Skip to content
View in the app

A better way to browse. Learn more.

Komuniti @PuTeRA

A full-screen app on your home screen with push notifications, badges and more.

To install this app on iOS and iPadOS
  1. Tap the Share icon in Safari
  2. Scroll the menu and tap Add to Home Screen.
  3. Tap Add in the top-right corner.
To install this app on Android
  1. Tap the 3-dot menu (⋮) in the top-right corner of the browser.
  2. Tap Add to Home screen or Install app.
  3. Confirm by tapping Install.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Featured Replies

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri saya ucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat yang menjadi warga Putera.com serta kaum keluarga dan sahabat handai mereka, tidak kira di mana mereka beraya, di desa atau di kota, di rumah kawan, di rumah sendiri atau di depan komputer.

Maaf zahir & batin saya pohonkan dari semua kiranya ada tersilap dan tersalah, atau ada yang tersinggung, atau tak puas hati, atau ada janji belum dipenuhi.

Kepada yg hantar PM dan tak berbalas, saya minta maaf kerana tak dapat nak respon kepada semua orang dalam masa yang cepat.

Kepada yang duk tertunggu-tunggu design baru Putera.com, teruskan menunggu kerana yang ditunggu pasti tiba tidak lama lagi.

Kepada yang mohon email, sabarlah menanti, saya akan luluskan nanti.

Kepada yang tertanya-tanya bila Putera.com nak buat gathering lagi, berdoalah agar suatu hari dapat juga kita adakan.

Kepada yang nak anjur mini gathering di tempat masing-masing, teruskan usaha murni anda, jangan terkejut kalau tetiba ada 'cameo'.

Kepada sesiapa yg nak beraya di rumah saya, jemputlah datang. Jadual hari raya saya adalah seperti berikut:

Balik raya: hari ini (yahooo!)

Raya pertama: Kg. Pendek, Kota Bharu.

Raya ke-2 hingga ke-4: Kuala Terengganu.

Raya ke-5 hingga ke-6: Kota Bharu.

Raya ke-7 hingga ke-30: Seksyen 8, Bandar Baru Bangi.

Dan kepada para moderator yang telah menjadi nadi penting Putera.com, saya ucapkan berzilion terima kasih, jemputlah datang makan biskut raya kat rumah. Tanpa korang, siapalah Putera.com!

Selamat hari raya! Lepas raya datanglah dengan semangat yang baru, buku lama kira settle yek, kita buka buku baru.

- Shanai/Admin

  • Replies 119
  • Views 28.8k
  • Created
  • Last Reply

Top Posters In This Topic

a'kum to all....

nak ambil kesempatan gak utk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin to all...

Sama-sama kita menyambut hari raya dengan penuh kemeriahan denga kaum keluarga, sanak saudara dan sahabat -sahabat kita.

ada sesape sudi bg duit raya, di alu-alukan.... :rolleyes: ehehe...

to mr shanai, selamat hari raya, maaf zahir dan batin...

wassalam

Disini saya ingin mengucapkan Minal Aidil Wal Faizin kepada semua kaum keluarga,rakan2 dan ahli2 putera.com...

Semoga lebaran ini kita saling memaafi antara satu sama lain,buang yang keruh ambil yang jernih.. :)

saya juga nak amik kesempatan yg ada disini , untuk mengucapkan

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga putera.com .. termasuk tuan admin ..

Selamat hari Raya Aidilfitri juga buat semua warga putera.com..semoga selamat pergi dan balik ke kampung halaman walaupun cuti aku telah dibekukan....hu3..ingat iklan proton kay... :lol:

Selamat Hari Raya buat semua warga Putera.. Bermaafan la sempena kehadiran 1 Syawal 1428 ni. Insyaallah dipanjangkan umur sempat lagi jumpa next raya... Selamat Hari Raya......

tahziah diucapkan...

sabar je lah, macam2 dunia hari ni

apa2 pun..

SELAMAT HARI RAYA,

MAAF ZAHIR BATIN

DARI HUJUNG SONGKOK SAMPAI HUJUNG KASUT RAYA

dan...

