari.. so, pecayalah, pasaran takde masalah asalkan kita tak mengalah

Share this post

Link to post
Share on other sites

saya ada membekalkan cendawan tiram kelabu siap, hanya tunggu hasil dalam 30 - 50 hari.

harga RM 1.50 termasuk kos penghantaran.

jumlah tempahan minimum 800 beg

(penghantaran percuma hanya untuk negeri selangor, pahang, terengganu, negeri sembilan dan sebahagian negeri johor, perak)

pengharatan akan dibuat dalam masa seawal 1 minggu - 1 bulan bergantung pada jumlah tempahan.

untuk tempahan sila hubungi : 019-3895079

Share this post

Link to post
Share on other sites

saya ada tanah dan bangunan di kelantan...sape2 nak labur modal boleh la nak tanam cendawan nie...pasal habuk gergaji boleh dapat kat saya punya sawmill FOC,Cuma pasaran kat sini je kurang sebab terpaksa bersaing dengan produk thailand yang sudah lama menguasai pasaran ,atau pun sape2 nak ternak ikan ke lintah ke udang ke saya ada kolam dalam 7 biji juga di kelantan. TQ :ph34r:

Share this post

Link to post
Share on other sites

Unclekyo, ada tanah dan 7 kolam?

macam dah lama berkecimpung dalam bidang ni je

:D

saya dari perlis, perlis ni dekat dengan thailand, dan saya rasa kalau saya buat pertanian yang melibatkan sayuran akan mendapat persaingan daripada thailand

pendapat Unclekyo camna tentang produk thailand yang masuk ke Malaysia?

kalau ada pengalaman, saya nak dengar jugak

Share this post

Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...