Jump to content
Sign in to follow this  
matieu

Bagaimana Nak Cantikkan Kulit?

Recommended Posts

[b]“SAYA ingin memperoleh kulit yang cantik dan berseri. Saya telah mencuba beberapa jenis krim penjagaan kulit yang berjenama tetapi hasilnya kurang memuaskan. Adakah cara lain untuk mencapai hasrat ini?”[/b]



[b]JAWAPAN: [/b]Wanita mengalami banyak perubahan pada kulitnya seperti kekurangan penghasilan sebum, kehilangan keanjalan dan proses pemulihan semakin lemah akibat perubahan hormon yang bermula sejak usia baligh, kehamilan dan menopaus.


Biasanya, kita menjaga kesihatan kulit secara luaran dengan penggunaan krim ataupun mengunjungi salun kecantikan untuk mencantikkan kulit.


Tetapi, mungkin kita tidak sedar bahawa vitamin, mineral dan asid lemak perlu (EFA) yang mencukupi juga diperlukan ke arah memperoleh kulit yang sihat dan cantik.


Sebenarnya, apa yang dimakan lebih penting berbanding penggunaan produk secara luaran bagi mengekalkan kecantikan kulit.


Untuk memastikan anda mendapat manfaat yang maksima, pengambilan nutrien antioksida memerlukan kombinasi yang lebih menyeluruh kerana kekurangan sesetengah nutrien akan menjejaskan kulit atau anda tidak akan memperolehi kesan yang sepatutnya. Dengan itu, pengambilan kombinasi beberapa nutrien antioksida yang mengandungi beta karotena, vitamin C, E, selenium dan zink dalam satu tablet merupakan langkah pencegahan daripada kerosakan radikal bebas.


Antioksida lazimnya boleh didapati dalam sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna terang seperti labu, tomato, bayam, sengkuang merah, karot, brokoli, betik dan jambu.


Jika tidak pasti dengan keseimbangan diet anda, pengambilan suplemen tertentu boleh menjadi pilihan.


(bersambung...)






‘‘Saya kini berumur 40 tahun dan merupakan seorang wanita bekerjaya. Pekerjaan saya memerlukan saya berada di luar dengan kerap. Kebelakangan ini, saya mendapati muka saya kurang cerah dan kedutan menjadi semakin jelas. Apakah suplemen yang sesuai untuk memperbaiki keadaan kulit saya?’’

[b]JAWAPAN:[/b]

Radikal bebas daripada proses pengoksidaan sering kali merupakan musuh utama bagi kecantikan kulit. Ia adalah sangat reaktif dan boleh disumbangkan oleh faktor persekitaran, makanan dan juga daripada tubuh kita sendiri. Serangan radikal bebas boleh menyebabkan kerosakan dan kematian sel-sel serta mempercepatkan proses penuaan kulit atau penuaan pramatang.

Selain itu, radiasi ultraungu (UV) daripada matahari juga boleh mengganggu penghasilan kolagen kulit dan meningkatkan kadar degradasinya. Kolagen adalah sejenis protein yang penting untuk kekuatan dan integrasi kulit. Degradasi terhadap kolagen boleh mempercepatkan proses penuaan kulit dan pembentukan kedutan pada permukaan kulit.

Bentuk antioksida yang paling baik untuk melindungi kulit anda daripada pendedahan matahari dan radikal bebas adalah pengambilan vitamin dan mineral yang secukupnya dalam diet anda. Nutrien seperti beta-karotena, vitamin B6, vitamin C, vitamin E, mineral zink dan selenium memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit. Pengambilan antioksida yang mencukupi ini boleh mencegah kerosakan sel-sel kulit akibat radikal bebas.

Beta-karotena juga dikenali sebagai Pro-vitamin A yang boleh diperoleh daripada buah-buahan dan sayur-sayuran berfungsi sebagai antioksida dan mampu meneutralkan radikal bebas dengan berkesan.

Vitamin C pula diperlukan dalam proses penghasilan kolagen kulit yang memegang sel bersama. Ia menyerupai fungsi vitamin E sebagai nutrien anti-radikal bebas utama yang boleh melindungi sel daripada serangan radikal bebas dalam tubuh serta melawan kesan kerosakan radikal bebas.

Mineral seperti selenium dan zink turut memainkan peranan sebagai antioksida. Selenium diperlukan dalam pembentukan enzim glutation peroksidase yang melindungi tubuh kita daripada radikal bebas. Pengambilan selenium organik adalah disarankan kerana ia semula jadi dan selamat. Manakala zink pula merupakan nutrien mikro yang diperlukan dalam jumlah yang kecil untuk fungsi imuniti, kesihatan kulit dan penyembuhan kulit atau luka. Secara luarannya, anda turut disarankan agar memakai krim pelindung sinar UV yang sesuai ketika berada di luar rumah.
[left]
[color=#000000](bersambung lagi...)[/color]



[/left] Edited by matieu

Share this post


Link to post
Share on other sites
rasa kalau statement nih [i]"Antioksida lazimnya boleh didapati dalam sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna terang seperti labu, tomato, bayam, sengkuang merah, karot, brokoli, betik dan jambu."[/i]

untuk semua kot... aku ada baca kat forum sebelah yang makan kolegen boleh cantik kan kulit.. ramai wanita jepun makan kolegen utk cantik... diaorang makan terus.. bukan suntik2...

tapi untuk muslim rasa takleh kot makan kolegen nih... kolegen haiwan kan.. paham2 sendiri arr pe benda.. hihihihi

Share this post


Link to post
Share on other sites
[color=#0000FF] :salam:[/color]