~~SELAMAT BERBUKA PUASA~~ ^_^

Salam Idulfitri dari saya juga :D

maaf zahir dan batin

raya02.gif

Selamat Hari Raya AidilFitri 1428 Hijrah...

Andai ada tersilap kata, terkasar bicara ...

Maaf Zahir dan batin dariku pinta...

Hati-hati di jalan raya...

Moga dapat bertemu keluarga tercinta...:)

~hairulfadly~

Slamat Hari Raye kepada warga Putera sume2 ni....dgn member2 aku skali....Semoga syawal yg bakal menjelang ni menggembirakan...bukan menyedihkan...ingatlah...bawak kete tu lek lok...se-eloknya...baca la doa naik kenderaan dulu sebelum bertolak....check la kete tu sblum jalan...tayar dah botak ke ape.....brek ok ke tak...dan lelain...

Maaf Zahir Batin :lol:

abg shanai, kuala terengganu kat mana??

kot kot saya boleh singgah sebentar..

ehehehe

Selamat Hari Raya Idilfitri dan maaf zahir batin kepada admin dan semua.

Huh..lama aku xmenjengah forum ni..dah nak raya rupanya....pape pon...nak gak menyibuk...

Selamat Hari RaYA kepada sume forumer putera dan jg kpd admin dan para moderator....thanx! :lol:

Selamat Hari Raya semua.

Mohon maaf dan ampun kalo ada salah dan silap..

Selamat Hari Raya semua...yeeehuuuuu! :lol:

sekadar nak tanya,

agak2nya berapa banyak lagu raya kat malaysia yer?

sama ada lirik atau lagu atau video

ka mana nak cari yer?

antara banyak2 lagu tu yg mana jadi pilihan hati anda?

kalau saya, pilih

balik kampung - sudirman

walaupun memang tinggal kat kampung hehehe

Edited by amin007

Makan lemang dengan rendang,
Duduk makan sebelah puteri,
Tak kira dimana kita "berdendang",
Selamat menyambut Aidilfitri.


Sungguh manis kuih keria,
Buat santapan berbuka puasa,
Jangan asyik bersuka ria,
Hingga terlupa pada yg Esa.

Baju kurung tiada bersaku,
Habis terkoyak sangkut pelita,
Terkasar bahasa & silap laku,
Ampun & maaf jua ku pinta.


dikesempatan yg ade ini sya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin kepada semua peminat2 saye....ops..silap...kepada muslimin dan muslimat seluruh dunia khasnya kepada ahli2 putera.com...tersalah kata..tersalah laku minta ampun maaf :P

Edited by Don Juann

  • Author

abg shanai, kuala terengganu kat mana??

kot kot saya boleh singgah sebentar..

ehehehe

351A Jalan Air Jernih, bandar KT ~ dekat2 TNB/kuil, tepi jalan, atas bukit

call: 016-3985657

slmt hari raya....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

kpd semua yg rase memang dier boleh beraya....!!

p/s raye ke5 ak0 kne chiou ke hostel/kampust dgn no pc/tenet

rase nk terjun bgunan jerk!!

slmt hari raya....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

kpd semua yg rase memang dier boleh beraya....!!

p/s raye ke5 ak0 kne chiou ke hostel/kampust dgn no pc/tenet

rase nk terjun bgunan jerk!!

ala raya ke 5 aku pon kena blk hostel gak...siap xm lg 2/3 hari pastuh... :(

off: rilek la...

aku xam, 4 assigment bodo x buat lg warharharhar!!

to all puteranian.. selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin :rolleyes:

ok..aku pun nak ucap gak ..selamat hari raya aidilfitri kat semua umat islam di dunia ni..

aku jugak nak mtk maaf kat sesaper dlm forum ni..mana lah tau kot2 ada nyusahkan ker..

pada yg balik kpg tu..bwk kete slow2 k..huhu..aku keje raya ni..raya ke 3 baru balik kuantan.. :lol:

Account

Navigation

Search

Search

Configure browser push notifications

Chrome (Android)
  1. Tap the lock icon next to the address bar.
  2. Tap Permissions → Notifications.
  3. Adjust your preference.
Chrome (Desktop)
  1. Click the padlock icon in the address bar.
  2. Select Site settings.
  3. Find Notifications and adjust your preference.