[color=#0000FF]Kalau untuk muka jer...aku tengah try 'Oil Cleansing Method' (gi Google baca2 sket :3: )[/color]

[color=#FF0000]Ingatkan nak beli produk2 [/color][url="http://forum.lowyat.net/index.php?act=Msg&CODE=03&VID=in&MSID=33722901#msg33722901"][color=#FF0000]DHC cleansing oil[/color][/url][color=#FF0000] kat farmasi tapi ramai kata tak natural sebab ada bahan kimia.[/color]

[color=#FF0000]SK-II lak mahal ya amat.[/color]

[color=#0000FF]Apapun solat jangan tinggal; wudhu tu mujarab...inshallah.[/color]
[color=#0000FF]Bercahaya wajah ^_^[/color]


[b][color=#EE82EE]PS: Lelaki (cam aku) pun pentingkan kecantikan :lol:. [/color][/b][b][color=#EE82EE]Anugerah Allah SWT.[/color][/b] Edited by Jedi

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='K.A.' timestamp='1314289372' post='1071528']
tips ne tuk wanita ke unisex? jhehe
[/quote]

untuk unisex dua2 hehe

sebab kulit yang sihat menunjukkan awet muda. skrg ni semua org nak awet muda tidak kira lelaki atau wanita tul tak? :D

[quote name='akuccputsedut' timestamp='1314341019' post='1071541']
rasa kalau statement nih [i]"Antioksida lazimnya boleh didapati dalam sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna terang seperti labu, tomato, bayam, sengkuang merah, karot, brokoli, betik dan jambu."[/i]

untuk semua kot... aku ada baca kat forum sebelah yang makan kolegen boleh cantik kan kulit.. ramai wanita jepun makan kolegen utk cantik... diaorang makan terus.. bukan suntik2...

tapi untuk muslim rasa takleh kot makan kolegen nih... kolegen haiwan kan.. paham2 sendiri arr pe benda.. hihihihi
[/quote]

kolegen haiwan??? erm...

better amik antioksida berasaskan buah-buahan... walaupun mahal tp berbaloi

[quote name='Jedi' timestamp='1314845649' post='1071709']
[color=#0000FF] :salam:[/color]

[color=#0000FF]Kalau untuk muka jer...aku tengah try 'Oil Cleansing Method' (gi Google baca2 sket )[/color]

[color=#FF0000]Ingatkan nak beli produk2 [/color][url="http://forum.lowyat.net/index.php?act=Msg&CODE=03&VID=in&MSID=33722901#msg33722901"][color=#FF0000]DHC cleansing oil[/color][/url][color=#FF0000] kat farmasi tapi ramai kata tak natural sebab ada bahan kimia.[/color]

[color=#FF0000]SK-II lak mahal ya amat.[/color]

[color=#0000FF]Apapun solat jangan tinggal; wudhu tu mujarab...inshallah.[/color]
[color=#0000FF]Bercahaya wajah [/color]


[b][color=#EE82EE]PS: Lelaki (cam aku) pun pentingkan kecantikan . [/color][/b][b][color=#EE82EE]Anugerah Allah SWT.[/color][/b]
[/quote]

amalkan ambil buah2an dan sayuran untuk kulit.

jika tak larat makan banyak buah sehari, better ambil makanan kesihatan seperti jus buah premium yang mengandungi antioksida tinggi. Edited by matieu

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='akuccputsedut' timestamp='1314341019' post='1071541']
tapi untuk muslim rasa takleh kot makan kolegen nih... kolegen haiwan kan.. paham2 sendiri arr pe benda.. hihihihi
[/quote]

Bergantung kepada jenis kolegen jugak,kebanyakkan kat pasaran dari vitamin c dan marine kolegen. Nak tahu tu marine kolegen,kau suruhlah orang yang alergi seafood makan sachet atau 1 biji, lepas tu tengok ada x naik bintik2 merah.. :)

Share this post


Link to post
Share on other sites
sempat lagi iklan pulak dah... huhuhhuhuu... nak iklan pi bazar yekkk.... huhuhuhu....

aku baru jumpa 1 produk nih vitamin C.. tgk testimonial memang la menakjubkan... aku nak cuba dulu kalau ok aku kasi story2 laa.. hihihihihi,,....

Share this post


Link to post
Share on other sites
[font=comic sans ms,cursive][color=#0000FF]:salam:[/color][/font]

[color=#0000ff]Beli[font=comic sans ms,cursive][size=4] 'Nakornthong Moringa Charcoal Bar Soap'.[/size][/font][/color]
[font=comic sans ms,cursive][color=#0000FF]Kecil jer tapi RM30++ [/color][/font] -_-

[font=comic sans ms,cursive][color=#0000FF]Aku beli dari forumer...pengedar kat Malaysia tapi stok Thailand ^_^[/color][/font]

[font=comic sans ms,cursive][color=#0000FF]Dah2 bulan pakai.[/color][/font]

[font=comic sans ms,cursive][color=#0000FF]Alhamdulilalh...licin muka.[/color][/font]

[font=comic sans ms,cursive][color=#0000FF][img]http://2.bp.blogspot.com/-ZiRyqmndoN0/TuYRXxFSKCI/AAAAAAAAAbw/IT-GCTEZDK0/s400/IMG_0599.jpg[/img][/color][/font]

Share this post


Link to post
Share on other sites
boleh cuba Ayu Sejuk Beauty Cream..krim from natural ingredients seperti ubi sengkuang,rumpai laut,alor vera dan myk zaiton...saya guna utk masalah resdung gatal2 muka & hidung and jerawat yg dtg masa tuttt dan saya dah dpt kulit best semula!saya yakin!boleh la awak semua google tgok...:)selamat menggoogle! Edited by puterisantubong87

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...